bab 25

Romance Completed 13382

"assalammualaikum"laung Ara diluar pintu rumahnya.Zaiton disebelah hanya menunggu.
pintu terbuka muncul wajah mak embon
"waalaikumsalam"jawabnya gembira.
"mak!!"jerit Ara kuat.Zaiton yang mendengar hampir tersungkur kerana terkejut.
Ara berpelukan dengan emaknya.
"mak..rindu"kata Ara melepaskan pelukan.
"ye..mak pun rindu"jawab mak embon.hampir menitis air matanya kerana menahan rindu kepada anaknya selama dua bulan.
"mak embon sihat?"soal Zaiton mencium tangan mak embon.
"Alhamdulillah..naiklah minum dulu,penat-penat balik dari jauh"kata Mak embon.
"tak payah lah mak embon..Ton nak balik cepat,nak jerit dekat mak macam Ara buat tadi"kata Zaiton.
"kau perli aku ke?"soal Ara geram tapi senyuman dibibir melebar panjang.
"apa salahnya"jawab Zaiton dengan ketawa.
Ara menjelingnya.lagi kuat ketawa Zaiton dibuatnya.
"apa korang ni...gaduh apa lah"kata mak embon.
"takde apa mak embon...Ton minta diri dulu"kata Zaiton.pantas berpelukan dengan Ara lalu masuk ke keretanya.
mereka melambai Zaiton yang semakin hilang.
"mak...ayah mana?"soal Ara.
dia membawa beg ke atas diikuti emaknya.
"mana lagi...kebunlah"
"tak balik lagi?"
"belum"
"lewatnya"rungut Ara
"kenapa?Ara nak cakap sesuatu ke?"
"tak..saja je,nak makan sekali"
"tak payah tunggu ayah,ayah cakap dia balik lewat nak singgah rumah ketua kampung,jom kita makan dulu"
Ara mengikut langkah emaknya ke dapur.
"sedapnya mak...."Ara teruja melihat pelbagai masakan kampung yang terhidang dia atas meja.
ada masak lemak cili api ayam,ikan tiga rasa,cili kisar,ulam,tomyam thai kegemarannya dan banyak lagi.
"mak saja masak banyak-banyak tahu sangat Ara dekat sana bukannya ada semua ni"kata Mak embon mencedok nasik ke pinggan Ara dan dirinya.
"ada tu ada mak...tapi tak sesedap air tangan mak..."
Ara mencedok kuah tomyam.
baru sahaja nasi dimasukkan ke mulut.
suara ayahnya menyapa dari pintu dapur.
"Ara..bila sampai?"soal pak mad.
"baru je ayah.."Ara bangun sambil menyalami tangan pak mad.
"amboii...makan tak tunggu ayah ye?"
Ara tersengih
"laparlah ayah...jom la kita makan sekali"kata Ara lantas menarik tangan pak mad ke meja makan.
mak embon menyenduk satu lagi pinggan nasi untuk suaminya.

Tajdi memicit kulit kepalanya.computer yang terpasang hanya terbuka tak disentuhnya.
dia melepas lelah dengan bersandar pada kerusi empuk itu.
"kenapa dengan kau ni Taj?takkan Ara takde sehari huru hara hidup kau?kau jugak yang bagi dia cuti kan?"rungut dirinya.
dia merenung keluar cermin kaca memandang ke arah bandar Kuala Lumpur.
"kenapa ni?macam nak demam je...takkan baru tak jumpa dua hari dah demam,adoihh..ni baru cuti,kalau dibuatnya Ara berhenti dari company ni macam mana dengan aku?"rintih hati Tajdi.
dia menarik nafas.lalu mencapai handfhone di sebelah.dan mendail nombor seseorang.
setelah menunggu agak lama suara ditalian bersahut.
"ye abang?"ada apa call Fiq?"soal Taufiq di talian.
"err...ab..abang..err..."
Taufiq tergelak mendengar gagap abangnya.
Tajdi mengetuk kepalanya di meja.
"kenapa ni bang?"
"abang dah tak boleh tunggu,abang betul-betul dah sayangkan dia"luah Tajdi.
meletus tawa Taufiq disana.
"abang tak bagitahu lagi?"
Tajdi geleng.macamlah adiknya nampak.
"bagitahu ke tak?"soal Fiq lagi.
"tak...."
"patutlah...abang..Fiq kenal abang tau...,abang seorang yang tak tahu nak ucapkan cinta,Fiq tak mengata..tapi betul kan?"
Tajdi angguk
"so...abang kenalah beranikan diri sikit,baru cinta abang tu berbalas...cubalah buang rasa malu tu kejap"pesan Taufiq.
"susah dik..."keluh Tajdi
"tak susah kalau abang mencuba....abang bina syarikat tu dengan papa boleh pulak,takkan pasal nak bina masa depan tak boleh...ermm?"
Tajdi garu kulit kepala.
"Boleh...Fiq ajar abang?"
Taufiq tergelak lagi.
"boleh sangat...abang nak cara apa?cara drama korea?drama hindustan?ke..drama melayu? tapi sekarang ni orang perempuan suka mamat korea dari yang lain...so pilih je"
"ahh...mana-mana lah,tapi pastikan tak menjatuhkan air muka abang tau"kata Tajdi.
"erm...."Taufiq mengurut dagu.
"cepatlah Fiq..."
"relaks brother..brother relaks.."nyanyi Fiq.
Tajdi semakin geram dibuatnya.
"macam ni..."
Tajdi mendengar dengan teliti segala apa yang diajar oleh adiknya.
dia terangguk-angguk faham.
kadang-kadang belakang lehernya diusap.
dia mematikan talian.
senyuman manis menghiasi bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience