bab 42

Romance Completed 13382

Tajdi memberi salam selepas mendirikan solat tangan ditadah.doa dibacanya perlahan.
dari jauh ada mata yang sedang memerhatinya.
terbit senyuman manis di bibir Ara.
dia sengaja memerhati tingkah Tajdi menunaikan solat di atas batu besar berhampiran air terjun itu.alasannya?dia sendiri pun tak tahu.
"eh...usya bos kita erk...."kata Zaiton tiba-tiba disebelah Ara.
"salah ke?"soal Ara kembali.
Zaiton mengekek ketawa.
"cakap je lah yang hati kau dah mula terpaut dekat bos kita tu..."kata Zaiton
Ara tersenyum
"aku memang suka dia"katanya malu-malu
Zaiton menutup mulutnya teruja
"betul ni?"soal Zaiton
Ara tersenyum
"entahlah Ton...aku rasa kadang-kadang benci dengan sikap dia yang suka bagi arahan di luar bidang kerja aku...kadang-kadang jugak dia boleh buatkan hati aku tertarik dengan dia...rupanya semua tu membuatkan aku jatuh cinta"kata Ara.
"wahh...gembiranya aku dengar kau cakap macam ni...lepas ni tak ada lagilah kawan aku yang monyok asyik fikirkan hal cinta lama dia..."perli Zaiton.
Ara tersenyum.
"betul cakap kau dan mak...mungkin aku memang patut aku lupakan apa yang jadi dalam hidup aku sebelum ni...dan cari kehidupan aku yang baru"kata Ara.
"aku sebagai kawan...tetap sokong"kata Zaiton.memaut bahu Ara.
"tapi..kau jangan bagitahu bos...malulah aku"rayu Ara.
"eleh...nak malu buat apa?"soal Zaiton.
Ara tersenyum dia melihat Tajdi yang berteleku di atas sejadah.
Zaiton turut tersenyum apabila melihat arah pandangan Ara.

Zaiton mengerakkan badannya ke kiri,sekejap ke kanan.matanya cuba ditutup tapi rasa mengantuk langsung tak menjengah matanya.
dia berpusing ke kanan.dia melihat Ara sedang menonton drama korea di skrin telefonnya.
Zaiton menggeleng apabila melihat Ara tersenyum-senyum bila ada part romantik ataupun kelakar.
"dari dulu sampai sekarang taasub betul dengan korea"kata Zaiton.
Ara memandang sahabatnya.
"kau cakap dekat aku ke?"soal Ara
"yelah...siapa lagi?"
Ara tersengih
"alah..kau bukan tak tahu...akukan memang betul,betul,betul minat dengan kpop ni....so please...understand me okay?"kata Ara.meneruskan tontonannya.
"eh...ada line pulak kau tengok kan?"soal Zaiton
"ini dalam simpanan aku...kalau nak cari line memang takde lah tengah-tengah hutan ni.."jawab Ara
"aku nak tanya kau...kenapa kau suka dengan mamat-mamat romantik korea ni..?"soal Zaiton.
"aku suka tengok muka comel diaorang...lagi-lagi bila senyum,mata pun boleh hilang...lagi-lagi macam jungkok dari group Bts tu...alahai..betul-betul comel"kata Ara.
Zaiton mencebik
"aku tengok biasa je....muka gebu semacam kalah kita yang perempuan ni"kata Zaiton.
"memanglah nampak jambu...tapi yang penting cute,kau cuba bagitahu aku kenapa kau tak suka dengan orang korea ni?"soal Ara
"cuba kau bayangkan erk...kalau aku ditakdirkan kahwin dengan orang korea kan....kau rasa mak aku tak akan tersilap panggil ke?aku kan berambut pendek paras bahu macam kau....nanti entah-entah mak aku pergi tarik telinga dia padahal mak aku marah aku...sebab tu lah aku tak suka muka cute sangat,tak pasal-pasal mak aku tak kenal mana anak asli dia,mana menantu dia...."kata Zaiton.
Ara menahan gelak tapi terdengar juga kerana terlalu kelakar.
di sebelah sana Tajdi juga tergelak mendengar jawapan Zaiton.
"reason nombor dua?"soal Ara
"nombor dua pulak...nanti apa kata orang kampung,tak pasal-pasal makcik-makcik bawang cakap aku kahwin dengan mamat jambu...huuwaaa!!! tak nak aku"kata Zaiton dengan wajah takut-takut.
semakin kuat gelak Ara dan Tajdi dikhemah sebelah.
"kau gelak pulak"marah Zaiton
"kau ni terlalu takut lah,apa salahnya yang penting lain jantina,kalau akulah kan....kalau aku dijodohkan dengan jungkok...cewahhh!!!! aku tak peduli dengan apa orang nak kata,yang penting aku tahu dia yang sebenarnya"kata Ara
"eleh...itu kata orang yang dah mabuk dengan mamat-mamat korea"kata Zaiton
Ara tersenyum.
"dah lah...aku nak tidur,sembang pasal mamat korea ni buat aku rasa mengantuk pulak,kau teruslah berangan dengan jungkok kau tu erk....kirim salam aku dekat dia"kata Zaiton terus membelakangkan Ara.
Ara tersenyum.
"aku nak berangan dengan jungkok aku...kau jangan ganggu tau"pesan Ara.
tiada balasan dari Zaiton.
cepatnya dia tidur?
Ara tersenyum.

di sebelah Tajdi mencapai handfon lalu di google gambar jungkok.
dia tersenyum melihat beberapa gambar nyanyian dari ahli kumpulan Bts yang diminati Ara.
"jungkok?"soalnya.memikirkan sesuatu.
kemudian dia tersenyum sendirian

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience