bab 58

Romance Completed 13382

"morning mama,papa abang"sapa Taufiq.melangkah merapati meja makan yang sudah terhidang pelbagai jenis makanan untuk mereka sekeluarga bersarapan.
"pagi"jawab mereka bertiga serentak.
Taufiq mengambil tempat disebelah abangnya.
Tajdi pulak mengambil pinggan kosong lalu diletak dihadapan adiknya.
"pinggan kosong je?"soal Taufiq sekadar bergurau
"aik...duduk Australia dah tak pandai nak bubuh sendiri ke?"soal Tajdi dengan senyuman yang disembunyikan.
datin rose dan dato tajjuddin hanya menggeleng melihat telatah anak-anak mereka.
"lah..Fiq baru nak manja-manja dengan abang,maklumlah..nanti bila dah ada isteri disebelah abang,mesti dah tak peduli lagi dengan adik ni"kata Taufiq memerli.
Tajdi tergelak
"apalah budak ni,ingatkan otak tu dah matang sikit rupanya masih ada budak-budaknya"kutuk Tajdi
"betul apa Fiq cakap..kan mama papa?"soal Taufiq sambil tangannya mencedok bihun goreng kepinggannya.
"betul,betul"sokong datin dan dato.
Taufiq tergelak kerana mama dan papa berpihak padanya.
"amboii...semuanya nak boikot Taj lah ni?"soal Tajdi
meja makan itu riuh dengan gelak tawa mereka.
"papa tak masuk office harini?"soal Taufiq
dato tajjuddin yang sedang membaca surat khabar memandang anaknya
"tak...nak rehat harini,lagipun Fiq baru balik kan?boleh sembang-sembang"kata dato Tajjuddin.
Taufiq angguk.
"abang pulak tak nak sembang-sembang dengan Fiq ke?"soal Taufiq dengan sengihan
"tak...abang ada meeting dengan klien kejap lagi,lepas tu nak jumpa...."
"bakal isteri?"potong Taufiq
Tajdi tersengih.
datin rose tersenyum melihat kebahagian yang terpancar diwajah anak sulungnya itu.
"pandai je kan..?"soal Tajdi
"mestilah...Abang ni dari dulu memang tak akan berenggang kalau ada girlfriend,tambah pulak tunang lagilah jumpa selalu...betul tak?"gurau Taufiq
"amboii...bila masa abang ada girlfriend? Fiq lainlah...awek keliling pinggang.lagipun abang bukan saja-saja nak jumpa dia,kami nak cari barang yang tak cukup,sekaligus nak fitting baju"kata Tajdi
Taufiq angguk kepala.
"mama tak ikut ke?"soal Taufiq
"mama ikut je apa yang mereka berkenan,nanti kalau mama pergi semua baju dalam butik tu mama borong"kata datin rose mengundang tawa di meja makan itu.
"Mama jangan risau,Taj suka dengan baju yang mama pilih haritu"kata Tajdi
"baguslah kalau macam tu,tapi pastikan apa yang pereka baju tu buat pastikan seratus peratus cantik,kemas,dan bentuknya macam apa yang kita nak,kalau tak bagitahu mama,banyak lagi butik yang mama tahu"kata datin rose memberi amaran.
Taufiq meangangkat kening pada abangnya dengan senyuman.
"baik ma...lagipun Taj dah tengok gambar baju tu,dia hantar pada Taj minggu lepas,memang perfect"kata Tajdi
"erm..mama korang memang macam tu,semuanya nak perfect,sebab tu dulu masa papa nak mengurat dia,papa selalu pakai kemas,rambut disikat rapi,barulah hati dia berbunga-bunga"kata Dato tajjuddin.
terus tangannya dicubit manja oleh isterinya.
riuh meja makan itu dengan tawa Tajdi dan Taufiq.
"erm..mama papa,Fiq nak balik kampung petang nanti"kata Taufiq tiba-tiba.
"kenapa?nak jumpa opah ye?"soal datin rose
"rindu opah"kata Taufiq
"rindu opah ke...rindu.buah hati"kata Tajdi menyiku lengan adiknya.
Taufiq tersengih.
"mana ada"jawabnya cuba mengelak.
"boleh...nak balik sana berapa hari?jangan lama-lama sangat,mama pun lama tak sembang dengan Fiq"kata Datin rose.
"dalam tiga hari je..."jawab Taufiq
"nanti.bawaklah opah datang sini sekali"kata Datin rose.
"erm..betul tu,lama opah tak datang sini,"kata dato tajjuddin.
Taufiq angguk kepala.
"Taj pergi dulu"kata Tajdi bangun dari kerusinya.tangan mama dan papanya dicium.
tangannya pula dicium oleh Taufiq.
"assalammualaikum"
"waalaikumsalam"jawab mereka semua.

Taufiq menahan rasa mengantuknya ketika memandu kereta yang sudah lama ditinggalnya kerana dia ke Australia.
jam di pergelangan tangannya dipandang.
tepat pukul 10.30 malam.
sengaja dia bertolak lewat kerana tidak mahu terlekat kesesakan jalan raya.
dia menguatkan suara radio yang dari tadi menemani dirinya.
suara-suara penyampai radio riuh-rendah menemani malamnya.
tiba-tiba telefonnya berdering.
suara radio diperlahan semula.
dia memakai earphone di kedua-dua telinga sebelum menjawab panggilan itu.
"assalammualaikum Fiq!!!?suara ceria Kiyla menyapanya ditalian.
Taufiq tergelak perlahan.
"waalaikumsalam.ni apa ni?main sergah-sergah macam tu je?"soal Taufiq
Kiyla ketawa ditalian sana.
"alah...Kiyla cuma teruja ja,mak cik cakap Fiq dah balik Malaysia"kata Kiyla
"cepat betul mama Fiq tu kan?"kata Taufiq.
mereka sama-sama ketawa.
"alah..Fiq macam lah tak tahu,Kiyla dengan mak cik tu kan memang kamcing"kata Kiyla.
"yes..i know it"
"Fiq dekat mana ni? bunyi macam dalam kereta je?"soal Kiyla.
"memang dalam kereta pun,nak balik kampung jumpa opah"kata Taufiq.
"lah ye ke? sorry Kiyla ganggu pulak,nanti Kiyla call lagi okay?"soal Kiyla.
"eh...takpa,lagipun malam-malam macam ni kenderaan tak banyak sangat"kata Taufiq
"are you sure?"soal Kiyla
"yes..very sure"kata Taufiq
"okay,by the way...Kiyla pun lama tak jumpa opah,really miss her,Kiyla ingat nak datang KL minggu depan,sebab nak hadiri majlis abang Taj,nak datang awal sikit bolehlah..Kiyla bantu apa-apa yang patut"kata Kiyla
Taufiq tersenyum.sepupunya itu memang dari dulu seorang yang suka membantu.
"datanglah..lagi meriah,nanti Fiq bawak Kiyla balik kampung pulak"kata Taufiq.
"thanks"
"sama-sama"
"so...Kiyla nak tanya Fiq masih ingat tak lagi?"soal Kiyla.
"ingat apa?"soal Taufiq dengan senyuman.pura-pura tidak tahu apa-apa,padahal dia tahu sangat janjinya yang dulu.
"alah...sikit pun tak ingat?"soal Kiyla
"no..."jawab Taufiq
"err...so...Fiq nak Kiyla cakap lah ni?"soal Kiyla
"boleh je..."
"Kiyla bukan nak mengungkit okay...Kiyla just want to tell you about your promise to me two month before today"kata Kiyla
Taufiq manahan tawa.amboii ingat betul otak dia ni.siap dengan bulan lagi.
"okay..continue it?kata Taufiq.
"Fiq ada janji dengan Kiyla haritu nak belanja makan kan?"soal Kiyla perlahan sahaja suaranya.barangkali malu.
"ohh..okay dah ingat,maknanya Kiyla datang minggu depan ni nak tuntut janji la erk?"soal Taufiq
"no..minggu depan Kiyla serius datang nak bantu mak cik,tapi when I remember your promise,macam kebetulan kan? so...sebab tu Kiyla just nak ingatkan"kata Kiyla.
Taufiq tergelak perlahan.
"Kiyla...you know me more than I know you right?"soal Taufiq.
"of couse,dari dulu Kiyla je..yang selalu kepo nak ambil berat pasal Fiq,Fiq je..yang buat tak tahu dekat Kiyla"kata Kiyla.
Taufiq ketawa lagi.begitu juga Kiyla.dia hanya bergurau dengan sepupu rapatnya itu.tanpa mahu menganalisis maksud yang tersirat di balik kata-kata sepupunya itu.
"so...takkan Kiyla tak tahu yang Fiq ni mana pernah lupa sebarang janji"kata Taufiq
"maknanya..Fiq ingatlah?"soal Kiyla
"ye lah.."
"ish..buat malu je Kiyla terus terang,nampak sangat Kiyla ni nak minta Fiq belanja"kata Kiyla.
Taufiq ketawa mendengar suara merajuk sepupunya.
"Fiq tahu lah..saja bergurau malam-malam macam ni"kata Taufiq
"ni..kalau ada depan Kiyla dah lama makan cubitan berbisa Kiyla"marah Kiyla
semakin kuat tawa Taufiq.akhirnya Kiyla tersenyum juga.
"sorry again"kata Taufiq
"okay..but next time,i dont believe you again"kata Kiyla mengugut
"still angry?"soal Taufiq
"still..,but Kiyla tak boleh marah Fiq lama-lama,sebab nanti dah takde siapa nak belanja makan"kata Kiyla.
mereka ketawa sama-sama.
"okaylah...Kiyla letak fon dulu,apa-apa story just call me,i'am here for you,memandu tu be carefull"kata Kiyla.
"okay..asaalammualaikum"
"waalaikumsalam"jawab Kiyla mengakhiri perbualan.

kereta yang dipandu Taufiq memasuki kawasan rumah yang berhalaman luas itu.
kelihatan lampu masih lagi terang-benderang di dalam rumah,
opah tak tidur lagi kut.
dia balik ke kampung bahkan balik ke Malaysia tanpa memberitahu opahnya.
sengaja dia mahu membuat kejutan pada wanita yang telah menjaganya dari kecil itu.
Taufiq keluar dari kereta dengan senyuman.
angin kuat menyambut kedatangannya.
walaupun sawah padi ditenggelami kegelapan malam.tetapi bau tanah dari sawah yang ditanam oleh penduduk kampung dapat dirasai oleh sesiapa sahaja yang memasuki kampung mereka.
Taufiq membawa beg galasnya lalu menghampiri tangga kayu.
"Assalammualaikum"kata Taufiq.
kedengaran kunci pada pintu kayu itu dibuka dari dalam.
"waalaikumsalam"jawab opah.
dia membuka pintu.
matanya diperluaskan bagi melihat dengan lebih terang sesusuk tubuh yang berdiri di hadapan tangga rumahnya.
Taufiq tersenyum menampakkan barisan giginya
opah memakai kaca mata yang bercermin jernih ke matanya.
"opah...Fiq rindu opah"kata Taufiq pantas memeluk tubuh tua itu.
opah yang masih lagi terkejut akhirnya membalas pelukan cucunya itu dengan air mata kerinduan.
"cucu opah dah balik"kata opah dengan sendu.
"Fiq rindu sangat dekat opah"kata Taufiq.
pipi opah diciumnya.
"opah tak sangka betul dapat jumpa Fiq lagi,ingatkan sampai opah dah tutup mata cucu opah masih tak nak balik lagi"kata opah.
wajah Taufiq ditatapnya.
"mana boleh Fiq tak balik,opah jangan cakap macam tu,sekarang kan Fiq dah balik"kata Taufiq.
"dah jom...dah malam ni"kata opah pantas beriringan dengan Taufiq masuk ke rumah
"opah masih tak tidur lagi?"soal Taufiq
"opah tengok album lama,tiba-tiba rindu dengan arwah tok wan"kata opah.
"Fiq akan teman opah sekarang okay"kata Taufiq menahan tangisannya.
hatinya sayu apabila merasai kesunyian yang dirasa opah semenjak arwah tok wan meninggal.
sebab itulah mama dan papa berkeras mahu opah tinggal bersama mereka.tapi apakan daya opah tetap dengan pendiriannya.
pintu ditutup oleh Taufiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience