bab 48

Romance Completed 13382

Ara duduk bersandar pada sofa melepaskan keletihan bekerja dari pagi sehingga petang.
kunci kereta milik Zaiton diletak atas meja kecil dihadapannya.
"penat nampak...kena buli dengan bos ke?"soal Zaiton bersama dua mug air di tangannya.
dia duduk disebelah Ara.
mug di tangan kanannya disua pada Ara.
dengan rakus Ara menerimanya lalu diteguk laju.
ternganga Zaiton.
"kau ni kena kejar dengan hantu ke apa?"tanya Zaiton.
dia memandang ke arah pintu kaca yang tertutup rapat.
mug yang kosong Ara letak atas meja.
"thanks Ton...tu kunci kereta kau"kata Ara kemudian bersandar semula.
"okay...tapi kau cuba cerita apa yang jadi dekat kau ni?"soal Zaiton pelik.
"takde apa...saja lah penat"kata Ara
"selalunya tak macam ni pun"kata Zaiton tidak percaya.
"betullah cik Zaiton binti Zainal oii...buat apa aku nak tipu kau"kata Ara
Zaiton senyum panjang
"ke sebab kena ayat dengan inchi bos?"katanya.
Ara menjeling ke arah Zaiton yang tersengih-sengih.
'macam mana dia tahu?'
"tak lah"sangkal Ara.
masing-masing diam.mereka menonton drama melayu di slot akasia.
tiba-tiba pandangan Ara terlihat Zaiton yang tersenyum sambil memikirkan sesuatu.
"tak habis lagi ke gelakkan aku?"soal Ara.
Zaiton tersedar terus tersengih.
"mana ada aku gelakkan kau"kata Zaiton.
"habis?"
"aku....sebenarnya aku....."malu-malu Zaiton bertutur.
Ara pandangnya dengan tidak puas hati
"aku apa?"
"aku...ish malulah"kata Zaiton menutup mukanya dengan buku masakan yang ada disitu.
"gatal betul....cakap je lah..dengan aku pun nak malu ke?"geram Ara.
"aku dapat Ilham"kata Zaiton.
mereka bertentangan.
Ara angguk
"nak buat apa?"soal Ara
"ish...kau ni tak faham lagi ke?aku cakap aku dapat Ilham"kata Zaiton.
"sebab tu aku tanya kau nak buat apa..."kata Ara
"nak buat apa lagi....habis tak kan nak buat tak tahu je"kata Zaiton.
Ara garu kulit kepala.
"aku tanya apa Ilham yang kau dapat tu...nak mengerjakan umrah tahun ni ke...apa ke...nak buat tak tahu tu bukannya Ilham"kata Ara
Zaiton yang faham menepuk dahinya.
"Ara...aku cakap aku couple dengan Ilham..pengurus bahagian di tingkat bawah tempat keje kita"kata Zaiton.
Ara memikirkan sesuatu.dalam beberapa saat dia menutup mulut kerana terkejut.
"Ilham siang tadi?yang ajak kau keluar dinner?yang kau suka tu?"soal Ara bertubi-tubi.
Zaiton tersenyum malu.jarinya menyimpul rambutnya.
"cakaplah dari awal...kan senang"kata Ara
"kau tu yang tak reti nak bezakan"kata Zaiton
"suruh je lah dia tukar nama lain"
"amboi...senang-senang je kau nak tukarkan?"geram Zaiton.
Ara tersengih.
"macam mana kau boleh couple dengan dia?"soal Ara
"aku tak tahu pun selama ni dia sukakan aku...dia cakap perempuan sebelum ni cuma kawan biasa je...last-last dia luah perasaan dekat aku terus ajak couple"Cerita Zaiton.
"kira boleh jugak kau dekat Ilham tu kan?"kata Ara.
"syukur sangat....harap-harap apa yang dia cakap tu betullah"
"Aminn..."kata Ara.
Zaiton tersenyum lebar turut mengaminkan doanya.

"apa pakcik?"terkejut Tajdi.
dia berjalan ke arah dinding kaca bilik pejabatnya yang memaparkan suasana kota Kuala Lumpur yang sesak.
Tajdi tersenyum gembira.hampir menitis air matanya.
"apa yang pakcik cakap ni....Ara yang cakap?"soal Tajdi.
dia tersenyum gembira mendengar pak Mat ditalian mengkhabarkan berita gembira ini padanya.
"ye...betul,Ara pun sukakan Tajdi juga...dia yang cakap malam tu dekat pakcik dan makcik"kata pak mat dengan senyuman gembira.
teruja sungguh majikan anaknya ini.
"macam mana dengan cincin tu pakcik?"soal Tajdi.
"cincin tu Ara pakai pada jari manisnya"kata pak mat.
hampit melompat Tajdi dibuatnya.
baju kameja dibadan terasa berpeluh kerana terlalu gembira.
"terima kasih pak cik"kata Tajdi
"sama-sama,pak cik cuma harap kalau dah suka sama suka tu cepat-cepat langsungkan,benda elok tak baik dilambatkan...banyak pula dugaannya.sekarang pendapat pakcik Tajdi berbincang elok-elok dengan Ara,ingat pesan pakcik jangan bercinta lama-lama"kata pak mat.
Tajdi tergelak perlahan.
"InsyaAllah pak cik..Tajdi akan yakinkan Ara untuk terus cintakan Tajdi.
tapi...pak cik tak kisah ke kalau Tajdi jadi menantu pakcik?"soal Tajdi sekadar menduga.
"asalkan orang tu betul-betul sayangkan Ara..pakcik okay"kata pak mat.
"terima kasih pakcik...kirim salam pada makcik...Assalammualaikum"
"waalaikumsalam"
talian ditamatkan.
Tajdi duduk diatas sofa.wajahnya yang berpeluh diraup.
"Alhamdulillah ya Allah...akhirkan kau buka pintu hati Ara untuk terima aku"katanya.
dia tersenyum gembira.
'saya tahu awak pun sukakan saya'
tak sabar mahu bertemu dengan Ara.

Tajdi tersenyum saat melihat Ara sedang fokus pada kerjanya dipapan keyboard.mungkin sedang menyiapkan laporan semalam yang tergendala kerana melawatnya.
akhirnya Ara perasan dirinya direnung.Tajdi mengukir senyuman manis.
Ara membalasnya.
agak tidak selesa bila direnung sebegitu.
rambutnya yang terjuntai di dahi diselit ke belakang telinga.
"apasal pulak bos aku ni"gumam hati Ara.
dia pura-pura fokus pada skrin komputer walaupun tahu dirinya masih diperhati.
"lama-lama lenguhlah mata dia tu...tak kan nak tenung aku sampai habis waktu pejabat kot"kata hatinya lagi.
Ara terus menyiapkan kerja-kerjanya.
dia melepas nafas lega setelah selesai melakukan kerjanya.
Ara tersenyum.badannya dibetulkan.kepalanya diteleng ke kiri dan kanan menghilangkan lenguh.
dengan tidak sengaja dia terpandang bilik Tajdi.
terkejut dia.
"dah lima minit berlalu masih tengok aku lagi?"terkejut Ara dibuatnya.
sangkaannya meleset.
"dia tak lenguh ke?"soal Ara sendiri.
Ara membalas senyum pada Tajdi yang memandangnya.
"apa?"soal Ara dengan bahasa isyarat pada Tajdi.
Tajdi tergelak perlahan.
"I love you"kata Tajdi.
Ara memerhati gerak bibir Tajdi.
langsung tak faham.
"bos cakap apa?"soal Ara lagi masih menggunakan isyarat mulut tanpa suara.
"I love you"kata Tajdi.
"apa lah bos aku ni...buka mulut macam nak tak nak je...cuba buka luas-luas mulut tu..barulah aku faham,apa dia ingat ada sound yang boleh tembus ke bilik aku ni?"gumam Ara sendiri.
Ara melihat Tajdi menulis sesuatu pada satu kertas besar.
selesai menulis kertas itu diangkat tinggi.
'LUNCH'
mereka sama-sama tergelak.
Ara naikkan ibu jari kanannya.
Tajdi mengerdip matanya tanda terima kasih.
Ara meneruskan kerja keduanya dengan tenang tanpa direnung lagi.
"nak ajak lunch tapi sampai tenung aku macam tu dah kenapa?"kata Ara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience