bab 85

Romance Completed 13382

Ara tersenyum pada Taufiq di hadapannya kini.di sebelah Taufiq pula terduduknya si kecil yang dia jumpa tadi.memang tak disangka rupanya si kecil yang memukau pandangannya tadi adalah anak Taufiq dan Kiyla.memang menakjubkan.keadaan agak kekok bagi keduanya kerana sudah terlalu lama mereka tidak bersua.tiba-tiba Allah menemukan mereka ditempat parkir kereta melalui si kecil yang comel ini.kalau ikutkan hati Ara,memang dia mahu segera balik.tapi Taufiq mengajaknya berborak.tiada alasan mahu menolak ditambah dengan pandangan sayu si kecil ini Ara tak sampai hati.maka terduduklah mereka di restoran ini.
Ara hanya order minuman kegemarannya.begitu juga Taufiq.
sejak lima minit yang lalu suasana sunyi antara mereka.
"Ara...dah banyak berubah"kata Taufiq di tengah-tengah kesunyian.
Ara tersenyum.
"takde lah...Fiq yang banyak berubah,nampak lain"kata Ara ikhlas.ye...memang itu yang dia nampak sedari tadi.Taufiq benar-benar lain.perkahwinan mematangkannya.
Taufiq tampak lebih kemas dan bergaya.badannya nampak lagi berotot dari dulu.dan....Taufiq dah berkaca mata putih.kenapa?rabun?
"nampak lain apanya....tetap macam dulu"kata Taufiq.
Ara pandang wajah itu seketika sebelum tunduk memandang minumannya.ada riak sedih di wajah itu?
"bila Ara balik?"soal Taufiq.
"err...dah dekat tiga minggu jugak...."jawab Ara
"ohh.."
Taufiq diam lagi.otaknya sekarang memang boleh dikatakan blur.nampak saja wajah wanita yang hampir menjadi kakak iparnya ini benar-benar membuat segala ada di dalam kepala jadi kosong.tak tahu kenapa mereka bertemu.inilah yang dikatakan kuasa Allah.sementelah mama dan papa juga selalu menyatakan kerinduan pada Ara.
tak terbayang akalnya kalau terjadi apa-apa pada anaknya tadi.segalanya bermula bila dia mahu membuat pembayaran di kaunter,tiba-tiba anaknya sudah tiada.cepat-cepat dia berlari ke luar,mujur dia melihat anaknya berada di dalam dukungan seorang wanita bertudung.dan wanita itu adalah Ara.
Taufiq menghirup minumannya.
"bubuuu...baaaaa...."
Ara dan Taufiq menala pandangan pada si kecil yang sedang bermain dengan mainan ultramannya.
Ara dan Taufiq tergelak perlahan.
"apa yang Taj bunyi ni sayang?"kata Taufiq sambil mencium pipi gebu milik anaknya.
Ara terhenti ketawanya.
Taj? nama si comel ini Taj?
Taufiq melihat wajah Ara.dia tahu Ara keliru di situ.
Taufiq tersenyum.
"muhammad khairil Tajdi"kata Taufiq.
Ara sedikit tercengang.kemudian dia tersenyum.nama yang dimiliki oleh si kecil yang menambat hatinya itu sedikit sebanyak berjaya membuat emosinya tiba-tiba sedih.
"sedap nama dia"kata Ara
"mak tok dan tok wan dia yang beri nama tu,sempena nama arwah abang Taj,memang cantik sangat nama tu"kata Taufiq
Ara tersenyum.tahu bahawa bukan dia seorang yang merasa kehilangan orang yang disayangi.matanya melirik pada kereta yang dibawa Taufiq yang diparkir di hadapan restoran yang mereka duduki ini,dia sangat kenal kereta itu,milik seseorang yang pernah ada di hatinya dulu,kini dan selamanya.
siapa tidak kenal kereta Audi S8 milik seorang lelaki yang baik dan penyayang.
Taufiq melihat ke arah mata Ara yang terpaku ke luar.
"kereta arwah abang Taj"kata Taufiq.
Ara tersedar.dia melihat Taufiq kemudian melempar senyuman.
"mama dan papa Fiq sihat?"soal Ara
"Alhamdulillah mereka sihat,selalu teringatkan Ara"
"Ara pun teringatkan mereka juga,tapi...keadaan tak mengizinkan,insyaAllah nanti Ara akan jumpa mereka"
Taufiq diam.
"kenapa Kiyla tak datang?"
Taufiq dilihat agak serba-salah.Ara dapat lihat wajah Taufiq.
Taufiq pula hanya tersenyum lalu mengeleng kepala.
Ara angguk kepala.
suasana kembali sunyi.
"Ara kena balik sekarang,nanti mesti Ton tunggu Ara"kata Ara.
"Ara masih duduk rumah sewa tu?"soal Taufiq
Ara angguk.
"kerja mana?"
"Ara dan Ton buat busines online,jual makanan"jawab Ara
"ohh....err...ermm..."
Ara pelik.
"apa?"soal Ara apabila Taufiq teragak-agak.
"Ara masih gunakan nombor lama?"soal Taufiq.
Ara menahan senyum.nak tanya itu je ke?
"ye...tak tukar pun"jawab Ara
Taufiq angguk kepala.
Ara bangun dari duduknya.
"hati-hati"kata Taufiq
Ara tersenyum.Ara bangun menghampiri si kecil yang dipanggil Taj
"kakak balik dulu ye? jangan lari-lari dari papa lagi"pesan Ara sambil tangannya mencubit perlahan pipi gebu itu.seperti memahami si kecil itu tersenyum pada Ara.
Taufiq hanya ketawa perlahan begitu juga Ara.
"Ara balik dulu,kirim salam pada mama dan papa"kata Ara.
Taufiq mengangguk.
Ara berlalu ke kereta myvi milik Zaiton.
Taufiq pandang kepergian Ara sehingga bayang kereta itu hilang.
terasa pipinya dipegang oleh tangan kecil.
Taufiq pandang wajah anaknya.dia tersenyum.
"kita balik ye....?"kata Taufiq.terus mendukung anaknya.

Ara mengsandarkan badannya ke sofa empuk di ruang tamu rumah sewa milik mereka.
matanya merenung ke siling yang kosong.
akalnya mula mengingati si kecil yang bijak menambat hati sesiapa yang menghampirinya.
Ara tersenyum.
muhammad khairil Tajdi.nama itu diulang-ulang dalam otaknya.
Ara mengeluh.
kenapa aku boleh berjumpa dengan Fiq? aku tak bersedia nak berjumpa mereka lagi,aku perlukan masa.
memang aku anggap mereka keluarga aku,tapi....aku belum betul-betul bersedia nak bersua muka dengan mereka.
apa agaknya khabar mama? macam mana reaksi mereka kalau tahu aku sudah balik ke Malaysia dan berada di Kuala Lumpur?
keluhan kali kedua keluar lagi dimulutnya.
"sabar Ara...mungkin ada hikmah Allah menemukan kau dengan mereka seawal ini"katanya perlahan.
"apa yang kau cakap seorang diri malam-malam ni?"soal Zaiton yang muncul bersama mug ditangan.
Ara menegakkan duduknya.
"kau tahu aku jumpa siapa siang tadi?"soal Ara.
Zaiton berfikir sejenak.matanya dijuling ke atas.
"aeril zafril pelakon terkenal tu?"
ternganga Ara dengan tekaan Zaiton itu.dia menggeleng laju.
"izara aishah?"
geleng lagi
"syafiq kyle?"soal Zaiton dengan teruja.
Ara geleng lagi dengan muka malas.
"shah rukh khan?"
mata Ara membuntang besar.pantas dia menggeleng pada Zaiton.
"brunor mars?"soal Zaiton.
Ara melepas nafas lelah.
"hah!!! yang ni mesti comfirmt,kau jumpa shakira kan? alah....bini si gerar pique pemain bola sepak terkenal tu...kan,kan,kan?"
"ieee......Tonnnn!!!!!!!"jerit Ara
Zaiton menutup sebelah telinganya dengan sengihan.
"apalah kau ni.....dari pelakon sampai ke penyanyi kau teka"marah Ara
"alah....kau juga suruh aku teka kan?"
"tahulah...tapi cuba teka benda logik sikit."kata Ara
Zaiton tersengih.
"aku saja je...."katanya.
Ara menjeling geram.
"kau jumpa siapa?"
"aku jumpa Fiq"kata Ara yang sudah tenang.
"ohhh....."
"ohhh je?"soal Ara
"so...kau nak aku cakap apa?"
"hello Ton....aku jumpa Fiq,aku kan dah cakap dekat kau masa kau tanya aku adakah aku mahu berjumpa dengan keluarga arwah abang Taj lagi? aku cakap dekat kau,aku tak bersedia lagi kan?"kata Ara
Zaiton terangguk-angguk.
"dia dengan Kiyla?"
"tak dengan muhammad khairil Tajdi"kata Ara dengan senyuman.
"siapa tu?" soal Zaiton keliru.
"anak Fiq dan Kiyla"
"ye....?"soal Zaiton teruja.
Ara angguk kepala.
"aku rasa kalau kau jumpa si kecil yang comel tu....aku yakin mesti kau akan jatuh sayang dengan dia,dia terlalu comel bagi aku"kata Ara
"teringin aku nak ada anak sendiri dengar kau cakap macam tu"kata Zaiton.
Ara tergelak perlahan.apa punya Zaiton.
"kalau macam tu cepat-cepat ajak abang Ilham kau kahwin"kata Ara
Zaiton tersenyum malu.
"betul-betul comel ke?"soal Zaiton
"betul...mata dia kau tahu warna coklat,bulu mata macam bulu mata palsu,hidung mancung,kulit putih,mulut dia munggil"cerita Ara
"wahh...nanti bila besar mesti handsome macam papa dia kan?"kata Zaiton.
Ara tergelak melihat keterujaan Zaiton.
"tapi......"
"tapi apa?"soal Zaiton
"si kecil tu macam kesunyian,aku dapat nampak pada muka dia,dia patuh arahan papa dia,dan bila dia nangis hanya perkataan papa yang keluar dari mulut dia,dia tak panggil mama tak sebut satu pun perkataan mama,masa aku peluk dia...aku dapat rasakan betapa eratnya pelukan dia pada aku,macam....macam baru pertama kali dapat pelukan dari orang yang kita rindui"
"memanglah dia tak panggil mama sebab dia kan duduk dengan papa dia waktu tu"kata Zaiton.
"tahu....tapi kalau kanak-kanak lain tak kiralah mama dia duduk beribu batu jauh pun....kalau dah nangis tetap panggilan mama yang nombor satu"
Zaiton angguk kepala.
"alah...fikiran kau je tu,mungkin dia rapat dengan papa dia dari mama dia"
"mungkinlah"kata Ara
"aku teringin nak jumpa dia"kata Zaiton
"siapa?"soal Ara blur
"alah....si kecil yang comel"kata Zaiton.
Ara tergelak.
"nanti adalah waktu kau boleh jumpa dia"kata Ara
"datin dan dato sihat ke?"soal zaiton
bahu Ara terjungkit ke atas
"Fiq cakap mereka semua sihat"kata Ara
"so.....tak kan kau tak nak jumpa langsung dengan datin dan dato?"
Ara diam seketika.
"entahlah Ton.....aku rasa tak bersedia,aku tak tahu nak cakap apa bila depan diaorang"kata Ara
"lahh...ke situ pulak"kata Zaiton
"betul...aku rasa tak ada sebab kenapa aku kena datang ke rumah tu lagi,rumah tu dah banyak tinggal kenangan yang lama,aku tak nak ingat kenangan tu....nanti hati aku jadi sedih balik"kata Ara
"itu namanya pentingkan diri sendiri.cuba kau fikir mesti datin rose rindu sangat dengan kau....kau tak ingat ke waktu kau bagitahu nak ke Korea? dia menangis selalu"
Ara angguk kepala.
"kau tak bolehlah fikir macam tu....bukan kau sorang yang rasa kehilangan.tapi...datin dan dato lagi terasa sebab tu anak mereka.kita tak tahu...mungkin bila datin rose nampak muka kau....rasa rindu dia pada arwah Tajdi terubat"kata Zaiton.
Ara diam.
"betul cakap kau Ton....aku tak patut buat macam tu,"
"kan...."kata Zaiton
Ara diam.
"aku bukannya tak rindukan mama dan papa,tapi selama ni aku pentingkan diri"kata Ara
"it's okay....sekarang kau dah sedar kan? nanti aku temankan kau jumpa dengan diaorang"
"tak nak!"kata Ara
"lahh...kenapa pulak?"soal Zaiton pelik
"aku bukan tak nak jumpa...tapi nanti boleh?"
"ermm...yelah"kata Zaiton memahami.
Ara tersenyum.
"thanks Ton...kau lah sahabat aku"
"sama-sama kasih"balas Zaiton.

Taufiq menuruni anak tangga menuju ke bawah.dia menghampiri meja makan untuk bersarapan bersama mama dan papanya seperti hari-hari sebelum ini.
dia duduk bertentangan dengan datin rose yang sedang mencedok nasi goreng ke dalam pinggan yang kosong lalu disua kepada dato tajjuddin dan dia.
dato Tajjuddin pula sedang membaca surat khabar edisi hari ini.memang itu tabiat papa sejak kebelakangan ini,mungkin sementara sarapan disiapkan dato tajjuddin mahu mengisi masa menunggu itu dengan membaca.masa itukan emas?
"cucu mama tak bangun lagi?"soal datin rose pada Taufiq yang sedang membetulkan tali lehernya.
"belum ma.....semalam tidur lewat"kata Taufiq
"kenapa Fiq biar dia tidur lewat? tak elok untuk budak kecik"soal datin rose risau.maklumlah....Taufiq bukannya tahu sangat tentang pengurusan kanak-kanak.nama sahaja dah jadi bapa budak tapi tatacara penjagaan budak langsung dia gagal.tapi datin rose tahu...anaknya itu masih belajar menyesuaikan diri dengan keadaan dirinya kerana takdir yang datang menduganya.
"semalam dia menangis,panggil-panggil mama dia"kata Taufiq perlahan.
Datin rose dan dato Tajjuddin berpandangan.
"habis tu Fiq buat apa?"soal dato Tajjuddin.
"nak buat apa...Fiq dah buntu nak buat apa"kata Taufiq dengan nada berserah.
"selalunya Taj tak macam tu...mesti ada sebab kenapa dia teringat dekat mama dia"kata datin rose dengan wajah mendung.
"entahlah ma.....tapi,mungkin sebab kami terjumpa Ara semalam"kata Taufiq.
kali ini dua pasang mata menala memandangnya.
"Ara?"soal datin rose dan dato tajjuddin serentak.wajah keduanya jelas terlalu terkejut.mana tak terkejut.selama dua tahun lebih nama itu hanya tersimpan di hati mereka,kini tiba-tiba Taufiq menyebutnya.
"ye....secara tak sengaja,terjumpa Ara"kata Taufiq.tidak mahu memberitahu perkara sebenar tentang kehilangan satu-satunya cucu kesayangan mama dan papanya.walaupun sekejap kehilangan itu tentu tempias amarah yang bakal dia kena terlalu lama.semestinya mama dan papa akan marah dan memberi nasihat padanya untuk kali ke lima.
"Ara dah balik sini?"soal datin rose dengan keterujaaan.
"ye...Fiq lupa nak cakap dekat mama dan papa semalam."
"macam mana Ara sekarang? dia sihat ke?"soal dato tajjuddin.
"dia sihat..."
"mama nak sangat jumpa dengan dia"kata datin rose
Taufiq diam.
"boleh Fiq bawa Ara ke sini?"soal datin rose.
Taufiq pandang wajah penuh harapan mamanya.wajah papa juga seperti sedang menanti jawapannya.tak kan lah dia mahu bawa Ara kesini? nanti apa pula kata Ara tentang dirinya.dia dan Ara bukan lagi macam dulu.masa dan keadaan mengubah segalanya.
tapi....kalau nak harapkan Ara sendiri datang ke sini,bila? tentu mama dan papa akan tertanya-tanya.
Taufiq garu kulit kepalanya.
"Fiq..boleh ye? mama dah lama nak jumpa dengan dia,mama rindu sangat-sangat"kata datin rose.
Taufiq melepas nafas perlahan.
"insyaAllah ma..."katanya
datin rose tersenyum kelegaan.
"Fiq tahu je lah..mama Fiq ni macam mana?"kata dato tajjuddin.
Taufiq tersenyum sedikit.cuba menghilangkan rasa getaran di dalam hati.
"tapi...Fiq tak boleh paksa,kalau Ara tak mahu,Fiq tak boleh nak kata apa"
"Ara tak nak datang jumpa mama ke?"soal datin rose dengan nada kecewa.
"tak..maksud Fiq,Fiq hanya mampu sampaikan apa yang mama cakap,selebihnya itu semua hak Ara nak datang sini atau tak"kata Taufiq.
"mama yakin....Ara tak pernah hampakan permintaan mama"
Taufiq tersenyum.dia menyuap nasi goreng ke mulut.
dia pandang wajah gembira mamanya.
"Fiq pergi dulu papa,mama"katanya sambil bangun.tangan keduanya disalam.
"kenapa tak habiskan makanan?"soal dato tajjuddin.
"Fiq lupa nak cakap,pagi ni ada meeting dengan tengku Nasrul"kata Taufiq.
mereka berdua mengangguk mengerti.
"nanti mama tengok-tengokkan Taj ye?"pesan Taufiq
"dia satu-satunya cucu mama....mama tahulah"kata datin rose dengan senyuman.
Taufiq berlalu ke muka pintu.
dato Tajjuddin ketawa perlahan.
"macamlah kita tak tahu nak jaga budak kecik"katanya.
datin rose juga tergelak mengenangkan kerisauan anaknya pada si kecil yang comel.

Taufiq memusing-musingkan telefonnya di atas meja pejabat.dia melihat ke arah cermin kaca yang memaparkan pemandangan Kuala Lumpur dari tingkat lapan belas pejabatnya.
"telefon ke tak..? telefon ke tak..?"
tangannya mengetuk kepala dua,tiga kali.
"aduhh....Fiq cuba kau bertenang"katanya.
dia menarik nafas panjang lalu dihembus.
dia mula mendail nombor seseorang.
tutt..tutt...tutt....
Taufiq menanti telefonnya dijawab.
ada debaran di hati.
tiba-tiba bunyi talian diangkat.
"hello?"sapa suara di sana.suara lembut itu menyapa telinga Taufiq
"err...hello?"
"ye....?"soal suara di sana.
"Fiq nak jumpa Ara boleh?"katanya.
suara disana terdiam seketika.
"boleh"
rasa lega dihati Taufiq
"bila Ara free?"soalnya
"ermm...petang nanti"
"okay...Fiq jemput Ara ye?"
"eh....tak payahlah,Ara boleh datang sendiri"kata Ara
"takpe...Fiq datang jemput petang nanti ye? bye!"
tutttt...............
Ara melihat telefonnya pelik.kenapa talian boleh terputus secara tiba-tiba?
dia mengeleng kepala.
"aku baru nak tolak,tiba-tiba dia dah letak telefon"kata Ara sendirian.
Taufiq tersenyum lega.
dia mula mengemas fail-fail yang berselerakan di atas mejanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience