"Ara!!!!"
mata yang elok tertutup terbuka semula.Ara bangun dari baringnya yang selesa.
rambutnya yang kusut dibiarkan.
kalau tak disebabkan dia mendengar jeritan fifi diluar sudah pasti dia masih mahu meneruskan tidurnya yang lena.
"ye,fi....."jawab Ara malas.
dia turun dari katil,menuju ke bilik mandi untuk mencuci muka.
Ara dapat melihat tubuh badan fifi yang mundar mandir di ruang tamu bawah.
Ara menutup mulutnya kerana menguap.
kakinya melangkah ke anak tangga satu ke satu sehingga ke bawah.
ternampak sahaja dirinya fifi pantas menarik tubuhnya supaya duduk di sofa.
"kau kenapa ni....pagi-pagi terjerit panggil nama aku?"soal Ara.
fifi duduk di sebelah Ara dengan wajah risau,dah macam kucing hilang anak!!
"macam mana ni Ara...."kata fifi dengan risaunya.
Ara menggaru kulit kepala yang tidak gatal.
"macam mana apa ni fi...aduhh,masalah negara apa kau alami ni?"soal Ara
"jinny...."kata fifi panjang.
Ara pandang wajah temannya.
agak terkejut juga apabila nama jinny pekerja si fifi ni terkeluar,selalunya tak pernah jinny bagi masalah pada fifi,macam yang fifi cerita sebelum ni,jinny tu baik,jinny tu peramah,jinny tak pernah bagi masalah.tapi....kenapa harini nama jinny si gadis korea yang cantik dan comel tu membuatkan fifi segusar ini?
"kenapa dengan jinny? dia sakit?"soal Ara risau juga,maklumlah...jinny tu baik dengannya,selalu diajak bersembang walaupun baru kenal.
"dia nak berhenti kerja"kata fifi dengan nada sayu.
mulut Ara membulat.
"oohhh....."
"oohh kau cakap? aku tengah serabut kepala macam ni kau boleh oohh kan je?"soal fifi
"habis....?"
"sekurangnya cakaplah aku bersimpati ke..apa ke.."
Ara tergelak perlahan.
"bersimpati apa pulak? dah dia nak berhenti,okay jelah....kau buka interview untuk cari pekerja baru..kan senang"kata Ara
"senang apanya...susah lah Ara..."kata fifi.dia mengeluh lagi,tangannya memeluk tubuh menahan kesejukan pagi hari di kota seoul ini ataupun menahan geram.
Ara diam.tak tahu nak cakap apa dah!
Ara menutup mulut menahan menguapnya sekali lagi.aduhh...betul-betul mengantuk ni.
tiba-tiba fifi tersenyum lebar sambil memandang tajam ke arahnya.
Ara pelik,keningnya terangkat dengan sendiri.macam-macamlah si fifi ni!
"Ara........
Ara mengeluh.ni kalau panggil nama panjang macam ni,mesti dia nak sesuatu lah ni.jangan-jangan nak aku ganti tempat jinny?
"apa...?"
"ermm...aku kena ambik pekerja barulah kan?"
targetting.....
Ara angguk kepala teragak-agak.
"errr....bagus juga ada pekerja baru kan?lagi-lagi macam kau."kata fifi lagi.
comfirming....
Ara angguk lagi dengan sengihan.
"macam mana kalau kau......?"
shoot!!!
Ara diam.dia melihat fifi di depan.
"aku apa?"soal Ara
"kau ganti tempat jinny?"
100% scored!!
Ara menjuling mata lihat atas siling yang kosong.dia memikirkan sesuatu.
"please Ara...kau je yang aku percaya selain jinny"rayu fifi.
"tapi aku kan dua hari lagi dah nak balik?"
"alah...kau duduk lah sini,kalau kau balik Malaysia pun...bukannya kau kerja apa pun selain tolong mak embon dekat warung,aku janji...kalau kau duduk sini,aku yang tanggung makan,minum,tempat tinggal kau...lagi pun kerja kau tak susah pun,okay....macam ni,aku akan uruskan dalam butik,kau hanya jadi jurugambar untuk pengantin je,alah...tak susah,lagipun aku tengok kau berbakat juga dalam bidang gambar-menggambar ni,gambar yang kau ambik semua cantik-cantik"kata fifi.
"mana kau tahu gambar aku ambik cantik?kau tengok dalam camera aku ye?"kata Ara
fifi tersengih.
"alah....aku suka-suka nak tengok,aku tertengok gambar pengantin yang kau ambik haritu,cantik gilerr.. "kata fifi betul-betul.
Ara mengeluh.
"aku okay je...tapi kena tanya mak dan ayah aku dululah"
"okay....tapi kalau mak dan ayah kau bagi,kau tinggal sini dengan aku erk?"
"ye...cik fifi,sekarang aku nak naik sambung tidur"kata Ara sambil bangun.
fifi tersenyum gembira.
"thanks Ara...petang nanti aku bawa kau jalan-jalan lagi"katanya.
Ara melangkah menuju ke tangga untuk ke tingkat atas.
fifi tersenyum sendirian.
seperti yang dijanjikan,petang itu fifi membawa Ara mengunjungi changdeokgung palace yang beralamat di 99,yulgok-ro,jongno-gu,seoul.
salah satu tempat tinggal keluarga diraja korea.
teruja sungguh Ara saat melihat betapa cantik dan besarnya changdeokgung palace ini.
untuk meneroka keseluruhan kawasan istana ini pulak pengunjung hanya memerlukan sekurang-kurangnya dua jam.memang penuhlah nampaknya gambar dalam camera yang tersangkut dileher Ara.
tak cukup mata Ara merasai kindahan di dalam istana ini,diluar istana ini juga terdapat keindahan satu taman yang benar-benar mengindahkan.
ada beberapa buah kolam teratai yang airnya kehijauan tapi tetap jernih.
di sekeliling pula ada pokok-pokok yang berwarna-warni!! Ara tersenyum gembira.
"mesti bila musim luruh lagi cantik pokok-pokok dekat sini kan?"katanya.
"mestilah...kau tahu tak masa first time aku datang sini bila musim luruh dengan mummy dan daddy aku..teruja sungguh!! rasa macam tak nak balik"kata fifi dengan teruja sambil mengunyah kerepek yang sempat dibelinya tadi.
"tak sabarnya aku..."
"nanti bila musim luruh kita datang sini lagi"
"betul ni fi...?"soal Ara teruja.
"betullah...aku kan tourist kau"
mereka sama-sama tergelak.
"eh...jom kita selfie"kata Ara.
pelbagai aksi yang mereka rakamkan menggunakan camera itu.
perjalanan seterusnya fifi membawa Ara mengunjungi satu-satunya tempat yang memang wajib dikunjungi kepada sesiapa yang mengunjungi negara cantik ini.iaitu Namsan tower yang terletak di namsangwon-gil,yongsan-gu,juga di seoul.
Namsan tower yang berketinggian mencapai 777 kaki.memang betul-betul membuatkan Ara dan fifi teragak-agak untuk melihat pemandangan ke bawah.
Namsan tower adalah salah satu bangunan yang ikonik di seoul dan berkedudukan di atas bukit.
bermacam-macam aksi yang dirakamkan oleh Ara.dari kanak-kanak yang dipujuk ibu bapa supaya melihat ke luar cermin kaca,sehinggalah kepada aksi-aksi sweet couple teruna dan dara rakyat korea ini.
"kau ambil gambar budak berdua tu tengah berpelukan kenapa?"soal fifi dengan suara perlahan di tepi telinga Ara.
Ara tergelak perlahan.
"nampak sweet lah...nampak tu,perempuan tu peluk leher lelaki,dan lelaki pulak pada tafsiran aku mungkin dia tengah ucapkan kata-kata cinta"kata Ara
fifi tergelak.
"mana kau tahu dia ucapkan kata-kata cinta?"soal fifi masih lagi dengan gelaknya.
"ehh...orang korea ni...sweet okay! habis takkan dia tengah mengutuk si gadis tu kot,tengok muka dua-dua macam tengah fall in love kan..."kata Ara
fifi mencebik.
"yelah tu...."kata fifi.
mereka gelak lagi.
setelah sejam berada di puncak namsan tower,fifi melihat jam di pergelangan tangannya.
"dah nak dekat malam,apa kata aku bawa kau ke...hangang park"kata fifi.
"tempat apa tu?"soal Ara.
"adalah...nanti kau tengok sendiri"
"tapi....aku laparlah"kata Ara menggosok perutnya.
"sebelum tu...kita beli apa-apa makanan"kata fifi.
"kau tahu gerai yang menjual makanan halal dekat kawasan ni?"soal Ara.
fifi mengibas bahunya dengan hujung tangan.
"this is fifi lah...come on"katanya berlagak.
Ara mencebik.lalu terus berjalan meninggalkan fifi yang tergelak-gelak sambil menjerit memanggil namanya.
terlopong mulut Ara apabila melihat apa yang ada didepan matanya kini.
"cantik tak?"kata fifi dengan senyuman.
Ara angguk kepala.memang tak terkata cantiknya.
suasana waktu malam di hangang park memang benar-benar indah.
hangang park adalah tempat yang bersebelahan dengan sungai hangang salah satu taman rekreasi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjungnya.
dari tempat mereka duduk kini Ara dapat melihat bermacam-macam aktiviti yang dilakukan walaupun waktu malam.
di sebelah kiri pulak ada tempat main bola keranjang,gelanggang bola tampar,skate rink,laluan basikal dan sebuah kolam renang yang luas.manusia pulak jangan cakaplah,boleh dikatakan memenuhi setiap ruang hangang park ini.
"cantiknya fi...tempat ni"kata Ara
fifi menghirup maggie yang dibeli mereka di sebuah gerai.
"kan aku dah cakap..tempat ni cantik gilerr"kata fifi.
"aku nak tidur sini boleh? satu malam je"kata Ara dengan senyuman.
"boleh kalau kau nak kena culik"kata fifi.
Ara tergelak.
"cantik sangat..kalau mak aku nampak ni mesti dia akan cakap,carilah jodoh dekat sini"kata Ara.
mereka sama-sama tergelak.
"kau biar betul?"
"ye....aku rasalah"kata Ara.
fifi tergelak lagi.
"nanti aku tolong carikan"kata fifi.
Ara gelak kuat.
"kau pun tak ada lagi nak carikan untuk aku..."kata Ara
fifi tersengih-sengih.
mereka makan maggie yang diletakkan dalam cup berwarna merah itu dengan berhati-hati kerana panas.
"taman ni betul-betul cantik,boleh nampak pemandangan bandaraya seoul dekat seberang sana"
"kau nak aku ambil gambar kau lagilah ni?"kata fifi.
Ara tersenyum lebar.
"why not...."
fifi terus mengeluh.
Ara hanya menahan gelak melihat wajah malas yang dipamerkan fifi.
kesian kawan aku!!
fifi yang sedang fokus membuat beberapa rekaan baru yang bakal dipamerkan di butiknya mengeluh keras.dia pening mahu memilih sama ada rekaan mengikut apa yang telah ditetapkan sebelum ini ataupun sekarang.
mereka sampai di rumah dua jam sebelum ini.sejam dia menghabiskan masa merenung kertas di depannya kini.
huhhh!!!
tiba-tiba telinganya menangkap bunyi ketawa Ara di ruang tamu bawah.tak kuat sangat gelaknya tapi boleh jelas di telinga sesiapa yang ada dalam rumah ini.
kakinya melangkah turun ke tingkat bawah,mahu bersembang dengan Ara.
pasal hal kerja? esoklah.....hehehe
"amboi..gelak sakan cik Ara kita ye?"kata fifi.
dia duduk di sebelah Ara,sebelum itu tangannya mencapai balang yang terisi dengan kerepek dari Malaysia yang dibuat stok oleh fifi untuk hari-harinya.
"kelakarlah...."kata Ara dengan ketawanya yang sudah reda.
kening fifi bersambung seketika.
"apa yang kelakarnya?"soal fifi hairan.
"ni...kau dengar erk? ada seekor rusa bersama dengan seekor singa beriringan masuk ke sebuah restourant,anehnya mereka duduk semeja,pelayan pun datang untuk ambil order....rusa pun cakaplah,bagi saya sebesen rumput hijau,5 batang carrot segar dan sebaldi air campur sedikit garam.
pelayan pula jawab,kawan awak nak makan apa?
rusa pulak cakap,tak ada apa!
pelayan pun pelik...dia tanya lagi,kawan awak tak lapar ke?
rusa pun jawablah pada si pelayan tu dia cakap,awak ingat kalau dia lapar,kami boleh jalan dan duduk bersama ke?
lepas tu si pelayan pun blurr terus!!"
cerita Ara sambil ketawa.
fifi juga turut tergelak apabila memahami cerita yang disampaikan Ara.
"siapa yang bagi kau cerita ni? kelakar gilerr"kata fifi sambil menahan gelak supaya tak overdose.
"Ton yang hantar dekat aku"
"tak guna Ton...dia buat aku nak terkencing"kata fifi.
Ara gelak besar apabila melihat fifi yang berlari ke tandas tapi yang kelakarnya masih gelak lagi!
"hai...si Ton ni memanglah,suka buat aku gelak dan menangis sekaligus"keluh Ara.
Share this novel