bab 82

Romance Completed 13382

setelah beberapa jam perjalanan pulang dari klinik ke rumah,mereka bertiga duduk bersandar di sofa ruang tamu rumah fifi.
Zaiton yang sudah diberi suntikan sudah sedikit pulih dari sakit perutnya.cuma...wajahnya sedikit pucat.
"sorry girls...aku menyusahkan korang pulak"kata Zaiton.
Ara buka mata yang terpejam.fifi pula sudah tersenyum.
"tak susahlah....lagipun memang kami kena bawa kau pergi klinik kan? takkan nak biarkan je..makin melarat nanti"kata fifi
"entah dia ni....takkan nak bawa kau pergi melawat zoo pulak...dalam kau sakit-sakit ni,mestilah kena pergi klinik"kata Ara
Zaiton tersengih.
"eh...Ara!!!"jerit Zaiton agak kuat.
fifi dan Ara sama-sama tutup telinga.
"kau kenapa?nampak hantu?"soal Ara
"aku baru korek telinga tau...."kata fifi.
Ara dan Zaiton tergelak perlahan mendengar kata fifi.
"tak....aku baru perasan.."kata Zaiton.matanya memandang ke arah Ara
Ara naikkan keningnya.
"kau dah bertudung erk?"
Ara tersenyum.
"baru perasan ke...."
"ye lah...tadi aku tak sempat nak tengok sekeliling,sakit sangat perut aku"kata Zaiton.
fifi tergelak.
"aku bertudung baru lagi....masih nak belajar ke arah kebaikan"kata Ara
"baguslah kalau macam tu....hati pun kena ke arah pembaikan dari kerosakan jugak"kata Zaiton.
Ara tersenyum.faham kata-kata sahabatnya itu.
fifi hanya menjadi pendengar.
"aku tengah nak pulihkan dia lah ni...."kata Ara.
mereka tergelak.Ara hanya melempar senyuman lebar.
"so...cuba cerita macam mana kau boleh sakit perut?"soal fifi
dua pasang mata menala ke arah Zaiton.
"aku.....makan tom yam banyak sangat"kata Zaiton.
"tom yam?"soal Ara dan fifi serentak.
Zaiton angguk kepala.
"sebelum bertolak ke sini,aku suruh mak aku masak tom yam thailand,sebab aku takut bila dah datang sini....memang rindulah masakan mak aku tu.tapi.....aku makan terlalu banyak,sampai...lima magkuk"cerita Zaiton.
fifi dan Ara ternganga.
"lima mangkuk kau bedal?"kata fifi.
Ara tergelak perlahan.
"memang sakit gila perut aku ni....."kata Zaiton.
fifi dan Ara tergelak terbahak-bahak.
"kelakarlah cerita kau ni"kata fifi
"entah...orang lain kali...makan tu berpada-pada"kata Ara.
Zaiton tersengih.
"aku tersilap...sebab tu,turun je dari flight aku terus tuju ke tandas"kata Zaiton.
semakin galak ketawa fifi dan Ara.
"korang jangan gelakkan aku..."kata Zaiton dengan nada merajuk.
"Ton...macam mana tak gelak,aku makan tomyam semangkuk pun dah besar perut aku...ini kau lima magkuk?"kata fifi sambil tergelak.
Ara sudah memerah wajahnya kerana menahan ketawa tapi terlepas jua...Zaiton mencebik bibirnya.geram!!!!

Ara menyisir rambut panjangnya yang basah.dia baru selesai mandi,mandi pun ala kadar,maklumlah....sejuk!
dia mengambil tempat di sebelah fifi yang kusyuk melakar coretan gaya baju yang bakal direkanya.
Zaiton datang dengan menatang satu dulang yang terisi dengan tiga mug milo panas.
"jemput minum..."kata Zaiton.
"thank you Ton...mmmuuahh!!"kata fifi
"iiieeee.....geli aku muahh-muaah bagai....."kata Zaiton.
fifi tergelak perlahan.Ara pula sudah menghirup sedikit milo panasnya.
Zaiton duduk di lantai dengan bersila.
"kau dah jumpa rekaan terbaru?"soal Zaiton.
"belum lagilah....aku cuba nak cipta pakaian yang tak terlalu seksi tapi moden"kata fifi
"banyak mana?"soal Ara
"dalam....lima pasang,"kata fifi.
"pening kepala jugaklah nampaknya...."kata Zaiton.
"pertandingan tu lagi sebulan....aku langsung tak buat apa-apa lagi ni"keluh fifi.
"relaks lah fi...kau suruh je...kami boleh tolong"kata Ara.
Zaiton terangguk-angguk.
"memanglah...aku memang tak teragak-agak nak minta tolong korang...cuma yang membuatkan aku pening kepala adalah,design yang macam mana orang sekarang minat,dan macam mana aku nak bagi rekaan aku ni...lain dari orang lain,senang cakap macam mana nak bagi aku menang"kata fifi sambil mengetuk kepalanya dengan pen yang dipegang.
Ara dan Zaiton masing-masing diam sejenak.
"apa kata kita keluar teroka di luar?"soal Zaiton
"teroka di luar mana lagi?"soal fifi
"maksud aku...kita selidiklah,negara tu suka pakaian yang macam mana,negara situ pulak....pakaian mereka macam mana"kata Zaiton.
fifi berfikir seketika.
"maknanya kita kena berjalan ke seluruh dunia?"soal fifi
"alah...ini zaman kereta terbanglah,internet kan ada..."Zaiton.
fifi dan Ara tergelak perlahan.
"dia lah kau kereta terbang....mangkuk terbang adalah"kata Ara
mereka bertiga tergelak lagi.
"seriuslah beb..."kata fifi pula.
"betullah aku cakap.."kata Zaiton.
"okay..idea kau boleh terima"
"tapi...apa kata kita bangunkan Malaysia?"soal Ara
dua pasang mata memandangnya.
"Malaysia dah bangun apa!"kata Zaiton.
Ara mengeluh.
"i meant...apa kata kita gayakan pakaian tradisional Malaysia,tapi kita selitkan sedikit gaya kemodenan"kata Ara.
fifi mengurut dagunya yang licin.
"baju kurung?"soal fifi
"yes...Malaysia kan...ada banyak baju tradisional,ada kurung pahang,kurung kedah,kurung moden kita ambik dari semua negeri kita gabungkan dengan gaya moden zaman sekarang"kata Ara.
"wehh...bernas gilerr idea kau"kata fifi dengan senyum lebar.
"boleh juga"kata Zaiton.
"aku bagi idea je...tapi terserah kaulah nak buat macam mana..."kata Ara
"kenapa aku tak terfikir hal macam ni?"kata fifi
"kalau kau setuju cadangan aku...esok kita kena mulakan"kata Ara
"okay...esok kita akan cari dari internet"kata fifi.
Zaiton menghirup milo panasnya.
"thanks Ara,Ton..."kata fifi rasa tenang terpancar jelas di wajahnya.
Ara mengangguk,Zaiton pula menaikkan keningnya.

hari pertandingan......

Ara tersenyum ke arah jurufoto yang menala camera ke arah mereka bertiga.memang teruja sangat-sangat sebab ramai artis dari serata negara datang,tapi tak lah banyak sangat.Ara dan Zaiton apa lagi,berjalan pun dah macam gaya pereka.fesyen terkenal di atas karpet yang dibentang.Fifi pula berjalan didepan mereka.
mungkin orang sekeliling agak teruja dengan penampilan mereka bertiga.mereka mengenakan baju kurung Malaysia.Ara memakai baju kurung kedah,Zaiton pulak..baju kebaya,fifi apa lagi mestilah kurung kegemarannya kurung pahang.
"malu aku"bisik Zaiton di telinga Ara.
Ara tersenyum.
"dah rupa artis dah kita"kata Ara pula.

mereka mula mengambil tempat masing-masing.Ara dan Zaiton duduk di tempat penonton manakala fifi pula ke belakang pentas,semestinya mahu memastikan persiapan terakhir para modelnya sebelum baju yang direkanya diperagakan.
majlis dimulakan dengan ucapan pengacara yang bercakap mengunakan bahasa english.
sesekali pengacara membuat jenaka,riuh para penonton seketika.
majlis diteruskan.
pelbagai rekaan yang dipergayakan oleh model-model yang cantik semestinya,dah lah tinggi,kurus,cantik.
teruja sungguh Ara dan Zaiton melihat.
"cantiknya Ara...yang colour purple tu cantik"kata Zaiton.
"memanglah cantik...tapi seksi sangatlah...nampak terpampang dada macam tu.."kata Ara.
pereka kedua diperkenalkan,sehingga seterusnya bermulalah rekaan khas dari fifi.
lima orang model keluar sekaligus menggayakan baju kurung yang dimodenkan oleh fifi,dengan lenggok manja si model memang manampakkan keayuan gadis melayu dibalik baju kurung itu.
tepukan gemuruh oleh para penonton melonjakkan semangat Ara dan Zaiton.kalau fifi ada sebelah mereka dah tentu mereka bertiga berpelukan.
majlis berlangsung dengan meriah sekali.
di akhir majlis sekali para model keluar bersama pereka baju masing-masing.
Zaiton dan Ara bertepuk tangan kuat-kuat apabila fifi memberi senyuman pada mereka.
pengacara memulakan pengumuman pemenang bagi pereka fesyen terbaik jatuh kepada........

"ahhhh!!!!!!!"jerit fifi sepuas hatinya di dalam bilik sewa mereka.Ara dan Zaiton pula hanya menutup telinga masing-masing.
"sudah-sudahlah tu fifi...pekak telinga aku tak sampai usia sepatutnya tahu tak"kata Zaiton.
Ara tergelak perlahan.sejak balik tiga jam lalu,tak henti-henti si fifi ni suruh orang cubit pipi dia,cubit kuat-kuat marah pula.mana taknya..tak percaya hakikat bahawa dia memperoleh trofi pereka fesyen terbaik tu.
"aku tak puas lagi...aku nak jerit sampai mummy dan daddy aku dengar"kata fifi dengan senyuman lebarnya.
"kalau macam tu...kau call diaorang,kau jerit macam ni memang tak akan dengarlah"kata Zaiton.
"ke...kau nak bagi satu dunia dengar?"kata Ara
"tak....aku nak bagi Malaysia dengar"kata fifi.dia merebahkan badannya di atas katil
"Ton,Ara....terima kasih sangat-sangat,sebab koranglah aku menang!! kalau korang tak ada mungkin aku boleh hadiah saguhati je..."kata fifi.
"tapi...kau kena ingat janji kau"kata Ara.
Zaiton sudah mengangguk mengiakan.
"janji?"soal fifi
Ara mengeluh.
"kau jangan buat-buat lupa?"kata Ara
fifi diam memikir.
"fifi!!"jerit Zaiton.
fifi tersengih-sengih.
"aku ingatlah...okay,malam ni aku bawak korang pergi....pantai"kata fifi.
"pantai nak buat apa?"soal Zaiton.
"pantai ni paling cantik dekat busan ni....esok kita ke tempat lain pulak"kata Fifi.
"pantai apanya sejuk-sejuk ni?"kata Ara
"musim sejuk dah nak habislah..."kata fifi.
"okaylah...."kata Ara.

malam itu fifi membawa Ara dan Zaiton bersiar-siar di gwangalli beach salah satu pantai yang paling cantik di Korea,dengan airnya yang jernih sampai menampakkan urat-urat kaki,tapi...mereka tak nampak sebab malam!
dari gwanggalli beach ini para pelancong dapat menikmati keindahan jambatan gwanggandaegyo pada waktu malam.suasana lebih cantik apabila berada di pantai ini pada waktu malam,kerana pantulan cahaya lampu yang berbagai bentuk yang indah.memang benar-benar memukau mata setiap yang melihatnya.memang rugi habis kalau mengunjungi korea tanpa melawati pantai ini.
Zaiton dan Ara yang pertama kali melihat pemandangan sebegini mula teruja.
berbagai-bagai aksi dipamerkan oleh mereka apabila camera milik Ara dihala kepada mereka.
bukan mereka sahaja.kebanyakan pengunjung di sini memang tak sah kalau tak ambil gambar walaupun hanya sekeping,cukuplah untuk kenangan.
mereka mengambil tempat di sebuah kerusi batu,
Zaiton merebahkan kepalanya di atas meja itu.
"aku nak tidur sini please..."katanya.
"kau macam Ara juga,kemana dia pergi..semua dia nak tidur situ"kata fifi
Ara tergelak.
"bestlah tempat ni...kalaulah aku kaya,aku nak buat rumah depan pantai ni"kata Zaiton.
Ara dan fifi sudah terbahak-bahak gelak geli hati.
"kau ni...mengantuk sangat ke"kata Ara
Zaiton tersengih.
"eh..pantai ni malam-malam memang ramai kan?"soal Ara.
"memanglah...malam-malamlah orang selalu datang sini,siang-siang pun bukannya tak best.cuma...ada aktiviti biasa-biasa je.malam pulak macam-macam aktiviti dijalankan kat sini"kata fifi
"patutlah....naik segan pulak aku"kata Ara
"eleh....perasan lawa ke?"mata fifi dengan ketawanya.cuba mengusik rakannya.
"eh....aku lawa apa"kata Ara
"amboii....perasannya minah sorang ni"kata fifi
"perasan untuk diri sendiri tak apa"kata Ara.
mereka tergelak.
"eh...fi,kau tak ada teman istimewa ke?"soal Ara
fifi mula tersenyum malu.
"kau jangan cakap takde...aku baru dengar kau sembang dengan dia dua hari lepas"kata Ara
"eh...kau dengar?"soal fifi.wajahnya sudah merah.
"ye lah...cakap bukan main kuat,siapa tak dengar?"kata Ara.
"alah....aku kenal-kenal gitu je"kata fifi
"orang mana?"soal Ara
"orang Malaysia,nama dia...khairulhazim"kata fifi
"amboi..panjangnya nama,"kata Ara
fifi tersenyum malu.
"tak lama lah...aku boleh makan nasi minyak kau"kata Ara.
"siapa cakap aku nak buat nasi minyak?aku nak goreng telur dadar je..."kata fifi.
Ara tergelak-gelak mendengar kata fifi.
"pandai kau buat lawak erk....?jangan nak dalih,so...apa cerita?"soal Ara
"dia ajak aku bertunang dulu...tapi aku tak bersedialah Ara"kata fifi.
Ara diam.dia tersenyum.
"buat keputusan betul-betul,tapi jangan lama sangat....nanti kau juga rasa menyesal,jangan jadi macam aku,arwah Tajdi dah lama lamar aku...tapi aku je..yang suka main-main,last-last kami tak sempat nak bernikah pun....Allah ambil dia,tapi...aku bukan nak putuskan semangatkan kau,aku terima itukan takdir Allah,kalau aku terima lamaran dia awal-awal pun...kalau Allah dah janji arwah Tajdi akan pergi dulu dari aku....aku akan tetap kehilangan dia jugak kan?"kata Ara perlahan.
"Ara....kau jangan sedih"kata fifi.
Ara tersenyum.
"aku tak sedihlah....aku cuma nak bagitahu kau,kalau dah suka sama suka.buat apa tangguh-tangguh? benda baik teruskan je.."kata Ara
"thanks Ara..."kata fifi.
"sama-sama...."kata Ara.
mata Ara dilarikan pada Zaiton yang menutup wajahnya dengan tangan diatas meja.
"eh...si Ton ni...kenapa senyap je...?"soal Ara.
"entah....selalu dia yang banyak cakap"kata fifi.
"Ton....ton..."panggil Ara sambil mengerakkan tangan Zaiton.
kruuurrrr!!!!! krruuuurr!!!
Ara dan fifi bertentang mata.
terus terambur ketawa yang mahu meletus setelah mendengar dengkuran dari Zaiton.
"bertuah punya kawan....dia boleh buat taik mata"kata Ara.
fifi sudah menyeka air mata yang bertakung kerana gelak terlalu banyak.
Zaiton mengeliat seketika apabila mendengar ketawa yang kuat disebelahnya.
"korang gelak apa ni?"soalnya.
"kau lah....apa lagi? mengantuk sangat ke?"soal fifi.
Zaiton meraup wajahnya.kemudian tersengih lagi.
"dah...dah...jom balik"kata Ara.
mereka bertiga berjalan menuju ke kereta fifi yang terparking tidak jauh dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience