bab 80

Romance Completed 13382

Ara menutup telinganya kerana tidak sanggup mendengar jeritan nyaring dari fifi pagi itu.
"fifi!!!! dah lah jangan jerit,sakit telinga aku"marah Ara.
fifi tergelak senang hati.khabar yang disampaikan oleh Ara sebentar tadi benar-benar mengembirakan hatinya yang gusar sebelum ini.fifi duduk semula setelah dia melompat riang macam kanak-kanak ribena.
"kau betul kan apa yang kau cakap ni?kau tak tipu aku kan Ara?"soal fifi.
Ara mengeluh.masuk ni dah keberapa kali fifi tanya soalan yang sama.
"betul...mak aku bagi aku kerja dengan kau,lagipun aku masih nak teroka negara korea lagi,tapi mak aku pesan,jangan sampai lama-lama nanti rindu"kata Ara dengan senyuman.
"dasar anak mak lah katakan...."kata fifi mencebik.
Ara tersengih-sengih.
"okay...first step,aku akan ajar kau macam mana nak jadi jurugambar,nanti bila ada wedding di mana-mana aku teman kau"kata fifi
"habis kalau kau teman aku macam mana dengan butik?"soal Ara
"tutup je lah sementara,lepastu bila dah habis kerja kau kita buka balik"
"kalau macam tu baik kau je yang buat dua kerja ni,tak payah upah aku...kan sama je"kata Ara
"erm...betul jugak kan?tapi....kau okay ke?"
"alah...aku okay je,aku cakap bahasa english"kata Ara
fifi terangguk-angguk.dia tersenyum gembira.
"thanks Ara"kata fifi.
"yelah....."kata Ara mendatar.
"makan tengah hari aku belanja kau pergi makan makanan korea yang best-best"
"janji erk...?"
fifi angkat tapak tangannya setinggi kepala,sebagai tanda janji.
Ara tersenyum lebar.tak sabar nak rasa makanan korea!

mak embon duduk di pangkin berhadapan rumah mereka menghadap sawah,dimana tempat yang selalu Ara luangkan masa sendirian.mata tuanya merenung ke sawah yang luas dan menguning.
"apa yang difikirkan tu?"satu suara menyapa dibelakang.
pak mad mengambil tempat di sebelah isterinya.
"tak ada apa lah bang...."kata mak embon.
pak mad menghidupkan api dari pemetik api lalu dicucuk ke rokok yang sudah dikepit ke mulut.
"saya tahu....awak ingatkan Ara kan?"
mak embon diam.dia tunduk ke bawah seketika lalu dipandang suaminya.
"mestilah saya ingat dia bang....dia anak kita"katanya.
"apa yang Ara cakap tadi? masa dia call awak?"soal pak mad.
"dia...nak kerja dengan fifi"kata mak embon.
terkejut wajah pak mad,dia memandang tajam ke arah isterinya.
"kerja apa?"soal pak mad.
"kerja alah...err apa tu? jurugambar....hah dia la tu"kata mak embon.
"habis...awak izinkan?"soal pak mad.
"saya kesian dengan dia bang"kata mak embon.
"awak kesian dengan dia...tapi awak tak terfikir kalau Ara akan tinggal sana lebih lama,awak tu....Ara pergi KL tiga hari pun,setiap hari telefon,inikan pula korea nun....jauh beribu batu dari kita"kata pak mad.
"tak apa lah bang...saya tahu saya akan ingat dekat dia,tapi saya cuma nak dia cari bahagia dia sendiri,kalau dia dekat sini...hati dia masih ingatkan arwah Tajdi,saya tak nak nampak dia bersedih lagi"kata mak embon.
pak mad mengeluh.
"kalau dah itu kata awak...saya nak kata apa lagi,tapi....awak ada bagitahu dia jangan duduk lama-lama dekat sana?"soal pak mad.
mak embon angguk kepala.
"saya bukan apa....dia satu-satunya anak kita,saya tak nak dia duduk jauh dari kita,kalau boleh biarlah dia depan mata kita,tapi.....saya juga nak dia cari bahagia dia sendiri,mungkin bila dia di tempat orang kehidupan dia akan berubah ke arah yang lebih baik,biarlah bila dia balik nanti,dia tinggalkan segala duka dia dekat sana"kata pak mad.
mak embon angguk kepala.
"Ara dah janji,mungkin tak lama dia duduk sana,dia kerja dengan kawan dia sementara kawan dia tu dapat pekerja baru"
pak mad angguk mengerti.
biarlah anaknya menemui bahagia yang tidak pernah ditemuinya.biarlah dia belajar untuk menerima takdir yang ditentukan Allah untuknya.dalam setiap sujudnya pada Allah pak mad selalu berdoa dan berharap,bakal ada suatu hari nanti seorang lelaki yang memberi kebahagian dunia dan akhirat untuk anaknya itu,semoga lelaki yang dinantikannya akan benar-benar mencintai Ara seperti mana cintanya arwah Tajdi pada anaknya.
sekaligus dapat menjaga dan menjadi pengganti dirinya untuk Ara bercerita segala masalah.
pak mad tunduk merenung ke tanah yang kering.ada takungan air mata di kelopak matanya,tapi...diseka perlahan supaya mak embon tidak menyedarinya.

9 bulan kemudian....

Taufiq berdiri merenung ke luar balkoni biliknya.dari atas dia dapat melihat pak mail merangkap driver baru papa sedang mencuci kereta.mama yang sedang membetulkan segala tanaman pokok-pokok bunganya.
keluhan dilepaskan.tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang dengan sepasang tangan yang lembut.Taufiq tersenyum lebar.
terasa pipinya dicium lembut.
"apa nih? pagi-pagi dah manja semacam"kata Taufiq.
Kiyla tergelak perlahan.dia berdiri disebelah Taufiq,tangan sasa milik Taufiq dipeluknya.
"baby suruh mama dia cium papa dia..."kata Kiyla.
Taufiq tersenyum senang perut Kiyla yang membesar diusap lembut.
"tak sabar papa nak jumpa dengan dia"kata Taufiq perlahan.
"dia pun tak sabar nak jumpa papa dia,tunggu hari je...."
Taufiq memeluk bahu Kiyla.mereka sama-sama merenung ke luar.
"abang tak pergi kerja?"soal Kiyla.
"tak lah sayang...abang ambil cuti harini"kata Taufiq.
"kenapa?"
"saja lah....mana tahu baby kita nak keluar hari ni"kata Taufiq.
tergelak Kiyla dibuatnya.
"tak tahu bila lah bang...."kata Kiyla.
"tak tahu apanya....kan dokter pun cakap,bila-bila masa je...sebab baby kita dah cukup umur dalam tu"kata Taufiq.jari telunjuknya dituju pada perut Kiyla.
Kiyla tersenyum.
"okay...sayang mengalah"kata Kiyla.
mereka sama-sama tergelak.
suasana senyap seketika.
"sekejap je kan rasanya....?"
Taufiq pandang isterinya.
"kenapa sayang?"soal Taufiq
"sayang rasa macam apa yang berlaku selama ni...sepantas kilat ia berlalu,macam baru semalam...."kata Kiyla.
Taufiq mengusap kepala Kiyla yang tak bertudung,dicium ubun-ubun isterinya.
"sekarang waktu berlalu dengan cepat"
"abang.....?"
"ermm..?"
"apa khabar Ara agaknya?"
Taufiq diam,dia sendiri tak tahu khabar berita dari Ara,sudah lama dia tidak pulang ke kampung semenjak opah meninggal tiga bulan yang lalu.rumah peninggalan opah dijaga oleh pekerja ladang sawit di kampung.
tiga bulan lepas,opah tergelincir di bilik mandi.opah lalu dibawa ke hospital berdekatan,selama seminggu opah terlantar sakit,walaupun tiada kecederaan serius tapi mungkin Allah lebih sayangkan opah,hari keenam opah di hospital,waktu subuh yang syahdu.opah pergi meninggalkan mereka sekeluarga.
Taufiq masih ingat setiap pesanan opah sewaktu dia menjaga opah di hospital.
......
"Fiq...."panggil opah dengan suara yang lemah.
Taufiq menggengam tangan tua itu.
"ye opah..."
"opah nak cakap dekat Fiq"
"cakaplah opah...Fiq akan dengar"kata Taufiq.ditahan air mata agar tidak membanjiri pipinya.dia tidak mahu opah melihat kesedihannya!
"opah cuma nak pesan...Fiq satu-satunya cucu opah yang tinggal,opah cuma nak Fiq jaga diri,jaga Kiyla baik-baik..dia seorang isteri yang baik.nanti bila opah dah tak ada,Fiq jaga cicit opah dengan baik,Fiq jagalah dia macam mana opah jaga Fiq waktu kecil dulu..."opah berhenti berkata-kata kerana terbatuk.
Taufiq menyeka matanya.tangan opah diciumnya.
"apa opah cakap ni...."soal Taufiq suaranya bergetar.
opah tersenyum sedikit.
"opah nak Fiq jaga mama dan papa juga,Fiq jaga dan hormat mereka,jangan lawan sekalipun cakap mereka.ingatlah..mereka mahu yang terbaik untuk kita.opah nak Fiq tahu lagi...bila opah dah tak ada nanti,Fiq upah orang untuk jaga rumah opah ye? itu rumah kenangan Fiq waktu Fiq kecil"
opah sudah terbatuk lagi.
Taufiq menangis teresak-esak.
"opah......"panggil Taufiq dengan suara bergetar.
"segala harta yang opah tinggalkan,opah nak serahkan pada Fiq.buatlah apa Fiq suka,asalkan mendatangkan pahala.lagi satu.....opah tak nak keluarga kita berputus hubungan dengan Ara.dia juga opah dah anggap macam cucu opah.opah harap sangat...kalau apa pun terjadi jangan putuskan hubungan ini."kata opah.
Taufiq hanya mampu angguk kepala.tiada suara yang mampu keluar ketika dia menangis.
...........

"abang.....?"panggil Kiyla.
Taufiq tersedar.dia tersenyum.tubir matanya yang berair diseka.
"ada apa sayang....?"soal Taufiq.
"sayang tanya...apa agaknya khabar Ara,Kiyla teringatkan dia lah"kata Kiyla dengan senyuman.
"abang pun dah lama tak balik kampung...."
"abang....apa kata nanti bila Kiyla selamat melahirkan,kita balik kampung?"
Taufiq tersenyum.lalu mengangguk.
"ataupun sekarang?"kata Kiyla.
"sekarang tak boleh...sayangkan dah dekat waktu nak melahirkan...nanti kalau apa-apa jadi susah"kata Taufiq.
Kiyla mengeluh.
"kenapa mengeluh ni.....sayang merajuk ye?"kata Taufiq sambil mencuit hidung Kiyla.
Kiyla tergelak kegelian.
"sayang tak merajuk...cuma mana tahu nanti Kiyla dah tak dapat ke sana lagi"
"kenapa pulak tak boleh?"
"mana tahu apa-apa terjadi dekat Kiyla"
"apa cakap macam tu....tak baiklah"
Kiyla tersenyum.
"Kiyla gurau je..."
"abang....sayang turun bawah kejap...nak minum air"kata Kiyla
"biar abang ambilkan"
"tak apa...Kiyla boleh ambil sendiri"kata Kiyla.
Taufiq angguk diam.
dia melihat langkah Kiyla menuju ke luar.
Taufiq melangkah ke arah katil mahu merebahkan diri sebentar.
ahhhh!!!!!
tubuhnya pantas bangun dengan sendiri.
telinganya jelas menangkap bunyi seseorang menjerit di luar.tanpa membuang masa Taufiq melajukan langkah ke luar bilik.
dia menuju ke tangga.terkejut dia saat melihat Kiyla yang terduduk sambil menahan sakit,tangannya memegang perut.
"sayang....Ya Allah"Taufiq pantas mencempung tubuh Kiyla turun ke bawah.darah yang mengalir pekat di kaki Kiyla tidak dipedulikan,yang pasti isterinya mesti cepat sampai ke hospital.
ya Allah..selamatkan isteri aku! doanya tidak putus-putus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience