bab 84

Romance Completed 13382

"kau biar betul ni?"soal Ara.mulutnya mengunyah buah jambu air yang memenuhi pokok yang ditanam di depan rumah,apa salahnya sambil kena angin petang-petang petik buah dan makan?
"betullah Ara...."kata Zaiton yang turut join sekaki.
Ara menyelak rambutnya yang menutupi matanya kerana angin dari sawah.
"tapi...baru seminggu kita balik sini,tak kan aku nak tinggal mak dan ayah aku pulak?"
"alah...bukannya pergi ke luar negara cik ara oii...dasar anak emak betullah"kata Zaiton.
"tahulah.tapi....."
"tolonglah Ara...aku tak cukup tangan nak sediakan makanan untuk pelanggan aku,kau tahu tak semenjak aku buka balik makanan online ni....ramai pulak yang nak order"rayu Zaiton.
"apa yang kecoh-kecoh sangat ni?"sampuk mak embon yang datang membawa sejug air oren bancuhan.
Ara membuat isyarat pada Zaiton agar memberitahu emaknya.
Zaiton pulak menggeleng,mulutnya dimuncung ke arah Ara.
"eh..aku suruh dia yang cakap,aku pulak"kata hati Ara.
"tak payah nak main-main mata..cakap cepat"kata mak embon.
"err...mak embon....boleh tak kalau Ton nak ajak Ara tinggal dekat KL?"soal Zaiton dengan sengihan menayang garisan giginya.
"nak pergi buat apa?"
"err...Ton minta tolong Ara suruh bantu dia dalam bissnes"kata Ara
"bissnes apa?"
Ara dan Zaiton berpandangan.
"Ton jual makanan online"jawab Zaiton.
"ohh...mesti banyak order kan?"soal mak embon dengan senyuman.
"sebab tu Ton nak Ara bantu dekat sana,kami akan bekerjasama"kata Zaiton.
"baguslah kalau ada bissnes sendiri,walaupun kecil macam tu..nanti lama-lama meningkat naiklah"kata mak embon.
"Aminn...mak embon.....so macam mana?"soal Zaiton dengan senyuman.
mata Ara dan Zaiton sama-sama memberi perhatian pada mak embon.
"boleh...apa salahnya,daripada Ara duduk dekat kampung,baik dia duduk KL nanti mana tahu...mak embon dapat menantu awal"kata mak embon.
Zaiton tergelak kuat melihat muka masam Ara.
"apa mak ni....mak halau Ara la tu"kata Ara
"bukan halau....mak tahu Ara bosan duduk kampung,baik pergi tolong Ton...nanti bila rindu baliklah,dekat je...."kata mak embon.
"kau pulak macam mana Ara"soal Zaiton.
"dah mak aku bagi...maknanya,aku on lah"kata Ara.
Zaiton melepas nafas lega.lepas ni..tiada lagi masalah 'tak cukup tangan'.

Ara melihat rumah yang hampir tiga tahun dia tinggalkan.nampak lain walaupun sama.
"apa yang kau tenung lama-lama rumah tu? nampak hantu ke?"soal Zaiton sambil membawa keluar dua beg besar milik dia dan Ara dari kereta.
"ish...mulut kau"kata Ara.
Zaiton tersengih.
mereka sama-sama melangkah masuk.
"letihnya..."keluh Zaiton sambil membaringkan diri di atas sofa.
Ara juga duduk di sofa bertentangan.
"wehh...asal rumah jiran sebelah sunyi je?"soal Ara
"aku tak bagitahu kau ke?"soal Zaiton.
Ara geleng kepalanya.
"dah lama diaorang pindah..."
"lama mana?"
"sebelum aku ke korea lagi"
"maknanya rumah sebelah ni kosonglah?"soal Ara
"takde lah kosong....dua bulan kemudian aku dengar ada orang dah sewa"kata Zaiton.
Ara angguk kepala.
"aku naik mandi dululah..."katanya.
Zaiton angguk kepala.

dua minggu Ara pindah ke rumah sewa Zaiton semula,dua minggu jugaklah mereka sibuk,ke sana,ke sini untuk menerima order dan menghantar order.
bila malam menjelma baru lah...terasa lega.
Ara terlentuk kepalanya yang belum sempat dibuka tudung.dia terlena di atas sofa ruang tamu.
Zaiton melangkah menghampiri rakannya yang sedang lena.
Zaiton juga tidak kurang mengantuknya,tetapi digagahkan juga kerana waktu maghrib sudah menjelma.
bahu Ara digoncang perlahan.tahu kawannya itu penat.
"Ara...bangun"panggilnya.
"janganlah kacau aku Ton....aku ngantuklah"sungut Ara,dia mengubah posisi ke kanan.
"tahulah...tapi waktu maghrib dah masuk ni....tak baiklah tidur waktu macam ni"kata Zaiton.
"okay...sekejaplah"kata Ara lagi
"sekurang-kurangnya mandi,solat,makan..lepastu tidurlah"kata Zaiton.
Ara angguk kepala.
Zaiton berlalu menuju ke tangga untuk ke bilik.dia melihat Ara yang sudah berdiri tetapi mata masih lagi dipejam.
Zaiton tersenyum.

krriiingggg!!!!!!!
tangan Ara menjalar dari selimut ke jam yang sedang berdering di meja sisinya.terus jam itu berhenti bunyi.
Ara menyelak selimut yang membaluti keseluruhan badannya termasuk muka.
Ara membuka matanya.
"bestnya cuti hari ni......no kerja,no talking,no problems"kata hatinya.
Ara bangun dari tempat tidurnya.dia melihat jam yang menunjukkan pukul sembilan pagi.dia tersenyum senget.
dah bendera merah,buat apa bangun awal-awal?
dia berjalan menuju ke bilik mandi untuk mencuci muka.
Ara turun ke tingkat bawah dengan meninjau kepala ke arah dapur.bau tumisan nasi goreng penangan Zaiton memang menganggu orang nak tidur.
dia melihat Zaiton yang sedang sibuk mengacau nasi di dalam kuali membelakangnya.
Ara duduk ke meja makan.
"bikk....bila boleh makan sih bik? kok lama benar? aku udah laperr nihh,ayo dong..."kata Ara.
Zaiton memusingkan badannya.dia melihat sengihan Ara.
"amboii..kau bik kan aku ye? mentang-mentang cuti,pukul sembilan kau bangun"kata Zaiton.
Ara tergelak perlahan.
"mestilah....cuti kan?"
"mandi ke belum?"soal Zaiton sambil meletak semangkuk nasi goreng yang baru dikautnya di hadapan Ara.
"ermm........"Ara menikmati bau yang terhidang di depannya.
"tak mandi lagi lah ni"kata Zaiton.
Ara tersengih.dia menghulur pinggan kosong kepada Zaiton.Zaiton mencapainya lalu dibubuh nasi goreng ke dalam,dihulur kembali pada Ara.
"terima kasih Ton"katanya.terus dia menyudu nasi ke mulutnya.
"sama-sama"balas Zaiton.
"awal kau bangun?"soal Ara
Zaiton tersenyum malu.Ara terus merenung tajam rakannya.
"ni senyum-senyum ni....mesti ada udang sebalik batu"kata Ara
Zaiton tersenyum lagi.
"aku ada date dengan Ilham"kata Zaiton
"oo....patutlah semangat bangun awal...siap marah-marah aku kata bangun lewat"
Zaiton tergelak perlahan.
"alah....setahun lebih tak jumpa,mestilah rindu"kata Zaiton.
"oo...ni kira PJJ la ni...?"
"PJJ?"
"perhubungan.jarak.jauh"
Zaiton menjeling Ara yang tersengih.
"mestilah...saling merindui"
"pukul berapa kau nak keluar?"soal Ara
"pukul sepuluh"kata Zaiton.
Ara angguk.dia mengunyah nasi goreng di dalam mulut.
"tapi...barang-barang dapur pun nak kena beli"kata Zaiton.
"habis"
"kau tolong belikan boleh? pakai kereta aku,lagipun Ilham datang ambil aku kejap lagi"kata Zaiton.
"okay....tapi bagi senarai"kata Ara.
"aku dah letak atas meja di ruang tamu depan"kata Zaiton
Ara angguk.
"dekat mana kau selalu beli?"soal Ara
"dekat tempat biasa kita beli dululah...giant ke tesco ke...mana-mana pun boleh"kata Zaiton.
Ara berfikir sejenak.pada aku pergi giant yang jauh,baik aku pergi tesco,dekat pun dekat.

Ara memarkir kereta bersebelahan dengan sebuah kereta audi 8 yang berwarna merah hati.selesai meletak kereta Ara keluar bersama beg sandang yang digalas di bahu.di tangannya ada senarai barang yang patut dibeli.
Ara berjalan menuju ke pintu masuk bangunan tesco yang besar itu.
dimulakan dengan bahagian barangan basah,Ara memilih ayam,ketam,sotong,ikan dan udang.matanya tak lepas dari melihat sama ada makanan basah di sini masih baru atau sebaliknya,tapi ternyata memang memuaskan hati pembeli.nampak fresh sangat-sangat!
usai membeli di bahagia basah,dia menyorong troli menuju ke bahagian kering.
segala jenis rempah dan barangan dapur yang disenaraikan dikautnya.
"apa lagi yang tak cukup ni?"soal Ara.
dia melihat trolinya yang penuh dengan barang-barang.
"dah cukup ni...."katanya lagi.
jam di tangan dilihat.
"wauuu...cepatnya masa....dah dekat dua jam aku pusing-pusing sini?biar betul?"soal Ara.
dengan pantas,Ara menolak troli menuju ke kaunter pembayaran.

Ara memasukkan segala barang-barang dari troli ke dalam kereta.
habis saja barang dimasukkan.Ara mahu memulangkan troli,tapi lalu sahaja bersebelahan kereta audi 8 yang terparkir sebelahnya Ara mendengar suara seorang budak menangis.kakinya berhenti melangkah.liur ditelan kesat.
Ara lihat sekeliling.
"time-time macam ni lah...kau nak usik aku,aku dah takut ni...Ton!!!"kata Ara perlahan.
dia lekas-lekas meletak troli ke tempat sepatutnya.kakinya dilajukan ke arah kereta,tapi...belum sempat dia masuk matanya terlihat satu kelibat kecil di sebelah kereta audi 8 itu.
Ara memberanikan diri menghampiri.
semakin dekat semakin jelas suara tangisan itu.
Ara menghampiri secara senyap.tak mahu bunyi kasutnya mengganggu seseorang yang sedang menangis itu.
Ara berdiri betul-betul dibelakang orang itu.
Ara melepas nafas lega.
"lahh...budak rupanya,aku ingat hantu mana?"kata hati Ara.
dia melihat seorang kanak-kanak lelaki duduk memeluk lutut sambil menutup wajahnya dengan tangan lalu menangis.
Ara garu kepala.dia pandang sekeliling.
tak ada orang!
Ara duduk mencangkung bersebelahan kanak-kanak itu.
"adik.....adik kenapa ni?"soal Ara perlahan saja,tak mahu budak itu terkejut.
bahu kecil itu disentuh Ara.
budak lelaki itu memusingkan wajahnya ke arah Ara.Ara tersenyum ke arah wajah yang merah dibasahi oleh air mata.
terpaku seketika Ara apabila melihat wajah comel gebu itu,dengan mata yang bulat,dan...anak matanya berwarna coklat,hidung yang mancung dan bibir yang terbelah macam perempuan.
Ara terpesona sendiri.
Ara teliti lagi wajah itu.muka nak sama dengan..........
"papa...."kata kanak-kanak lelaki itu menyedarkan Ara.
"papa?"soal Ara
"pa..pa..."kata budak itu lagi.masih lagi gagap kerana usianya pada pandangan Ara dalam lingkungan setahun.
"mana papa adik?"soal Ara
kanak-kanak itu diam.
Ara pandang sekeliling.
"manalah mama,papa dia ni? ada anak tak tahu nak jaga...mujur tak kena culik"kata Ara sendirian.dia melihat sekeliling.
"pa....pa"kata kanak-kanak itu lagi.
Ara sudah buntu.dia mengambil keputusan untuk mendukung saja.mungkin cara itu dapat menenteramkan rasa sedih kanak-kanak itu.
seperti memerlukan perlindungan.kanak-kanak itu melentuk kepala ke bahu Ara.
rasa sebak menghimpit rasa hati Ara tiba-tiba.
"ye...kakak ada"kata Ara.belakang badan kanak-kanak itu diusapnya.
"Taj!!?"panggil satu suara dari belakang Ara.
Ara terkejut.
Taj!!!?
Ara memusingkan badannya.wajahnya pantas terkejut.tidak sangka! hari ini!
Tiada kata yang mampu Ara katakan.hanya mulutnya yang ternganga dan matanya membulat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience