Tajdi membetulkan gaya rambutnya dihadapan cermin biliknya di rumah tokwan.dia tiba di kampung itu dua hari lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat baiknya Rashdan,yang mengharapkan Tajdi menjadi pengapit.
memang dia enggan menjadi pengapit sahabatnya itu,tetapi datang sahaja dirinya terus disuruh menyalin pakaian dari baju kemeja ke baju melayu warna putih.tak dapat melarikan diri maka terpaksalah.
tapi tak disangka-sangka rezekinya apabila menjadi pengapit si sahabat,dia dapat melihat gadis manis dan comel menjadi pengapit pada pihak perempuan.hatinya yang sudah lama tidak terisi terasa segar dan sedia untuk menerima penghuni lagi.
Tajdi menyimpul senyum.
"gadis misteri,walaupun saya tak dapat nak berkenalan dengan awak lebih dekat,saya akan cari sampai dapat"hatinya mula menyimpan impian.
Tajdi membawa Audi S8 miliknya merentasi batas-batas kecil.tujuannya untuk ke kedai yang menjual barangan basah,kata tokwan dia mahu memasak bermacam jenis masakan kampung.
kata tokwan lagi dia jarang pulang ke sini apa salahnya merasa masakan kampung pulak.
Tajdi menilik senarai barang yang ditulis tokwan di atas kertas kecil.
lalu di satu selekoh.dia melihat gadis yang dipujanya berhenti di simpang itu.
mungkin hendak kemana-mana.
gadis itu nampak ayu walaupun hanya mengikat rambut tocang satu.
dia memperlahankan kereta.
si gadis tidak perasan akan kehadirannya.
sehinggalah keretanya melintasi motor yang dinaiki gadis misteri itu.
"aku akan cari maklumat pasal dia"kata Tajdi.
Ara menyanggul rambut paras bahunya tinggi-tinggi.lengan baju dilipat sampai ke siku.
dia mencapai cape berwarna hitam lalu disarung atas kepala.
dia mula mencuci pinggan kotor.
mak embon sibuk memasak pesanan pelanggan yang datang ke warung.
"Ara..."panggil mak embon.
"ye mak..."jawab Ara tanpa berpaling.
dia sudah tidak banyak bersuara.hanya menjawab bila ditanya,dan hanya bertanya jika perlu.
mak embon juga sedar dengan perubahan anaknya.tetapi apa boleh dibuat,asalkan Ara tidak melakukan sesuatu yang buruk.mungkin dia masih terasa kehilangan Taufiq.
"ada orang datang,cepat ambil order"suruh mak embon.
tanpa banyak soal Ara mengeringkan tangannya dengan tuala kecil.
Ara pergi ke arah seorang lelaki berambut paras bahu,dan bertshirt lengan pendek,sedang membelek akhbar berita harian.
"nak makan apa encik?"soal Ara.
lelaki itu memandangnya.
terus Ara terkejut.
"pengapit lelaki semalam?"kata hatinya.
Tajdi juga terkejut.
"sungguh indah,akhirnya aku dapat tengok dia dari dekat"gembira hati Tajdi.
Ara tersedar.
"err...nak makan apa?"soalnya sambil menurunkan cape agar menutupi separuh wajahnya.
"saya nak makan mee rebus"jawab Tajdi dengan senyuman.
"minum?"
"milo ais"
Ara mengangguk terus berlalu.
"hai hati...alangkah gembiranya kalau dia aku punya"Tajdi tersengih sendiri.
setelah lima belas minit menunggu.Ara datang menghantar makanan.
tanpa sepatah kata Ara berlalu.
"awak"
kaki Ara berhenti.dia memandang lelaki itu.
"terima kasih"Tajdi tersenyum.
Ara mengangguk terus berlalu tanpa sebaris senyuman.
"sama-sama"jawab hatinya.
Bandaraya Australia...
Taufiq menghirup kopi panas dari cafe rakyat Malaysia yang sudah lama menetap di negara Australia ini.
musim sejuk begini lebih nyaman jika minum secawan kopi untuk menambah tenaga.
diluar cafe hujan turun renyai-renyai.
Taufiq memandang keluar.
walaupun dirinya dibawa ke negara asing ini,tetapi hatinya tidak pernah melupakan kisah perit yang berlaku di malaysia lima bulan yang lalu.
...Taufiq memandu masuk ke perkarangan rumah mereka.hatinya tahu dan yakin pasti mama akan mengamuk sakan kerana tiga hari yang lalu dia telah memalukan mereka di depan orang kampung.
dia sengaja tidak mahu hadirkan diri pada majlis perkahwinannya sendiri.
entah apa yang menyebabkan dia bertindak sedemikian berani.
dia pergi ke terengganu untuk melarikan dirinya.
kini dia telah kembali untuk menjelaskan semuanya.
"assalammualaikum"dia berdiri di muka pintu.
"waalaikumsalam"jawab dato Tajuddin.tangannya dibiarkan Taufiq bersalam.
"maafkan Fiq pa.."kata Taufiq.
dato Tajuddin mengangguk.
dia memandang ke arah isterinya yang berwajah masam.
Taufiq menghampiri mamanya.
"mama..maafkan Fiq"
"maaf?"senangnya Fiq cakap,mama dan papa kena tanggung malu dengan orang kampung,malu dengan datin dan dato,Fiq ada kisah pasal semua tu!!?"marahnya.
Taufiq tunduk.
"Fiq tak boleh kahwin dengan Kina"
"kenapa?"Kina tu tak cukup perempuan bagi Fiq?"mama tahu...Fiq memang sengaja cari fasal,sengaja nak malukan mama dan papa kan!!??
"bukan ma...Fiq tak niat macam tu,kan dari awal Fiq cakap,Fiq tak sukakan Kina,mama dan papa yang paksa Fiq"
"oo..sekarang nak salahkan kami pulak?"
"sudah-sudah lah tu rose..benda dah jadi kan?"tegur dato Tajuddin.
"tapi kita yang tanggung malu bang,dato dan datin langsung dah taknak bercakap dengan kita dah"kata datin rose.
"ye...saya tahu,tapi ni kesalahan kecil je kan?"kalau dibuatnya Fiq tak balik-balik terus,macam mana?"Fiq dah elok-elok balik minta maaf dekat awak,awak pulak dah macam budak-budak,biarkan ego tu kuasai diri"dato Tajuddin turut memain peranan.
"Fiq minta maaf mama..,Fiq tahu Fiq salah,salah kerana menghancurkan rancangan mama,tapi Fiq tak sanggup nak hidup dengan Kina,Fiq kenal macam mana dia waktu kolej dulu,kalau sekarang pun mama pergi tanya kolej,tentu semua bekas pelajar disitu kenal dengan dia"kata Taufiq.
"salah diri sendiri,sekarang nak burukkan orang lain pulak,dah lah Fiq,mama dah tak nak dengar apa pun dari Fiq,lepas ni Fiq buatlah apa pun yang Fiq nak buat,mama dah tak nak masuk campur"kata datin rose.
Taufiq dengan wajah sedih naik kebiliknya.
nampaknya dia masih lagi perlu mencari kemaafan dari mamanya.
Taufiq meneguk minuman air kosong dari peti sejuk.
jam di dinding sudah pukul 12 tengah malam.
"minum tak ajak"tegur dato tajuddin dengan senyuman.
"terkejut Fiq"
Taufiq tersengih.
"tak tidur lagi ke?"
"belum mengantuk lagi pa.."jawabnya
"papa ada hal nak bincang dengan Fiq"
Taufiq hairan.dia bersandar pada peti sejuk.dato tajuddin pulak sudah duduk di kerusi berdekatan.
"penting sangat ke papa?"
"penting jugak..itupun kalau Fiq setuju"
"macam ni...papa baru masuk saham dengan sebuah syarikat dekat Ausralia,papa berkongsi dengan kawan papa,saja papa rahsiakan dari Fiq dan abang"sambungnya.
"syarikat apa pa?"
"sama macam disini jugak,tapi papa tak tahu nak suruh siapa pergi sana uruskan,papa ingat nak suruh Fiq ke sana,sambil-sambil tu..boleh tenangkan fikiran"
"Fiq kan kena belajar dulu,Fiq tak berapa pandai sangat"
"orang kata belajar dengan pengalaman,kalau Fiq kesana,sambil-sambil menguruskan syarikat boleh Fiq belajar serba sedikit,nanti kawan papa akan ajarkan"
"betul ke..papa percayakan Fiq?"
"papa yakin Fiq boleh,abang boleh uruskan disini"kata dato tajuddin.
Taufiq tersenyum.
"so..?"
"Fiq cuba pa"jawabnya penuh yakin.
pasal Ara dia akan tunggu sampai bila waktu menemukan mereka kembali,dia tahu Ara juga marahkan dia,tapi dia ada sebab untuk itu.
dia berjanji pulang sahaja dia dari Australia setelah berjaya disana,dia akan.terus menyunting Ara sebagai isterinya....
Share this novel