Ara mengunyah buah jambu air yang berwarna pink terang dan rangup itu.
sememangnya ayah suka tanam pokok-pokok yang mengeluarkan hasil,belakang rumah mereka ada pokok durian,rambutan,manggis,mata kucing,langsat..dan lain-lain lagi.boleh jadi pengeluar buah-buahan tempatan.
"sedap sangat ke..sampai makan macam tu sekali?"soal mak embon tergelak melihat aksi Ara makan dah macam tak pernah jumpa pulak.
"sedap mak..manis lagi.mak taknak ke?"soal Ara.
"tengok Ara makan pun dah kenyang,mak selalu boleh makan..Ara tu lainlah,lepas ni balik KL mak bekalkan erk?"
"okay jugak tu mak...Ton pun suka"jawab Ara.dia mencicah jambu itu bersama dengan kuah rojak yang dibeli dari kedai Kak Shimah.kedai ke-3 di kampung mereka.
"banyak lagi ni..atas pokok nanti mak ambil galah bila Ara dah nak balik nanti"kata Mak embon.
dia jugak turut mencapai buah yang rangup itu.terliur pulak bila tengok anaknya berselera sungguh.
"petang-petang selalu mak buat apa?"
"tak buat apa...kadang-kadang tu mak cik Kiah datang,sembanglah kami sampai petang"
"uish..banyak betul tajuk"perli Ara dengan senyuman dibibir cuba mengusik emaknya.
"aish..mak bukannya mengumpat....saja sembang-sembang,Ara ingat mak tak ada kerja ke nak mengata orang?dari mengata orang baiklah cermin diri kita dulu"kata Mak embon.
Ara tersengih
"Ara tahu mak...saja je"
"bos Ara dekat KL tu lelaki ke perempuan?"
terhenti gigitan Ara pada buah itu.
mak pergi tanya pasal bos buat apa?hilang mood nak makan..
"err..lelaki"jawab Ara sambil mengunyah sisa jambu didalam mulutnya.
jambu ditangan diletak kepiring.
taktik mudah kalau nak larikan diri bila soalan pelik yang keluar dari mulut mak.
"kenapa tak makan habis?"hairan mak embon bila tiba-tiba sahaja anaknya berhenti makan.
"kenyanglah mak...nanti sambung lagi,"jawab Ara.
"muda ke tua?"soal mak embon.
"hah?"tak dengar pulak soalan emaknya.
"haii..muda-muda dah pekak,mak tanya bos Ara tu muda ke tua?"ulang mak embon.
"ohh..."Ara garu kepala.
"err..tak tahulah mak"
"lah..takkan umur bos sendiri pun tak boleh agak?"
"mak nak buat apa?"soal Ara malas.
"saja lah...mana tahu boleh mak suruh Ara mengurat dia"gurau mak embon.
"tengok tu...malas lah nak cakap"rajuk Ara.
mak embon tergelak.
"mak gurau je..cepatlah bagitahu"
Ara memandang emaknya dengan pandangan sinis.
"betul..tak ada niat lain"kata mak embon.
Ara tersengih
"29"jawab Ara itupun kak Mimi si penyambut tetamu yang bagitahunya.
"ohh...muda lagi,bagus betul orang zaman sekarang,muda-muda lagi dah ada syarikat sendiri"kata mak embon memuji.
Ara angguk saja.no komen!
"orangnya?"soal mak embon dengan senyuman.
"orangnya?"soal Ara
"ye..orangnya macam mana pulak?
baik ke..?garang ke..?tampan ke..?dah kahwin ke belum?"soal mak embon.
"ai mak...lain macam soalan"kata Ara.
"takde lah...saja-saja mak nak tahu,kalau dia berkenan dengan anak mak ni..mak okay je"kata mak embon
"mak ni..walaupun bos tu baik..tak kahwin lagi..tak semestinya dia kena kahwin ngan Ara mak...mak ni suka fikir bukan-bukan"kata Ara.
"mak bukan apa...mana tahu kalau-kalau bos Ara tu simpan hati dekat Ara"kata mak embon.
"mak kenal pun tak bos tu...lagipun kan mak..mana dia nak pandang anak mak yang tak seberapa ni...dekat KL tu..macam-macam perempuan yang dia boleh pilih,dalam banyak-banyak tu mungkin Ara ditangga last sekali,"kata Ara
"bagus anak mak..merendah diri"puji mak embon.
Ara tersenyum.
"Ara cakap benda betul,tak merendah diri pun.lagipun...Ara memang cantik,ramai lelaki suka"
"amboii...angkat bakul sendiri nampak..tu dah jadi riak pulak"kata mak embon menarik pipi Ara.
mengekek ketawa Ara cuba mengelak dari cubitan ketam berbisa emak yang popular di era-70 an...tak sangka 2018 ni pun masih ada lagi....gelak Ara makin menjadi-jadi bila pinggangnya pulak dicuit oleh mak embon.
"mak...dah lah"rayu Ara menyeka air matanya yang bertakungan akibat ketawa banyak.
mak embon berhenti mengusik anaknya.terhibur sekejap dengan telatah anak daranya itu.
tiba-tiba telefon Ara berbunyi.
masing-masing diam.
Ara melihat nama di skrin telefon.
"bos?"hairan hatinya.
Ara memandang emaknya yang juga menanti jawapan darinya tentang gerangan pemanggil.
"err..mak bos call,Ara jawab dulu erk?"
Tanpa menunggu jawapan Ara berlalu ke belakang rumahnya berhadapan dengan sawah padi yang luas.mak embon tersenyum.
"assalammualaikum"suara disana berbunyi kata pendahuluan.
"waalaikumsalam bos..."jawab Ara.
"err...awak dekat kampung lagi?"
"ye...kenapa bos?"
"awak balik bila?"saya dah rindu ni....
Tajdi tersenyum. kata-kata hujungnya cuma dalam hati,tak berani nak diluah.
"kan bos luluskan cuti saya tiga hari..lusa saya baliklah,"jawab Ara.
pelik pulak bos kali ni.dia yang luluskan aku cuti tiga hari,dia boleh tanya berapa hari.
"ohh...err.."
"kenapa ni bos?"soal Ara.
"saya nak jumpa awak hujung minggu ni,so...esok awak balik boleh?"soal Tajdi.
"lahh...saya baru seronok-seronok dekat kampung,ada hal penting ke bos?kalau bos bagi dekat kak Mimi dulu tak boleh?"soal Ara
"ini arahan"kata Tajdi tegas.
Ara keluh dalam hati.bibirnya dicebik.
"jangan awak nak buat mulut macam tu kalau dengar arahan"
pantas Ara menutup mulutnya.sekeliling dipandang.
wahh...macam mana dia tahu aku buat macam tu...dia pasang cctv ke apa?
"okay!"jawab Ara
"apa yang okay?"
Ara menahan sabar
"okay..saya akan balik esok,bos nak bincang fasal projek dekat petaling tu ke?"soal Ara
"no..projek rumah"jawab Tajdi.
"okay"
"okay...jangan lupa petang hari sabtu tu..dekat restourant berhampiran pejabat,"
"restourant hari tu ke?"soal Ara
"ye...ingat,awak seorang saja"kata Tajdi.
"Zaiton pun ada kena mengena juga dengan projek tu...saya bawa dia sekalilah"
malas aku nak berdua dengan bos lagi.dah lah haritu keluarkan ayat buatkan jantung aku bergetar laju.
"awak seorang saja,dan ini adalah arahan"
"ermm..okay"
"okay,assalammulaikum"
"waalaikumsalam"jawab Ara.dia mematikan talian.
keluhan berat keluar dari mulutnya.
Tajdi tersenyum senang.
"Ara..harap-harap awak tak mengecewakan saya"katanya sendirian.
Share this novel