Taufiq mengekori langkah Ara yang sedang menuju ke arah pantry seorang diri.
Taufiq pandang sekeliling supaya tiada sesiapa dapat mengesan kehadirannya.
Ara melangkah le arah rak gelas lalu dicapainya.
dia mencedok serbuk koko ke dalam gelas.
air panas dan sedikit gula dimasukkan.
dikacau perlahan menggunakan sudu.
"Ara masih dengan keputusan Ara?"
hampir terlepas sudu di tangan Ara apabila tiba-tiba disergah sebegitu.
Ara pandang Taufiq yang berdiri dekat dengannya.
badannya di jauhkan sedikit.
Ara melempar senyuman ikhlas.mahu melupakan semuanya.
"Fiq tanya Ara masih dengan keputusan Ara?"soal Taufiq dengan wajah serius.
"majlis perkahwinan kakak Ara dan abang Taj akan berlangsung minggu depan..."kata Ara.sengaja ditekankan perkataan kakak.
Taufiq memeluk tubuhnya bersandar pada meja kecil disudut dinding.
"so?"soal Taufiq
"majlis akan berlangsung.."kata Ara selamba.
Taufiq mengeluh
"Ara come back to me..please"rayu Taufiq
Ara pandang wajah Taufiq
"tolong faham keputusan yang Ara buat.Ara sanggup buat apa saja asalkan Ara dapat mecintai dan terus mencintai Taj"kata Ara terus kakinya ingin berlalu
"Ara semakin sombong sekarang"kata Taufiq
langkah kaki Ara berhenti.
dia pandang wajah Taufiq.serba salah dirinya kini apatah lagi apabila melihat wajah sugul Taufiq.
"bukannya Ara sombong Fiq...tapi Ara cuma tak tahu macam mana nak bagi Fiq faham tentang diri Ara sekarang.Ara tahu Ara dah lukakan hati Fiq.tapi Ara dah berkali-kali minta maaf pada Fiq.tapi Fiq tetap tak boleh terima semua ni,apa lagi yang Ara boleh buat? untuk pengetahuan Fiq beribu-ribu kali Fiq tanyakan Ara soalan tu...jawapan Ara akan beribu-ribu kali tetap sama"kata Ara pantas berlalu ke bilik pejabatnya.
Taufiq mengetap bibir.rahang pada wajahnya bergerak-gerak.
"okay..fine kalau macam ni jalan cerita dia...aku terima"kata Taufiq sendirian dengan serius.
dia megatur langkah keluar dari tempat itu.
"eh..kau nikah pagi ke petang ke malam?"soal siti pada Ara disebelahnya.
sementara Ara turun ke tempat mereka lebih baik ditanya awal-awal.bukannya senang nak jumpa si Ara ni,
mereka yang lain turut menunggu jawapan.
Ara tersenyum lebar
"pagi"jawab Ara
"ohhh"suara beramai-ramai
"majlisnya pulak?"soal kak hamzah
"malam tu lah..korang semua jangan tak datang tau"kata Ara.
"ehh..mestilah kami datang....kau tahu tak kami semua siap tempah baju lagi nak sama warna dengan pengantin katanya"sahut siti.
tergelak Ara melihat reaksi teruja siti dan yang lain.
"betul tu..inikan majlis big bos kita..mesti lah kena datang"kata kak hamzah
"ehh...warna apa erk baju pengantin kau? aku lupa ark"kata aishah sambil memegang kepalanya.
"alah...ni mesti tak tempah baju lagilah ni..."kata siti cuba bergurau
"majlis minggu depan kau tahu tak"kata kak hamzah
mereka yang lain tergelak melihat wajah malu aishah
"sorry Ara...aku lupa"kata Aishah
"takpe lah Aishah...kau ingat semua kena baju sama ke? mana tahu haritu baju kau yang paling cantik walaupun tak sama colour tapi paling cantik pada semua termasuk pengantin"kata Ara riuh dengan gelak tawa mereka semua termasuk aishah.
"aku tak kisah lah korang pakai baju apa..yang penting korang kena datang"kata Ara lagi.
"awal-awal lagi kami akan terpacak depan pagar hotel tu"kata siti.
"kau nak jadi pengawal dekat situ ke apa siti?"soal kak hamzah.
sekali lagi riuh dengan tawa mereka di meja siti itu.
"ada apa semua serius je ni? Kiyla ada sekali? bila datang?"soal dato tajjuddin duduk disebelah isterinya.
Kiyla yang berbaju blous kuning dan jeans tersenyum manis.
"baru je pakcik"jawab Kiyla.
dia juga masih keliru kerana diminta hadir ke rumah itu oleh Taufiq.awalnya memang dia mahu menolak,kerana teringatkan kejadian dua hari lepas.
tapi...apabila dipujuk oleh Taufiq dan dikatakan ada perkara yang perlu dibincangkan jadi dia membuat keputusan untuk menyertai keluarga ini.
Tajdi hanya duduk di sebelah Taufiq yang dari tadi diam tak berkutik.
buku majalah milik mamanya dibelek.
dato tajjuddin mengangkat keningnya pada datin rose.
"tak tahu...Fiq tiba-tiba suruh semua berkumpul"kata datin rose perlahan.
dato tajjuddin bersandar pada sofa dengan selesa.
"ada apa Fiq ajak ramai-ramai berkumpul ni?"soal Dato tajjuddin.
Taufiq melempar senyuman pada Kiyla dihadapannya.
Kiyla pula teragak-agak apa kena dengan si Fiq ni?
datin rose pandang pelik anak bongsunya itu.
dikuis paha Tajdi dengan jarinya.
Tajdi pandang mamanya dengan hairan.
datin rose membuat isyarat mulut menuju pada Taufiq.
Tajdi pandang Taufiq yang masih lagi memandang Kiyla.
kepalanya digaru.
"oi...tengok anak dara orang sampai macam tu sekali? kenapa ni?"soal Tajdi.
Taufiq tersenyum pada abangnya.
Kiyla tersengih-sengih tidak mengerti.
Tajdi menahan ketawanya.
"ada apa Fiq?"soal dato tajjuddin sekali lagi.
"sebenarnya Fiq ada benda nak cakap"kata Taufiq.
semua mata mula pandang ke arahnya.
"Fiq dah setuju dengan cadangan mama dan papa nak satukan Fiq dengan Kiyla"kata Taufiq perlahan.namun dapat didengar jelas oleh semua.
Tajdi merangkul bahu adiknya dengan senyuman bangga.
datin rose dan dato tajjuddin pulak tersenyum lega.
betapa gembiranya hati mereka apabila Taufiq bersetuju dengan pilihan mereka.
Kiyla yang masih tercengang diam tidak bersuara.
"Kiyla macam mana?"soal Datin rose.
Kiyla teragak-agak.
timbul perasaan risau dihati datin rose melihat Kiyla yang masih teragak-agak
"Kiyla setuju kan?"soalnya lagi.
Taufiq pandang wajah Kiyla
memang benar dia tidak cintakan Kiyla.tapi apa salahnya dia mencuba.dia berharap dengan perkahwinan ini dia juga dapat melupakan kisah silamnya seperti mana Ara.
dia juga sudah berjanji tidak akan mensia-siakan Kiyla apabila menjadi isterinya yang sah.dia akan cuba menjadi suami yang terbaik untuk Kiyla walaupun cinta masih tidak muncul dalam hatinya.
tapi dia pasti cinta akan datang bila tepat pada waktunya.
Kiyla pandang wajah Taufiq
"Kiyla?"panggil dato tajjuddin.
Kiyla tersedar semula dari rasa terkejut.
kepalanya diangguk laju.
semuanya menarik nafas lega.
Kiyla tersenyum lebar.hatinya sudah dimasuki kebahagiaan.segala yang berlaku dilupakan begitu sahaja.
"tapi Fiq ada satu lagi permintaan"kata Taufiq
"apa?"soal Tajdi
"Fiq nak buat majlis hari yang sama dengan abang,nikah sama,majlis pun sama...senang sikit mama nak uruskan"kata Taufiq
"cepatnya"kata datin rose.
"tak boleh ke ma?"soal Taufiq
"boleh...nanti kita suruh je wedding planner yang buatkan semuanya"kata datin rose dengan senyuman.
"sempat ke makcik?"soal Kiyla
"Kiyla jangan risau...semuanya biar mama yang sentlekan..."kata Taufiq
"betul tu Kiyla...Kiyla cuma jaga diri je...minggu depan sama-sama naik pelamin"kata Datin rose.
mereka semua mengukir senyuman.
"tak susah kan makcik ke..?biarlah Kiyla tolong apa-apa"kata Kiyla serba salah.
"no...its okay...serahkan aje pada mama"kata datin dose.
"mama ni semua dia nak kebas"kata dato tajjuddin.
Kiyla tersenyum malu.dia pandang pada wajah Taufiq.
"mungkin hatinya dah berubah untuk aku,syukur Alhamdulillah...dia terima aku"katanya dalam hati.
Share this novel