bab 63

Romance Completed 13382

Taufiq memerhati Ara yang sedari tadi sejak mereka sampai ke tapak projek memang sengaja mahu menjauhkan diri dari dia.
nafas ditarik.
dia pandang Ara tampak sungguh lain dari dia kenal dulu.
Ara sekarang nampak lebih manis dari dulu,dan pertututrannya juga lain dengan aku!
"encik Taufiq"sapa seseorang memegang bahunya dari belakang.
pantas Taufiq mengukir senyuman.segala yang difikirkan dibuang segera.
"oh..encik Luqman,ada apa erk?"soal Taufiq.
"macam ni Encik Taufiq,pasal projek yang akan dibina dekat negeri sembilan,so...macam mana perkembangan dia?"soal Luqman.
"pasal pembinaan projek dekat situ,nanti saya akan tanya pada abang saya,sebab saya pun masih lagi nak belajar uruskan projek besar macam ni,tak berapa nak pandai lagi,so...lebih elok nanti saya akan tanya pada abang saya"kata Taufiq.
Luqman angguk kepalanya dengan senyuman.
"bagus tu encik Taufiq,tak salah belajar dari mula kan?its okay...nanti saya akan tanya pada encik Tajdi"kata Luqman.
Taufiq membalas senyuman itu.
"saya ke dalam dulu"kata Luqman.
Taufiq angguk kepalanya.
dia melihat langkah Luqman hilang didalam sebuah bilik kecil yang dibuat pejabat sementara.
sejam di tapak projek kini mereka akan pulang ke pejabat semula.
suasana dalam kereta masih juga sama,masing-masing diam membisu.
Ara hanya pandangn ke hadapan.
Taufiq pulak sesekali wajah Ara dipandangnya secara tersembunyi.
Ara melepaskan nafas berat,hatinya merintih supaya cepat sampai ke pejabat barulah dia boleh bernafas dengan tenang,selagi masih berdua-duaan dia terasa seperti mahu terbakar dek kepanasan suhu badannya.
walaupun penghawa dingin kereta pada tahap yang tinggi.
tiba-tiba dia terperasan jalan yang mereka lalui ini lain dari jalan menuju ke pejabat.
Ara pandang sekeliling.
memang sah! bangunan yang ada dekat sini pun lain.
"Kita nak ke mana ni?"soal Ara malas
Taufiq diam.dia hanya memandu.
"Fiq...tolonglah jangan diam macam ni,tolong jawab kita ikut jalan mana ni?"soal Ara lagi.
Taufiq diam juga.
"kalau Fiq tak nak jawab jugak okay...tapi tolong hantar Ara ke office semula,banyak lagi kerja yang Ara nak siapkan"kata Ara.
Taufiq diam juga.
"takut sangat ke tak dapat nak jumpa kekasih hati?"soal Taufiq tiba-tiba.
"Fiq....sudah-sudah lah tu,abang Fiq sekarang dah jadi tunang Ara,tolong jangan Fiq marah-marah dia,hilang hormat pada dia disebabkan Ara,tolong benci pada Ara sorang"kata Ara.
Taufiq tersenyum sinis.
Ara mengeluh.
"macam mana pulak kalau dia rampas Ara dari Fiq?adakah dia hormatkan Fiq sebagai adik dia?"soal Taufiq.
"susahlah cakap dengan orang yang egonya tinggi melangit,langsung tak nak pandang ke.bawah"kata Ara.
dia pandang ke luar cermin kereta.
terasa lega hatinya saat melihat bangunan pejabat.
"ada jalan lain rupanya"kata hatinya malu sendiri.
kereta Taufiq diparkir.dengan pantas Ara mahu keluar dari kereta itu.
"hati Fiq masih sakit"kata Taufiq sebelum Ara sempat keluar.
namun dia melihat Ara hanya buat tak tahu dan terus keluar meninggalkannya sendirian.didalam kereta.
stereng kereta ditumbuk kuat bagi melepaskan amarah.
dia bersandar sambil matanya dipejamkan.
dia cuba mengawal egonya sendiri.

Kiyla merebahkan tubuhnya atas katil di biliknya.
dia tersenyum bahagia.fikirannya terus melayang pada perbualannya dengan makciknya selepas mereka makan tengah hari bersama-sama.

..."Kiyla kalau makcik tanya sikit boleh tak?"soal datin Rose dengan lemah lembut.Kiyla yang duduk di sebelah datin rose itu hairan melihat wajah teruja makciknya.
"boleh je makcik...ada apa?"soal Kiyla
datin rose menyimpul senyuman yang penuh rahsia.
"kalau Kiyla tak kisah boleh makcik tolong Kiyla cari jodoh?"soal datin rose.
Kiyla yang terkejut tergelak perlahan.
"its okaylah makcik,actually Kiyla ni je..yang tak ready,bukannya Kiyla terdesak lah makcik"kata Kiyla beserta gelaknya.
"no...maksud makcik bukannya cakap Kiyla terdesak,but...makcik just nak bantu Kiyla untuk lebih rapat dengan someone,itupun kalau Kiyla sudilah"kata Datin rose.
Kiyla mula serius.
"okay..someone?maknanya makcik dah jumpa seseorang untuk Kiyla lah ni?"soal Kiyla
"yelah..makcik cuma nak membantu,makcik tahu Kiyla anak yatim..so Kiyla anggap je makcik dan pakcik mama dan papa Kiyla,so...tak salahkan kalau makcik nak jodohkan Kiyla?but...its up to you,makcik tak paksa"kata datin rose.
Kiyla tersenyum.memang dari dulu lagi dia sudah menganggap makcik dan pakciknya seperti arwah mama dan papanya.sudah sembilan tahun dia menjadi yatim piatu tanpa seseorang untuk meluahkan perasaan.
"Kiyla dah lama anggap makcik dan pakcik pengganti arwah mama dan papa Kiyla,bila Kiyla rindukan mereka,Kiyla selalu datang jumpa makcik dan pakcik sebab muka makcik betul-betul sama dengan arwah mama,sampai kadang-kadang Kiyla suka tengok gambar makcik dan arwah mama masa kecil memang sama,yelah...namapun kembar kan?"kata Kiyla dengan ketawanya yang perlahan bagi mengaburi rasa sebaknya.
datin rose mengusap kepala Kiyla dengan linangan air mata.
"jadi...Kiyla tak kisah,Kiyla akan hormati makcik kalau makcik sudi carikan Kiyla calon suami"sambungnya.
air mata yang hampir menitis pantas disekanya.
datin rose memeluk bahu gadis yang menyenangkan hatinya itu.bahunya menjadi tempat Kiyla menyandarkan kepalanya.
"Assalammualaikum"
"waalaikumsalam"jawab Kiyla dan datin rose serentak.
dato Tajjuddin melangkah ke arah isteri dan anak saudaranya.
"kenapa ni?pakcik balik terus kena tonton drama air mata"kata dato tajjuddin.
Kiyla dan datin rose ketawa perlahan.
"takde lah bang...sebenarnya saya nak bagitahu Kiyla bakal suami yang kita carikan untuk dia"kata datin rose.
dato tajjuddin tersenyum penuh makna.
Kiyla hanya menanti
"siapa makcik?"soal Kiyla
kedua-duanya memandang tepat pada Kiyla yang sedia menanti.
"macam mana kalau makcik dan pakcik satukan Kiyla dengan Fiq?"soal datin rose
terkejut Kiyla dibuatnya.macam tak percaya yang dia dicalonkan menjadi isteri pada Taufiq,memang dalam diam dia juga menaruh hati pada sepupunya itu tetapi tidak sampai akalnya mahu berkahwin dengan Taufiq,baginya andai ada jodoh adalah,kalau tak ada jodoh pun,dia tetap Kiyla juga,tetapi selama ini akalnya berat mengatakan yang dia tidak mungkin akan bersama-sama Taufiq sebagai suami dan isteri.
"macam mana Kiyla?"soal dato tajjuddin.
Kiyla tersedar.dia tersenyum malu.wajahnya ditunduk ke lantai.
"Kiyla tak kisah makcik,pakcik tapi...kalau Fiq tak setuju makcik jangan paksa dia ye?Kiyla tak nak hubungan rapat antara kami selama ni retak"kata Kiyla malu-malu.
"InsyaAllah Fiq akan setuju"kata datin rose.
tangan Kiyla digenggamnya.
"nampaknya tahun ni pakcik dan makcik dapat dua menantu sekaliguslah"kata dato tajjuddin.
Kiyla tersenyum malu....

Kiyla kembali pada dunia realiti semula.
patung bearnya dipeluk erat.
"terima kasih Ya Allah.aku betul-betul bersyukur,tapi andai kata Fiq tidak setuju, aku terima takdir yang aku dan dia tiada jodoh untuk bersama,tetapi andai dia jodoh ku,kau permudahkan..aminn"doa Kiyla dalam hati.

Taufiq melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah sugul.
sejak pertemuannya dengan Ara pagi tadi hatinya benar-benar tidak senang untuk melakukan sebarang kerja di pejabat.
Taufiq melihat datin rose menuruni tangga dari atas.
"assalammualaikum mama"sapa Taufiq
datin rose tersenyum menyambut anaknya.
"waalaikumsalam,kenapa muka macam ni?tu lah....kan mama dah cakap Fiq tu penat lagi....cuba rehat dulu baru masuk office..."kata datin rose.
Taufiq tersenyum sedikit.
"takde apa lah ma...Fiq naik dulu"kata Taufiq kakinya terus melangkah ke arah tangga.
"abang tak balik lagi?"soal datin rose
"tak..kejap lagi kot"kata Taufiq tanpa memandang mamanya.
"jumpa Ara lah tu...dia kalau sehari tak jumpa memang tak sah,mama dah pesan masa bertunang jangan jumpa sangat"bebel datin rose.
Taufiq tersenyum paksa.
dia mempercepatkan langkahnya ke bilik.
setelah pintu ditutup dia membuka butang baju satu persatu baju pagoda putih tersarung dibadannya dibiarkan.
badannya yang kepenatan direbahkan ke atas katil.
matanya dipejam.
tiba-tiba telefon didalam poket seluarnya berbunyi.
dengan mata terpejam tanggannya mencapai telefon lalu dilekap ke telinga.
"ye Kiyla..."soal Taufiq
"oh...ye ke..sorry Fiq tak tahu pulak Kiyla nak datang hari ni"kata Taufiq rasa bersalahnya.
"okay...dont worry,Fiq ingat so malam ni dekat mana?"soal Taufiq
"okay...Fiq jemput Kiyla"kata Taufiq lagi.
telefon dimatikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience