Tajdi keluar dari bilik pejabatnya untuk ke bilik papanya yang terletak di bahagian kanan ruangan yang luas itu.
tiba-tiba matanya terpandang sekumpulan pekerjanya sedang berseronok bersembang sambil makan pizza.
"pizza?"soalnya sendiri.
pelik dia melihat kelaku mereka semua.
"mana datang pizza ni?ada siapa order ke?"soal hatinya.
jam di pergelangan tangan dipandang.
"patutlah dah waktu lunch"detik hatinya lagi.
dia melangkah pantas ke arah bilik yang tertera nama papanya.
pintu diketuk beberapa kali sebelum terdengar perkataan masuk dari mulut Dato Tajjuddin dari dalam.
Tajdi menolak pintu lalu melangkah masuk.
"ada apa Taj?"soal Dato Tajjuddin memandang anaknya.
"ni file yang papa mintak tadi,Taj dah siapkan"kata Tajdi.
Dato Tajjuddin mengangguk pantas mencapai file itu.
"papa tak keluar lunch?"soal Tajdi
"papa malas nak keluar,lagipun papa baru minum je.yang kamu tu tak keluar lunch ke?"soal Dato Tajjuddin kembali.
"Taj nak ajak Ara dulu,by the way papa...kenapa dekat luar tu riuh rendah diorang makan pizza?"soal Tajdi keliru
Dato Tajjuddin gelak perlahan.
Tajdi semakin keliru.
"Taj tanyalah Ara"
Tajdi pula mahu tergelak
"kenapa dengan Ara pa?"soal Tajdi
"just go and ask to her"suruh Dato Tajjuddin.
"okay....Taj keluar dulu"kata Tajdi.
terus melangkah keluar.
dia melangkah laju menuju ke arah bilik tunangnya.
Ara menyuap satu sudu nasi goreng thai kegemarannya dengan enak sekali.
kak Hamzah di hadapannya dari tadi tidak habis-habis menghirup ais kacang yang popular di warung sederhana di belakang bangunan besar itu.
"tak sangka Ara..akak pun suka makan dekat warung-warung kecil macam ni"kata Ara.
"eh...akak memang suka makan dekat tempat macam ni,cuba Ara bayangkan kalau kita pergi makan dekat tempat mewah ke..mesti kena formal makanmya kan? makanan pun belum tentu sedapnya,tapi...kalau kat sini memang bermacam aksi akak dapat buat waktu makan"kata kak Hamzah mengundang ketawa Ara.
"Ara dapat tengok aksi akak"kata Ara.
Kak Hamzah tersengih malu.
"Ara pun suka makan tempat macam ni...rasa tenang walaupun sekeliling kita ni hingar-bingar bunyinya"kata Ara.
"betul tu"kata Kak Hamzah menyokong.tiba-tiba telefon Ara di dalam handbegnya berbunyi.
pantas Ara mencapainya lalu butang hijau ditolak ke tepi.
"ye bang....?"soal Ara.
"Ara ada dekat luar dengan kak Hamzah"jawab Ara.
kak Hamzah hanya menjadi pendengar tetapi bukan niatnya mahu menyibuk cuma kebetulan Ara menjawab telefon dihadapannya.
"sekali lunch"jawab Ara.
muka Ara berubah kepada risau.
terus telefon diletaknya.
"kenapa Ara?"soal kak hamzah.
"jangan salah faham,akak bukan nak menyibuk tapi...muka Ara nampak risau"kata kak hamzah membetulkan niatnya.
Ara melempar senyuman pahit.
"takde apalah kak...ermm...kita makan cepat sikit,Ara ada hal dekat pejabat"kata Ara.
kak hamzah angguk mengerti.
Ara memegang bungkusan berisi nasi goreng yang dibungkusnya tadi.
pintu bilik Tajdi diketuknya.
"masuk"laung suara dari dalam.
Ara membuka pintu.
dia melangkah masuk menghampiri Tajdi yang tekun menulis sesuatu di atas kertas kerjanya.
sedikitpun tidak dipandang Ara dihadapannya.
"abang....?"panggil Ara perlahan.
dia duduk berhadapan Tajdi.
Tajdi masih diam.
"Ara tahulah Ara salah sebab tak bagitahu abang ara lunch dengan kak hamzah,tapi Ara dah janji...."
"tapi Ara langsung tak bagitahu abang kan?abang saja tunggu Ara untuk lunch sama-sama"potong Tajdi dengan nada merajuk.
Ara tersenyum.
"okay...Ara janji lepas ni tak berulang lagi...Ara keluar dengan kak hamzah sebab dah janji"kata Ara.
Tajdi angkat kepala memandang tunangnya.
"janji apa?"soalnya.
Ara gelak perlahan.
"Diorang marah Ara sebab tak bagitahu pasal majlis pertunangn tu...kak hamzah Ara janji nak belanja makan,yang lain minta pizza"kata Ara
"pizza?"soal Tajdi terkejut.
Ara angguk.
Tajdi mengeluh kemudian tersenyum.
"aik...dah tak merajuk ke?"soal Ara
"macam mana nak merajuk...takde sebab pun"kata Tajdi.
"bukan abang merajuk pasal Ara keluar lunch dengan kak hamzah?"soal Ara
"tak..."jawab Tajdi mendatar
"gatal kan...mengada lah tu"kata Ara geram.
"tapi...."kata Tajdi
"kenapa?"soal Ara
"lapar...seharian tak makan"kata Tajdi dengan gaya manjanya.
"ha....lain kali merajuk lah lagi,padan muka"kata Ara.
"salah ke?"soal Tajdi
"tak salah..cuma memakan diri sendiri,sekarang...kita kemas meja ni bersih-bersih"kata Ara.
"kenapa?"soal Tajdi hairan.
"sebab....Ara bawak ni"kata Ara meletak bungkusan nasi goreng di atas meja yang penuh dengan kertas itu.
Tajdi tersenyum lebar.
"sebab tu semakin sayang ni"kata Tajdi
Ara tersengih.
Tajdi makan dengan berselera sambil ditemani oleh Ara dihadapannya.
Taufiq baru sahaja menunaikan solat isyak setelah mendapat isyarat dari handfonenya.
sememangnya kawasan yang mereka diami ini agak jauh dari kawasan umat islam yang tinggal di Australia ini berada.
dia mengangkat tangan ingin memohon doa.
"ya Allah,sesungguh engkau maha mendengar dan maha mengetahui,engkau ampunilah dosa-dosa ku,dosa kedua orang tua ku yang telah menjaga aku dari kecil sehingga dewasa,serta dosa adik-beradikku.
sesungguhnya kami didunia ini hanya berpaut padamu,
ya Allah,bahagiakan keluargaku seadanya.
hindari kami dari sebarang bahaya,
jauhi kami dari sebarang masalah.
Ya Allah,kenapa kebelakangan ini hatiku selalu tidak tenang?setiap denyutan nadiku serasa terlalu pantas,
aku hanya berserah padamu dalam apa jua yang terjadi kerana hanya sesungguhnya engkau yang mengatur setiap langkah kaki ku.Aminn"doanya didal hati.
Taufiq berteleku seketika diatas tikar sajadah kerana berzikir.
kemudian dia mencapai handfone yang berada di atas meja kecil biliknya.
dia menekan butang-butang yang ada ditelefonnya.
muncul gambar dia bersama Ara sewaktu mereka sama-sama bergambar di atas pangkin rumah opahnya.
wajah ceria Ara direnungnya.
"sesungguhnya Fiq terlalu rindukan Ara"katanya perlahan.
air matanya gugur satu persatu di atas pipinya.
kemudian dia menarik nafas lama sebelum menghembusnya.
dia mengukir senyuman.
"Fiq akan berkahwin dengan Ara selepas Fiq balik nanti,Fiq janji"tekadnya sendirian.
"Fiq...turun makan dengan kitorang"ajak Hero mengetuk pintu bilik Taufiq.
lamunan Taufiq terhenti.
dia menyeka air yang bersisa dipipinya.
"Fiq kau kat dalam ke?"soal Hero lagi apabila masih tiada jawapan
"okay..kejap aku baru sudah solat"kata Taufiq.
Hero angguk kepala terus berlalu ke tangga.
Taufiq bangun dari duduknya.dia melipat sejadah yang diguna.
kemudian berlalu ke arah pintu bilik untuk keluar.
tiga bulan kemudian....
Ara tersenyum memandang Tajdi disebelah yang begitu bersemangat menyambutnya dirumah sewa.
"apasal sayang pandang abang macam tu?"soal Tajdi yang tampak tampan dengan baju polo berwarna hitam dan berkolar.
Ara pula berbaju blous labuh juga berwarna hitam dipadankan dengan jeans putih.
"tak tahu..."kata Ara
Tajdi menahan ketawa
"ada pulak boleh tak tahu...ke nervous sebab nak dinner dengan keluarga abang kejap lagi?"soal Tajdi.
sememangnya mereka dalam perjalan menuju ke rumah Tajdi untuk memenuhi undangan Datin rose dan Dato Tajjuddin menjemputnya menyertai makan malam mereka sebelum majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung dalam dua bulan lagi.
"mana ada gementar...Ara dengan mama dan papa abang kamcing tau...orang panggil apa? erm...sekepala"kata Ara
mereka gelak perlahan
"ye lah tu..."kata Tajdi memfokuskan pemanduannya.
"ada satu lagi sebab"kata Ara dengan senyuman misteri mengundang tawa Tajdi
"apa?"soal Tajdi
"abang nampak lain hari ni"kata Ara.
"lain yang macam mana?gemuk ke...kalau Ara cakap abang gemuk susahlah...nanti pakai baju pengantin tak muat pulak"kata Tajdi.
tergelak Ara dibuatnya mendengar kata Tajdi itu.
"ada pulak punya kurus kering macam ni dia cakap gemuk"kata Ara.
"mana tahu...habis tu sebab apa?"soal Tajdi
"abang lain sebab nampak handsome hari ni...tak percaya pulak ni ke tunang Ara haritu? macam orang lain je...."kata Ara membuat mimik wajah berfikir.
Tajdi ketawa kuat.
"tak percaya ke...boleh kalau nak buat check-up"kata Tajdi
"macam mana?"soal Ara
"pandang mata abang"kata Tajdi
"tak nak lah...nanti takut tergoda"kata Ara malu-malu.
Tajdi ketawa lagi.
"takut cair terus ke?"soal Tajdi
Ara gelak sambil angguk
kereta dipandu Tajdi membelah jalan raya yang sesak walaupun hari ini adalah hari minggu.
Share this novel