bab 46

Romance Completed 13382

Ara tidur di atas katil bilik rumah sewanya.mereka baru sahaja sampai.Ara saja berbaring sebentar untuk merehatkan badan yang lenguh-lenguh kerana Zaiton memberi peluang kepadanya untuk memandu tadi. siling yang memutarkan kipas dipadang sepi.
segala perbualannya bersama emak dan ayah malam semalam masih lagi menghantui dirinya.
"kau pasti ke Ara dengan keputusan kau?"
"kau yakin kau dah boleh lupakan semua cinta kau yang dulu?"
"kau pasti ke keluarga Tajdi nak terima kau?"
"kau mampu mencintai Tajdi?"
"kau betul-betul sayang dan cintakan Tajdi?"
akalnya masih lagi berteka-teki.walaupun dia yakin bahawa hatinya kini sudah mula mencintai Tajdi tetapi tetap akalnya masih ragu-ragu.
"Fiq....walau dimana pun Fiq berada,Ara harap Fiq pun dah jumpa teman hidup Fiq,Ara dah tak sanggup nak tunggu Fiq sebab Fiq menghilang tanpa ada khabar berita.Ara dah buntu macam mana nak cari Fiq lagi.Ara betul-betul minta maaf"kata Ara sendirian.
dia melihat cincin yang diberi Tajdi pada mak dan ayah ketika Tajdi meluahkan rasa hatinya.
memang pada mulanya Ara terkejut tak sangka Tajdi memberikannya cincin sebagai tanda jika Ara bersetuju.
setelah Ara meluahkan rasa hatinya emak pantas menghulur cincin bertahta satu batu berlian yang ringkas dan cantik.
Ara tersenyum.cincin itu dipegangnya.
"Ara pun dah jumpa teman hidup Ara.Ara dapat rasakan yang hati Ara dah jatuh cinta dekat dia.walaupun dia kadang-kadang garang,tetapi terselit rasa kelakar dalam diri dia...Ara suka dia.Ara harap sangat kalau ada jodoh antara kami,Ara harap kami akan bahagia,dan begitu juga Fiq...Fiq pun pasti akan bahagia tanpa Ara"kata Ara lagi.
setitis air mata menitis ke pipinya.

Pagi itu Ara mengenakan kameja putih dan kardigan berwarna merah hati diluar.seluar slack hitam serta kasut bertumit sederhana tinggi.
Ara tersenyum.tiba-tiba rasa rindu untuk menatap wajah yang satu,wajah yang sekarang ini mula menghuni hatinya.butang pintu lif ditekan ke angka 25.
keluar dari pintu lif Ara menapak ke biliknya.dijeling bilik Tajdi masih lagi kosong.
dia pelik selalunya Tajdi tak selewat ini.
Ara duduk di kerusinya.komputer dihidupkan.
tumpuan kerjanya agak terganggu apabila Tajdi masih lagi tidak muncul-muncul.
dia menghela nafas berat.
"kenapa bos tak masuk lagi?sepatutnya aku kena tahu lah sebab apa bos tak datang office,aku kan PA dia?"kata Ara sendirian.
dia mengambil keputusan untuk mendail nombor Tajdi.
telefon dilekap ke telinga.menanti jawapan dari pihak sana.
"assalammualaikum bos"sapa Ara bila panggilannya diangkat.
"waalaikumsalam..."jawab Tajdi dengan suara serak ditalian.
"bos tak masuk office ke hari ni?"soal Ara
Tajdi di seberang sana tersenyum.
selimut tebal ditarik menyelimuti badannya yang kedinginan.
"kenapa rindu ke?"soalnya.
Ara gelak perlahan.
"apalah bos ni...saya tanya sebab mana tahu nanti ada klien cari bos"jawab Ara.
padahal rindu!
dia tersenyum malu.
tiada balasan dari sana tetapi bunyi suara batuk.
"bos..? bos okay tak ni?"soal Ara risau
"saya okay...awak cakap kalau siapa-siapa nak jumpa saya,call je...saya tak dapat datang"jawab Tajdi.
"okay...tapi bos okaykan?"soal Ara
"saya demam"jawab Tajdi
"teruk ke?"soal Ara mula risau.
Tajdi ditalian tersenyum bahagia apabila ada yang sudi mengambil berat.
"teruk jugak...tak boleh bangun,nak bercakap pun susah..teruk sangat"kata Tajdi bersuara sayu.
"err...bos dah ke hospital ke?sekarang bos masih okay kan?"soal Ara risau.
kalau apa-apa terjadi macam mana?
Tajdi tersenyum.usikannya mengena.
"dah...tapi doktor cakap...."Tajdi tidak menyambung ayatnya.
"cakap apa?"
"doktor cuma cakap....."masih tergantung
"doktor cakap apa bos?"soal Ara tegas.geram pula bila masih berteka-teki
"Ara...saya nak jumpa awak petang nanti,waktu balik kerja"kata Tajdi.
"okay..tapi dekat mana?"
"awak datang rumah saya"
"okay...tapi bos rehat je..."kata Ara.
Tajdi menekan perutnya menahan tawa
"okay...see you sayang"kata Tajdi.
"bos ni sakit-sakit pun gatal lagi kan?"geram Ara.
"nak buat macam mana...dah cinta tak disambut"kata Tajdi.
Ara senyum.
"assalammualaikum"kata Ara
"waalaikumsalam"
talian ditamatkan.

Ara tayang barisan giginya yang putih dihadapan Zaiton.mereka keluar makan tengah hari di restourant berhampiran.
Zaiton pandang Ara dengan wajah tanpa perasaan.
makanan didepannya dimakan dengan rakus.
"please....."rayu Ara.
"no please....what ever you want i dont care"kata Zaiton.
"alah Ton....tolonglah aku..mana tahu bos kita tu nak bagitahu wasiat ke...apa ke...rugi je kalau aku tak dapat pergi"kata Ara
"wasiat ke...rindu nak tengok muka dia"kata Zaiton.
Ara tersengih.
"aku janji...aku bawa elok-elok kereta engkau....sekali dengan car wash lagi aku pergi nanti....please"rayu Ara.
"erm...yelah,tapi....."kata-kata Zaiton terhenti.
"tapi apa?"soal Ara
"tapi....takkan aku nak balik dengan si ilham tu...tak nak aku,dah lah suka layan perempuan sana,sini...aku yang sukakan dia...dia tak pandang pun geram aku"kata Zaiton tidak puas hati.
"tapi tadikan dia pelawa kau nak hantar kau balik....sekaligus nak dinner..maknanya dia pun syok dekat kau"kata Ara.
Zaiton mencebik.
Ara tersenyum.
Ilham penolong eksekutif di tingkat 20,tampan jugak orangnya.kemas,bergaya memang boleh membuat perempuan toleh dua kali.Zaiton antaranya tapi bukan dua kali...dah berkali-kali si Zaiton ni pandang dia tapi langsung tak diendahkannya.sehingga kejadian pagi tadi..entah apa mimpi mamat tu tiba-tiba ajak si Zaiton ni keluar dinner.
"alah...aku tahu kau suka kan...?"kata Ara
Zaiton mula senyum malu.
"memang aku suka...tapi malu,takkan aku nak pergi dinner dengan dia pakai macam ni"kata Zaiton ke arah badannya yang tersarung baju kurung pahang.
"okay sangat lah ni..."kata Ara
"ye ke?"
Ara angguk.
"kalau macam tu...kau doakan aku erk"kata Zaiton.
"ish...gatal"kata Ara
Zaiton mengekek tertawa.
"bak kunci kereta..."kata Ara menghulur tangannya.
Zaiton memberi segugus kunci pada Ara.
"thanks Ton...sayang kau,nanti aku belanja erk"kata Ara.
"janji ditepati erk...."kata Zaiton memberi amaran.
tangan kanan Ara diangkat tanda berjanji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience