bab 73

Romance Completed 13382

Ara hanya memandang ke arah pusara yang bertanah merah itu.bunga segar bertaburan di atasnya.
Ara berbaju kurung warna hitam serta selendang itu kelihatan tenang.
datin rose dan dato Tajjuddin serta mak dan ayahnya memerhati tingkahnya dari jauh.
buku surah yassin ditutupnya.
"abang...Ara balik dulu,abang tidur dengan tenang ye? Abang tunggu Ara dekat sana"kata Ara.air matanya mengalir buat kali yang keberapa dia sudah tidak peduli.
rasa sedih yang mengusainya ketika ini membuatkan dia tidak peduli akan hal yang lain.
dia menyeka air mata dengan hujung selendang yang dipakai.
"Ara cintakan abang."katanya.
murah betul air matanya ketika ini.senang-senang keluar dari matanya walaupun sudah berkali Ara cuba menguatkan hati.
Ara melangkah meninggalkan tanah perkuburan itu.

Zaiton membawa satu mangkuk berisi bubur didalam dulang kepada Ara yang sedang duduk sendirian menghadap tingkap yang sepi.
Zaiton meletak dulang tersebut atas meja kecil yang ada di situ.
"Ara...kau makan ye?"kata Zaiton.
Ara geleng perlahan
"kau jangan macam ni...kau kan masih tak sihat lagi"kata Zaiton.
Ara geleng lagi.
Zaiton memegang mangkuk itu lalu duduk di sebelah Ara
"aku suapkan kau erk? dah lama aku tak suap orang ni"kata Zaiton dengan senyuman cuba mengembirakan suasana.
sudu yang dipegang Zaiton mencedok isi bubur itu.
Zaiton mendekatkan sudu itu ke mulut Ara
"aku tak nak Ton...aku tak nak!"kata Ara dengan kasarnya.
Zaiton mengeluh dia meletak bubur itu ke dulang semula.
"kau tak boleh macam ni Ara"kata Zaiton
Zaiton dapat lihat air yang mengalir di pipi Ara.
"habis kau nak aku jadi macam mana lagi Ton?"soal Ara
"kau kena reda dengan semua ni"kata Zaiton
"aku buntu Ton,kenapa sampai macam ni Allah nak uji aku.aku betul-betul cintakan dia.tapi dia pergi dalam hidup aku macam tu je Ton.aku...tak suka takdir aku macam ni"kata Ara
Zaiton mengusap belakang badan Ara
"kau tak boleh cakap macam tu,dekat luar sana lagi ramai yang alami ujian yang lebih teruk lagi tau?.ujian yang lagi hebat dari kau,kau kena tahu..Allah tak kan uji kita kalau kita tak mampu.ada hikmah disebalik Allah turunkan ujian pada hamba-hambanya"kata Zaiton.
Ara diam lagi.
"kau makan erk? aku risau takut kau tak sihat pulak nanti,badan kau dah seminggu tak masuk makanan,hanya air je"kata Zaiton
"biarlah aku sakit lepastu mati..boleh aku pergi dengan Taj"kata Ara
"Astagfirullahalazim...kau tak boleh cakap macam tu Ara"kata Zaiton
Ara diam lagi.
"Taj pergi dah seminggu,mak ayah kau pun dah balik kampung.diaorang suruh aku jaga kau elok-elok..tapi kau pula berdoa macam-macam"marah Zaiton tetapi suaranya tetap perlahan.
"aku rindu dia Ton"kata Ara.
Zaiton mengeluh.tiada guna menasihat orang yang dalam kesedihan.
"kau makan aku suap erk?"kata Zaiton menyuakan sudu ke mulut Ara semula.
kali ini Ara membuka mulutnya.
Zaiton tersenyum senang.
"macam ni barulah Ara yang aku kenal,Ara yang kuat makan"kata Zaiton dengan senyuman.
Ara hanya senyum sedikit pada Zaiton.
"aku boleh suap sendiri"kata Ara mencapai mangkuk di tangan Zaiton.
"okay...aku keluar ke dapur,tapi kau jangan tak makan pula ye..?"soal Zaiton.
Ara angguk kepala.
Zaiton terus melangkah keluar.
Ara menyuap satu sudu bubur itu kemulutnya.
Ara meletak semula bubur itu atas dulang kosong itu.
perutnya terasa sebu untuk terus dimasukkan makanan.mungkin apa yang Zaiton cakap betul.perutnya masuk angin akibat terlalu lama kosong.
Ara berbaring atas katilnya sambil memeluk patung beruang berwarna coklat itu.

Sebulan kemudian Ara kembali ke kampung halamannya.dia kembali seperti Ara yang dulu.ingin melupakan segala yang perit dengan kesedihan-kesedihan yang melanda dirinya.
biarlah dia menjadi gadis kampung yang bernama Ara semula.
dia akan membantu mak dan ayahnya menguruskan warung makanan mereka.
segala kesedihan yang berbekas dihati sudah dilupakan sedikit demi sedikit walaupun dia sudah berjanji pada dirinya tidak akan melupakan kisahnya bersama arwah Tajdi.
Mama dan papa agak berat untuk melepaskan dia pergi.tetapi dia tetap mahu keluar dari kota yang banyak meninggalkan kenangannya itu.biarlah dia pulang bagi memperoleh semangat baru.
masih segar di ingatannya hari dia ke rumah besar itu untuk kali yang terakhir.
mama dan papa menyambutnya dengan gembira sekali.tetapi apabila dia memberitahu hajatnya untuk berpindah ke kampung wajah mereka mulai mendung

......"kenapa Ara?"soal datin rose sambil menggenggam tangannya
"Ara nak tinggal dekat kampung ma..banyak perkara yang Ara tak boleh lupakan dekat sini"kata Ara perlahan.
"Ara dah fikir baik-baik ke? kalau dekat sini mama boleh tengokkan Ara"kata Dato Tajjuddin.
"Ara dah fikir pa...lebih baik kalau Ara balik ke kampung semula.tetapi mama dan papa Ara akan tetap ingat sampai bila-bila.mama dan papa banyak bantu Ara sepanjang Ara kenal dengan abang Taj.macam tu juga dengan abang Taj.Ara takkan lupakan dia sampai bila-bila sebab dialah semangat Ara selama ni.Ara datang sini cuma nak ucap terima kasih dekat mama dan papa atas segala yang mama dan papa buat untuk Ara selama ni.mama dan papa layan Ara macam anak sendiri"kata Ara
Datin rose memeluk bahu Ara
"Ara kena ingat walaupun Ara tak jadi menantu kami.Ara adalah satu-satunya anak perempuan kami.kami tetap mama dan papa Ara.ingat tu"kata Datin rose.
Ara tersenyum.
"papa harap kalau Ara balik ke kampung.jangan lupa datang sini lagi,rumah ni terbuka bila-bila masa untuk Ara"kata dato Tajjuddin
"betul tu Ara...nanti jangan lupa call mama selalu,datang sini jenguk mama ye sayang..?"kata datin rose.
"InsyaAllah ma...Ara pasti akan datang.mama dan papa pun datanglah ke kampung Ara"kata Ara
datin rose tersenyum sambil mengangguk....

"Ara?"panggil mak embon dimuka pintu.
Ara memusingkan badannya menghadap emaknya.
"ye mak?"
"jom...kita ke warung,ayah dah tunggu dekat luar tu"kata mak embon.
Ara angguk beserta senyuman.
dia hanya memakai baju tshirt dan jeans beserta cape yang menutupi kepalanya itu mencapai handfhone dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
dia mengikut langkah mak embon ke luar.
sesampainya di warung membantu mengeluarkan barang-barang dari dalam kereta masuk ke dalam tempat memasak di belakang bahagian dapur.
Ara memakai apron berwarna merah jambu.
dia membantu mak embon menyediakan bahan masakan.
tiba-tiba muncul mak embon dengan wajah teruja berlari anak ke arah Ara.
"kenapa mak?"soal Ara sambil tangannya lincah memotong sayur-sayur.
"kita ada tetamu istimewa di warung kita"kata mak embon.
"istimewa? siapa mak?"soal Ara dengan senyuman.
"adalah...Ara tinggalkan semua ni...pergi jumpa mereka"kata mak embon
"mak...mak jelah yang pergi,Ara nak buat kerja ni"kata Ara
"alah...pergi cepat"arah mak embon.
Ara mengeluh.
dia mencuci tangan.cape di kepala diperkemaskan.
mak embon tersenyum melihat langkah anaknya.
Ara berjalan menghampiri dua manusia yang membelakangnya.lelaki dan perempuan.
"err...Assalammualaikum"sapa Ara.
"waalaikumsalam"jawab Taufiq dan Kiyla serentak menoleh pada Ara.
terkejut Ara dibuatnya.
"lah...korang ke...? ingat siapa,rajin betul mak nak buat suprise"kata Ara dengan senyuman.tangannya dihulur bersalaman dengan Kiyla.
Ara mengambil tempat duduk dihadapan Taufiq juga bersebelahan Kiyla
"kami saja suruh mak cik rahsiakan.Ara jangan marah-marah mak cik pulak"kata Kiyla.
mereka ketawa perlahan
"mana boleh marah.kalau Ara marah dia silap-silap Ara kena marah balik"kata Ara cuba bergurau.
"Ara sihat?"soal Taufiq.
"Alhamdulillah..sihat je,mama dan papa macam mana?"soal Ara
"diorang sihat.diaorang rindukan Ara lagi adalah"kata Kiyla
Ara tersenyum.
"diorang kirim salam"kata Taufiq.
Ara menjawab salam yang dikirim.
"eh..korang nak makan apa?"soal Ara
"bagi yang paling special lah..abang nak apa?"soal Kiyla sambil memandang Taufiq dengan manja.
Ara turut menala pandangan pada Taufiq
"Ara tahu kegemaran abang...kan Ara?"kata Taufiq sambil memberi pandangan yang redup pada Ara.
Ara sedikit gelabah.kemudian lekas-lekas mengagguk.
"erm..korang duduk dulu,Ara pergi buat order"kata Ara.
Kiyla angguk beserta senyuman.
Ara bangun ke dalam warung.
Taufiq dan Kiyla menjamu selera makanan yang dibawa oleh Ara sebentar tadi.
berselera sekali Kiyla menghabiskan semangkuk sup tulang yang paling special di warung kecil itu.
Ara hanya menyedut air sirap bandungnya.
oleh kerana permintaan Kiyla supaya dia menjadi peneman mereka menjamu selera maka Ara hanya menurut.
"sedap sangat Ara...kena betul dengan selera Kiyla"kata Kiyla dengan senyuman.
Ara ketawa kecil.
"kalau macam tu..kena datang selalulah"kata Ara
Taufiq hanya tersenyum melihat keduanya.
"yang tu kena tanya driver Kiyla lah.."kata Kiyla merujuk pada Taufiq
"siapa driver Kiyla?"soal Taufiq hairan.
Kiyla dan Ara sama-sama ketawa
"abanglah..siapa lagi"kata Kiyla
"banyak cantik"kata Taufiq dengan wajah sengaja dicebik
Kiyla dan Ara sama-sama ketawa.
"so...korang datang berapa hari?"soal Ara
setelah suasana agak tenang.
"Fiq dan Kiyla masing-masing ambil cuti dua hari saja...so besok dah kena balik KL lah"kata Taufiq
"lah...sekejap je lah"kata Ara
"lain kali kami datang lagi,jangan risau..Ara pun datanglah sana,mama rindu sangat dengan Ara?"kata Kiyla
"InsyaAllah..nanti bila free Ara ke sana"kata Ara
"macam mana Ara sekarang?"soal Taufiq perlahan.
Ara tersenyum sedikit
"bukan mudah nak kita lupakan orang yang dah jadi sebahagian dari hidup kita,tapi...Ara dah boleh terima semuanya sekarang,Ara selalu fikir positif"kata Ara.
Taufiq tersenyum dan angguk kepala
"kalau Fiq ada hak...nak saja Fiq tolong hilangkan luka yang Ara alami sekarang.tapi Fiq sedar yang kita dah tak macam dulu,maafkan Fiq"kata hati Taufiq
Kiyla menggenggam tangan Ara
"sabar okay? ada hikmah Allah aturkan semuanya,kehilangan abang Taj bukan saja memberi impak pada kita semua,bahkan sesiapa yang mengenali dia akan turut terkesan dengan ketiadaan dia secara mengejut macam tu,lagi-lagi mama..."kata-kata Kiyla tergantung.Ara pandang wajah muram Kiyla cuba meraih ayat sambungannya
"Kiyla selalu nampak mama nangis seorang diri sewaktu masuk ke bilik arwah abang Taj.kalaulah Kiyla ada kuasa yang boleh hilangkan kesedihannya itu"kata Kiyla
Ara tersenyum sedikit.wajahnya cuba ditenangnya.
"kita kena sama-sama beri semangat pada mama semula"kata Taufiq
Ara mengangguk perlahan.
"so...apa plan Ara lepas ni?"soal Taufiq cuba mengubah topik yang membuat semua orang terasa.
"plan Ara...tinggal dekat kampung je lah,tolong mak dan ayah apa-apa yang patut"kata Ara
"baguslah kalau macam tu...nanti bila-bila Ara nak apa-apa bagitahu je Kiyla dan Fiq,kami sentiasa ada,Ara tetap kakak pada kami"kata Kiyla dengan senyuman.
Ara tersenyum lebar.
Taufiq melihat wajah Ara yang nampak masih lagi tidak seceria dulu.mungkin hanya bibir yang mengatakan sudah melupakan segala yang berlaku dalam hidupnya.tapi hati.....?tak siapa yang tahu.
akan ada masa Ara akan bahagia semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience