Ara melangkah menuju ke bilik pejabatnya.
ditangannya dipegang satu file yang bakal diserahkan pada Tajdi.
namun perlu disemak dulu olehnya.
saat kakinya mahu melangkah masuk satu suara memanggilnya dari belakang.
lekas-lekas dia memusingkan badannya.
senyuman terukir saat melihat Tajdi di hadapannya.
"ada apa abang panggil Ara
pagi-pagi ni?"soal Ara
Tajdi tersenyum.
"saja lah...bila sayang balik sini?langsung tak cakap dekat abang kan?tahu-tahu je dah masuk office"kata Tajdi bernada merajuk
Ara tergelak perlahan.Ara terpandang kak Hamzah yang mengenyit mata padanya dengan sengihan.
"malulah dengan orang...apa punya bos lah yang kuat merajuk ni?"kata Ara geram.dia melangkah masuk ke biliknya.Tajdi juga ikut.
mereka duduk bertentangan.
"bila sayang balik sini?"soal Tajdi
Ara tersenyum.
"pak cik Tajdi...Ara balik semalam lah"kata Ara
semakin kelat wajah Tajdi.mengundang tawa Ara.
"kenapa tak call abang bagitahu?"soal Tajdi
"Ara tahu..abang kan sibuk,semalam bukannya hujung minggu,abang mesti dekat office ada meeting tu,ada jumpa klien...Ara tak nak lah kacau abang"kata Ara
Tajdi mengecilkan matanya lalu dipandang Ara seakan tidak percaya.
Ara tersenyum apabila melihat pandangan Tajdi
"betul lah abang...kalau tak percaya jugak pergi tanya Zaiton"kata Ara
"buat apa nak tanya Zaiton kalau sayang ada depan mata bagi jawapannya"kata Tajdi dengan senyuman.
tangan Tajdi dicubitnya.
"auchh"Tajdi menggosok-gosok tangannya yang kemerahan.
"padan muka..suka main-main kan?"kata Ara
"alah...abang nk gurau je..."kata Tajdi
badannya didekatkan pada meja.Ara hairan
"kalau sayang nak tahu gurauan abang lepas kita kahwin nanti lagi lain dari yang lain"bisik Tajdi.
Ara tidak dapat menahan tawanya.Tajdi pula sudah tersenyum-senyum.
"nak kena lagi ke ketam berperisa Ara ni?"soal Ara
Tajdi terus melarikan tangannya.mereka sama-sama ketawa.
"lunch nanti tunggu abang tau"arah Tajdi
"yes boss..."jawab Ara
Tajdi bangun
"abang nak jumpa papa kejap,"kata Tajdi
Ara angguk kepala.
Tajdi melangkah ke arah pintu.
dia pandang Ara kembali.Ara hanya menanti kata yang akan disebut oleh Tajdi
"I love you"kata Tajdi
"I hate you"balas Ara dengan senyuman.
Tajdi membuat muka masam.
"alah gurau je...okay-okay,I love you too...but I miss you more"kata Ara malu-malu.terasa panas wajahnya.
Tajdi tersenyum gembira.
terus kakinya melangkah meninggalkan bilik Ara.
Ara ketawa sendirian.di pandang tubuh Tajdi yang semakin menghilang
"terima kasih Ya Allah..engkau berikan aku bakal suami yang betul-betul ikhlas menerima diriku"kata hati Ara bersyukur.
Taufiq bersandar di sofa ruang tamu rumah opahnya.mukanya jelas menunjukkan kekecewaan.
opah yang baru keluar dari biliknya sudah risau melihat perubahan cucunya itu.
"dia dah tahu ke?siapa yang cakap? si Embon dengan mat ke yang bagitahu dia?"risau hati opah sendirian.
dia mengambil keputusan mendekati cucunya itu.
dia duduk bertentangan dengan Taufiq
"Fiq kenapa ni?"soal opah
Taufiq melepas nafas berat
"Fiq pergi rumah Ara..tapi pintu tertutup rapat,macam takde orang je,dekat warung pun tutup"kata Taufiq dengan nada sedih.
opah menarik nafas lega,betul lah mak embom dan pak mat tak ada,mereka pergi ke rumah sepupu mereka di Kedah kerana ada kenduri kahwin,Ara pulak dah balik KL kerja.
"oh...baru opah teringat...mak embon dan pak mat pergi Kedah"kata opah
"Kedah?buat apa opah?"soal Taufiq
"sepupu mak embon..anaknya nak kahwin sebab tu lah mereka balik sana"kata opah
Taufiq angguk faham
"mesti Ara ikut kan opah?"soal Taufiq dengan senyuman
opah diam.memang Ara tidak ikut emak dan ayahnya.baru dua hari lepas Ara datang ke rumahnya bagi mengkhabarkan kepergiannya ke Kuala Lumpur sekaligus memohon maaf tentang status Tajdi yang tidak diketahuinya.sayu hati opah apabila melihat tangisan Ara dua hari lepas.Ara menangis kerana opah.opah yang menceritakan bahawa Taufiq masih menantinya.namun perkara sudah berlaku.Ara meceritakan yang kini dia hanya cintakan cucu sulungnya Tajdi.bukan lagi Taufiq.
opah hanya mengangguk faham,baginya biarlah Ara menikahi Tajdi.kerana dia tahu Ara dan Tajdi saling mencintai.
baginya lagi biarlah Taufiq mencari kejayaan dulu sebelum memulakan langkah ke alam rumah tangga.walaupun Taufiq sudah berjaya menguruskan syatikat namun opah tahu Taufiq masih belum bersedia.semangatnya sebelum ini hanyalah semata-mata kerana cinta!
"opah??"panggil Taufiq.
opah tersentak dari lamunannya.
"opah okay tak ni?'soal Taufiq.
opah tersenyum sikit
"opah tak apa-apa,opah nak masak untuk kita makan tengah hari,Fiq tunggu ye"kata opah terus bangun menuju ke dapur.
Taufiq pandang pelik
"kenapa dengan opah ni? macam pelik je?"soal Taufiq.
"Kedah?"soal Tajdi pelik.
Ara didepannya mengangguk.mee goreng didalam sudu disuap ke mulut.
"mak dan ayah buat apa kat sana?"soal Tajdi.
"sepupu Ara nak kahwin,sebab tu mak dan ayah ke sana dua hari lepas..Ara yang hantar diaorang ke stesen kereta api"kata Ara
Tajdi angguk kepala
"habis sayang tak pergi?"soal Tajdi
"Ara balik kampung pun orang tu dah merajuk...inikan pulak nak ke Kedah rasa-rasanya mesti Ara kena buang kerja"kata Ara dengan nada memerli
Tajdi tergelak.
"abang cuma merajuk kalau sayang pergi mana-mana tak inform pada abang dulu..tu je kalau sayang bagitahu awal-awal abang okay je..nanti boleh tempah hotel untuk abang...kita boleh pergi sama-sama kan?"soal Tajdi
"tengok tu..mesti nak berkepit jugak kan? tak sabar-sabar betul"kata Ara
mereka sama-sama ketawa
"nanti sayang boleh perkenalkan abang dengan adik-beradik sebelah sana pulak,lagipun bukannya kita tinggal sekali"kata Tajdi
"tak..Ara tak pergi bukan sebab tu,Ara nak siapkan semua kerja dekat office dulu,nanti kan nak cuti panjang,takde lah serabut kepala sangat,lagipun Ara dah call kak Ina sepupu Ara tu sebab Ara tak dapat datang majlis dia..dan dia pun faham"kata Ara.
"kesian dia...mana tahu dia harapkan Ara jadi pengapit dia ke?"kata Tajdi
"tak lah...'jawab Ara.
suasana sunyi seketika.
"sayang dah habis jemput ke kawan-kawan untuk majlis kita nanti?"soal Tajdi
Ara medepakan lima jarinya dihadapan Tajdi tanda sekejap.
dia mengambil telefon dari beg tangannya.
dilihat list-list nama rakan-rakan dan kenalan yang dikenalinya.
"masih ada lagi yang tak sempat nak post"kata Ara
"berapa?"soal Tajdi
"dalam dua puluh orang,kawan university"kata Ara dengan sengihan.
"lah...kenapa tak post lagi? majlis lagi dua bulan je"kata Tajdi
"InsyaAllah sempat..nanti kita pergi post erk?kalau diaorang ni duduk dekat-dekat kan senang"kata Ara
"takpe...lepas makan kita ke pejabat post,"kata Tajdi.
Ara senyum beserta anggukan.
"cepat makan"kata Tajdi.
mereka sama-sama menghabiskan makanan yang dipesan masing-masing.
Share this novel