bab 93

Romance Completed 13382

lima tahun kemudian......

Di tepi sebuah pusara.Ara dan Taufiq menutup buku yassin usai membacanya.
kemudian mereka menyiram kubur ketiga-tiga ahli keluarga yang sudah lama meninggalkan dunia serta meninggalkan keluarga yang sentiasa merindui mereka.
Ara bangun berdiri bersama Taufiq.
Ara yang berjubah hitam serta berselendang hitam kelihatan agak kepenatan dengan cuaca yang panas terik.
Taufiq mengusap bahu Ara dengan rasa sebak mencengkam dada.
"kita balik ye..lain kali kita datang lagi"kata Taufiq.
Ara angguk kepala.
mereka beriringan melangkah meninggalkan pusara yang bersih dijaga rapi itu.
Ara beriringan dengan Taufiq menuju ke kereta honda milik Taufiq.pintu kereta depan dibuka Taufiq untuk memudahkan Ara masuk.
Taufiq melangkah menuju ke tempat pemandu.
kereta mulai bergerak meninggalkan tanah perkuburan islam.
suasana sunyi seketika di dalam kereta.
"abang...."panggil Ara.
Taufiq tersenyum lalu menoleh ke sebelah seketika sebelum kembali menumpu perhatian pada jalan raya.
"ye sayang...."
"rindu dengan mereka kan?"soal Ara.
"mestilah rindu...tapi Allah lebih sayangkan mereka"kata Taufiq
"walau beribu tahun pun berlalu,kita tak akan lupakan mereka kan abang?"
Taufiq tersenyum terus mengangguk.
"buat apa sayang menangis...tak baik untuk ibu mengandung"kata Taufiq
Ara tergelak perlahan.
"ini bukan menangis...ini sedih"kata Ara
"tak sama erk?"
"mana ada...ejaan pun lain"kata Ara.
mereka ketawa bersama.
"pandai putar belit apa yang abang kata kan..?"soal Taufiq
Ara tersenyum lebar.
"lepas ni kita bawa anak-anak ke pantai?"soal Taufiq
teruja sekejap Ara.
"ye ke...?"
"betul....dah lama tak bawak mereka jalan-jalan tepi pantai"kata Taufiq
"abang...."panggil Ara panjang.
"ni kalau panjang panggilannya mesti nak apa-apa lah ni..."kata Taufiq.
Ara tergelak perlahan.perutnya diusap lagi.
"alah...nak minta sikit pun tak boleh ke?"soal Ara
"boleh sayang....mintalah apa-apa pun sebab......
"sebab...i'am your's"potong Ara tanpa sempat Taufiq berkata-kata.
mereka gelak lagi.
"cepatlah...nak minta apa?"soal Taufiq
"kita pergi bercuti nak tak?...ke...disneyland?"soal Ara lambat-lambat.
Taufiq tergelak perlahan.
"sekarang baru abang tahu"kata Taufiq.
Ara kerut kening.
"tahu apa?"soal Ara
"tahu yang isteri abang ni sebenarnya tak suka shopping tapi suka..melancong"kata Taufiq
Ara tergelak.
"tahu takpe..."kata Ara
"dua bulan lepas kan kita dah pergi?"soal Taufiq
"itu ke bali,kali ni...kita pergi tempat budak-budak suka pulak"kata Ara.
"alahai...lama-lama macam ni,botaklah kepala abang..."kata Taufiq.
Ara ketawa bersungguh-sungguh.
"apa botaknya...masih lebat lagi rambut tu"kata Ara
Taufiq tersenyum.
"okay...nanti abang akan cari waktu yang sesuai"kata Taufiq.
Ara tersenyum.lengan Taufiq dipeluknya.
"thanks abang...."kata Ara
"jangan goda abang tengah-tengah jalan macam ni...bahaya"kata Taufiq.
Ara tergelak lagi.
"suka buat Ara gelak banyak-banyak kan?sakit perut tau tak?"marah Ara dengan manja.
"alololo...siannya anak papa"kata Taufiq sambil mengusap perut Ara.
Ara pula tergelak mengekek.

Ara duduk bersimpuh di atas hamparan tikar yang sederhana besar yang dibawa mereka untuk ke situ.cuaca yang agak redup menyegarkan para pengunjung ke pantai yang bersih dan luas ini.ramai juga pengunjung petang itu,bermula pelancong luar negara sehinggalah pengunjung rakyat Malaysia sendiri.sememangnya pantai adalah tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran.
"Taj...!! Nia..!!"laung Ara agak kuat ke arah dua orang kanak-kanak yang seronok bermain dengan papa mereka.
mereka berlari mendapatkannya.
"ada apa mama?"soal Tajdi yang kini sudah besar.wajahnya jelas tampak kedewasaan dan bertanggungjawab.kini si kecil comel sudah menginjak ke darjah tiga.
"duduk makan dulu ye?"kata Ara.
"mama masak apa?"soal si kecil yang bernama Nurul Tania Danisya.yang berumur dua tahun.anak kedua mereka.adik kepada si kecil comel!!
"mama masak special untuk adik dan abang"kata Ara sambil menghidangkan masakannya ke dalam pinggan.
"wahh...lazagnia!!!"jerit keduanya.
Ara tersenyum.
kedua-dua anaknya duduk dengan tertib.lalu mencapai pinggan masing-masing.
Taufiq datang lalu duduk berhadapan dengan Ara.
"abang nak makan sekarang ke?"soal Ara
"kejap lagilah...abang tak lapar lagi"kata Taufiq.
Ara mengangguk.
"berselera betul mereka makan"kata Ara
"macamlah sayang tak tahu..itukan makanan kegemaran mereka"kata Taufiq
"baguslah kalau makanan kesukaan keduanya sama,kalau tak jenuh Ara"kata Ara dengan ketawa perlahan.
Taufiq tersenyum.dia melunjur kaki menghala ke arah pantai.
"mama...kami pergi main dulu ye?"kata Tajdi.belum sempat Ara melarang mereka sudah berlari bersama Tania menuju ke arah istana pasir yang mereka bina.
Taufiq tergelak perlahan melihat perangai anak-anaknya.
"gelojoh betul"katanya
"sama dengan papa diaorang"kata Ara
"eh..mana ada"kata Taufiq
"encik Taufiq, i know you lebih dari dua puluh tahun okay?"kata Ara dengan wajah selamba.
"amboii..sampai zaman tadika dia ungkit erk?"soal Taufiq
"mestilah...."kata Ara sambil menjeling manja.
Taufiq tergelak.
Ara kemudian tersenyum.dia mendekatkan dirinya kepada Taufiq.bahu Taufiq menjadi sasaran kepalanya dilentukkan.
"tak baik orang tengok..."kataTaufiq
Ara pelik.
"kenapa?"soal Ara
"nak cium.tunggu malam ni okay?"kata Taufiq
terus Ara menampar bahu Taufiq yang sedang ketawakannya.
"apalah...fikir ke lain selalu kan?"marah Ara.
Taufiq masih lagi tergelak.
Ara kembali ke posisinya tadi.
"abang..."panggil Ara setelah tawa Taufiq kian reda.
"apa?"
"cepatkan masa berlalu?rasa macam semalam Ara baru kenal dengan abang..."kata Ara.
Taufiq tersenyum.bahu Ara dipeluknya.
"masa bukan saja cepat berlalu,tapi dalam pada masa yang sama dia mengajar kita"kata Taufiq
Ara angguk perlahan.
perutnya diusap oleh tangan Taufiq.
"ini adalah cinta ketiga kita"kata Taufiq
Ara tersenyum.
"terima kasih sebab tak pernah jemu dengan Ara"kata Ara
"sayang pun...terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup abang"kata Taufiq
"kita sama-sama melengkapi"
"kita sama-sama sampai bila-bila,abang janji pada sayang dan anak-anak kita"kata Taufiq.
Ara tersenyum.dia menyandarkan kepalanya pada dada Taufiq.matanya merenung langit yang membiru.
"Alhamdulillah"ucap hatinya.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri.macam tu juga kisah Ara,dia merasa kepahitan kehidupan apabila ditinggalkan seseorang yang hampir-hampir bergelar suami.kemudian dia mencari dirinya semula.setelah itu Allah menemukannya dengan seseorang yang tak tersangka-sangka.kini kehidupannya lebih bahagia.
mak dan ayah di kampung juga turut merasa tempiasnya.setiap hujung minggu pasti akan menyediakan lauk-pauk yang paling sedap.maklumlah cucu-cucu kesayangan mereka akan pulang.kata mak dan ayah,tiada apa yang lebih membahagiakan selain dari melihat keluarganya bahagia.
Mama dan papa pula seperti biasa.setiap hari kalau boleh mahu mereka datang ke rumah.dan setiap hari juga akan telefon dan bercakap dengan cucu-cucu mereka.
Dan yang paling tak disangka-sangka.akhirnya setelah dekat empat tahun Zaiton dan Ilham menjalinkan percintaan,mereka membuat keputusan untuk bernikah pada tahun hadapan.memang betul-betul kuat dan utuh cinta mereka.
Fifi si pereka fesyen pula sedang melakukan persiapan nak berbulan madu ke New York bersama Hero.diaorang kahwin setahun selepas Ara dan dan Taufiq berkahwin.entah bulan madu kali ke berapa Ara tak pasti.
dan si Ustaz,masih lagi single and available.Taufiq dan Hero selalu mentertawakannya setiap kali mereka bertemu.ini kerana si ustaz tak berani nak luahkan perasaan dekat siti alawiyah.si gadis yang menjadi pujaannya waktu di Australia dulu.bermacam-macam cara dan langkah telah diajar Taufiq dan Hero untuk Amri.tapi...langsung tak menjadi.ermm..harap-harap jalan untuk mereka dipermudahkan.


(TAMAT)

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA PEMBACA YANG SUDI BACA NOVEL YANG TAK SEBERAPA DARI TIRA.MAAF KALAU ENDING DIA TAK SEHEBAT MANA.HEHEHEH....AFTER NINETY THREE CHAPTER I'VE NOT A LOT IDEA TO CREATE FOR ENDING.SORRY....TAPI YG PENTING TIRA SAYANG KORANG YANG BACA NOVEL TIRA NI.TERIMALAH LOVE BERIBU-RIBU LEMON DARI TIRA.HEHEHEH.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience