Datin rose mengemas semua jenia majalah-majalah yang baru sahaja dilihatnya tadi.
dia duduk bersandar pada sofa empuknya dengan senyuman lebar.
"awak dah makan ubat ke?"soal Dato tajjuddin yang menuruni tangga dari tingkat atas lalu duduk disebelah isterinya matanya tertumpu pada skrin TV.
datin rose pelik
"ubat apa bang?"soalnya kehairanan.
"ubatlah...dah awak senyum sorang-sorang macam ni"kata dato tajjuddin dengan gelak perlahan.
pantas bahu suaminya ditampar dengan jelingan maut.
"abang nak cakap saya gila ke?"soal datin rose
"habis tu apa lagi...dah awak senyum sorang-sorang"kata dato tajjuddin.
"bencilah abang ni,saya senyum ada sebab,lainlah kalau takde sebab"kata datin rose.
"sebab apa?"soal dato tajjuddin.
mendengar soalan itu.datin rose menyimpul senyuman lebar lagi.
dato tajjuddin pandang isterinya.
"senyum lagi"keluhnya.
"macam ni bang...saya ada perancangan sikit"kata datin rose dengan terujanya.
"perancangan apa pulak?kalau pasal majlis Taj dan Ara,saya setuju je apa yang awak nak buat,sebab saya tahu awak memang pakar dalam membuat perancangan sesuatu majlis,pasal duit awak jangan risau,saya akan selesaikan"kata dato tajjuddin.
datin rose mengeluh.
"abang ni...dengar dulu apa yang saya nak cakap"katanya.
"pasal apa?"soal Dato tajjuddin
"ini bukan pasal majlis Taj dan Ara,ini pasal majlis satu lagi,yang akan dibuat dekat hotel yang sama jugak,dan tarikh yang sama"kata datin rose.
dato tajjuddin berfikir sejenak.
"tempat sama,hari yang sama?majlis apa lagi ni?"soal dato tajjuddin.
"majlis kahwin Fiq"kata datin rose.
dato tajjuddin gelak perlahan mendengar percakapan isterinya.
"apa yang awak merepek ni? Fiq tu baru balik dari luar negara,calon pun masih sesat lagi,tak tahu mana satu calonnya.yang awak beria nak buat majlis dia,dah kenapa?"kata dato tajjuddin.
sekali lagi wajah datin rose masam mencuka.
"sebab calonnya masih sesatlah saya nak bagi jalan penyelesaiannya ni"katanya
"ada ke wanita yang nak jadi isteri pada orang yang dia tak kenal hati budinya lagi?mana tahu awak kahwinkan anak kita dengan mana-mana perempuan,mahunya diorang tak bahagia macam mana? awak jangan macam-macam nanti lari lagi si Fiq tu ha..."kata dato tajjuddin
"saya cadangkan kita kahwinkan Fiq dengan Kiyla"kata datin rose
"Kiyla anak kak Leha?itu sepupu Fiq lah...mahu ke diaorang kahwin?"soal dato tajjuddin.
"sepupu dengan sepupu boleh kahwinlah bang..,lagi satu diorang kan dah lama kenal,dulu masa budak-budak selalu main sama-sama,lagipun saya berkenan dengan Kiyla tu,dia sama macam Ara,cantik,ceria,pandai ambil hati kita,hormat kita dan lagi satu....Kiyla tu bang...dia selalu buat Fiq happy tau tak?semua ciri-ciri tu ada pada menantu pertama kitalah bang....so apa salahnya kita dapat menantu yang perangainya sama,nanti kita juga yang dapat cucu dua sekali gus"kata datin rose.
dato tajjuddin memikir seketika segala perancangan isterinya.
"saya tak kisah pasal siapa pun menantu kita,dah awak kata Kiyla tu okay..saya pun okay je..tapi yang utamanya,awak kena tanya Fiq dengan Kiyla dulu,lagi-lagi anak kita tu,nanti dibuatnya lari lagi tak pasal-pasal sejarah berulang..eh macam tajuk lagu pulak ye?"kata dato tajjuddin dengan ketawanya.
"minggu depan Kiyla nak datang..masa tu lah saya nak tanya dia,Fiq pulak nanti bila dia balik dari rumah opahnya kita tanyalah sama-sama ye bang?"soal datin rose.
"ikut awaklah....saya ikut je"kata dato tajjuddin.
datin rose tersenyum lebar.
"thanks abang...I love you"kata datin rose.
"me too"kata dato tajjuddin.
mereka bertatapan seketika
"ehem..ehem.."suara deheman seseorang dari tangga menghentikan lamunan mereka.terus mereka tersenyum malu
Tajdi menyimpul senyumannya.
"mama,papa Taj keluar kejap ye..anyway continue your feelings"kata Tajdi terus keluar.
Datin rose dan dato tajjuddin berpandangan.kemudian mereka melepaskan ketawa yang dari tadi dikawal.
"malu dengan anak kita lah bang...awak rasa dia dengar tak?"soal datin rose
"awaklah...apa saya pulak"kata dato tajjuddin dengan sisa tawanya.
"apa pulak saya,kita dua lah"kata datin rose.
mereka sama-sama ketawa.
Taufiq menghirup kuah tomyam yang dimasak oleh opahnya.sememangnya masakan tomyam campur resepi khas dari thailand menjadi kegemarannya sedari kecil lagi.
opah merenung ke wajah cucunya yang satu.
tiba-tiba terbit rasa simpati dalam hatinya.
"andainya kau tahu cu...opah harap sangat Fiq akan terima dengan tenang dan terima yang jodoh Fiq bukan dengan Ara,tak sampai hati opah nak cakap pada Fiq,biarlah abang Fiq sendiri yang beritahu"rintihnya dalam hati.
"opah....?"panggil Taufiq apabila dia terperasan opahnya merenung ke arah dia sedari tadi.
opah tersedar terus mengukir senyuman.
"ada apa?"soal opah cuba berlagak biasa.
"kenapa opah tenung Fiq macam tu? muka Fiq dah berubah jadi shah rukh khan erk?"soal Taufiq dengan menggayakan wajahnya.terus opah tertawa.
"mana ada...opah rindu nak pandang wajah cucu kesayangan opah ni"kata opah
"ni...kalau abang dengar memang comfirm dia jeles"kata Taufiq
opah hanya tersenyum
"opah...."kata Taufiq mendatar.
opah menunggu.
"kejap lagi Fiq nak pergi rumah Ara kejap boleh?"soal Taufiq.
terus mati senyuman opah tadi.
terus hatinya jadi tidak sedap.tapi sampai bila mahu dirahsiakan?sampai waktunya Fiq pasti akan dapat tahu jugak siapa gerangan kakak iparnya.
opah angguk perlahan.
"Ara masih kerja dekat warung mak embon dan pak mad lagi ke opah?"soal Taufiq teruja.
"tak tahu"jawab opah terus bangun ingin pergi ke biliknya.
"opah nak ke mana tu?"soal Taufiq pelik
"opah..nak tengok TV kejap"kata opah cuba berdalih.
Taufiq angguk kepala dengan rasa hairan.
"lain betul opah sekarang?"katanya serasa meneruskan suapannya.
Taufiq menaiki skuter miliknya yang sudah lama tidak ditunggang setelah beberapa kejadian yang dilaluinya.
dia melihat pemandangan yang terbentang luas dihadapannya kini.
nasib dia baik kerana cuaca tidak begitu panas tapi sekadar mendung.
tiba-tiba dia berselisihan dengan Nita anak makcik gayah yang terkenal di kampung mereka.
Taufiq sekadar memberi senyuman.
tetapi tidak bagi Nita.mulutnya terlopong luas melihat wajah yang dahulunya dicintai secara senyap bahkan sampai sekarang dia masih menaruh hati pada Taufiq.
bahkan semenjak dia mendapat tahu bahawa Ara sudah bertunang memang betul-betul mengembirakan hatinya.
"cinta hati aku dah balik!!!!"jerit Nita tapi sekadar dirinya sahaja yang mendengar.
dia lihat kelibat Taufiq sudah menghilang di balik simpang.
Nita tersenyum bahagia basikalnya dikayuh kembali.
Nita memarkir basikalnya di halaman rumah.
dengan senyuman masih menghiasi wajahnya.
barang-barang dapur yang dipesan emaknya dibawa ke dalam.
mak gayah yang sedang menghiris bawang untuk memasak pelik melihat anak daranya yang satu itu.
"yang kau tersenyum-senyum macam mat jenin ni apahal?"soal mak gayah hairan.
Nita tersenyum malu apabila ditegur
"alah kena duit ke kalau Nita nk senyum?"soalnya kembali
mak gayah mencebik
"bukan pasal duit...aku takut otak kau tu yang tak berapa betul"kata mak gayah
Nita menjeling geram pada emaknya
"mana adalah mak...Nita senyum sebab....."kata-katanya sengaja diberhentikan.
mak gayah merenung tajam wajah anaknya
"sebab apa pulak?"soal mak gayah
"sebab Fiq dah balik"kata Nita ceria
muka mak gayah yang keruh serta-merta menjadi ceria.senyuman sinis terukir dibibirnya.
"Fiq dah balik ye....?"kata mak gayah.
Nita angguk laju.
"bagus jugak budak tu balik ke sini,biar aku canang cerita pasal si Ara tu dah bertunang dengan abang dia sendiri"kata mak gayah dengan gelaknya yang besar.
"betul tu mak...biar Fiq tu buka mata pandang Nita ni..apa cantik sangat ke si Ara tu sampai nak tunggu bertahun-tahun,sekarang baru dia tahu yang si Ara tu..bukannya setia pun dengan dia"sokong Nita.
"tak sabar mak nak bagitahu si Fiq tu"teruja mak gayah.
mereka sama-sama ketawa.
Share this novel