bab 22

Romance Completed 13382

Ara memakai baju kurung hari ini,moodnya bangun pagi terasa terlebih ayu pulak,dan terasa teringin nak memakai pakaian kegemarannya semasa di kampung.yelah..kalau tak dapat balik kampung nak lepaskan rindu dekat emak dan ayah sekalipun,dapat pakai baju jahitan tangan emak pun dah bahagia rasanya.
baju kurung pahang berwarna pink dan bercorak bunga kecil memenuhi keseluruhan baju itu amat cantik.
rambutnya dibiar bebas dan diklip pada rambut yang selalu berjuntaian didahi.
dia turun membantu Zaiton menghidang sarapan pagi mereka.cukuplah sekadar roti bakar disapu jem + nescafe 'o'.
"harini ada meeting kan?"soal Zaiton sambil mengunyah roti.
"ye...penat otak aku kalau selalu meeting"
"alah..relaks je...aku pun pening jugak ni..harap-harap singa tak muncullah dalam bilik mesyuarat tu kejap lagi"kata Zaiton.
Ara mengerut dahinya.
"singa muncul?"
"ye..singa muncul"
"selalu ke?"soal Ara seram sejuk.
Zaiton menepuk dahi.apalah bengap sangat kawan aku nih?
"bos kau tu lah...bila datang angin dia..dia mulalah bertukar jadi singa jadian"
"oo...bos selalu ke marah?"
"kadang-kadang je...kau belum kena lagi kan?"
Ara geleng laju.
"jadi...hati-hatilah,bos tu sebenarnya baik,cuma bila bab kerja ni...dia serius sikit,kadang-kadang bila mood dia baik..satu office dibelanjanya dekat restourant mana-mana"
Ara angguk.
"takut pulak aku...kalau kau cakap macam tu"
"alah...kan aku cakap,bila mood dia datang,kau jangan risau lah"
Ara kecut perut sebentar.macam tak percaya pulak bos yang mukanya selalu menyakitkan hatinya dengan jawapan-jawapan yang tak masuk akal itu bertukar jadi singa jadian?
"eh..jom nanti lewat pulak"Zaiton bangun mencapai handbegnya.
Ara mengikut tanpa banyak soal.
mereka sempat bertegur sapa dengan jiran dikiri rumah mereka.iaitu makcik Gayah,
antara jiran yang baik bagi Zaiton dan Ara,dari dulu memang suka membantu,ada hari bertukar-tukar menu masakan,dan selalu membantu menyiram pokok bunga kertas yang dimiliki oleh Zaiton sejak mula-mula dia ada disini.yelah...dia kan sibuk.

Ara hanya mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh Tajdi di hadapan mereka semua para staf di office.
Ara menulis satu-persatu apa yang dikatakan oleh Tajdi.
"betul cakap Ton..bos nampak lain bila masa ni...dulu aku ingatkan dia jenis yang happy ending je...sekarang muka dia..tak berani pulak aku nak buat hal"kata hati Ara
"Ara..yes or no?"soal Tajdi tiba-tiba.
melonjak jantung Ara.
dia gabra bila tiba-tiba inchi bos panggil namanya.semua mata tertumpu padanya dengan senyuman.
Ara telan liur,mestilah kena kata yes kan?takkan aku nak kata no pulak nampak sangat aku membangkang keputusan mereka semua.adoihh...dah la tak dengar apa yang diorang bincang tadi...
Ara tersenyum pada semua termasuk Tajdi yang juga memandangnya.
"yes!"yakin dirinya menjawab.
hentam sajalah labu....
satu bilik mesyuarat itu seakan bergegar dengan gelak kuat semua staf.termasuk Tajdi dan...dan kawan baiknya Zaiton?
Ara sudah gigit bibir.
"apa aku dah buat ni?"kutuk hatinya.
dia mengecilkan matanya pada Zaiton yang siap menyeka air mata lagi akibat terlalu kuat gelak...
amboi..amboi..amboi..kau tunggu dekat rumah!! tekad hatinya.
"okay..Ara awak boleh duduk"Tajdi memberi arahan.suara gelak tawa semakin kurang.
Ara duduk dengan wajah masam.
"seperti mana yang kita bincang tadi,saya nak semua akan lakukan kerja dengan baik.dan pengumuman terakhir,besok dato Tajjuddin akan mula masuk office."
Semua mengangguk faham mendengar kata Tajdi.
"any question?"soal Tajdi memandang satu persatu wajah anak buahnya.
seorang gadis bertudung mengangkat tangan.
"bos..kalau dato dah kembali dalam syarikat,maknanya semua kerja-kerja sebelum ni yang bos bertanggungjawab akan kembali pada dato ke?"soalnya.
"yes..semua urusan akan kembali kepada sedia kala.so...saya lepas ni akan uruskan hal apartment saya saja"jawab Tajdi.
"lagi?"soal Tajdi.
semua senyap tanda tiada soalan.
"okay..semua boleh bersurai"kata Tajdi.
terua masing-masing mengemas buku dan pen,dan melangkah keluar.
Ara juga tidak tunggu lama.
"Ara!!"
mendengar namanya dipanggil dia berpusing kepada Tajdi.
Tajdi menunggu semua staf yang lain keluar.
"ada apa bos?"
"lunch nanti dekat restourant depan tu,"kata Tajdi.
"kenapa bos?"
"dengar arahan tanpa soalan balas"kata Tajdi lantas keluar.
Ara pelik.
"jangan-jangan bos nak marah aku tak...sebab tak focus"kata akalnya.
tangannya diramas.takutnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience