Ara berjalan di satu jalan yang sunyi dan kosong.yang ada hanya lampu yang menerangi sebaris jalannya menuju ke hadapan.tanpa pokok-pokok yang menjalar di tepi jalan.
Ara melihat bajunya yang berwarna putih.
dia tersenyum gembira.
tiba-tiba matanya melihat Tajdi melangkah ke arahnya dengan senyuman dan wajah yang tenang.
"abang"panggil Ara.
dia menggengam tangan Tajdi.
"sejuknya tangan abang"kata Ara
"sayang buat apa kat sini?"soal Tajdi
"sayang pun tak tahu,abang pun pakai baju putih juga?"soal Ara
"ye...kita kan akan bernikah"kata Tajdi
"bestnya...tak sabar nak bernikah kan abang"kata Ara dengan senyuman.
Tajdi angguk.
tiba-tiba baju Tajdi dikotori dengan titisan yang berwarna merah. dari sedikit menjadi semakin banyak sampai hampir menghilangkan warna putih di baju itu.
"abang kenapa dengan baju abang?"soal Ara cemas.
"tak tahu sayang"kata Tajdi juga kalut
"abang...."panggil Ara bila badan Tajdi semakin jauh darinya
"abang!!!"jerit Ara serta merta badannya terduduk dari tidurnya.
peluh menyimbah wajahnya yang pucat.
"Astagfirullahalazim...aku mimpi rupanya"kata Ara beristigfar.
Ara menolak selimutnya lalu memandang ke arah jam di sisi katil yang menunjukkan pukul lima pagi.
Ara bangun dari tidur lalu mencapai tuala yang tersangkut.lalu dia berjalan ke bilik mandi.
pintu dikunci.dia pandang wajahnya di cermin.
"Ya Allah,mimpi apa aku tadi?"soal hatinya.
suasana di masjid besar yang menjadi pilihan datin rose untuk menjadi tempat pernikahan anak-anaknya sungguh meriah kerana dihadiri oleh saudara-mara dari kedua-dua pengantin.
Ara tersenyum pada Kiyla yang kebetulan berdiri dihadapannya begitu juga Kiyla yang membalas senyuman itu.
mereka tiba di lokasi itu bersama dengan kereta yang dipandu oleh dato Tajjuddin dan datin rose.
Taufiq dan Tajdi pula akan datang dengan kenderaan masing-masing.
"cantik betul kau harini"kata Zaiton.
"sesiapa yang makeup mesti cantik"kata Ara.
Zaiton tersengih.
Ara dapat lihat ayahnya yang sedang berborak dengan paklong dan pak ngahnya dari kampung tergesa-gesa berlari ke arahnya
"ada apa ayah?"soal Ara
"ni...Taj telefon Ara"kata pak mad sambil menghulur telefon dari tangannya.
cepat-cepat Ara mengambil lalu ditekap ke telinganya yang dilitupi selendang berwarna putih.
"ye abang..."jawab Ara
"abang kena pergi pejabat kejap lah sayang"kata Tajdi sambil membawa keretanya.
"kenapa pulak? abang tahu tak semua dah sampai"soal Ara
"sorry sayang...betul-betul urgent ni,abang akan cuba cepat"kata Tajdi
"okaylah...tapi hati-hati tau.."kata Ara
"baik sayang...abang dah nak sampai office ni,nanti abang call semula"kata Tajdi
"okay..."kata Ara
talian dimatikan
"apasal?"soal Zaiton
"Taj kena masuk office kejap..ada hal sikit"kata Ara
"lah...hari penting macam nilah...nak ada halnya pun"rungut Zaiton.
Ara hanya diam.
hatinya kini sudah bergetar sakan.mimpinya semalam masih bermain di minda,tetapi dia berdoa pada Allah supaya mempermudahkan segalanya hari ini.
"kau nampak macam menggigil je?"soal Zaiton
"entah...dari tadi lagi,hati aku macam tak sedap lah Ton"kata Ara
"dah..tak payah fikir benda bukan-bukan,tu diaorang dah panggil kita masuk...jom"kata Zaiton.
Ara angguk kepala.
Zaiton membantu Ara melangkah dengan kasut yang bertumit tinggi itu.
suasan di dalam masjid begitu tenang sekali,tetapi tidak setenang hati Ara.
"abang....mana abang ni?"soal hatinya.
sudah berkali mereka semua menanyakan Tajdi yang masih tidak muncul-muncul.
Dato Tajjudddin melihat jam ditangannya.
semua sedang menunggu.
imam masjid yang berserban putih dan jubah bangun menghampiri dato Tajjuddin.
mereka berbincang sesuatu.
Ara melempar pandang pada Taufiq yang sudah duduk di tempat sepatutnya.
Dato Tajjuddin menghampiri Ara
"mana Taj abang? tu lah rose dah suruh dia datang dengan kita dia tak nak"kata Datin rose risau.
"Taj ke pejabat,ada hal"kata Dato Tajjuddin
Datin rose hanya mengeluh
"Ara...papa jalankan pernikahan Taufiq dan Kiyla dulu boleh? sebab imam dah bising,katanya lepas ni dia ada lagi satu majlis pernikahan di tempat lain,sementara tu kita tunggu Taj sampai"kata Dato Tajjuddin.
Ara angguk kepalanya.
Ara mengeluh.handfhone.ditangan dilihat.
sudah berkali dia cuba menghubungi Tajdi tetapi langsung tiada jawapan.
hatinya kini betul-betul risau.
Ara melihat Taufiq berjabat tangan dengan jurunikah.
suara akad yang dilafaz oleh Taufiq bergema satu masjid yang luas itu.
semua orang tersenyum bahagia kerana Taufiq selamat diijab kabulkan dengan Kiyla.doa dibaca usai semuanya selesai.
tiba-tiba bunyi pintu masjid dibuka kasar.
semua mata tertumpu pada seorang lelaki berbaju melayu termengah-mengah melepaskan lelah.
"kenapa?"soal pak imam
"encik Tajdi kemalangan,sekarang dia ada di hospital"katanya.
Ara sepantas itu bangun berdiri.semuanya terkejut dengan berita yang disampaikan.
Ara tidak dapat menahan air matanya lagi.ia gugur selajunya.
Ara pantas berlari keluar dari masjid itu.
"Ara!!!"panggil mereka yang lain.
Taufiq pantas berlari mengejar langkah Ara.
namun tidak.sempat berbuat apa-apa kerana Ara sudah berlalu dengan kereta myvi milik Zaiton keluar dari perkarangan masjid itu.
dengan tangisan yang melanda datin rose dan dato Tajjuddin serta pak mad dan mak embon masuk ke dalam kereta masing-masing mengikut kereta yang dipandu Ara.
Ara berlari bersama gaun pernikahannya dengan air mata yang tidak mahu berhenti.
kakinya berlari menyusuri lorong-lorong di dalam hospital itu.
orang awam yang memerhatinya tidak dipedulikan lagi.
baginya biarlah apa terjadi asalkan kekasih hatinya dalam keadaan selamat.
dia mahu melihat sendiri keadaan Tajdi.
kakinya yang tidak dialas kasut melangkah semakin laju menghampiri seorang nurse yang sedang berjalan ke dihadapannya.
"nurse...nurse.."panggil Ara agak kuat.
jururawat tersebut berhenti melangkah.
"ye cik?"soal jururawat itu dengan wajah yang terkejut.mungkin pelik melihat Ara berbaju pengantin.
"mana bakal suami saya?"soal Ara dengan tangisan.
"sabar dulu cik...boleh cik cakap nama dia apa?"soal jururawat itu.
"Tajdi...Tajdi Tajjuddin"kata Ara
"ohh...cik tunggu dulu, encik Tajdi masih di dalam bilik pembedahan,cik tunggu dulu di sini ye"kata jururawat itu.
Ara geleng kepala
"saya nak tengok dia...tolonglah nurse"kata Ara merayu
"maaf cik,dokter sedang berusaha nak selamatkan encik Tajdi, cik tunggu sini,apa-apa saya akan panggil cik"kata jururrawat itu.
Ara akhirnya mengalah.dia duduk di bangku panjang itu.tubuhnya dipeluk erat.
"ya Allah,selamatkan bakal suamiku,jangan kau jauhkan dia dari ku,permudahkan dokter untuk merawatnya.kau berikan kesembuhan pada dia"doa hati Ara.
"Ara!!"panggil mak embon.
terus tubuh anaknya dipeluk.
sekali lagi air mata Ara merembes keluar.
datin rose juga memeluk bahu Ara untuk melepaskan kesedihan.
"mana Taj, Ara?"soal dato Tajjuddin
"dalam bilik pembedahan"jawab Ara dengan sedu sedannya.
Taufiq bersama Kiyla juga turut menghampiri mereka.
"macam mana dengan abang Taj papa?"soal Taufiq
"kita masih tak tahu berita lagi"kata Dato Tajjuddin dengan sedih.
Taufiq meraup wajahnya dengan kecewa sekali.Kiyla mengusap bahu suaminya
"sabar dulu bang...kita berdoa semoga abang Taj tak ada apa-apa"kata Kiyla.
beberapa jam menunggu akhirnya pintu bilik pembedahan dibuka.
muncul seorang dokter lelaki datang menghampiri mereka sekeluarga
"ini keluarga encik Tajdi Mikael?"soal dokter itu.
semuanya kini berkumpul didepan dokter itu.
Ara menggengam tangan mak embon dan datin rose.
"macam mana dengan anak saya dokter?"soal dato Tajjuddin
"keadaan anak dato agak kritikal"jelasnya pendek.
ayat yang ringkas itu betul-betul membuatkan nyawa Ara terasa melayang.
"saya harap dato dan keluarga banyak-banyak bersabar,kemalangan yang berlaku menyebabkan kedua buah pinggangnya rosak.hentakan di antara kereta dan lori yang melanggarnya menyebabkan kedua buah pinggangnya mengalami kerosakan teruk.kami tidak mampu buat apa-apa melainkan terpaksa menggantikannya dengan buah pinggang yang baru"jelas dokter itu panjang lebar.
Ara hampir pengsan apabila mendengar penjelasan itu.mujur kedua-dua tangannya diberikan sokongan oleh kedua wanita di sisinya.
"buah pinggang rosak dua-dua?"soal Taufiq
"sebenarnya,lori melanggar kereta encik Tajdi bawa batang-batang besi untuk tapak pembinaan.salah satu darinya tertusuk ke badan encik Tajdi dan betul-betul terkena buah pinggangnya"jawab dokter itu.
Ara terkedu.saat itu juga,fikirannya melayang entah ke mana.tiba-tiba menjadi gelap.dan dia tidak sedar apa-apa.
matanya dibuka perlahan.dia melihat sekeliling.
mak embon berdiri disisinya.
Ara melihat badannya yang masih berbaju pengantin.
"Ara..."panggil mak embon.
tangan emaknya dipegang
"mak....mana abang Taj? Ara nak jumpa dia"kata Ara dengan tangisan.
mak embon menyeka air matanya.
"sabar Ara...Taj ada di dalam wad,sayang jangan risau"kata mak embon.
sayang? panggilan itu yang dirinduinya.
Ara pantas bangun dari baringannya.
"Ara nak pergi mana nak?"soal mak embon
"Ara nak jumpa abang Taj..dia tengah tunggu Ara mak..."kata Ara pantas turun dari katil.
mak embon dengan tangisan yang ditahan mengejar anaknya.
Ara berjalan ke arah mereka yang lain.
"Ara..Ara tak apa-apa ke?"soal datin rose.
Ara geleng kepala.dia tercari-cari wad yang menempatkan Tajdi
"mama..tolong bawa Ara ke bilik abang"kata Ara
Datin rose menurut apabila melihat dato Tajjuddin mengangguk kepala.
Ara melangkah menghampiri satu bilik yang dikhaskan untuk Tajdi.
Ya Allah...tak sanggup Ara melihat Tajdi terbaring tidak berdaya dengan salur-salur tiub yang berselirat di badan,sementara kain putih membalut kepala,tangan,kaki hampir keseluruh tubuh.
mata Tajdi tertutup rapat.keadaan sungguh kritikal seperti yang dikhabarkan.
Ara terduduk.air matanya sekali lagi merembes keluar.seksanya dia melihat bakal suaminya begitu.
mak embon sudah mengesat air mata dengan tudungnga.
"abang...bangunlah bang...,abang janji nak berkahwin dengan Ara kan?"katanya perlahan.
Share this novel