Ara membuka matanya yang sedari tadi terlena dengan tenang sekali,sedari tadi dia sedaya upaya cuba melelapkan matanya yang tidak mahu terlena,buat apa jaga? nak pandang-berpandangan dengan para pramugari dan pramugara yang ke hulu ke hilir ke? baik dia tidur.berada di dalam pesawat yang tenang tanpa sebarang bunyi bising membuatkan matanya betul-betul mengantuk setelah tiga jam perjalanan akhirnya.setelah menempuhi perjalanan jauh itu dia terjaga juga akhirnya setelah terasa gegaran pesawat menyentuh awan,melihat apa yang dilihat oleh matanya ketika ini dibalik cermin kaca di tingkap sebelahnya terus perasaan teruja semakin menguasai diri.matanya terbuntang melihat keindahan air laut yang membiru dan bersih yang terdapat di negara Korea ini.matanya jelas menampakkan bangunan-bangunan yang pelbagai bentuk dan warna.
Ara tersenyum sendiri.
pengumuman pendaratan pesawat terdengar ke telinga seluruh penumpang dalam pesawat itu.
Ara dapat lihat keluasan Gimpo International Airport,sangat besar bagi Ara.
salah satu lapangan terbang yang popular di seoul,Korea.
Ara membetulkan pakaiannya.
saat turun dari pesawat itu wajah Ara disapa dengan bayu angin yang sepoi-sepoi bahasa orang Malaysia cakap.
Ara tersenyum senang.mungkin ini khabar selamat datang dari angin di Korea ini kepadanya.
Ara tersengih sendiri.
"Annyiong haseyeo"kata Ara perlahan.
walaupun dia datang ke Korea pada penghujung bulan jun iaitu musim panas bagi warga Korea tetapi tubuhnya tetap menggigil kesejukan.mujurlah dia sempat memakai jacket tak seberapa tebal miliknya,cukuplah sekadar memberi sedikit kepanasan pada tubuh.
berdasarkan apa yang Ara baca pasal cuaca di Korea ni,musim panas biasanya pada bulan jun hinggalah ke september,suhunya pulak antara 23-27 celcius...huisshh,bolehlah tahan.
Ara menolak bagasinya ke ruangan penunggu.
sekelilingnya dipenuhi dengan rakyat Korea yang semestinya mempunyai lokasi tersendiri untuk dituju.
Ara melihat sekelilingnya,mana tahu si Fifi ada menunggunya di mana-mana.
Ara merasa bahunya dicuit di sebelah kanan,pantas di berpusing...mana ada orang?
Ara pusing semula ke posisi asal
"pahhhh!!!"
"oh mak kau Fifi!!"
dengan pantas Ara menutup mulutnya.matanya membuntang melihat seorang gadis yang tembam terkekek sedang ketawakannya.
ish...geram betul main sergah-sergah ni!
"apalah kau ni...aku mana ada anak lagi,kahwin pun belum..dah panggil aku mak"kata gadis itu dengan suara merajuk.
Ara terkesima.dia lihat gadis yang berpakaian blous tanpa lengan menampakkan lengannya yang berketul-ketul,skirt paras lutut yang kembang macam payung,berkasut sukan nike dan rambutnya diikat satu.sedikit make-up di wajahnya.
Ara keliru seketika.
"kau ni kenapa pandang aku macam tu?"soal gadis itu
"Fi...fi..fifi?"soal Ara teragak-agak,kalau tengok dari muka ada iras sikit-sikit.
"yelah...cik kak oi,kau ingat siapa?"soal Fifi geram.
ternganga mulut Ara kerana terkejut
"kau...?"
"dah-dah..sebelum kau tanya apa-apa dari aku,jom kita balik rumah aku dulu,nanti kita citer panjang,lagipun dah nak ke malam ni"kata fifi pantas menarik tangan Ara supaya mengikutnya.
Ara pula menarik bagasi begnya.
Ara perhati lagi gadis yang dikatakan bernama fifi ini,berjalan perlahan kerana tubuh badannya yang berisi.
Ara duduk di sebelah pemandu kereta yang dipandu oleh Fifi.
"so...macam mana perjalanan?"soal Fifi sambil memandu keretanya.
"okay je...eh jap aku ada hal nak tanya kau"kata Ara.
dia memandang ke arah fifi
"apa dia?"
"kau macam mana boleh....?"
"gemuk?"soal fifi dengan senyuman
"aku tak cakap gemuk...aku cuma cakap comel,eh..dulu kan kau kurus lagi dari aku dan Zaiton,sampaikan semua orang panggil kau sekeping,tapi setelah lima tahun tak jumpa macam mana kau.....?"
"alah...aku makan shushi banyak kot"kata fifi gelak perlahan.
Ara juga tergelak
"aku datang sini bukan ada kerja apa sangat,aku cuma uruskan butik je....dekat korea ni kalau kau nak tahu,makanan halal dia punyalah sedap..dan banyak jenis pulak tu,aku kan suka test benda-benda baru...kau pun tahu"kata fifi.
Ara tergelak kecil,untunglah anak orang kaya!
"tak kisahlah...asalkan kau tak tipu aku yang kau tu bukan fifi,sumpah aku tak kenal langsung kau tadi"kata Ara
"mana ada aku tipu...nama kau Tiara Diandra binti Ahmad Tarmizi kan?"soal fifi
Ara angguk dengan senyuman
"dan kau Airysha hafifi binti Amirul?"soal Ara
fifi menaikkan ibu jarinya yang bulat.
mereka sama-sama gelak.
kereta yang dipandu oleh fifi membelah jalan raya yang sesak dengan kenderaan-kenderaan.sama macam KL!
Ara terkesima selama lima minit setelah melihat rumah yang dibeli rakannya itu,eh! bukan fifi yang beli,daddy dia yang hadiahkan...
perabot yang berwarna tidak begitu terang,kebanyakan perabot dan dinding rumah ini berwarna koko cair,tangga dan sofa pula warna kuning cair.
ada sedikit ruang rehat yang memaparkan pemandangan kota raya seoul yang bergermerlapan dengan pelbagai warna dan bentuk lampunya bila malam menjelma.
Ara terkesima sendiri.
hikkk!!
"kau okay ke? asal tiba-tiba keluar bunyi setelah lima minit kau macam patung dah aku tengok"soal fifi
Ara menutup mulunya beserta senyuman malu.
"aku kaku sekejap tengok rumah kau,memang gila cantik..sejuk mata aku tengok rekaan,corak,warna lagilah cantik,bertuahnya aku sebab kau bagi aku tumpang"kata Ara teruja.
fifi tergelak perlahan.
"biasa je lah...aku hari-hari duduk sorang dekat sini bosan gila...kau pula teruja lebih"kata fifi sambil duduk di sofa berwarna merah di tepi cermin tingkap yang besar dan jernih.Ara juga melabuhkan punggung di sebelah rakannya.
"betul aku cakap,pertama kali aku masuk dalam rumah yang macam ni"kata Ara
"cuba kau duduk hari-hari dekat sini,mesti bosan punya"kata fifi.
Ara tergelak.
fifi pandang wajah sahabat baiknya itu dengan pandangan simpati.
"Ara...aku nak ucap takziah dekat kau,aku tahu cerita pasal kau pun baru dua hari lepas..itupun Ton yang email aku kalau tunggu kau cerita dekat aku...memang tak lah kan?"kata fifi.
Ara melempar pandang pada pemandangan malam diluar.
fifi pula hanya pandang wajah sedih temannya.
"benda dah lepas...buat apa aku cerita lagi"kata Ara
"mesti kau sedih kan...?aku yang dengar cerita ni pun,rasa macam tak percaya..sampai macam tu sekali ujian untuk kau"kata fifi
Ara tersenyum.dia tunduk
"dulu aku lagilah...macam nak gila rasanya,tapi orang sekeliling aku banyak beri semangat dekat aku,aku terima yang dia dah pergi tinggalkan aku selamanya"kata Ara
fifi berpandangan dengan Ara
"kau banyak sabar erk?"
Ara angguk kepalanya.
"eh..malam ni kau nak makan apa?"soal fifi cuba untuk tidak menambah kesedihan rakannya.
Ara tersenyum
"kau nak masak ke?"soal Ara
"eh..aku pandai tau masak-memasak ni,aku masakkan kau makanan korea"kata fifi.
tiba-tiba Ara teringat masakan yang dikirim oleh emaknya kepada fifi didalam bekas tahan panas.
"kalau kau ada makanan Korea untuk aku,aku pulak ada makanan Malaysia untuk kau"kata Ara
"serius ke weh?"teruja sungguh wajah fifi
"yelah...mak aku kirimkan untuk kau,cuma panaskna sikit je.."kata Ara
"ya Allah,mesti sedap kan? aku rindu gila dengan makanan Malaysia kau tahu tak?ingat nak tunggu daddy dan mummy aku balik Malaysia barulah aku boleh merasa.. tapi tiba-tiba pula diaorang ada hal"kata fifi
Ara gelak perlahan
"dah jom....kita ke dapur"kata Ara bangun dari duduknya.
"kalau ye pun...kau naiklah mandi dulu"kata fifi
Ara tersengih
"okay....aku naik mandi kejap,nanti aku turun"kata Ara.terus dia naik ketingkat atas
"mana bilik aku?"jerit Ara dari atas
"yang pintu colour pink tu bilik kau...sebelah tu bilik aku"jawab fifi
Ara menghidu bau yang sangat sedap dari arah dapur.bau makanan yang berlainan dari yang dia pernah bau makanan yang dia pernah rasa selama dia hidup.hehehe..
Ara memperkemaskan jacket berwarna merah jambu yang tebal miliknya.
keadaan begitu sejuk sampaikan badannya sedikit mengigil.mungkin dia tak biasa lagi.
"sedapnya bau......kau masak apa?"soal Ara berdiri disebelah fifi yang sedang mengoreng sesuatu,seperti pancake tapi...bukan bau pancake.
Fifi tersenyum sendiri.
"kau sejuk ke? sampai berjacket bagai?"soal fifi
"sejuk lah...kau tak terasa ke?"soal Ara sambil memeluk tubuhnya.
tangannya mula lincah memanaskan semula makanan yang dibawanya.
"aku biasa je..."kata fifi
"kau dah berpuluh tahun duduk sini,seusia dengan kau dah.."kata Ara
fifi tersengih.
mereka duduk di meja segi empat tepat yang cukup untuk tiga atau empat orang makan,yelah...nama pun rumah bujang.
"nah...cuba kau rasa ni"kata fifi menolak sepiring makanan yang dimasaknya tadi.
Ara pandang makanan itu dengan muka pelik.
"apa kau tunggu lagi..makanlah"kata fifi dengan senyuman.tangannya sudah mencedok masakan kampung yang dibawa Ara ke dalam pinggannya yang terisi nasi putih.
Ara mengambil sedikit makanan yang seakan telur dadar itu.
dicicah ke dalam kuahnya yang berwarna koko atau hitam.
Ara memasukkan ke dalam mulutnya.
matanya terpejam sedikit cuba manikmati rasa makanan itu.
dia tersenyum senang.
"sedapnya fifi"kata Ara dengan seronoknya.
dia mula menikmati makanan itu tanpa teragak-agak lagi.
fifi tersenyum bangga kerana masakannya dipuji.
"ini namanya Haemeul pajeon,salah satu makanan halal di Korea yang kau boleh rasa"kata fifi.
Ara tersenyum.
Ara kemudiannya tersengih.
"apa?"soal fifi pelik
"ini...untuk aku erk?"soal Ara mengisyaratkan satu pinggan Haemeul pajeon.
fifi mencebik
"ambiklah..."katanya.
"yeahh....thanks fi..."kata Ara tersenyum senang.
Ara membuka matanya.sinar matahari yang tak begitu terang memancar memasuki biliknya.
selimut tebal ditarik hingga paras leher.
malasnya nak bangun...,usai subuh tadi dia menyambung semula tidur.dah lah terpaksa tunggu lama nak suruh si fifi bukakan pintu biliknya supaya tunjukkan arah kiblat rumahnya.semalam lupa pula nak tanya,sembang punya sembang sampai ke lewat.baru mata masing-masing memberi amaran.
Ara mengerdipkan matanya beberapa kali.
dia tersenyum.
"selamat pagi Korea"kata Ara dengan suara serak baru bangun tidur.
Ara bangun duduk di katilnya.
rambut yang kusut dibetulkan dengan tangan.
dia turun dari katil.stoking kaki yang dipakainya ditanggalkan.sejuk sampai ke kaki!
Ara menghirup kopi panas yang dibuatnya tadi.
dia duduk menghadap kota seoul yang banyak dengan kenderaan.
dia pandang nota yang ditinggalkan di atas meja kecil di sudut tempat duduknya berulang kali.
...."aku ada dekat butik,kau datanglah nanti,alamat aku dah tulis bawah ni,sekian dari fifi...kawan akhirat kau!...
Ara tersenyum bila teringat ayat last sekali.
"jalan terus dari rumah kita ke sebelah kanan,jumpa simpang belok kiri,jalan lagi selama lima minit,kau pandang ke kanan semula.nama butik fifi's colection!"
Ara simpan kemas-kemas peta yang dibagitahu oleh fifi.
Ara memakai baju yang agak tebal ke badannya.seluar jeans yang berwarna hitam.rambutnya dibiar lepas supaya melindungi lehernya dari angin sejuk yang menyapa.kalau jacket tebal nanti..pelik pula orang tengok,musim panas pakai jacket.
"okay...first step kau jalan ke arah kanan dari sini"kata Ara.
dia pantas berjalan ke arah yang dituju.
usai lebih kurang dua minit berjalan,dia menjumpai simpang yang dimaksudkan oleh fifi.
"okay..then,kau belok kiri,jalan selama lima minit"kata Ara.
dia berjalan sambil menikmati suasana kota seoul ini.ramai juga rupanya yang berjalan sepertinya.ada yang berpasangan,ada yang bersama keluarga dan ada juga remaja berjalan sendirian.
"haiish....janganlah aku tersentuh bahu dengan jungkok pulak"kata hatinya.
Ara tersenyum sendiri mendengar suara hatinya.
Ara merasai angin yang menyentuh wajahnya.begitu lembut dan mengasyikkan.
rasa macam nak tidur dekat jalan ni.
kawasan sepanjang dia berjalan juga bersih tanpa sebarang sampah walau sekecil plastik pembalut coklat.
dia menghentikan kakinya secara mengejut.
"eh..dah lima minit ke?"soalnya.dipandang jam tangan di tangan kanannya.
Ara tersengih.seronok dengan angin sampai terlajak menjadi lima minit sepuluh saat.
Ara berjalan ke belakang semula dengan beberapa langkah.
dia memandang ke kanan.
dia tersenyum.
Fifi's Colection berdiri gah di puncak bangunan dua tingkat ini.
Share this novel