bab 55

Romance Completed 13382

Ara berjalan ke arah pelbagai gambar yang diframekan tergantung cantik pada setiap dinding diruangan itu.
tersenyum dia tatkala memandang wajah dua orang kanak-kanak lelaki sedang bermain pasir pantai yang dicetak dibawahnya tarikh dan tahun gambar diambil.
"mana satu Tajdi erk?"soalnya sendirian.
dia merenung kedua kanak-kanak itu.
akhir sekali dia mengalah.memang keliru betul.
dia berjalan semuala ke arah gambar-gambar yang lainnya.tiba dia satu sudut ada gambar Tajdi sekeluarga.
Ara tersenyum memandang keluarga yang mengenakan baju melayu berwarna biru laut.
"mungkin pada hari raya"detik hatinya.
dia tersenyum lagi melihat datin rose dan dato Tajjuddin duduk atas sofa menghadap kamera.
dua orang lelaki berdiri dibelakang mereka dengan senyuman mesra.
dia pandang wajah bersih Tajdi yang tersenyum menunjukkan barisan giginya yang putih dan teratur.
matanya bergerak ke arah lelaki di sebelah Tajdi.
tiba-tiba senyumannya mati.
terasa lemah seluruh urat sarafnya.
tangannya memegang kuat meja kayu didepannya bagi menampung dirinya yang hampir jatuh ke lantai.
susah betul mulutnya mahu berkata-kata.
terasa beku seperti ais yang tidak mungkin akan cair.
mata yang bundar,kening yang berbulu lebat,mata yang sepet sepenuhnya dan senyuman manis berkumis tipis itu.
memang tidak silap lagi.
senyuman itu memang akan sentiasa diingati.
"Fi..Fi..Fiq?"terbit satu perkataan yang sudah lama dia tidak mengungkapnya.
air matanya gugur tiba-tiba.
lekas-lekas dia menyeka.
"ya Allah...kejutan apa yang engkau mahu berikan padaku ya Allah?"soal hatinya.
"sayang?"soal Tajdi dari belakang.
dengan pantas Ara membetulkan diri dan wajahnya.
dia mengukir senyuman plastik pada Tajdi
"tengok apa tu?"soal Tajdi berdiri disisi Ara.
"in..ini gambar keluarga abang ke?"soal Ara.
Tajdi tersenyum sambil mencapai gambar itu.
"ye lah...ini mama,papa,abang,dan..."kata-kata Tajdi sengaja diputuskan.
Ara hairan melihat senyuman bakal suaminya.
"dan?"soal Ara
"adik ipar sayanglah...dia akan balik dalam bulan ni jugak,katanya tak sabar nak tengok bakal kakak ipar dia"Tajdi berhenti untuk ketawa sebentar
"abang sengaja tak tunjuk gambar kita masa tunang haritu"sambung Tajdi.
Ara senyum sedikit
"dia tak tahu siapa Ara?"soal Ara
"tak...abang rahsiakan dari dia"kata Tajdi
Ara tersenyum pahit.
"apa nama dia?"soal Ara
"nama penuh dia Taufiq Anaqi bin Tajjuddin.tapi nama manja dia Fiq"kata Tajdi.
kata-kata itu benar-benar merentap hati Ara,serasa nafasnya tidak sekata.hampir sahaja kepalanya tiba-tiba berpusing.
lekas-lekas dia beristiqfar.
"sayang okay ke?"soal Tajdi
"hah...err okay"kata Ara dengan senyuman plastik.
"kalau macam tu...jom kita jalan-jalan dekat taman di luar"ajak Tajdi
Ara angguk.terus dia mengikut langkah Tajdi didepannya.
sekali lagi gambar itu dipandangnya.
"kenapa macam ni jalan jodoh ku?"soal hatinya.
dia terus melangkah mengikut Tajdi di depan.
mereka sama-sama berjalan ditepi kolam renang yang cantik di bahagian belakang rumah besar itu.
Tajdi menjeling melihat wajah bakal isterinya
"sayang kenapa ni? macam tak sihat je?"soal Tajdi
Ara melempar senyum tidak mahu apa yang dirasa diketahui Tajdi
"tak...Ara cuma pening kepala sikit"jawab Ara
"lah...ye ke? nak ambik minyak ke?"soal Tajdi
"tak apa...cuma Ara nak balik awal sikit boleh?"pinta Ara
Tajdi senyum.
"boleh je..."jawabnya.
"Ara nak tahu tak..?"soal Tajdi
"tahu apa?"
"Fiq tu sebenarnya dia tu manja sangat dengan mama dan papa"kata Tajdi.
Ara hanya senyum
"abang tak manja ke?"soal Ara
"eh..abang mestilah manja...tapi manja dengan isteri je"jawab Tajdi mengundang tawa mereka.
"nanti bila Fiq balik, kita pergi KLIA sama-sama jemput dia erk?"soal Tajdi
serba salah Ara dibuatnya.
tidak! dia tak mahu Fiq dapat tahu semua ni secara mengejut,biarlah akan ada satu masa mereka akan berjumpa jugak.
"okay"balas Ara ringkas.
"err...abang Ara nak balik sekarang boleh?"soal Ara
Tajdi.pelik.
"kenapa dah nak balik?"soal Tajdi
"err...tiba-tiba kepala ni rasa pening pulak"jawab Ara mahu melindungi perkara yang sebenar
"sakit lagi? jom kita pergi klinik?"ajak Tajdi
"eh...takpe,Ara memang macam ni,selalu migrain,dekat rumah dah ada ubat"jawab Ara
"kalau macam tu...jom kita jumpa mama dan papa dulu"kata Tajdi.
Ara angguk terus mereka sama-sama kembali ke ruang hadapan rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience