kereta milik Zaiton yang dipinjamnya dibawa masuk ke perkarangan rumah banglo yang indah itu.Ara keluar dari kereta.
dia tercari-cari mana tahu ada sesiapa yang boleh dia bertemu. tapi satu kelibat pun tidak kelihatan.
"Ara!!"panggil satu suara.pantas Ara memusingkan badannya ke arah suara yang memanggilnya tadi.dia tersenyum lega melihat Tajdi dengan berbaju tshirt hitam dan seluar yang bercorak bintang.
Ara tergelak sendiri.
masih tidur ke apa bos aku ni!
Ara melangkah ke arah Tajdi.
tiba-tiba Tajdi jatuh dari bangsal.yang didudukinya ke tanah.
"bos??bos!!?"panggil Ara.
namun Tajdi diam.
dengan sekuat tenaga Ara berlari.
sampai sahaja pipi Tajdi ditepuk.
"bos..bangun bos...bos jangan buat saya macam ni...please..bangun"rayu Ara.
semakin kuat pipi Tajdi ditepuknya.
namun Tajdi masih.
"bos....bangun"rayu Ara.
hampir menitis air matanya.
namun secara tiba-tiba badan Tajdi terhinggut-hinggut.
Tajdi melepas ketawa kuat sambil menekan perutnya kerana menahan ketawa dari tadi.
Ara yang melihat terus terduduk ke tanah.
"tak lawak lah bos..."kata Ara terus bangun ingin meninggalkan Tajdi yang masih lagi gelakkan dirinya.
biarlah nak kata pekerja kurang ajar ke...apa motif dia nak buat pengsanlah matilah...apa lah!
"Ara..nantilah dulu"panggil Tajdi.
dia mengejar langkah Ara.
Ara berhenti melangkah.dia pandang wajah Tajdi.
"tunggu untuk apa?tunggu untuk bos gelakkan saya lagi?"soal Ara.
"please....saya gurau je....jom kita ke sana"kata Tajdi.pantas tangan Ara digenggam lalu ditariknya.
"apa bos ni...malulah kalau ada orang nampak"kata Ara.terpaksa mengikut Tajdi ke pangkin itu semula.
"biarlah"jawapan ringkas Tajdi.
"ish...orang yang sakit memang gedik semacam erk?"soal Ara.
"kadang-kadang"kata Tajdi masih lagi menarik tangan Ara.
dari bilik tingkat atas.
datin rose terdenyum senang melihat telatah anak dan gadis yang dicintai anaknya itu.
sampai di pangkin mereka duduk tangan Ara sudah dilepaskan.
"ada apa bos nak jumpa saya"soal Ara
"rindu"kata Tajdi.
Ara pandang Tajdi.terbit rasa bahagia dalam dirinya.namun dia tak mahu cepat melatah.
"rindukan lah si katerine bos tu...buat apa rindukan saya.."kata Ara
Tajdi gelak perlahan.
"suka kaitkan saya dengan katerine kan?"soal Tajdi
Ara diam buat tak tahu.
"hah...pasal pagi tadi..bos cakap doktor kata bos ada sakit kan?doktor cakap apa?"soal Ara
"doktor cakap penyakit saya teruk sangat"kata Tajdi berwajah serius.
Ara mula bersimpati.rasa sedih apabila orang yang dicintai mempunyai sakit yang masih tidak diketahuinya.
"teruk macam mana?"soal Ara
"doktor cakap saya ni dah tak lama...saya disarankan cepat-cepat berubat"kata Tajdi.
Ara tutup mulut
"ya Allah bos....bos sakit apa?"soal Ara
Tajdi geleng
"masih misteri"kata Tajdi
"apa ubatnya?saya akan bantu bos...saya janji"kata Ara
"betul awak nak bantu saya?"soal Tajdi.
mata mereka bersatu.
Ara angguk kepala.
"ubatnya adalah kahwin"kata Tajdi.
ternganga Ara dibuatnya
"kahwin?"soalnya
"ye...dengan berkahwin saja penyakit saya ni akan sembuh...tapi orangnya mesti awak..so nak buat macam mana?awak dah janji nak bantu saya kan?so...esok kita kahwin"kata Tajdi.
"apa bos ni? ni bukan masa berguraulah,dah dua kali bos tipu saya...bos tahu tak saya punya pujuk rayu Zaiton sebab saya nak pinjam kereta dia nak datang melawat bos..sampai hati bos tipu saya kan?"marah Ara.
lengan Tajdi dipukul-pukulnya kuat
Tajdi tidak habis-habis tergelak.
"betul lah saya cakap....saya ni sakit angau..kalau dapat kahwin dengan awak sentle masalah"kata Tajdi
"itu penyakit gatal namanya...."kata Ara.
Tajdi senyum apabila melihat wajah cemberut Ara.
"so....do you want to marry me?"soal Tajdi
"no!"kata Ara.
Tajdi hela nafas berat.
"semakin teruklah penyakit saya ni"kata Tajdi.
"biar semakin teruk"kata Ara.
"kalau semakin teruk awak pulak yang sakit"kata Tajdi
"kenapa pulak dengan saya?"soal Ara
"sebab rindukan saya"kata Tajdi.
Ara tergelak.mereka sama-sama tergelak.
"ada saja cara bos nak bagi saya gelak kan?"kata Ara dengan sisa tawanya
"sebab tu awak patut kahwin dengan saya...sebab gerenti awak tak akan menangis dah"kata Tajdi
Ara berhenti ketawa.dia tersenyum lebar sambil mata bundarnya memandang mata Tajdi.
Tajdi juga diam.
"saya ni bukan siapa-siapa,bukan puteri raja,bidadari,perempuan yang paling cantik pun bukan...apatah lagi bekas ratu cantik wakil Malaysia"kata Ara tiba-tiba.dia gelak perlahan.
"apalah yang bos pandang pada saya?"soal Ara perlahan.
Tajdi melepaskan nafas.
"sebab awak bukan siapa-siapalah yang saya pandang awak,awak ada keistimewaan sendiri pada saya"kata Tajdi
"seperti yang awak tahu,saya tak akan paksa awak untuk terima saya,cuma saya tak akan berhenti berusaha untuk tambat hati awak,awak juga tahu saya dah bagitahu mak dan ayah awak,so....it's up to you"kata Tajdi.
Ara tersenyum.
rasa bahagia dalam hatinya menguasai diri tiba-tiba.
luahan rasa Tajdi benar-benar meruntuhkan egonya selama ini.
Tajdi juga membalas senyumnya.
"err...bos saya nak balik dulu"kata Ara bila tiba-tiba jantungnya berdegup laju apabila direnung oleh Tajdi.
"lah...awal lagi ni"kata Tajdi tidak puas hati.
"saya nak baliklah...memandang saya ni datang melawat orang sakit yang serius lah kononnya.....padahal sakit angau"kata Ara.
Tajdi gelak perlahan
"sorry again,but please....tunggu lah nanti,kita dinner sama-sama"kata Tajdi.
"maaf bos...saya memang kena balik sekarang juga,lagipun dah janji dengan Zaiton nak balik awal"kata Ara
Tajdi mengeluh
"okay...tapi esok masuk office awal-awal terus masuk bilik saya"kata Tajdi
Ara angguk kepala.
"hati-hati"kata Tajdi
"insyaAllah bos...Assalammualaikum"kata Ara.
"Waalaikumsalam"jawab Tajdi.
Ara melangkah meninggalkan Tajdi yang memandangnya.
Share this novel