bab 50

Romance Completed 13382

hari ini adalah hari yang paling bahagia dalam hidup Ara.Tiara Diandra binti Ahmad Tarmizi bakal disatukan menjadi tunangan kepada Tajdi Mikael bin Tajjuddin.
Ara tersenyum gembira melihat dirinya yang dihias cantik oleh Zaiton.dia mengenakan baju kebaya berwarna putih,rambutnya disanggul tinggi diletakkan selendang labuh yang bermanik cantik diatasnya.
wajahnya dihias sederhana atas permintaan darinya.
dia pandang pula katil yang dipenuhi pelbagai bentuk hantaran yang bakal dibalas pada pihak lelaki.siang malam mereka sama-sama tak tidur.perasaan terujanya kembali menguasai diri.
jantungnya apatah lagi selalu bergerak laju dari biasa.
tersenyum sendiri Ara apabila teringat malam sebelum majlis pertungannya hari ini.
. ..."cepat siapkan yang tu...ada banyak lagi ni"gesa mak Embon kepada Ara dan Zaiton yang banyak menyembang dari membuat kerja.
mereka berhenti ketawa.
"sabar lah mak...nak siap dah ni"kata Ara berselang dengan ketawanya.
"ye lah mak embon....relaks ark"kata Zaiton yang dipaksa oleh Ara untuk bermalam di situ.
"sabar-sabar...sekarang pukul 12 lebih dah tahu tak?"kata mak embon geram.
Ara dan Zaiton sama-sama bertungkus lumus menyiapkan hantaran yang berdulang-dulang itu.
mak embon duduk agak jauh dari anaknya dengan perasaan sebal.
Ara tersenyum sambil menghampiri emaknya.
bahu mak embon dipeluk.kepalanya dilentuk pada bahu emaknya.
"mak....mak jangan risau okay?Ara tak nak mak susah hati"kata Ara seumpama berbisik.
tiba-tiba terasa badan mak embon terinjut-injut.
"mak....mak nangis kenapa?"soal Ara risau sambil memandang emaknya.
"mak cuma sedih...anak dara mak dah nak kahwin,siapalah lepas ni yang nak tolong mak dekat warung,dekat rumah,siapalah yang nak balik jumpa mak selalu"kata mak embon dengan air mata.
Ara tersenyum pada Zaiton.
Zaiton juga melempar senyum sambil menaikkan kening.
"mak....Ara baru bertunang"kata Ara
"tapi...lima bulan kemudian akan berkahwin kan?"soal mak embon tanpa memandang anaknya.
Zaiton menahan gelak dihujung sana.
Ara memberi amaran supaya diam.
terus Zaiton membuat isyarat mulutnya dizipkan.
"habis...mak tak nak Ara kahwin?"soal Ara.
mak embon terkejut.
pantas kepalanya menggeleng.
"mak nak Ara kahwin,inilah yang mak nantikan selama ni,mak nak sangat tengok anak mak disatukan dengan lelaki yang boleh jaga anak mak.mak cuma....risau,mak takut bila dengar anak mak akan jadi milik orang lain bukan milik mak dan ayah lagi"kata mak embon.
Ara menyeka air mata di tubir matanya.
dia tahu emak terlalu fikirkan hal ini,patutlah dari semalam emak diam sahaja,sewaktu Tajdi dan keluarganya datang pun emak tidak banyak cakap,hanya ayah saja yang bertanya itu ini.
bahu emaknya diusap lembut.
"mak tak payahlah risau,walaupun Ara dah kahwin,Ara tetap anak mak dan ayah,Ara tetap wanita yang berbintikan Ahmad Tarmizi,kan mak cakap nak Ara dijaga oleh lelaki yang bertanggungjawab,boleh jaga Ara,boleh bimbing Ara,sekarang lelaki tu dah ada dan bakal jadi suami Ara,mak patut rasa seronok,kalau mak macam ni...Ara jadi was-was nak kahwin sebab Ara tak nak kecewakan mak,esokkan hari bahagia untuk anak mak ni....jadi mak janganlah sedih-sedih"kata Ara perlahan.
mak embon menarik nafas dalam kemudian dihembus perlahan bagi menghilangkan rasa negatifnya.
tangan anaknya digenggam.dia senyum pada Ara.
"mak janji akan buang rasa ni,betul cakap Ara mak patut rasa bahagia,mungkin mak terpengaruh dengan drama dalam TV kot,bila anak kahwin lupa pasal emak dan ayah di kampung,tapi mak dah tahu,kalaulah Tajdi buat anak mak lupa dekat mak dan ayahnya....mak tahulah nak ajar dia macam mana,"yakin mak embon.
Ara dan Zaiton tidak dapat menahan ketawa terus mereka gelak kuat-kuat.
mak embon juga sama-sama tergelak bila teringat ungkapannya.
"tapi apa-apa pun...mak tahu Taj baik budaknya,dia akan jadi menantu tunggal mak yang paling baik"kata mak embon lagi.
"dah-dah la tu adakan drama sinetron awak tu....baik siapkan benda ni semua,majlis tu pagi tau"kata pak mat yang muncul dari dapur.
mereka lekas-lekas menyiapkan segalanya.....

"Ara!!!!!"jerit Zaiton.
terus mengembalikan fikiran Ara kebiliknya.
terkejut dia melihat Zaiton sudah duduk dihadapannya.
"apa kau ni....?suka kejutkan aku"marah Ara.
Zaiton tersengih.
"sorry,aku panggil kau punyalah lama, kau pulak boleh senyum-senyum..macam nak nangis pun ada aku nampak kau okay ke?"soal Zaiton.
"takde lah...aku teringat pasal semalam"kata Ara
"eleh....ke berangan ada atas pelamin dengan inchi bos?aku tahulah...kau kan dapat suami yang dipuja ramai"kata Zaiton.
pipi Zaiton ditariknya.
"adoihhh!!"jerit Zaiton mengusap pipinya yang merah.
"pandai je kau kan?betullah"kata Ara.
"ye lah...."
"abang Ilham kau datang tak?"soal Ara
terus mood Zaiton berubah ceria.
Ara menahan tawa.
"datang dia cakap...datang dengan rombongan keluarga mertua kau lah,sekarang dah sampai pun"kata Zaiton malu-malu.
"ohh..."balas Ara selamba.
"apa!!! dah sampai!! mana?"terkejut Ara bila otaknya mengimbas ucapan Zaiton.
"ye la....aku lupa,aku masuk ni sebab nak bagitahu rombongan dah sampai...heheh sorry"kata Zaiton serba salah.
lekas-lekas Ara membetulkan kedudukan selendangnya.
"okay tak ni?"
"okay dah...kau duduk diam-diam aku keluar dulu,apa-apa aku bagitahu kau"kata Zaiton.
Ara angguk.terus Zaiton keluar.
Ara memegang dadanya.
"ya Allah,kenapa rasa gemuruh ni tiba-tiba datang,kau permudahkanlah urusan pertunangn ku hari ini ya Allah,Aminn"doanya.

sepuluh minit Zaiton diluar Ara sudah gelisah didalam bilik sendirian.
satu khabar berita dari Zaiton masih tidak sampai ke telinganya.
tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
pintu ditolak dari luar.
"get ready datin rose dah nak masuk"kata Zaiton yang muncul.
Ara angguk laju.
Zaiton keluar semula.
pintu ditolak semula,kali ini muncul wajah mak embon yang tersenyum bahagia bersama datin rose.
Ara membalas senyuman itu semanis mungkin.
Ara menghulur tangan kepada datin rose.
tangan itu diciumnya dengan perasaan yang berlainan.
"datin sihat?"soal Ara memandang wajah manis datin rose yang bertudung berwarna pink.
"mama"kata datin rose.
mereka sama-sama tergelak.
"mama sihat?"soal Ara semula
"Alhamdulillah sihat,bakal suami Ara tu yang kurang sihat,dari semalam bahagianya lain macam"kata datin rose.
mak embon dan Ara tergelak.
"bakal pengantin memang rasa macam tu datin"kata mak embon.
"betul tu kak"jawab datin rose.
Ara mula berdebar semula apabila datin rose membuka kotak baldu berwarna merah hati.datin rose mengeluarkan satu bentuk cinta bertatah berlian putih.
Ara menghulur tangan.cincin tersarung dengan selamat ke jarinya.
datin rose terus memeluk Ara dengan erat.
"menantu sulung mama"katanya.
sebak Ara mendengar ungkapan itu.dia membalas pelukan.
pintu dibuka dari luar tiba-tiba.
"lah...dah selesai ke?tak sempat nak ambil gambar"kata Zaiton mengeluh.
mereka yang lain tergelak melihat wajah cemberutnya.
"takpe...kita buat semula"cadang Datin rose.
terus ceria wajah Zaiton.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience