bab 35

Romance Completed 13382

Ara membuka pintu bilik utama dengan kunci yang diberi oleh mak embon.
sememangnya bilik utama itu khas untuk tetamu yang datang,seperti saudara mara dari jauh pulang ke kampung.
pintu dibuka luas.
Tajdi mengikut Ara dari belakang.
"so...this is your room"kata Ara membuka tingkap seluas-luasnya menampakkan sawah padi yang terbentang luas.
Tajdi menghirup udara segar.
"dah lama saya tak balik sini"kata Tajdi.
"bos dah lama tak balik sini?"hairan Ara
Tajdi tersedar kesilapannya
"maksud saya...dah lama saya tak lihat sawah padi yang terbentang luas macam ni....sebelum ni pernah tengok dekat internet je...teringin nak rasa sendiri"kata Tajdi.
Ara tergelak
"oo...."
Tajdi tersengih.
bukan bermaksud dia mahu merahsiakan pada Ara tentang opahnya yang tinggal fi kampung ini juga,tapi itu akan jadi suprise pada Ara,dia akan bagitahu pada majlis mereka nanti,hehhe...berangan je kau kan Tajdi..
Tajdi tersenyum sendirian.
"bos gelak kenapa?"soal Ara hairan.
"tak...saya suka duduk dalam suasana ni,aman"katanya.
Ara angguk kepala.
"maknanya sekarang bos tahulah kan...kenapa saya selalu rindu kampung?"soal Ara dengan senyuman.
"yes...saya tahu"kata Tajdi
"baguslah...lepasni boleh minta cuti selalu dengan bos"kata Ara.
Ara tersengih.
Tajdi angkat kening
"sure...but ada syaratnya"
Ara tunggu.
"kahwin dengan saya dulu"bisik Tajdi.di telinga Ara.
Ara tergelak perlahan.
"bos ni...habis girlfriend minah saleh bos tu nak letak mana?"kata Ara.
"lelaki kan ada kuota empat"
"saya tak rela nak dimadukan!"kata Ara.
Tajdi tergelak.
"Ara!! ajak bos makan"panggil mak embon dari dapur.
"jom bos..kita keluar makan"kata Ara.
Ara melangkah keluar.Tajdi mengikut.

Ara mencedok nasi ke dalam pinggan milik Tajdi dan mak embon serta dirinya.
dia duduk di sebelah emaknya iaitu dihadapan Tajdi.
"pakcik selalu ke balik lewat makcik?"soal Tajdi.
"selalu jugak sebab tu makcik bekalkan makanan"kata mak embon.
Tajdi angguk.
"assalammualaikum"suara menyapa dipintu
"panjang umur"kata mak embon beserta senyuman.
"waalaikumsalam"jawab mereka serentak.
Tajdi bangun ke arah pak mad.
"apa khabar pakcik"kata Tajdi.terus tangan tua itu diciumnya.
Ara menyembunyikan senyuman.
"sihat nak....tapi kamu ni siapa?pakcik tak pernah nampak pulak..kawan Ara ye?"soal pak mad.
"bos Ara bang"kata mak embon.
Tajdi tersenyum
"ya Allah..maafkan pakcik,pakcik betul-betul tak tahu"kata pak mad serba salah.
"tak ada apa lah pakcik,jom kita makan sekali"ajak Tajdi
"kamu pergilah makan dulu,pakcik kotor ni"kata pak mad.
"takde hal lah pakcik...jom lah,nanti segan saya kalau tetamu makan tapi tuan rumah tak makan,lagipun kita ni sama-sama kotor,saya pun berpeluh pakcik"kata Tajdi.
ayat dihujung dibisikkan.
pak mad tergelak perlahan.
"yelah...jom"
Tajdi makan dengan berselera sekali,masakan kampung yang dah lama tak jejak ke lidahnya.
kalau dulu opah selalu masakkan untuknya,tapi bila dah besar susah pulak nak merasa,lagilah sukar bila opah kembali duduk di kampung.
dia berkira-kira besok dia mahu ke rumah opah,rindu!
"Taj ni...dah kahwin?"soal mak embon.
Ara disebelahnya hampir tersedak.lekas-lekas air kosong digelasnya diteguk.
Tajdi tersenyum.
"belum lagi makcik...siapalah nak kan saya ni"kata Tajdi
"eh...orang kacak macam ni takkan tak ada yang punya?"soal pak mad.
Ara diam.
Tajdi gelak perlahan.
"belum jumpa yang serasi lagi pakcik"katanya.
"samalah dengan Ara ni..."kata mak embon.
"ish...mak ni kesitu pulak,Ara muda lagilah"kata Ara.
"muda apanya....dah dua puluh lima"kata mak embon.
Tajdi tersenyum.
"muda lah tu...tak puas lagi nak bermanja dengan mak"kata Ara.
mereka gelak perlahan.
"cukup-cukuplah bermanja dengan kami...bermanja dengan suami pulak"kata mak embon.
panas wajah Ara tiba-tiba.nasi yang mahu disuap ke mulut teragak-agak bila melihat kenyitan mata Tajdi.
"makan dulu mak eak...kejap lagi kita sambung"kata Ara.
mak embon tersenyum-senyum.
sejuk hatinya melihat betapa santunnya anak muda ini.
cara makannya betul-betul beradap.
kalau dapat jadi menantu aku.....ish..ish..ish..bertuah betul!!

usai makan tanpa sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya,dia mengumpul pinggan kotor lalu dibawa ke sinki.
tangan bajunya disingsing hingga paras siku.
Ara terlihat satu lagi pinggan kotor diatas meja yang muncul secara tiba-tiba.
"siapa punya?tadikan aku dah angkat semua?"soal Ara.
malas berteka-teki dia pergi ke meja.
pinggan kosong itu dicapai.
pusing sahaja dirinya ke sinki.
terlihat sosok tinggi sedang mencuci pinggan.
ternganga Ara dibuatnya.
"bos buat apa ni?"soal Ara.cepat-cepat dia pergi ke arah Tajdi yang nampak seronok mencuci.
"cuci pinggan lah...takkan cuci mata?"kata Tajdi.
"bos...tak payah,biar saya buat"rayu Ara.
Tajdi tersenyum melihat wajah merayu Ara.
"sikit je ni...biarlah"
"mana boleh..bos tu lelaki,saya ni perempuan...saya lah yang patut cuci pinggan tu,tepi-tepi"
Ara cuba menolak tubuh Tajdi ke tepi.
namun tidak berhasil.
"bukannya susah pun"
"memanglah tak susah,tapi this is my job,women job okay?"kata Ara.
"sikit je...jangan lah risau"kata Tajdi selamba.
"please..bos,kalau mak nampak,mesti saya kena marah"kata Ara merayu.
Tajdi tersenyum.
kasihan pulak melihat wajah yang sedih itu.
dia mencuci tangannya yang dipenuhi buih sabun.
"okay..nah cuci"kata Tajdi.
dia memberi ruang pada Ara berdiri ditempatnya.
dengan pantas,Ara memulakan cucian.
"seronok?"soal Tajdi berpeluk tubuh disisi Ara.
Ara senyum.
"bos..nak rehat pergilah...mesti penat kan memandu jauh-jauh"kata Ara.
rimas bila diperhatikan.
"its okay....saya boleh temankan awak"
"no...saya tak takut hantu,tapi saya takut bos...pergilah naik atas"kata Ara.
"amboii...halau saya ye?"
"bukan....saya tahu bos penat,so...lebih baik bos pergi berehat"
"okay..saya naik dulu"kata Tajdi mengalah.
Ara tersenyum.
"selamat malam sayang"bisik Tajdi ditepi telinga Ara.
tegak bulu roma Ara.
jantung berdegup saat melihat senyuman manis Tajdi berlalu meninggalkannya.
Ara berhenti dari mencuci.
dia memandang ke tingkat atas,Tajdi sudah tiada.
Ara tersenyum sendiri...
rasa bahagia menyerbu masuk ke segenap ruang hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience