bab 13

Romance Completed 13382

Ara melihat penampilan pertamanya dihadapan cermin.
dia memakai blaus berbunga warna koko,seluar labuh warna hitam,rambutnya sekadar diikat satu.
dia melempar senyuman penuh keyakinan.
hari ini adalah hari pertama dia bekerja.
Alhamdulillah dia diterima bekerja di TJ Holdings sdn bhd,walaupun dia PA kepada bos besar syarikat itu,namun dari semalam kelibat bos itu tidak dilihat,yang menemuduga dia hanyalah orang bawahan yang dipercayai oleh bos besar itu.
harap-harap bos yang bakal dia temui itu baik orangnya.
"Ara..kau dah siap ke?"soal Zaiton dimuka pintu.
"dah..kau?"
"dah..jom ark,lagipun ada meeting,kejap lagi bos datang tau"
Ara kecut perut
"dia..datang untuk apa?"
"ish kau ni..dah tu syarikat dia,mestilah dia datang nak tengok pekerja baru and buat kerja dia"jawab Zaiton
"kau jangan risau,takde maknanya dia nak usya kau...dia okay,jom"kata Zaiton lagi.
Ara melangkah dengan berat hati.
doa bagi menenangkan hati yang risau dibacanya perlahan.
mereka sama-sama masuk keperut kereta.
kereta meluncur laju si Zaiton ni memang kalau tak bawak kereta laju-laju memang tak sah,kalau masuk racing aku rasa dia nombor satu.
"Ton..kalau bos besar tu tak sukakan aku bekerja dengan dia,kau tolong hantar aku balik kampung petang ni jugak ye?"risau hatinya.
"kau ni...tak comfident lah..mana kau tahu bos tu tak sukakan kerja kau?"tahu-tahu je dia suka+cinta...hah syok ark kau"
Zaiton tersenyum mengusik.
"kau tak payah nak tambah lah tolak lah..aku risau ni"kata Ara.
Zaiton tersengih.
selama lima belas minit seperti yang dikata oleh Zaiton,
mereka tiba di bangunan tinggi.Ara menarik nafas lalu dihembus.
dia turun dari kereta dengan beg sandang dibahu kanannya.
sampai ditingkat 25 Ara meninjau keadaan.semuanya okay,masih ramai pekerja yang belum tiba.masih awal lagi tentunya.
sunyi betul office tempatnya lainlah dengan Zaiton ditingkat 23 banyak orang yang datang awal.
Ara mengeluh.dia meletak beg,dan berlalu ke arah pantry,dia mencapai serbuk nescafe lalu sesudu dimasukkan dalam mug.
"one for me please"suara garau seseorang dari belakangnya menyebabkan Ara hampir terjatuh.
dia benar-benar terkejut
"eh...sorry awak okay?"soal lelaki yang berkot itu.Ara mengurut dadanya yang masih laju mengepam darah.
dia memandang lelaki itu dengan wajah geram.
"awak orang islam kan?"ada salam nak bagi?"soal Ara.suaranya perlahan saja tapi masih ada nada geram.
"maaflah..saya tak sengaja,saya Tajdi"Tajdi menghulur tangan.
bagaikan mimpi dia bertemu semula dengan gadis itu.
seperti tak disangka pulak dia bakal bertemu lagi,yang paling ajaib di office miliknya?hai lah hati...
Ara menyambut huluran tangan.lalu lekas-lekas ditarik semula.
"awak buat apa kat sini?"soal Tajdi
"kerja"jawab Ara.rasa kelakar pulak hatinya dengan soalan itu,takkan aku buat rancangan jalan-jalan cari makan dekat office pulak..adoii apa punya soalan lah ni.
"kenapa sebelum ni tak pernah nampak?"
"saya..baru start semalam,ermm...awak nak apa tadi?"soal Ara semula
"saya nak nescafe"kata Tajdi.
Ara mengangguk
tak boleh bancuh sendiri ke?macam lah aku ni kerja tukang buat air,nanti kalau bos nampak aku masih kat sini matilah.
Ara mengacau air dalam mug.
Tajdi pulak sudah tidak lepas dari senyumannya.
dia memanjat rasa syukur kerana bertemu semula dengan pujaan hati.
"tapi kenapa dia tak kenal aku?"soal hatinya
"mungkin sebab aku dah berambut pendek?"ermm...mungkin juga"jawab akalnya.
"nah"
Tajdi menyambut huluran itu
"thanks,erm...saya tanya sikit boleh?"soal Tajdi.
"apa?"
"awak kerja bahagian mana?"
"saya PA baru encik mikael"
Tajdi sudah tersenyum.
"anak buah aku lah ni...ada peluang nak tackle,jadi inilah PA aku yang kak shima cakap tu...,memang lepas ni aku jumpa dia hari-harilah,bertuah betul kau Taj"hatinya gembira.
Ara pelik melihat Tajdi tersenyum sendiri
"awak okay?"soal Ara mula menyedarkan Tajdi.
"o..okay,awak dah kenal dengan bos awak tu?"soal Tajdi.
"banyak tanyalah pulak"rungut hati Ara
"belum..sebab kelmarin encik mikael tak datang"jawab Ara.
Tajdi mengangguk
"ohh...awak jangan takut..bos tu okay,dia tak marahkan orang sesuka hati,handsome pulak tu,okaylah...saya pergi dulu"kata Tajdi.terus berlalu.Ara melepaskan nafas lega.
dia menambah ais kedalam minumannya.
Tajdi cepat-cepat masuk kebiliknya tanpa disedari oleh Ara.

Ara tekun menaip satu laporan pada komputer disisinya,sesekali dia akan menyelak fail yang terbuka diatas meja.
mejanya diketuk perlahan.
"bos nak jumpa Ara"kata kak shima.
Ara gigit bibir.
"bos nak jumpa untuk apa kak?"soalnya
"Ara kan PA baru dia..mestilah ada kerja dia nak suruh Ara buat"kata kak shima.
Ara mengangguk lalu bangun.
dia mengetuk pintu.
terdengar suara garau dari dalam menyuruhnya masuk.
dengan bacaan bismillah kakinya melangkah kedalam.
dia melihat lelaki berkot hitam sedang kusyuk menulis sesuatu dalam kertas putih.
"bos panggil saya?"
Tajdi angkat kepala dengan sebaris senyuman.
ternganga Ara dibuatnya.
segala perkataan yang sudah dirangka untuk dicakap hilang terus dari otaknya.
"saya Tajdi,awak Ara kan?"PA saya"kata Tajdi.
Ara mengerdipkan matanya terus dia tunduk ke lantai menahan malu.
"sa...sa..saya nak mintak maaf bos"kata Ara walaupun pada mulanya teragak
"kenapa nak minta maaf?"
"tadi pagi"Ara pandang wajah bos.
"saya saja nak uji awak...nampaknya awak pekerja yang tak sombong dan ikut arahan walaupun orang bawahan yang suruh awak buat air"kata Tajdi.
Ara tak faham.
"sedap air yang awak buat"kata Tajdi
"ada apa bos nak jumpa saya?"
"saya nak awak ikut saya ke site dekat perak"
ternganga sekejap Ara dibuatnya.
"nak pergi site?"
"ye..any problems?"
"no..tapi saya masih ada kerja belum selesaikan"
"sekarang I'am your bos..so ikut je"
mendengar arahan itu.Ara mengangguk.
"saya keluar ambil barang"kata Ara
Tajdi angguk kepala.
terus Ara melangkah keluar.
nafasnya dihembus kuat.
dia melihat nama yang tertera dipintu bilik bosnya itu
"Tajdi mikael bin Tajuddin"
"ieee...kenapa kau tak pandang dulu nama ni dari semalam,kalau tak takde lah terkejut beruk macam ni"kutuk hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience