bab 67

Romance Completed 13382

"betul ke apa yang abang cakap ni?"soal Ara sambil duduk di atas katil biliknya.
telefon diubah ke sebelah kiri.
"betul lah...tak kan abang nak tipu pulak?"soal Tajdi ditalian dengan gelak perlahan
"tak lah...Ara cuma terkejut je"kata Ara.
"tu lah...awalnya memang abang pun terkejut,sejak bila diaorang bercinta.tapi semalam dia buat pengumuman secara rasmi lagi"kata Tajdi
Ara gelak perlahan
"biarlah diaorang berkahwin..nanti Ara ada geng nak mengumpat"kata Ara
mereka berdua tergelak
"habis kalau Fiq tak kahwin dengan Kiyla memang takde geng la ni?"soal Tajdi
"tak..."jawab Ara panjang
"habis abang ni tak boleh masuk geng?"soal Tajdi
"no...abang lain,abang tak boleh masuk dalam bab-bab gosip ni"kutuk Ara
"amboii...sedapnya mulut"kata Tajdi
Ara gelak kuat
"gurau je lah..."kata Ara
giliran Tajdi pula gelak
"so...bila majlis mereka?"soal Ara
"sama dengan kita"
terkejut Ara dibuatnya.
"minggu depan?"
"yes...senang sikit mama nak uruskan sekaligus je"kata Tajdi
"ohh...mesti mama sibuk kan? Ara ingat nak tolong apa-apa yang patut tapi...ramai yang bantah takut kononnya bila bakal pengantin selalu berjumpa takut takde seri pengantin nanti..tak faham betul"rungut Ara
"betul lah apa yang diaorang cakapkan tu...kita mana boleh jumpa bermula dari hari ini sampailah minggu depan tau"kata Tajdi
"senang cerita abang balik rumah abang lah...boleh Ara bantu mama"kata Ara
"mana boleh...mama pula tak nak bagi abang tinggal asing dari dia..katanya biarlah seminggu dua ni sampai majlis bermula abang tinggal dekat sini je..."kata Tajdi
"ermm....ye ke?"kata Ara mengeluh
"tapi abang macam tak percaya je...tentang takde seri tu..kalau makeup nanti adalah serinya..."kata Tajdi
Ara tergelak mendengar kata-kata Tajdi
"lainlah bang...itukan macam adat orang-orang zaman dulu,kita ikut je lah"kata Ara
"okaylah..."balas Tajdi malas
"Ara letak fon dulu..."kata Ara
"lah...awal lagi ni"kata Tajdi
"Ara nak kemas-kemas bilik ni"kata Ara
"kenapa?"
"saja lah...kemas sikit-sikit,nanti kan Ara dah nak tinggalkan dia"kata Ara.matanya memandang sekeliling bilik yang sudah sebati dengannya dari hari pertama dia menjejak kaki di situ.
"okaylah...jaga diri"kata Tajdi
"abang pun"kata Ara
"assalammualaikum"
"waalaikumsalam"jawab Ara.
talian terus dimatikan.
dia meletak telefonnya disisi.
"Fiq nak kahwin ke?"soal Zaiton
Ara pandang ke arah pintu.Zaiton berdiri memandangnya.
Ara angguk kepala.
kaki Zaiton mula melangkah lalu duduk disebelahnya
"dengan siapa?"soal Zaiton
"dengan sepupu dia..Kiyla"jawab Ara selamba.tangannya lincah melipat baju-bajunya yang baru dibasuh dan dikeringkan.
"tiba-tiba je ni? jangan-jangan dia nak bagi kau cemburu kot...sebab tu dia nak kahwin cepat-cepat"kata Zaiton
"habis kau nak kata dia nak aniaya sepupu dia? tak lah Ton...aku rasa gembira sangat akhirnya dia pun dah boleh lupakan aku dan terima perempuan lain.mungkin apa yang aku cakap dekat dia minggu lepas mula berkesan dalam hati dia"kata Ara
"tarikh kahwinnya bila?"soal Zaiton lagi
"sama dengan aku dan Taj"jawab Ara
"erm...lagi musykil..macam ada udang di sebalik batu je"kata Zaiton dengan wajah curiga.
Ara gelak perlahan.
"kau jangan nak mengarut boleh tak?apa salahnya dia nak adakan majlis kahwin dia sama dengan abang kesayangan dia?cuba fikir positif sikit"kata Ara
"aku cuma pelik ...salah ke?"
"tak salah..cuma kau dah tuduh dia tau.berdosa je.."
"yelah...."kata Zaiton.
Ara tersenyum sambil menggeleng.

Ara tersenyum senang melihat baju pengantin yang ditempah khas oleh mama mertuanya yang akan dipakai pada hari pernikahannya esok.
baju yang bermanik yang bergemerlapan batu-batu swarovskinya memang tampak menarik pada mata siapa yang memandang.
hanya baju kurung biasa tetapi ditambah hujung kainnya agar sedikit labuh ke belakang.tangan baju pula dibiarkan lepas hingga ke pergelangan tangannya.
Ara tersenyum gembir sendirian.
"wahh wahh...tak sabar lah tu nak pakai"kata Zaiton di muka pintu.
Ara tergelak perlahan.
"mestilah...aku excited sangat.esok Ton...macam tak percaya aku akan mengalami rasa macam ni"kata Ara sambil menggenggam tangan Zaiton.
Zaiton juga tersenyum
"sabar lah...aku dah sediakan semua keperluan kau esok siap-siap.so...takde lah kita menggelabah pagi-pagi esok"kata Zaiton.
"thanks Ton....kau lah kawan aku"kata Ara
"dah lah..tak payah nak feeling-feeling dekat sini,jom turun mak kau panggil makan,dah penuh meja makan tu mak embon masak lauk kegemaran anak dia"kata Zaiton.
Ara tersenyum lebar.
"jom"kata Ara.
mereka sama-sama melangkah keluar dari bilik Ara.
Ara turun ke bawah menuju ke arah dapur bersama Zaiton.
bau masakan kampung yang sudah lama tidak dia rasai mula mengganggu hidung.
"banyaknya mak...mak masak makan tengah hari ke masak untuk kenduri ni?"soal Ara terkejut apabila dia melihat pelbagai jenis lauk-lauk kampung terhidang atas meja sederhana besar itu.
dari masakan ayam sampailah ke masakan laut.ada ikan siakap,udang,sotong,ketam dan macam-macam.patutlah dia dan Zaiton nak tolong betul-betul mak tak bagi.
mak embon tersenyum apabila ditegur anaknya
"biasa lah...apa salahnya mak masak lebih sikit"kata mak embon.
Zaiton tersengih mendengar jawapan mak embon.
pak mad pulak dari tadi sudah bersedia di kerusi hujung sebagai ketua.
"yelah...kalau Ara tahu mak nak masak banyak-banyak macam ni....boleh Ara panggil satu taman rumah ni datang makan"kata Ara.
terdengar tawa mereka yang lain.
"alah...harini kan hari special"kata pak mad dengan senyuman penuh misteri.
Ara dan Zaiton berpandangan.
kening masing-masing terjungkit-jungkit.
"apa yang istimewanya pak mad?"soal Zaiton meminta kepastian.
mata kami terpaku pada ayah seorang.
"hari ni ada tetamu istimewa"kata mak embon.
semakin pelik Ara dibuatnya.
"siapa mak?"soal Ara
"tunggu je...."kata pak mad.
Ara tersenyum dengan kerenah mak dan ayahnya.
"main rahsia-rahsia pulak"kata Ara geram.
dia mencedok nasik masuk ke dalam pinggan untuk semua orang.
"lagi satu...mak dan ayah nak keluar tau kejap lagi"kata mak embon
"pergi mana?"soal Ara
"mak nak pergi tolong datin rose apa-apa yang patut.dekat hotel tu walaupun semuanya dah selesai mesti ada yang kita boleh tambah-tambah lagi.mama Taj yang akan jemput mak dan ayah"kata Mak embon.
Ara yang sedang meneguk minuman beraisnya hampir tersedak.
Zaiton menggosok-gosok belakang badannya dengan ketawa jahat.
Ara menjeling Zaiton.
mentang-mentang aku cepat gabra bila mama datang dia boleh gelakkan aku!
"mama nak datang? maksudnya itulah tetamu kita?"soal Ara
mak embon mengangguk.
pak mad pelik melihat reaksi anaknya
"kenapa?Ara tak suka ke?"soalnya
"bukan tak suka lah ayah....cuma Ara terkejut je,mama tak bagitahu Ara pun dia nak datang"kata Ara
"saja lah tu...."kata mak embon
Ara menilik pakaiannya saat ini.
mujurlah dia memakai baju tshirt labuh berwarna biru dan seluar jeans hitam.dibuatnnya dia pakai baju tshirt berlengan pendek tak ke haru, bukan apa depan mak mertua kena tunjuk sopan sikit hehehe...
"Assalammualaikum"suara pemanggil diluar pintu rumah.
"hah tu..Ara cepat pergi buka pintu"kata mak embon.
Ara bangun dari duduknya.
rambutnya yang diikat satu dikemaskan.
"waalaikumsalam"jawab Ara.pintu dibuka.
tersembul wajah datin rose dan dato Tajjuddin dengan senyuman manis.
Ara membalasnya.
"mama,papa sihat?"soal Ara mencium tangan keduanya.
"Alhamdulillah sihat...cuma ada orang lain yang tak sihat,demam rindu"kata datin rose dengan ketawanya.
Ara tersenyum masih tidak memahami kata-kata bakal mama mertuanya itu
"siapa tu ma?"soal Ara
"siapa lagi...tu"kata datin rose memandang ke arah garaj kereta dihadapannya.
Ara memusing wajahnya.dia tersenyum malu apabila melihat Tajdi yang tampak tampan dengan baju tshirt polo berwarna merah hati dan jeans hitam.
"jemput masuk mama,papa"kata Ara.
dia mempersilakan datin rose dan dato tajjuddin ke dalam rumah sewanya.
"err...mama dan papa masuk dulu,Ara nak panggil abang"kata Ara malu-malu.
"yelah...tapi jangan lama-lama"kata dato tajjuddin bergurau.
Ara ketawa perlahan sambil menggeleng.
Ara melangkah menuju ke arah Tajdi yang tersenyum menanti kedatangannya.
Ara berdiri betul-betul berhadapan dengan Tajdi yang agak tinggi darinya.
terasa lega hati Ara apabila dapat berpandangngan mata dengan Tajdi.terbuang segala rasa rindu dalam hatinya walaupun baru seminggu mereka tidak bertemu.
"miss you"kata Tajdi dengan romantik
"love you"balas Ara
"rindu abang pada sayang...seminggu rasa macam bertahun"kata Tajdi
mereka sama-sama tergelak
"kenapa nak datang tak cakap?terkejut Ara"kata Ara
"saja...nak buat suprise"kata Tajdi
Ara tersenyum malu
"mama tak marah ke kita jumpa?"soal Ara
"marah juga...tapi abang pujuk dia,you know me..takde siapa tak kan cair bila dengar pujukan abang...termasuk future wife dekat depan abang ni"kata Tajdi
Ara diam matanya tidak lepas dari merenung wajah tenang dihadapannya itu.
"kenapa pandang abang macam tu?"soal Tajdi
Ara tunduk malu
"tak tahu..tapi rasa tenang bila setiap kali Ara pandang muka abang..abang pakai ilmu apa ni?"soal Ara
Tajdi tergelak
"ilimu kasih sayang dan cinta untuk sayang"kata Tajdi.
mereka sama-sama ketawa
"ready for tomorrow?"soal Ara
Tajdi mengangkat tangan kanannya menunjukkan ketulan-ketulan pada lengannya.menandakan yang dia bersedia.
Ara hanya ketawa dengan reaksi Tajdi
"sayang tanya abang dah ready ke belum...ada pulak dia tunjuk sado dengan tangan dia tu"kata Ara
Tajdi tersenyum
"ia menunjukkan yang abang hundred percent ready"kata Tajdi
"okay....."
"kejap lagi kita keluar"kata Tajdi
"pergi mana?"
"jalan-jalan sebagai kekasih sebelum bertukar status"kata Tajdi
Ara berfikir seketika
"fikir apa lagi?"soal Tajdi
"fikir nak pakai baju apa"jawab Ara dengan gelaknya.
mereka sama-sama ketawa
"jom masuk...mak masak macam-macam tu abang sekeluarga"kata Ara
Tajdi angguk lalu menurut langkah Ara masuk ke dalam rumah.
rumah sewa yang kecil itu seakan satu restourant besar apabila suara masing-masing bercakap dan bersembang.
Ara yang duduk bersebelahan dengan Tajdi sesekali tersenyum malu apabila diusik oleh mereka yang lain.
"nak keluar pergi mana?"soal datin rose yang sedari tadi banyak betul topik bersembang dengan mak embon.
"jalan-jalan je ma..."jawab Tajdi
"tapi jangan lama-lama..tak elok orang tua-tua cakap"kata datin rose
"betul tu datin...bukan apa,esok kan dah nak bernikah...jadi harini cukup sekadar jumpa sekejap je..nanti nak jalan-jalan berhari-hari pun boleh"sokong mak embon.
Ara tersenyum.begitu juga Tajdi
"sekejap je...mama dan mak tak kisah kan?"soal Tajdi masih lagi mahu memujuk
"biarlah budak-budak ni keluar...esok dah nak nikah dah"kata pak mad
"luangkan masa sebelum status tukar"kata dato Tajjuddin.
aik!!macam copy past ayat Tajdi pulak.
Ara tersenyum malu.
Zaiton disebelahnya yang dari tadi hanya menjadi pendengar menguis-nguis tangan Ara.
dia pusing pada Zaiton
"gila sporting bapak mertua kau"bisik Zaiton.
Ara menjegilkan matanya dengan senyuman pada Zaiton.
Zaiton tersengih-sengih.
"kalau aku jadi mak mertua tiri kau okay tak?"soal Zaiton.
Ara menahan ketawa
"tak nak aku ada mak mertua tiri macam kau...habis Ilham kau nak campak mana?jadi PA kau?"soal Ara
Zaiton tersengih-sengih
"gurau je....gila kau aku nak buang Ilham yang sekian lama aku tunggu tu and one more thing aku pun tak nak ada anak tiri macam kau"kata Zaiton
mereka sama-sama ketawa tetapi sekadar perlahan takut mengundang pertanyaan semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience