bab 61

Romance Completed 13382

pagi-pagi lagi Taufiq terpacak dihadapan pagar rumah mak embon dan pak mat.
namun dia hampa lagi kerana pintu dan pagar masih lagi bermangga.
dia bersandar pada kereta harrier miliknya dengan keluhan.
"assalammualaikum Fiq"sapa suara dibelakangnya.
Pantas Taufiq melihat ke arah suara yang menegurnya itu.
dia tersenyum pada mak Gayah dan Nita yang berpakaian baju kebaya.tampak sopan.
"waalaikumsalam mak Gayah,Nita"kata Taufiq.
"kamu buat apa depan rumah si Ara ni?"soal mak Gayah.dia tersenyum melihat anaknya.
"err...saja mak Gayah,ingat nak jumpa Ara,rupanya dia tak balik lagi"kata Taufiq.
"ermm...kamu ni betul-betul tak tahu ke atau sengaja buat-buat tak tahu?"soal mak Gayah
Nita pulak sudah tersenyum-senyum membayangkan dia dan Taufiq duduk di atas pelamin bersama-sama.
Taufiq tergelak perlahan.
"tahu apa mak Gayah?"soalnya.
"si Ara yang kamu suka,cinta sangat tu dah bertunanag tiga bulan lepas,dengan abang kamu,apa nama dia?hah..Tajdi"kata mak Gayah puas.ada senyuman menghiasi bibirnya.
mendengar kata itu hampir sahaja badan Taufiq terduduk jatuh.namun cepat-cepat dia istigfar
"mak Gayah biar betul?"soalnya
"untuk apa aku menipu kamu Fiq oi,satu kampung datang masa majlis diaorang,meriah sungguh.sepadan betul diaorang tu...sama-sama cantik,kamu je yang takde...siapa suruh pergi keluar negara"kata mak gayah.
Taufiq tersandar pada keretanya bagi menenangkan hati yang kusut.
memang benar abangnya sudah bertunang,malah akan melangsungkan majlis dua bulan lagi,tapi....sampai sekarang dia tidak tahu siapa bakal kakak iparnya.kata-kata mak Gayah memberikannya satu kenyataan yang tidak diketahuinya.
mak Gayah memberi isyarat pada anaknya.
Nita bergerak menghampiri Taufiq.
"biar Nita ceritakan semuanya pada Fiq..tapi bukan dekat sini,sini kan panas.apa kata kalau kita ke warung mana-mana?"soal Nita.
Taufiq tersedar.dia angguk perlahan.
biarlah dia mendengar cerita lebih lanjut dari Nita.
Taufiq masuk ke tempat memandu.
Nita mengenyit matanya pada mak Gayah.Nita masuk kedalam kereta dengan senyuman.
kereta Harrier itu meluncur laju meninggalkan mak Gayah yang ketawa sendirian.
"padan muka kau Embon...lepas ni porak perandalah rumah tangga anak engkau.anak aku yang untung.."kata mak Gayah dengan gelak besar.

Nita menghirup air sirap yang dia dan Taufiq order dari warung pak seman di hujung kampung sebelah.
Taufiq hanya diam.fikirannya sungguh bercelaru.
Nita mencari-cari idea agar dia dapat menjatuhkan Ara dihadapan Taufiq.
"Fiq...janganlah sedih,Fiq kan dah tahu macam mana perangai Ara tu macam mana sebelum ni...buat apa nak sedih-sedih ingatkan orang yang tak kenang budi kita kan?"soal Nita.
Taufiq menarik nafas.
"macam mana boleh jadi macam tu Nita?"soal Taufiq.
Nita menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal.
"sebenarnya Nita tak tahu pun la bila diaorang bercinta...tapi kalau Fiq nak tahu si Ara tu..riaknya bukan main lagi,masa hari dia bertunang tu punyalah berlagak...bila Nita tanya dia pasal Fiq dia terus marah-marah Nita...sampai hati"kata Nita mereka-reka cerita.
Taufiq menghadam segala yang diceritakan Nita padanya.
Taufiq diam lagi.
"Fiq tak percaya cakap Nita ke?betul...Nita tak tipu,sampai hati betul dia berlagak dengan orang-orang kampung,mentang-mentang dia nak kahwin dengan abang Fiq,kaya,kereta mewah semua ada sebab tu lah dia berlagak semacam je..."kata Nita lagi dengan suara sedih.
"entahlah Nita...hati Fiq ni macam disiat-siat,tak tahu macam mana nak hadam apa yang Fiq dengar sekarang,sampai hati betul Ara dan abang Fiq buat macam ni pada Fiq"kata Taufiq.
Nita menyembunyikan senyumannya.
"Fiq janganlah sedih erk?"kata Nita.tangan Taufiq diatas meja digenggamnya.
pantas juga Taufiq melarikan tangannya.
Nita merengus geram sendirian.
"Fiq kena tahu...bunga bukan sekuntum,lupakan lah Ara tu...cuba Fiq buka mata pandang orang lain,dia kan dah kecewakan Fiq"kata Nita.
Taufiq diam.
"Fiq betul-betul cintakan dia Nita"kata Taufiq
Nita mencebik.
"hairan betul Nita...punyalah Ara tu jahat macam tu,senang-senang Fiq cakap cintakan dia,dia dengan abang Fiq tu berpakat nak malukan Fiq tau,nak kecewakan Fiq"kata Nita
Taufiq memandang sinis pada Nita
"Fiq kenal siapa abang Fiq,dan Fiq jugak kenal siapa Ara,Nita jangan nak buruk-burukkan mereka"kata Taufiq
Nita telan liur.berdegup kencang hatinya apabila melihat wajah Taufiq yang merah kerana menahan amarah.
"Alah..Nita cuma nak Fiq tahu yang Nita sebenarnya sukakan Fiq,betul...Nita dah lama cintakan Fiq,Fiq tu....langsung tak nak pandang Nita,dari dulu sampai sekarang asyik Ara,Ara,Ara...dah takde nama lain,sampai sekarang dia dah kecewakan Fiq pun...Fiq tetap sayangkan dia"kata Nita penuh perasaan.
"maafkan Fiq Nita...Fiq dah anggap Nita macam kakak Fiq,tak lebih dari tu...sekarang Fiq nak balik"kata Taufiq terus bangun meninggalkan Nita.
"Fiq!!Fiq!!...nanti dulu"panggil Nita mengejar langkah Taufiq.
namun Taufiq sudah berlalu bersama keretanya meninggalkan Nita yang terjerit-jerit memanggilnya.
Taufiq memandu selaju yang mungkin.
dia tidak peduli lagi dengan kenderaan-kenderaan di laluan kiri dan kanannya.walaupun jalan raya menuju ke bandar itu sesak dengan pelbagai jenis kereta dan motor.
air matanya juga selaju kereta yang membawa dirinya.
segala janji-janji dan kata-kata yang diungkapkan Ara terngiang-ngiang di mindanya.
segala kata-kata ungkapan cinta mereka berdua suatu ketika dahulu kembali terlayar dimatanya.
tangannya sesekali menyeka air mata yang deras mengalir bersama kekecewaan.
dia memulas stereng kereta menuju ke arah destinasi yang tidak diketahui tempatnya.
biarlah dia membawa duka lara ini ke tempat yang lebih tenang.

opah mundar-mandir di ruangan rumahnya.jam bulat yang tergantung di dinding rumahnya dijeling.
"kemanalah perginya si Fiq ni...dah pukul dua pagi masih tak nampak jejak"kata opah sendirian.
dia duduk di atas sofa rumahnya.
tiba-tiba bunyi kereta memasuki perkarangan rumahnya.
lekas-lekas dia membuka kunci pintu kemudian keluar menyambut cucunya.
wajah sugul Taufiq ditatapnya.
Taufiq melangkah masuk setelah memberi salam.
Taufiq duduk di atas sofa.opah pulak duduk bertentangan dengannya.
suasana sunyi seketika.
"Fiq pergi mana ni? dah lewat-lewat baru nampak muka,selalunya Fiq tak macam ni tau"soal opah risau.
Taufiq meraup wajahnya yang kelelahan.
"sampai hati opah rahsiakan semuanya pada Fiq?apa salah Fiq opah?apa salah Fiq sampai Ara buat Fiq macam ni?berdosa ke Fiq pada abang sampai abang sanggup rampas kekasih hati Fiq jadi miliknya?"soal Taufiq bertalu-talu.
opah tunduk.
kini barulah dia mendapat jawapan kenapa wajah Taufiq begitu serabut.
"maafkan opah Fiq....opah tak sanggup nak bagitahu Fiq,opah nak Fiq tahu sendiri.jangan Fiq salahkan abang kerana dia langsung tak tahu pasal hubungan atau perkenalan antara Fiq dengan Ara,jangan juga Fiq salahkan Ara sebab meninggalkan Fiq,ini kerana dia juga ada hati dan perasaan,dia berhak memilih siapa yang akan menjadi imamnya kelak.opah dapat lihat kalau dulu Ara masih menantikan Fiq,tapi Fiq tinggalkan dia terkapai-kapai seorang diri tanpa khabar berita,perempuan mana yang percaya kalau suatu hari nanti lelaki yang meninggalkannya akan kembali mencarinya semula?Ara luahkan pada opah betapa dia rindukan Fiq tapi hatinya kuat menyatakan yang Fiq mungkin dah jumpa seseorang untuk menggantikan diri dia.atas alasan itu dia cuba melupakan Fiq dan meneruskan kehidupan dia"cerita opah bersama tangisan.
Taufiq menarik rambutnya dengan kedua-dua tangannya.
"tapi..salah ke kalau Ara tunggu Fiq sekejap?Ara sengaja mahu kecewakan Fiq sebab tu dia terima abang sebagai suami dia kan opah?"soal Taufiq.
"Tak...Ara tak akan buat macam tu,opah kenal dengan dia.dia juga tak tahu yang Tajdi adalah abang pada Fiq,sampai pada suatu hari mama dan papa jemput dia datang rumah.Ara melihat gambar-gambar yang ada diruangan keluarga.haritu barulah dia tahu siapa adik kepada Tajdi"kata opah.
Taufiq menggeleng kepalanya.
kepalanya terasa berdenyut seakan diketuk-ketuk oleh benda berat.
"Fiq kecewa opah...dah lama Fiq simpan hajat nak memperisterikan Ara,opah pun tahu kan?Fiq berazam mahu meminang Ara selepas balik dari Australia"kata Taufiq.
opah bangun lalu menghampiri Taufiq.bahu Taufiq diusapnya.
"bersabarlah Fiq...terima yang jodoh Fiq bukan dengan Ara,dia bakal jadi kakak ipar Fiq,Fiq terima qadak dan qadar Allah ye cu...?"soal opah.
Taufiq merebahkan kepalanya dibahu opah.
opah memeluk sayu cucunya itu.
"Fiq tak dapat terima opah..."luah Taufiq.
"sabar Fiq...ada sebab kenapa Allah rancang semua ni,yang penting Fiq kena terima yang Ara bakal kakak ipar Fiq dan bakal isteri pada abang Fiq"kata opah.
Taufiq hanya mendengar.air matanya kembali mengalir.
sudah puas dia menenangkan diri di pusat membeli-belah di tengah-tengah bandar.dari petang sehinggalah ke tengah malam dia hanya berteleku di bangku pusat membeli-belah itu.
entah bila masa dia tersedar yang jam sudah menjangkau ke tengah malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience