Ara melangkah ke bilik pejabat selepas keluar bersarapan bersama Zaiton.memang mereka selalu keluar bersama pada waktu pagi,memandangkan waktu lunch masa mereka agak terhad untuk berjumpa,
"Alhamdulillah..best betul nasi lemak kedai depan tu"katanya sendiri.
perutnya yang kekenyangan diusap.
dia memulakan tugas hariannya di pejabat itu.
matanya melirik ke bilik si inchi bos..tapi tiada makhluk yang bernama Tajdi berada disitu.
Ara musykil,
"lewat pulak bos masuk harini...selalunya dah tersengih-sengih depan aku"kata hatinya.
"alahh...suka hati dialah nak masuk lambat ke,awal ke...office dia Ara oii."kata hatinya lagi.
Mak embon mengurut dadanya yang sesak.
dia diserang sesak nafas lagi,sudah memang penyakitnya dari kecil lagi.
kalau dulu Ara ada, anaknya itulah yang mengurut badannya.
tapi sekarang anaknya sudah jauh,terbit rasa rindu dihatinya.
Pak mad muncul dengan satu mug air akar kayu yang berkhasiat,yang diturun temurun oleh keluarganya.
memang bagus untuk orang yang mengalami penyakit penat.
"awak minum ni...bagi surut sikit"kata Pak mad.
Mak embon mencapai mug itu lalu diteguknya.
wajahnya jelas menunjukkan betapa pahitnya air itu.
mug diletak tepi.
Pak mad memicit-micit kepala isterinya dengan lembut.
"bang...boleh tak kalau saya nak telefon Ara suruh dia.balik?"
"boleh ke dia balik pulak...hari tu baru dia balik sini,apa kata bos dia pulak nanti"kata Pak mad.
"tapi...saya dah rindu dengan dia bang"
"kalau ikutkan memanglah anak kita sorang tu je...siapalah yang tak ingat,tapi dia kan dah ada kerjaya"
"bolehlah bang...saya rasa kalau Ara ada mesti saya jadi kuat sikit"
"suka hati awak lah..tapi kalau dia tak boleh balik,jangan dipaksa pulak"
mak embom tersenyum senang.
"saya pasti Ara memang boleh balik"kata mak embon.
pak mad mencapai telefon rumah disisinya.
ditekan-tekan nombor yang ada.
Ara menjawab panggilan setelah berbunyi nyaring mengganggu kerjanya.
"assalammualaikum"
"waalaikumsalam ayah"suara Ara ceria menjawab.
"Ara sihat?ada mana ni?"soal pak mad.
"sihat ayah...Ara ada dekat office ni,mak dan ayah sihat?"soal Ara.
"ayah sihat...mak Ara ni ha...penat dia datang balik"kata pak mad.
risau hati Ara.
"teruk sangat ke ayah?"
"teruk tu tak sangat...cuma mak teringatkan Ara"kata pak mad.
mak embon disisinya tersenyum.
"ye ke...Ara pun rindu jugak nak balik kampung"kata Ara.
"boleh balik ke tidak?"soal pak mad.
"insyaAllah boleh kot ayah...tapi Ara nak tanya bos dululah"
"ayah dah cakap dekat mak Ara,Ara ni sibuk tapi dia kata rindulah,teringatlah,nak bermanja lah.."kata pak mad.
mak embon yang setia mendengar menjeling manja suaminya.
Ara ditalian tergelak mendengar aduan ayahnya.
"ye...Ara tahu,nanti Ara tanya bos dulu...kalau boleh Ara baliklah"kata Ara.
"ye lah...assalammualaikum"
"waaikumsalam"
talian dimatikan.
Ara tersenyum sendiri mengenangkan emak dan ayahnya.
jam di dinding pejabat itu dikerling.
"cepatnya masa berlalu...dah pukul sebelas setengah pagi"kata hatinya.
dia berjalan ke arah lif.
Ara menapak kebilik Zaiton dengan berhati-hati,mana tahu kawannya itu ada klien atau ada sebarang perbincangan hal-hal kerja.maklumlah...kerja mereka bukannya sama,cuma bos sahaja.yang sama.
Ara tersenyum lega bila melihat rakannya itu hanya bersandar tenang.
pintu diketuk.
Zaiton panggung kepala.
"amboii...bukan main relaks kau erk"kata Ara.
"alah...kerja aku dah beres lah.."jawab Zaiton tersengih.
Ara menapak masuk.dia duduk bertentang dengan Zaiton.
"kau ada hal ke...tak pernah-pernah datang kat tempat aku?"soal Zaiton.
dia memandang wajah serius Ara.
"aku nak balik kampung lah Ton..."kata Ara
"bukan hari tu kita baru balik ja ke?"soal Zaiton hairan.
"tulah....tapi mak aku tu,penat dia serang balik"
"lahh...ye ke,kalau macam tu kau memang patut baliklah...kesian pulak mak embon nanti"kata Zaiton.
"kau balik tak?"
"sorry Ara..aku kebetulan ada klien..bila kau nak balik?"soal Zaiton.
"esok lah..kalau boleh"
"ermm...kan aku dah kata,memang aku ada klien pun,"
"aku naik bas je lah..."
"kau sure ke?kalau tak pun...tunggu dua hari lagi,baru aku free,kita balik sama-sama,sekarang ni aku nak selesaikan projek yang bos bagi dulu"kata Zaiton.
"kalau tunggu dua tiga hari lagi,mak aku pun dah sembuh"
Zaiton tergelak kecil.
"aku biasa naik bas...takde hal lah.cuma...."
"cuma apa?"soal Zaiton
"cuma...aku takde idea macam mana nak cakap dekat bos"
"kau cakap je lah...mak kau sakit"
"susah lah...haritu kita nak minta cuti pun susah"
"belum cuba,belum tahu"
"sekarang aku belum cuba lagi,aku dah dapat bayangkan apa jawapan dia nanti"kata Ara.
"sekarang bos mana?"soal Zaiton
"ntah...dari pagi tak masuk office mana aku tahu dia pergi mana"jawab
tiba-tiba telefonnya berdering.
dengan pantas dia menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan handfhone.
Zaiton angkat kening bertanya siapa
"panjang umur bos kau"kata Ara.
pantas dia menjawab
"ye bos.."
"okay bos"
"baik...sekarang ke?"soal Ara
"okay"
pantas Ara menutup talian.
"bos nak apa?"
"dia nak jumpa aku...nak ajak aku pergi teman dia jumpa seseorang"kata Ara.
"sekejap ke lama?"soal Zaiton.
"entah..."jawab Ara
"pergi cepat...apa-apa hal.cakap dekat aku"kata Zaiton.
Ara angguk terus keluar dari bilik itu.
Ara melangkah laju ke arah kereta Tajdi.
tapi hatinya hairan apabila melihat seorang wanita berblaus tanpa lengan berdiri di sisi inchi bos.
"cantik,tinggi,putih,mana bos aku ambik ni....siapa perempuan ni? jangan-jangan dia ni lah yang bos ajak aku jumpa kot..tapi dah elok-elok jumpa buat apa nak jumpa aku lagi?"soal Ara geram.
wajahnya dimaniskan
"assalammualaikum bos"sapanya.
Tajdi tersenyum senang.
"waalaikumsalam Ara..ermm..perkenalkan katerine kawan saya,and..you this is Ara my PA"kata Tajdi.
Ara menyambut huluran tangan itu dengan senyuman manis.
"bos..nak jumpa saya untuk apa?"
dia memandang Tajdi
"saya nak awak temankan kami pergi shopping"kata Tajdi.
berkerut dahi Ara.
shopping?dah buang tabiat ke bos aku nih...tak pernah-pernah ajak aku teman,suruh je lah minah salleh ni temankan
"shopping?"soal Ara
Tajdi angguk
"maaf bos...saya ada banyak kerja,bos boleh ajak miss katerine ni"kata Ara.
"come on...please come with us"ajak katerine.
Ara teragak-agak.
Tajdi tersenyum puas dalam hati,nampaknya Ara dah mula nak marah!
"i'am so sorry katerine, you can go with my boss.. just you two,no number three"kata Ara.
Tajdi gelak perlahan.
"saya ni bos awak...jom ikut"kata Tajdi.
mereka berdua masuk ke dalam kereta.
Ara geram.belum sempat dia berkata apa-apa lagi.
tiada jalan lain.akhirnya dia mengambil tempat duduk penumpang di belakang.
Ara menenyeh matanya yang memang tidak dimasuki habuk,tapi dimasuki oleh adegan-adegan romantik pasangan didepannya.
"dalam kereta pun nak menggatal lagi ke? tunggu lah bila berdua-dua,ini sekali dengan aku dikaitnya.tak pasal-pasal boleh tonton free show"kata hati Ara.
matanya mendidih melihat katerine melentok kepalanya ke bahu Tajdi.
mereka bergelak sakan,bersembang macam sembang dalam kelambu,perlahan sangat...nyamuk pun tak boleh nak faham!!
"hello...aku ni manusia jugak..buat apa korang ajak aku kalau nak sembang berdua je"akalnya geram.
dia melempar pandangan ke luar cermin kereta.
'takkan kau cemburu Ara?kau cemburu ke?kau cemburu tengok perempuan lain berkepit dengan bos kau?'
satu suara masuk ke benaknya.
kenapa dengan aku nih?bernanah mata ni tengok drama sebabak depan mata.
memang dia terpesona melihat penampilan bosnya itu.dengan Tshirt pagoda berwarna hitam,serta jeans berwarna putih,ditambah pulak rambutnya disikat berombak ketepi menambah perisa ketampanannya.
"ish....apa kau cakap ni Ara..kau tak berhak la dengan dia,tu lah...siapa suruh tolak lagi? tapi aku mana layak untuk dia"kata Ara dalam hati.
"huhh.."keluhan keluar dari mulutnya.
"ye Ara?"soal Tajdi.
"hah...kkenapa bos?"soal Ara ketar.
tak sangka keluhannya menjadi realiti.
"awak nak cakap sesuatu ke?"soal Tajdi.
dia memandang Ara dari cermin pandang belakang.
Ara tersenyum lalu menggeleng.
Tajdi tersenyum senang hati.
"thanks Fiq...memang dia cemburu"kata Hati Tajdi.
dia dapat melihat wajah Ara yang merah seperti menahan marah.
Share this novel