bab 45

Romance Completed 13382

Ara sedang menyiram pokok dibelakang rumahnya.memang ayahnya suka betul menanam pelbagai jenis bunga dari Ara masih kecil lagi.sekarang minat itu diwarisi oleh Ara cuma dijaga oleh mak embon ketika Ara tiada di kampung.
"mak bunga kertas ni mak ambil benih di mana?"soal Ara
mak embon yang sedang membuang rumput-rumput yang tumbuh meliar memandang ke arah anaknya.
"mak ambil dari rumah mak cik Leha hujung kampung tu"jawab mak Embon.
"ada warna apa lagi?"soal Ara
"semua warna ada"
"kalau macam tu nanti mak ambil warna kuning boleh?"soal Ara tersengih.
"erm..tahu sangat Ara ni...kalau satu halaman rumah ni tak cukup warna dia memang tak sah lah kan?"kata mak Embon.
Ara gelak perlahan.memang betul apa yang mak embon cakapkan.
"alah...Ara nak bagi rumah kita nampak meriah barulah cantik..."kata Ara
"yelah tu....ke nak Tajdi puji lagi?"soal Mak embon.
bukan dia tak tahu kelmarin Tajdi memuji hasil kerja Ara oleh kerana kepelbagaian tanaman bunga dan susunan warna yang teratur nampak cantik bila dipandang.
"mana ada lah mak...."kata Ara geram apabila dikaitkan dengan Tajdi.
suasana sepi seketika.
Ara melihat emaknya diam.
dia bangun dari duduk lalu pergi ke arah emaknya.
"mak....."
mak embon melihat anaknya.
"kenapa?"soal mak embon.
Ara senyum malu.walaupun malu mahu bertanya tapi dia harus juga bertanya.
"apa yang mak nampak dekat bos?"soal Ara
mak embon senyum meleret.
"mak nampak dia tu macam orang lah...ada hidung,mata,mulut,tangan,kaki"kata mak embon.
"mak...maksud Ara apa pandangan mak tentang bos Ara tu...kalau setakat hidung,mata tu Ara pun nampak lah mak..."keluh Ara.
mak embon senyum lebar memang dia sengaja mahu menyakat anak gadisnya.
"Ara nak mak pandang dari segi bakal menantu ke?"soal mak embon.
Ara diam kemudian senyum malu.
"bagi mak...Tajdi tu baik,hormat mak dan ayah dan mak dapat rasa yang dia dapat jaga Ara dengan baik"kata mak embon.
"mak...Ara cuma tanya tentang diri dia...apasal Ara pulak"geram Ara.
mak embon gelak perlahan.
"betul lah...dia baik,hormat mak dan ayah,handsome..."kata mak embon sambil matanya melirik pada Ara.
"erm....dah mula mengarut lah mak ni....Ara naik buat air dululah haus pulak tekak ni"kata Ara pantas berlalu ke dalam rumah.
mak embon menahan tawa.

Ara sedang memasukkan pakaian yang akan dibawa ke KL esok ke dalam beg.
baju Tshirt kegemarannya dilipat kecil lalu dimasukkan ke dalam beg sederhana besar itu.
"Ara,ayah nak jumpa Ara kejap"kata mak embon dimuka pintu.
Ara melihat wajah serius emaknya.
"ada apa mak?"
"jom lah kita ke depan kejap"ajak mak embon.
Ara terpaksa meninggalkan pakaiannya yang berselerakan.
dia duduk di hadapan pak mat dan mak embon yang duduk di atas sofa.
"ada apa ayah?"soalnya.
risau betul hati bila melihat wajah serius ayahnya.
"ayah cuma nak bincang sikit dengan Ara"kata Pak mat.
hati Ara sudah bergetar kuat.
Ara setia mendengar.
pak mat pandang isterinya disebelah.mak embon mengangguk kepala.
"macam ni...sebenarnya bos Ara tu bagitahu niat ikhlas dia pada ayah dan emak dua hari lepas"kata pak mat.
Ara diam.sudah di agak pasti dia akan disoal.
apa nak jawab?dah bersedia ke aku?
"ni...ni..niat ikhlas apa ayah?"walaupun dia sudah tahu tapi sengaja dia mahu memastikan.tergagap jadinya.
"Tajdi betul-betul cintakan Ara,dia bagitahu dia ada melamar Ara,tapi Ara takde jawapan,sebab tu dua hari lepas dia luahkan rasa dia pada ayah dan mak...dia cakap dia betul-betul ikhlas sayangkan Ara dan berharap Ara sudi jadi teman hidup dia"kata pak mat.
Ara tundukkan wajahnya.
"mak dapat tengok betapa dia sayang Ara nak..."kata mak embon pula.
"tapi mak dan ayah tak paksa Ara,kami tahu Ara mampu buat pilihan sendiri,mak dan ayah cuma tak mahu Ara masih kenangkan masa bersama Fiq dulu..Ara kena tahu setiap kita pasti akan diuji dengan perkara macam tu,mungkin Allah berikan Fiq pada Ara dulu hanya untuk menguji hati Ara,dan sekarang dia hadirkan Tajdi untuk menyembuhkan luka lama"sambung mak embon.
Ara tetap diam.
"ayah tahu Ara sayangkan Fiq,tapi sekarang Fiq tak tahu ke mana kan?mungkin dia dah ada kehidupan dia sendiri,jadi ayah pun harap sangat Ara dapat cari kehidupan Ara sendiri jugak,ayah dan emak harap sangat Ara dapat bahagia macam dulu nak"kata pak mat.
sebak hati Ara mendengar luahan hati dari kedua orang tuanya.
air matanya yang mahu menitis cepat-cepat diseka.
dia pandang wajah keduanya.
"sebenarnya memang Ara nak lupakan kisah Ara yang dulu,dah dua tahun ayah mak..."kata Ara.
dia mengukir senyuman sebelum menyambung berkata-kata.
"Ara pun dah tak nak ingat dah"
mak embon dan pak mat berpandangan sebelum tersenyum.
tangan emak dan ayahnya dipegang.wajah keduanya dipandang.
"mak ayah,dengan izin mak dan ayah Ara sudi terima Tajdi dalam hidup Ara"katanya.
mak embon dan pak mat menarik nafas lega.
"Alhamdulillah"ucap mak embon.anaknya dipeluk erat.
terasa satu batu besar beralih dari hatinya
apabila dapat meluahkan rasa yang sudah lama dipendamkan.kini dia bersyukur diberi kekuatan untuk meluahkan secara jujur dan tenang pada emak dan ayah tercinta.
ya Allah...kau permudahkan urusanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience