setelah petang menjelmakan diri barulah Ara dan Zaiton meminta diri untuk pulang semula ke rumah sewa milik Zaiton.
Ara merebahkan dirinya di atas sofa yang empuk.tudung hitam dibuka lalu diletak atas meja kecil bersebelahan sofa itu.
matanya dipejam rapat.
Zaiton kembali duduk bersamanya di sofa bersebelahan.
"kau okay tak ni?"soal Zaiton.
Ara hanya angguk kepala sambil matanya masih lagi terpejam rapat.
"best kau kan....?dapat pergi korea,aku ni teringin sangat nak menjelajah negara-negara yang empat musim macam tu...aku nak tengok winter, spring, summer, dan fall"kata Zaiton seperti membayangkan suasana di empat musim itu.
Ara pandang temannya yang tersenyum.
dia juga ketawa kecil.
"aku nak rehatkan kepala otak ni..sebelum nak mulakan apa-apa,alah...apa kau nak risau,nanti kau pergilah sana"kata Ara
"kalau tak disebabkan bisnes aku yang sedang memuncak naik..dah sah-sah aku ikut kau,yelah...boleh duduk bertahun-tahun dekat sana"kata Zaiton.
Ara tergelak semula
"kau ingat aku nak duduk bertahun-tahun dekat sana ke? aku pergi sekejap je...Fifi lagi beruntung sebab ada rumah lagi dekat sana"kata Ara
"dia anak orang hartawan,apa nak hairan,setakat rumah dekat sweet castle tu bapak dia beli cash lagi khas untuk anak perempuan dia,lagipun dia ada butik dekat sana"kata Zaiton.
"beruntung dia kan...."kata Ara
"tulah..dah lah baik,eh jarang tau aku kenal anak orang kaya..baik macam Fifi kawan kita tu,siap ajak kau tinggal dengan dia lagi dekat korea nanti"kata Zaiton.
"dah dia ajak aku teman dia dekat rumah baru dia tu.aku pun tak kan nak pergi saja-saja,baik menyelam sambil minum air,jalan-jalan makan angin"kata Ara sambil ketawa.
Zaiton tersengih-sengih
"betul juga kan...nanti kalau aku free aku datang dekat korang"kata Zaiton.
"baik...."kata Ara dengan senyuman.
Fifi adalah rakan kami semenjak dari sekolah rendah lagi,tapi dia dilahirkan dalam keluarga berada.anak kepada salah seorang yang digelar tan sri,Fifi dipindahkan ke sekolah yang lebih baik,mereka berpisah seketika sebelum berjumpa semula di university,semenjak itu mereka menjadi semakin rapat.
Ara menunaikan solat isyak di dalam biliknya.
usai memberi salam.tangannya diangkat.
"Ya Allah,ampunkan dosa-dosaku dosa kedua orang tuaku yang menjaga aku dari kecil hingga besar,kau limpahkanlah kami dengan kasih sayang yang secukupnya,kau berikan aku kekuatan untuk menempuhi perjalanan hidup ini,kau berikan kesihatan yang baik kepada orang-orang yang ku sayangi selalu,kau tempatkan abang Tajdi di kalangan hamba-hambamu yang soleh dan solehah.amin...."doa Ara.wajahnya tampak tenang sekali.
dia mencapai Al-Quran miliknya yang diletak di sisi katil.
lalu dibuka dan dibacanya.memang itulah kerja hariannya.setelah solat Al-Quranlah yang dicari untuk dibaca,supaya hatinya yang sedih kembali tenang dengan membaca dan menghayati ayat-ayat indah itu.
Taufiq duduk sambil melihat pemandangan yang dipamerkan di balkoni biliknya.
akalnya hanya memikirkan Ara.
"Ara akan ke korea? kenapa setelah dua tahun baru nak tenangkan fikiran? selama ni dia masih tidak okay? dengan siapa dia akan duduk di sana?"soal hatinya.
tetapi tiada jawapan untuk menjelaskan soalannya.
Taufiq mengeluh.
"Walau apapun tindakan Ara,Fiq doakan agar Ara akan temui kebahagian nanti.pergilah sejauh mana Ara nak pergi,tapi tolong jangan lupakan Fiq dan keluarga.kami sayangkan Ara.Fiq masih sayangkan Ara walaupun sebagai kawan"kata hati Taufiq.
tiba-tiba bahunya dipeluk dari belakang.
Taufiq melempar senyum pada Kiyla yang berwajah ceria itu.
Kiyla duduk disebelah suaminya.
"apa yang abang fikirkan?"soal Kiyla perlahan.
"takde apa"jawab Taufiq
Kiyla tersenyum.matanya memerhati wajah Taufiq.
"abang dengan Kiyla pun nak berahsia kan?"soal Kiyla
Taufiq pandang wajah disebelahnya.
tangannya memeluk bahu Kiyla supaya rapat dengannya.
"cuba Kiyla teka...apa yang abang fikirkan"kata Taufiq dengan senyuman.
"pasal Ara?"kata Kiyla dengan senyuman.
mati terus senyuman Taufiq.
Kiyla yang melihat wajah terkejut Taufiq ketawa perlahan.
"kenapa senyuman tu tiba-tiba hilang?"soal Kiyla
Taufiq melarikan pandangannya.
"abang bukan...fikir apa-apa pun,cuma risaukan dia...risau sebagai kawan"kata Taufiq.
"isteri mana yang tak merajuk bila suami dia fikirkan pasal wanita lain,tapi...Kiyla tahu,abang adalah suami Kiyla,dan sampai bila-bila Kiyla percayakan abang"kata Kiyla
Taufiq tersenyum
"abang cuma risaukan dia yang keseorangan dekat sana nanti,Kiyla tahu kan selama ni Ara tak pernah ke negara luar,mungkin abang sedikit risau"kata Taufiq
"kesian dia kan bang?"kata Kiyla
"setiap dugaan Allah ni berbeza-beza,mungkin dia sedih dulu,kita tak tahu di masa akan datang Ara akan jumpa kebahagiaan dia sendiri,dah dua tahun abang Taj takde,mungkin dia akan semakin lupakan kisah pahit tu"kata Taufiq
"tapi....Kiyla nampak setiap kali Ara keseorangan,muka dia nampak sedih lah abang..,Kiyla ternampak masa Ara ke surau di tingkat atas untuk solat,sampai je di sudut gambar keluarga,Ara akan berhenti dan melihat gambar-gambar arwah abang Taj?"kata Kiyla dengan sedih.
"InsyaAllah..kita sama-sama doa supaya dia akan jumpa bahagia dia nanti"kata Taufiq.
Kiyla angguk kepala dengan senyuman.
tangan Taufiq mengusap perut Kiyla yang masih lagi tidak menunjukkan perubahan fizikal.
"kita jaga anak kita baik-baik,sama-sama membesarkannya"kata Taufiq dengan senyuman.
Kiyla tersenyum
"kita akan kenalkan anak kita dengan abang Taj ye abang?"soal Kiyla
Taufiq angguk beserta senyuman.
Taufiq berjalan melepasi lorong-lorong gerai makanan yang berderet di tepi jalan.sengaja dia membungkus makanan di gerai berhampiran pejabatnya.malas mahu menggunakan kereta dengan kesesakan di waktu tengah hari yang semakin habis.
Tajdi masuk ke sebuah gerai yang menjual nasi ayam.
dia tersenyum pada pemilik gerai itu iaitu seorang lelaki tua.
"nak order apa nak?"soal pakcik itu.
"bagi saya nasi ayam bungkus satu"jawab Taufiq
pakcik itu mengangguk.
Taufiq berdiri memerhati jalan raya tidak jauh dihadapannya.
tiba-tiba bahunya dipegang seseorang.
dia pantas berpusing.
Taufiq pantas terkejut melihat gerangan yang menegurnya itu.begitu juga orang itu.
"Hero!!!?"jerit Taufiq
"Fiq..."kata khairulhazim ataupun nama panggilan manjanya Hero sewaktu mereka di Australia dulu.
mereka berpelukan seketika.
"rindu kau bro...dah lama tak contact each other"kata Hero dengan senyuman lebar
"aku minta maaf sangat dengan korang,semenjak aku balik Malaysia langsung tak ambil tahu pasal korang lagi..eh mana si ustaz?"soal Taufiq dengan wajah yang ceria.
"dia ada je..satu office dengan aku lagi,nun dekat seberang sana tu...kami kerja dengan orang je..bukan macam kau,ada syarikat sendiri"kata Hero sekadar bergurau
"banyaklah kau...kenapa ustaz tak datang sekali?"soal Taufiq
"ada...tu nampak tak?"soal Hero sambil menunjukkan ke satu sudut meja di salah sebuah warung.kelihatan Zamri ataupun nama panggilannya ustaz sedang menunggu makanan yang diordernya sampai.
Taufiq tersengih-sengih.tak ubah langsung si ustaz ni,datang office pun pakai kopiah.
"mana office kau?"soal Hero
"tu....belakang kau"kata Taufiq.
pantas hero memusingkan badannya.
"wauu...besar gila dohhh!! tinggi lagi"kata hero.terkejut sungguh bangunan besar itu milik rakan baiknya.
"biasa je lah...."kata Taufiq.
"eh...jom join kitaorang...waktu lunch kan banyak lagi"kata hero
"banyak kepala kau...dah hujung-hujung ni"kata Taufiq
"alah...kau bos bro...apa ada hal"kata hero
"hah..nilah puncanya aku jadi bos yang tak bertanggungjawab"kata Taufiq.
mereka sama-sama gelak
"okaylah...aku tunggu nasi ayam aku japp..nanti aku ke sana"kata Taufiq.
"okay..nanti kesana erk..banyak berita aku nak tahu pasal kau ni"kata hero bersemangat.
Taufiq hanya ketawa melihat reaksi rakannya.
makanan yang dihulur pakcik itu disambut oleh Taufiq.
dia menghulur satu keping duit lima puluh ringgit.
"pakcik simpanlah duit tu..."kata Taufiq dengan senyuman
"lah..banyak ni nak oi"kata pakcik tua itu.
"harini saya nak bersedekah dengan pakcik..terima kasih ye pakcik"kata Taufiq pantas berlalu.
pakcik itu hanya tersenyum lalu menggeleng
Taufiq tersengih-sengih sambil berjalan jengket-jengket dibelakang Zamri.
Hero yang melihat hanya menahan ketawa.
Taufiq membuat gaya biasa.kerusi disebelah Zamri ditariknya kasar lalu dia duduk.
"siapa punya kasar tarik kerusi......"kata-kata Zamri terhenti sebaik melihat wajah selamba Taufiq duduk disebelahnya.
"Fiq!!!"
Taufiq dan hero hanya ketawa.
Zamri pantas memeluk rakan yang lama tidak ditemuinya.
pelukan dilepaskan.
Zamri pandang wajah keduanya yang sedang ketawa melihat dirinya.
"kurang asam jawa betul korang ni...aku yang baik pun korang nak tipu,kau hero dah jumpa lama ke si Fiq ni?"soal Zamri
"alah..baru tadi aku jumpa"kata hero
"korang apa khabar? aku happy sangat harini,tak sangka betul setelah hampir tiga tahun kita jumpa semula,dah macam jejak kasih pulak"kata Taufiq
mereka terus ketawa
"alah...kau yang menghilang terus...apa citer?"soal Zamri
"biasalah...aku banyak problem sikit"kata Taufiq
"we're friends bro...story-story ark"kata Hero
"panjang cerita dia..."kata Taufiq
"alah..pendek kan.."kata Zamri
"masih panjang juga..takpe,nanti ada time kita keluar lepak sama-sama,aku akan cerita one by one"kata Taufiq
"okay...disebabkan kita sama-sama takde masa,kau lepas harini"kata hero.
Taufiq dan Zamri tergelak
"korang pulak? cerita panjang ke pendek?"soal Taufiq
"kami pun..panjang juga"kata Zamri.
meja itu riuh semula dengan ketawa mereka apabila mendengar kata Zamri.
tiba-tiba telefon Taufiq berbunyi,dengan pantas dia menjawab
"ye...Kiyla?"soal Taufiq
"okay..abang nak naik dah ni"kata Taufiq seperti tersedar sesuatu
"abang jumpa kawan japp...okay abang naik office sekarang"kata Taufiq
pantas telefonnya dimatikan.
"abang?"soal hero dengan senyuman nakal.
"eh...tu Kiyla sepupu kau kan?"soal Zamri
Taufiq menggeleng.manaikkan rasa keliru antara hero dan Zamri.
"she is my wife now"kata Taufiq.
ternganga keduanya,dengan mata yang terbuntang.
"macam mana....?"soal hero
Taufiq bangun.
"nanti aku story,nanti...kita set masa bila nak lepak"kata Taufiq.
pantas berlalu.
Zamri dan hero berpandangan
"suami orang dah rupanya kawan kita tu..."kata Zamri.
"kita kena tetapkan bila kita akan lepak"kata hero
Zamri ketawa perlahan.kepoci betul si hero ni,dari dulu sampai sekarang.
Share this novel