Zaiton masih tidak ada tanda-tanda mahu berhenti dari gelak.
Ara jugak turut menekan perutnya yang senak,dah berapa kali mereka bercerita perkara yang sama.
"pecah perut aku macam ni weh"kata Zaiton menyeka air matanya yang meleleh kerana terlalu banyak gelak.
"tak sangka betul"kata Zaiton lagi.
Ara semakin reda ketawanya.
nafas ditarik bagi menghilangkan rasa geli perut itu.
dia melepas nafas.
kini hanya senyuman di bibirnya.
"dah-dah lah tu...apalah kau"kata Ara.
Zaiton juga meredakan gelaknya walaupun masih bersisa.
"makin luas mulut tu nanti,sebab gelak sangat"kata Ara
"amboii kau..."kata Zaiton.
Ara tersengih.
"eh..kau biar betul?"soal Zaiton.
"betul..aku sendiri nampak bos lari bengkang-bengkok depan aku,aku bukan nak kutuk dia,tapi rasa kelakar pulak,perut aku rasa macam orang cuit-cuit,geli"kata Ara
"tak sangka kan...?bos yang macho,bergaya...,tiba-tiba tukar jadi kucing parsi"kata Zaiton gelak lagi.
"dah lah gelak tu..."kata Ara.
"nasib kau lah kalau kau kahwin dengan dia nanti,takut lipas rupanya"kata Zaiton.
"hello..aku kahwin dengan dia,nanti aku pandai-pandailah buang lipas tu...aku berani okay"kata Ara.
"maknanya kau serius terima dia?"soal Zaiton.
Ara termalu sendiri.terlepas pulak!!
punya nak tunjuk kata diri tu berani tiba-tiba kena batang hidung sendiri.
"takde lah...aku cuma jawab apa yang kau cakap tu"kata Ara.
"aku dapat rasakan tau..malam pertama kau dengan dia nanti,kalau nampak je lipas comfirm kau dia tolak tepi,malam pertama kemana,dia kemana"kata Zaiton.
"ish..kau ni ke situ pulak"marah Ara.
"alah..aku gurau je."kata Zaiton.
Ara tersenyum.
"kau tahu tak,nak sebut perkataan 'lipas' tu pun tak boleh,kau tahu aku panggil lipas tu apa bila depan dia?"soal Ara.
Zaiton tertunggu-tunggu.
"aku panggil tutttt..."
menjadi lagi gelak si Zaiton ni.
Ara hanya gelak perlahan.
"macam-macam si bos ni"kata Zaiton.
"comel je bila difikirkan balik,bukan senang nak ada lelaki takutkan lipas ni"kata Ara.
"comel tu,maknanya sukalah tu..."kata Zaiton.menolak bahu Ara.
Ara tersenyum malu.
"sukalah tu.."
Zaiton mengusik lagi.
"ish..kau ni,aku naik tidur dulu,bye.."kata Ara.
Zaiton tersenyum melihat temannya hilang disebalik tangga itu.
"terima je lah Ara,inchi bos kita tu,terjamin masa depan and confirm dapat suami yang penyayang"kata Zaiton sendirian.
"Ya Allah..bukak kan lah,hati sahabatku untuk menerima lamaran itu,"doa Zaiton.
Tajdi mundar-mandir di ruangan balkoni biliknya.
hatinya betul-betul resah bila Ara masih teragak-agak mahu menerima dirinya.
dah lah dia sudah tertunjuk kelemahan dirinya pada gadis comel itu siang tadi.
kepalanya diketuk perlahan.
dia mencapai telefon di atas meja.
nombor Taufiq didailnya.
Taufiq yang tekun menghadap komputer di bilik officenya dengan pantas menjawab deringan itu.
"assalammualaikum Fiq"sapa Tajdi.
"eh..abang,waalaikumsalam"jawab Taufiq ceria suaranya menyambut salam.
dia bersandar pada kerusi empuk itu.
"Fiq sihat?"soal Tajdi.
"Alhamdulillah bang sihat je..takut terlebih sihat nanti,abang dengan mama,papa tak kenal Fiq pulak"kata Taufiq.
mereka sama-sama tergelak.
"dah lama abang tak call Fiq,tak ada next news pun...pasal your love?"soal Taufiq dengan senyuman.tidak sabar hatinya mahu mendengar apa jawapan si gadis yang dilamar abangnya.
"abang call pun fasal ni la..."
"ermm...dah agak dah"
Tajdi tersengih.
"gadis tu..setuju tak bang?"soal Taufiq.
"takk"jawab Tajdi kecewa.
"tak!!?apa dah buta ke gadis idaman abang tu?abang bukan main lengkap dia tak terima?memang tolak tuah"kata Taufiq tidak puas hati.
"dia bukan tolak terus,cuma...dia minta waktu"kata Tajdi.
"macam ni lah perempuan..,sikit-sikit i need a time,sikit-sikit boleh bagi I masa"ejek Taufiq geram.
Tajdi tergelak kecil.
"dia tak macam tu lah...dia cuma minta waktu untuk dia buat istiqarah"kata Tajdi.
Taufiq terangguk.
"abang call ni...nak tanya,apa cara kita nak tahu perempuan ni sukakan kita atau tak?"soal Tajdi.
Taufiq urut dagu.
"abang kena uji dia..."kata Taufiq.
"uji? ingat ujikaji sains ke apa?"soal Tajdi.
"bukan...maksud Fiq,abang bawak perempuan lain depan dia,kalau mata dia asyik melirik,menjeling-jeling dekat abang ke..ataupun mood dia berubah lepas lihat abang dengan perempuan lain.itulah maknanya dia juga sukakan abang"kata Taufiq.
Tajdi tersenyum.
"thanks dik...Fiq dah banyak tolong abang,esok abang nak try yang ni pulak"
"kalau jadi jangan lupa bagitahu"
"mestilah..."
masing-masing ketawa.
"Fiq tu ..duduk dekat sana hampir dua tahun,bila nak balik ni?"soal Tajdi.
"Fiq nak sesuaikan diri disini dulu bang...nanti bila abang tunang ke,Fiq balik"kata Taufiq.
Tajdi tergelak.
"kalau lambat macam mana?kesian mama dan papa,rindu dengan anak bongsu diorang"
"abang cakap dekat mama,papa..nanti Fiq baliklah,lagipun mama hari-hari call tanya Fiq"kata Taufiq.
"ermm...yelah,Fiq duduk sana jaga diri,yang penting iman kena kuat,takut tergoda dengan minah mata biru"kata Tajdi.
"abang ni tak habis-habis"kata Taufiq.
mereka gelak lagi.
"okaylah...sorry abang ganggu Fiq kerja,nanti bila free call"kata Tajdi
"okay bang...jangan lupa buat apa yang dirancangkan"
"don't worry,you know me right?"
Taufiq tergelak.
"tau sangat"
"kalau tahu tak apa"kata Tajdi.
"kirim salam dekat mama dan papa tau,assalammualaikum"
"waalaikumsalam"jawab Tajdi.
talian dimatikan.
dia mengukir senyuman,tidak sabar menanti apa reaksi Ara esok.
dia mendail satu nombor lagi.
panggilan masih lagi tidak disambung.
"hello,who's there?"soal suara lembut ditalian.
Tajdi mengukir senyum.
"katerine...its you?"soal Tajdi.
"oh..Taj,sorry i don't know this is your number,sorry again"kata suara disana dengan gelak perlahan.
"its okay..i just need your help"kata Tajdi.
"oh...sure,whatever...juat tell me"kata katerina.
Tajdi tersenyum.
Share this novel