Ara mengikut langkah Tajdi dari belakang.
dia memegang lima file yang tebal dan berat.
juling mata Ara saat melihat file yang disuruh bos kacaknya itu tadi.
"nak seksa aku ke apa ni?"baru first day jumpa dia dah kena buli,macam mana kalau lama-lama aku kat sini?"masak"rungut hati Ara.
Tajdi menekan alarm kereta.
dia melangkah masuk.dia melihat Ara masih berdiri di hadapan keretanya sambil ternganga.
dia keluar semula.
"kenapa?"soal Tajdi
"ki..kita dua je ke?"soal Ara.
"biar betul dah la dekat perak bukannya dekat.boleh ke aku duduk lama-lama dalam kereta tu dengan inche bos?"kata hatinya
Tajdi gelak kuat
"awak nak bawak satu office ni pergi ke?"soal Tajdi.
"bukan..maksud saya...."
"awak tu PA saya,awak kena ikut saya,orang lain masih ada kerja untuk buat,kerja awak hanya ikut arahan saya"kata Tajdi.
Ara memuncungkan bibir.dimasukkan file berat itu ketempat duduk belakang.
dia melepas nafas lelah.
lalu masuk ke tempat sebelah pemandu.
rasa kekok mula menguasai diri.
liur ditelan kesat.
kereta meluncur laju memasuki jalan.
suasana masih diam.
lima minit...sepuluh minit...lima belas minit..
"so...awak asal mana?"soal Tajdi,saja mahu berborak.
"johor"
"ohh...jauhnya"kata Tajdi
Ara tersengih.
"awak rasa pernah kenal dengan saya tak?"
"maksud bos?"
"maksud saya..awak pernah nampak saya tak sebelum ni?"soal Tajdi
Ara menggeleng
"betul tak pernah?"soal Tajdi seakan kecewa.
"betullah"jawab Ara.
Tajdi mengangguk faham.
"kenapa bos?"
"nothing"jawabnya sepatah.dia memfokuskan pada pemanduan.
Ara bersandar.
rasa bosan dengan suasana yang tak seronok ini.
dia melempar pandang pada cermin sisi.
"umur berapa?"
"hah?"Ara tak berapa dengar soalan
"umur awak tu...berapa?"
"25"
"sama dengan Fiq"kata hati Tajdi
"nama penuh?"
Ara mengerutkan kening,dah macam nak ambik lesen pulak ditanya macam-macam.
"awak jangan salah faham,semalam kan bukan saya yang interview so..harini saya nak tanya dengan mulut saya sendiri"
Ara mengangguk
"Tiara diandra binti Tarmizi?jawab Ara.
"sedap nama awak tu"kata Tajdi.
Ara tersengih.
suasana sunyi lagi.
"dah ada boyfriend?"
what?soalan untuk apa semua ni?dari luar hati sampai dalam hati pun dia nak tanya ke?
"er...."
"kalau ada jawab ada...saya taknak pulak dituduh bawak lari tunang orang ke?"girlfriend orang ke...isteri orang ke?"
Ara mula rasa malas
"kan saya kerja dengan bos,anggap lah kita bekerja,tak akan.ada istilah bawak lari"jawab Ara.
Tajdi tersenyum senget
"saya just nak tahu,nanti mana tahu tiba-tiba boyfriend awak nampak kita berdua,tak pasal-pasal muka lebam saya ni"
Ara menahan gelak
"kenapa?"bos takut?"
Ara pantas menutup mulutnya kerana terlepas cakap.
"adoih..kau ni Ara..mulut tak ada insurens ke?"malu hatinya
Tajdi gelak apabila melihat wajah bersalah Ara.
"ma..maaf bos"
"kenapa kalau saya takut?"soal Tajdi dengan sisa tawa.
"tak ada apalah bos,boleh tak kita tukar topik lain?"
"answer my question first"
Ara menggaru lehernya.
"saya tak bermaksud nak cakap bos tak kuat...."
"mana awak tahu saya kuat?"
sudah Ara..nasib kau lah nak menjawab.
lidah Ara jadi kelu lagi.
"tak tahu"jawab Ara
"tadi cakap bukan maksud awak nak kata saya tak kuat,maknanya saya ni kuat lah erk?"
Ara meramas-ramas tangannya yang berpeluh walaupun penghawa dingin terpasang kuat.
"no....maksud saya...."
"alah..lupakan jelah bos erk?"kata Ara masih tiada jawapan.
"kelakar awak ni"kata Tajdi.
Ara tersengih.
Ara melihat kereta yang dipandu Tajdi memasuki ruang parking rumah banglo.
"eh..bos kita nak pergi mana sebenarnya?"soal Ara risau.
"nikah"
"hah!!?"terjerit kecik Ara dibuatnya.terkejut bukan main.
Tajdi tergelak.
"kita singgah rumah saya sekejap,saya packing baju"kata Tajdi.
"packing baju?"nak buat apa?"soal Ara
"kan kita nak melawat site besok"kata Tajdi.
Ara gelak dengan wajah tak percaya
"bos gurau kan?"habis kenapa bos gerak harini?"saya macam mana?"soal Ara risau.
"jauh tau nak ke perak tu,saya dah tempah hotel untuk kita,besok baru kita melawat site,pasal pakaian awak tu,nanti lah kita singgah mana-mana kedai,"kata Tajdi.
ternganga Ara dibuatnya.
"bos tipu saya"
"mana ada,awak yang ikut saya kan?"
"tapi bos tak cakap nak pergi sana selama dua hari"
"awak tak tanya"
sungguh mudah jawapan dia,Ara melihat Tajdi sudah keluar dari kereta.
Ara juga keluar
"menyesalnya aku kerja dengan dia"rungut hati Ara geram.
"jom"
"pergi mana?"soal Ara masih lagi panas
"masuk tunggu dalam,awak sanggup ke nak tunggu tengah panas ni?"soal Tajdi.
Ara mengikut dengan hati berat.
Share this novel