"Ara bangun cepat"panggil Zaiton sambil tangnnya menggoncang tubuh Ara yang kepenatan sedang tidur
matanya dibuka perlahan walaupun amat berat.
"Ya Allah..panasnya dahi dan badan kau Ara,kau demam ni"kata Zaiton
Ara cuba untuk bangun tetapi kepalanya tiba-tiba terasa berpusing
"jom aku bawa kau pergi klinik,kau demam panas ni?kata Zaiton
"aku tak apa-apa lah Ton,aku nak pergi tengok abang Taj,kau nak ikut tak?"soal Ara besuara serak
"kau tak sihatlah Ara,macam mana kau nak pergi? sekarang kau bangun aku bawa kau pergi klinik"kata Zaiton
Ara geleng kepala
"aku tak nak Ton,abang Taj perlukan aku"kata Ara
"kau ni degillah, macam mana kau nak jaga orang sakit kalau kau pun sakit"geram Zaiton dibuatnya.
"aku nak temankan abang Taj,mesti dia cari aku sekarang"kata Ara
"okay..sekarang macam ni,kau siap-siap aku bawa kau pergi klinik,lepas tu kita pergi hospital"kata Zaiton.
Ara angguk
"dah...kau boleh bangun tak ni?"soal Zaiton.
"boleh...kau tunggu aku di luar"kata Ara
Zaiton dengan berat hati keluar dari bilik itu.
Ara membuka matanya apabila sudah terasa sedikit selesa.
dia mencapai patung beruang yang menjadi penemannya setiap malam.
dia bangun dengan kudratnya menuju ke bilik mandi.
walaupun berapa kali ditegah oleh mak embon dan pak mad agar Ara tidak pergi ke hospital hari ini kerana kesihatannya.
tetapi Ara tetap dengan pendiriannya.
biarlah dia sakit bersama Tajdi.
mak embon dan pak mad hanya mengeluh sambil melihat kereta yang dipandu oleh Zaiton keluar dari kawasan rumah itu.
di dalam kereta Ara hanya bersandar sambil matanya dipejam.
Zaiton yang melihat semakin risau apatah lagi melihat rakan baiknya itu hanya diam tanpa sebarang bunyi.
"kau sabar erk..kita nak sampai dah ni"kata Zaiton.
sesampainya di klinik itu.Ara dibawa dengan kerusi roda yang disediakan di dalam klinik itu.
Ara dibawa ke bilik pemeriksaan.
Zaiton menunggu di luar.
beberapa minit kemudian seorang jururawat datang menghampiri Zaiton
"kawan cik ada dalam bilik dokter,cik boleh masuk"kata jururawat itu dengan lemah lembutnya.
Zaiton mengangguk serta senyuman.
dia masuk ke bilik yang dimaksudkan.
Zaiton melihat Ara berbaring di atas katil sambil tangannya dicucuk jarum untuk dimasukkan air dalam badannya.
Zaiton melempar senyum pada dokter wanita yang setia menantinya di meja kecil itu.
Zaiton duduk dihadapan dokter itu dengan tenang.
"ini kawan cik Tiara diandra binti Ahmad tarmizi ke?"soal dokter wanita tersebut.
"ye saya dokter,erm...ada apa-apa pasal kawan saya ke dokter?"soal Zaiton risau
"takde apa.cuma demam panas yang terlalu tinggi,saya dah masukkan air dalam badan dia.dan saya sarankan agar kawan cik rehatkan diri.badan dia terlalu lemah"kata dokter itu.
"dia tak cukup rehat dokter,risau saya takut jadi apa-apa"kata Zaiton dengan senyuman
"cik jangan risau,semuanya okay,cuma kawan cik kena makan makanan yang mempunyai banyak vitamin untuk aktifkan semula antibodi badan dia"kata dokter itu.
"memang dalam seminggu ni dia tak lalu nak makan dokter"
"its okay..lepas ni saya akan bagi dia ubat untuk badan dia pulih semula,kalau tak ada apa-apa cik boleh tunggu diluar,nanti nurse akan panggil untuk ambil ubat"kata Dokter itu.
"terima kasih dokter"kata Zaiton.
terus keluar dari bilik itu.
setelah menunggu lebih setengah jam.Ara menghampiri Zaiton yang sedang tersenyum menantinya.
"kau kenapa?"soal Ara pelik
"aku ada berita baik untuk kau"kata Zaiton
"apa dia?"
"keputusan pemeriksaan buah pinggang Fiq dah keluar tadi"kata Zaiton.
wajah Ara kelihatan teruja
"apa keputusan dia Ton?"soal Ara
"keputusannya adalah sesuai"kata Zaiton
Ara tersenyum senang.air matanya yang bertakungan segera diseka
"Alhamdullilah ya Allah,aku bersyukur sangat-sangat"kata Ara. tangannya meraup wajahnya.
"Fiq yang call bagitahu"kata Zaiton
"kau bawa aku ke hospital sekarang Ton"kata Ara
Zaiton mengangguk.
"kau serius nak ke hospital jugak?"soal Zaiton kepada Ara disebelahnya.
Ara hanya termenung memandang jalan raya dihadapannya.
tangannya yang ditampal kapas diusap perlahan.
"aku nak pergi Ton"katanya lemah
"kan mak kau tak bagi,lagipun badan kau lemah lagi?kata Zaiton
"aku nak temankan abang Taj"kata Ara
"yelah...tapi kau kena janji dengan aku satu perkara"kata Zaiton
Ara pandang Zaiton disisinya.
"kau kena makan,kau tengoklah keadaan kau sekarang,disebabkan kau tak makan badan kau dah lemah dah..so macam mana kau nak jaga abang Taj kau tu kalau kau pun sakit"kata Zaiton.
Ara tersenyum.dia angguk kepala tanda setuju.
Zaiton berjalan beriringan bersama Ara menuju ke bilik khas yang menempatkan Tajdi.
sesampainya mereka Ara terkejut melihat datin rose dan dato Tajjuddin serta Taufiq dan Kiyla berkumpul di dalam wad Tajdi
"Assalammualaikum mama...kenapa ni?"soal Ara sambil mencium tangan datin rose.
wajah datin rose jelas sekali menunjukkan kesedihan.
risau hati Ara dibuatnya.baru sahaja dia menerima khabar gembira dari Zaiton tetapi sekarang apa sudah jadi?
"waalaikumsalam"jawab datin rose.
bahu Ara dipeluknya
"kenapa dengan abang ma?"soal Ara
"dokter cakap,pembedahan tu tak dapat dilakukan dalam masa terdekat,sebab keadaan Taj terlalu lemah"kata datin rose.
air mata Ara mengalir laju ke pipi.
dia pandang wajah seorang ibu disisi nya.apa sangat sedih yang dia rasa berbanding datin rose.ibu yang melahirkan Tajdi.ibu mana sanggup mendengar khabar buruk pasal anaknya.
Ara menyeka air matanya.
"InsyaAllah ma...Allah akan permudahkan semuanya,mama sabar ye"kata Ara
Datin rose mengangguk.
semua yang disitu hanya memandang tanpa berkata apa-apa.
Ara sendirian didalam bilik itu.
sengaja mereka meninggalkannya di situ sementara mereka menunggu diluar termasuk Zaiton.
Ara menghampiri Tajdi.
air matanya sedaya upaya cuba ditahan.
tangan Tajdi yang sentiasa sejuk itu digenggam.
"abang...abang kuat ye? Ara dan yang lain semua tunggu sini,mama dan papa sedih bila nampak abang macam ni,abang bangun ye..jumpa kami,kami sentiasa tunggu abang untuk jumpa kami,kita kan dah janji nak jadi keluarga bahagia."kata Ara dengan suara serak.
"abang...sayang demam harini.sayang rindu nak dengar suara abang,bangunlah abang..."kata Ara perlahan.
Ara pandang wayar-wayar yang berselirat disekeliling Tajdi.
Ara duduk di atas kerusi yang disediakan.
surah Yassin dari dalam beg dikeluarkan untuk membaca seperti hari-hari sebelumnya.
tetapi tangan Ara terhenti untuk mengeluarkan Yassin apabila mesin tiba-tiba berbunyi laju.
Ara cemas.dia lihat Tajdi seperti ditarik ke atas apabila badannya terinjut-injut.
"mama..papa!!!"panggil Ara beserta tangisan.
semua yang diluar meluru masuk ke arah Tajdi
"kenapa Ara? Ya Allah Tajdi..anak mama"Datin rose sudah mengusap kepala Tajdi.
"pergi panggil dokter cepat Fiq"arah dato Tajjuddin.
"baik pa"kata Taufiq pantas berlari keluar
Air mata Ara sudah mengalir laju.disebelahnya Zaiton cuba menenangkanya.
Taufiq datang semula dengan seorang dokter lelaki berbangsa india,dan juga nurse yang bertugas.
"semua di minta tunggu diluar kejap ye"arah jururawat itu.
semuanya menurut arahan.
kecuali Ara.
"saya nak duduk dengan dia"kata Ara merayu.
Zaiton menarik Ara supaya keluar dari bilik itu.
Ara terus menangis apabila dia hanya dapat melihat dokter itu cuba menyelamatkan Tajdi.
datin rose memeluk Ara beserta tangisan.
beberapa minit kemudian dokter itu keluar dengan wajah yang muram.
"macam mana dengan abang saya dokter?"soal Taufiq yang juga risau.
dokter itu pandang pada setiap pasang mata yang memandangnya juga sekaligus mengharapkan jawapan yang positif darinya.
"dokter?"soal dato Tajuddin
"maafkan kami dato,kami tidak dapat menyelamatkan anak dato"kata Dokter itu.
mendengar ayat itu membuatkan tubuh Ara terus jatuh ke lantai.wajahnya merenung ke hadapan seakan tidak percaya.
dia melihat datin rose juga duduk disebelahnya sambil menangis.Zaiton yang sedang memimpinnya juga mengalirkan air mata.
dia melihat Taufiq memeluk papanya dengan sedih sekali.
tiba-tiba matanya menjadi gelap lalu dia langsung tidak sedarkan diri.
Dia mendengar suara-suara yang memanggilnya tapi terasa berat mulut mahu menjawap sekaligus matanya tertutup
"ya Allah"kata Ara dalam hati.
Share this novel