bab 26

Romance Completed 13382

Taufiq tergelak sendirian disofa rumahnya.telefonnya di letak atas meja semula.
"eh..kau apahal gelak sorang-sorang ni?"soal Hero muncul dari tingkat atas duduk disebelah Taufiq.
"takde lah...abang aku ni ha.."
"apasal dengan abang kau?"soal Zamri yang muncul bersama dulang yang membawa tiga mug air kopi panas.
lalu duduk di sofa bersebelahan dengan dua lagi sahabatnya.
"abang aku...tanya macam mana nak luahkan cinta pada perempuan"jawab Taufiq.
tangannya mencapai salah satu mug lalu menghirupnya.
Hero dan Zamri tergelak perlahan.
"apasal teruk sangat aku dengar?"soal Hero dengan gelak perlahan.
"ish..kau ni..kau ingat semua lelaki ada kemahiran yang sama ke?"kau lainlah..dah macam hobi bab-bab mengurat ni"kata Zamri.
terus Hero menutup mulutnya
"yelah..abang aku ni dia dari dulu lagi tak pernah luahkan isi hati dia pada seorang wanita,kalau girlfriend tu pernahlah...tapi boleh dikatakan...sangat jarang dia ada awek,tapi sekarang...dia ada calon,calon yang dia rasa dah curi hati dia dengan kesopanan...kecantikan..dan keayuan dia dimata abang aku,and now...dia nak jadikan wanita itu isteri dia..so..mestilah kena ada cara lain untuk melamar kan?"soal Taufiq.
Hero dan Zamri terangguk-angguk.
"kau..dah bagi idea?"soal Hero.
"aku cuma bagitahu dia perkara asas je..cara dia nak luahkan tak tahulah"kata Taufiq.
masing-masing diam.beberapa saat masa berlalu....
"so..kau macam mana?"tak nak cari calon jugak ke?"soal zamri dengan senyuman.
tercetus gelak kuat Hero dan Taufiq
"dia ni..tunggu puteri dari kayangan datang dekat dia"kutuk Hero.tapi Taufiq tidak ambil hati..memang mereka bertiga rapat kerana gurauan seperti itu.dah masak sangat dengan perangai masing-masing.
"aku....tunggu dia"jawab Taufiq.
"wauuu...dasyatnya penangan cinta...baru aku yakin bahawa adanya cinta setia hingga hujung nyawa"kata Hero
"tak salah kalau kita menunggu orang yang kita sayang,tapi kita kena tetapkan hati kita jugak untuk terima sebarang kemungkinan"kata Zamri.
hilang senyuman malu dibibir Taufiq.
"kenapa?"soalnya perlahan.agak kecewa bila sahabatnya seakan tak mempercayai kesetiaannya dalam cinta.
tapi dia tidak marah bahkan nak bertengkar dengan sahabat nya itu,cuma dia mahu lebih terperinci..kenapa Zamri berkata sedemikian.
"aku tak doakan kau dan dia tak bersatu atau apa-apa...kita dalam islam kena ada redha dalam qadak dan qadar Allah.apa pun yang jadi kita kena terima sebarang kemungkinan,aku bukan tak suka kau simpan rindu,cinta,dan terlalu mengharap,aku sebagai kawan kau..cuma tak nak kau kecewa...kau sendiri cakap yang kau dengan dia dah lama tak berhubung"kata Zamri perlahan.
Taufiq angguk kepala.
"betullah Fiq..apa yang Zam cakap...kami cuma taknak kau kecewa..sebab kau kawan rapat kami,"
Taufiq tersenyum
"thanks..aku faham,tapi bagi aku,aku tetap nak tunggu Ara,dan aku harap dia pun macam tu jugak,kalau ditakdirkan sebaliknya...aku harap aku dah bersedia"kata Taufiq
"tapi...kalau nak terus berangan tak salah"kata Hero dengan gelak perlahan
"ke..kau nak kita balik Malaysia sekarang?boleh pergi pinang dia terus?"kami boleh jadi tukang pantun"Zamri pulak berkata.
terhampur gelak mereka bertiga.
"korang dengar ni...dalam cinta ada empat jenis,pertama cintakan Allah,kedua cintakan nabi,ketiga cinta mak ayah,dan keempat barulah cinta pada seseorang yang ada dalam hati kita...barulah itu dinamakan kesempurnaan diri kita.maksudnya..kita dah miliki semuanya lagi-lagi agama,kita kena lulus itu dulu,barulah berani untuk menjaga amanah..dan barulah boleh dikatakan seorang suami yang soleh,yang boleh membimbing isteri dan anak-anak ke jalan Allah,"kata Zamri.
Taufiq dan Hero teranguk-angguk.
"dalam cinta ada agama..dalam kau ada apa?"soal Hero pada Zamri.
"aku?"
Taufiq dan Hero angguk kepala.
"dalam aku ada agama,keluarga aku dan..dan..emm..."
"dan apa?"soal Taufiq dan Hero serentak
"dan aku ark"kata Zamri terus berlalu dengan muka menahan malu.
"ke..ada siti alawiyah?"soal Hero dilaungkan kuat ke arah Zamri ditangga.
mereka berdua tergelak sakan.
"dia tak boleh ada dalam aku..dia cuma dalam doa aku"jawab Zamri tenang dengan senyuman malu.
semakin sakan gelak Hero dan Taufiq di bawah dengan pickup line dari pak ustaz mereka itu.
bukan mereka tak tahu,pelajar jurusan undang-undang university di Australia ini telah mencuri hati pakcik ustaz mereka.
ustaz konon..mata usha jugak.tapi siti alawiyah memang ada ciri-ciri wanita solehah.bertudung labuh,sopan,manis lagi macam lagu baru dari kumpulan rock yang gempak 'Khalifah', tajuk lagunya 'Assalammualaikum Ustazah'.
tapi sesuai dengan Zamri yang juga seorang yang baik dan suka memberi nasihat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience