keesokannya kemudian,fifi menepati janjinya lagi dengan membawa Ara dan Zaiton mengunjungi Masjid Al-Fattah juga di busan.masjid ini terletak berdekatan dengan stesen Dusil exit 8.memang betul-betul mengkagumkan para pengunjungnya.dengan senibina yang menarik.masjid ini terletak di geumjeong-gu,busan.
memang menarik.masjid ini sentiasa ada umat islam yang datang untuk menunaikan solat sama ada siang ataupun malam.boleh dikatakan setiap waktu ada sahaja umat islam yang datang.
Ara menala cameranya ke arah pintu gerbang besar masjid itu.sungguh cantik.tersentuh hatinya saat tangannya menyentuh ukiran-ukiran kayu.
air matanya yang bertakungan diseka.
"ya Allah...sungguh indah nikmatmu"kata Ara dalam hati.
seterusnya mereka memulakan langkah menuju ke BIFF square ataupun dikenali dengan busan international film festival.
banyak betul barang-barang yang dijual di sini,memang khas untuk kaki shopping.makanan juga tak kurang hebat.salah satu makanan yang mereka cuba adalah Hotteok iaitu makanan korea yang diletak kacang,serbuk cinamon dan bijan.memang sedap.
Ara sempat membeli beberapa pasang baju untuk emak dan ayahnya di kampung.Zaiton pulak hanya lebih tertumpu pada makanan.huhuhu...memang kaki makan betul!!
berjalan meronda ke sana,sini memang betul-betul meletihkan segala otot kaki dan sendi.
balik sahaja ke hotel terus mereka merebahkan diri masing-masing ke katil,memang tak mampu nak buka mata lagi,esok mereka akan check-out dari hotel ini,dan pulang semula ke seoul.
Ara terjaga semula apabila waktu di handfonnya sudah menandakan waktu subuh.
dia bangun dari pembaringannya.
fifi dan Zaiton tidak dikejutnya kerana awal-awal lagi mereka naikkan bendera merah.
usai menunai solat subuh.Ara mengaminkan doanya.dia melipat sejadah dan telekung.dia berjalan ke balkoni yang diterangkan dengan cahaya lampu neon.
tubuhnya dipeluk erat.
walaupun musim sejuk beransur pergi auranya masih lagi terasa di kulit.
memang sejuk.
Ara melihat pemandangan ke arah bangunan-bangunan tinggi pencakar langit.dah macam Malaysia.waktu malam sampai ke pagi,masih sibuk dengan kenderaan.
Ara merenung langit yang gelap.
"ya Allah,kau ampunkan dosaku, pelihara aku dan keluargaku,berikan aku kebahagiaan yang sejati.andai akan ada suatu hari nanti seorang lelaki yang ikhlas mencintai aku...kau bukakanlah pintu hati kami untuk menerima diri masing-masing.tapi...andai jodohku bukannya di dunia,aku terima dengan hati yang redha.aminn"ucap hati Ara.air mata yang gugur di pipinya diseka.
2 tahun kemudian......
Ara memeluk mak embon seerat yang mungkin,rindu yang bertakungan selama dua tahun kini dia dapat meluahkannya.air mata mak embon disekanya dengan jari.
"kenapa mak nangis?"soal Ara.ada getar di suaranya tapi dia menahan dari mengalirkan air mata.
"mak sampai tak kenal Ara"kata mak embon.
pak mad yang baru pulang dari kebun berjalan ke arah isterinya dengan seorang perempuan yang bertudung.
"siapa tu?"soal hatinya.
dia melangkah ke arah isterinya.
"embon?"panggil pak mad.
keduanya menoleh ke arahnya.
"ayah!!"panggil Ara.dia mendapatkan pak mad,tubuh tua itu dipeluknya.
"Ara...Ara dah balik nak?"kata pak mad dengan gembira.
Ara angguk kepala.
dia tersenyum senang.
"anak kita dah balik bang..."kata mak embon.
"kenapa tak cakap dekat ayah?boleh ayah pergi ambil dekat KLIA"kata pak mad.
"Ara tumpang Ton...."kata Ara.
"dah...jom naik atas,ayah busuk ni,baru balik dari kebun"kata pak mad.Ara tergelak mendengar kata ayahnya,busuk apanya?busuk-busuk getah itulah yang membesarkannya.
Ara dan mak embon beriringan masuk ke dalam rumah.
"kenapa tak cakap nak balik,kalau tak mak dan ayah boleh datang ambil"soal mak embon.
Ara tersenyum.
"alah...Ara nak buat suprise,lagipun kebetulan Zaiton pun balik sekali,Ara naik je teksi dengan dia"kata Ara
"lama sungguh Ara dekat sana,mak Ara ni...setiap hari teringat"kata pak mad.mengambil tempat di hadapan Ara dan mak embon.
"awal tu...memang nak balik dah,tapi kesiankan fifi...dia buka temuduga untuk ganti tempat Ara,banyak sangat orang datang....Ara dan Zaiton pun tolong dia lah,bila dah buat pemilihan secara betul,barulah jumpa..Ara ajar dia sikit-sikit,lepastu barulah Ara balik"kata Ara
"erm....sekarang dah jumpa orang yang sesuai?"soal mak embon.
"dah.."
"mak perasan anak mak ni....dah berubahlah"kata mak embon.
Ara tersenyum.
"alhamdulillah lah.... Ara dah bertudung"kata pak mad.
"Ara nak cuba jadi lebih baik mak,ayah"kata Ara
"baguslah....sekarang,pergilah rehat...nanti keluar makan,kebetulan pulak mak masak makanan kegemaran Ara hari ni..."kata mak embon.
"masak lemak ayam?"soal Ara terkejut.
mak embon angguk kepala.pak mad sudah tergelak perlahan.anaknya ini tak pernah berubah kalau bab makanan kegemarannya.
"erm....Ara nak makan sekarang boleh mak?"soal Ara dengan senyuman.
"boleh...jomlah terus ke dapur..kita makan sama-sama"kata mak embon.
dengan perut yang lapar Ara melangkah bersama mak dan ayahnya ke dapur.
Ara menyusun semua baju-bajunya ke dalam almari semula.segala baju baru yang dibeli atau baju-baju yang sudah bertahun dimilikinya.sayang nak buang...
Ara menyelak rambut panjangnya yang menutup mata.
"banyak lagi ke nak kena kemas?"soal mak embon tiba-tiba.
Ara tersenyum.mak embon mengambil tempat di sebelah anaknya.
"sikit je mak...."jawab Ara sambil tangannya lincah menyusun baju.
"dah nampak lain Ara sekarang"kata mak embon.
Ara mengerutkan keningnya.dia tergelak perlahan.
"lain apa mak....? Ara ada hidung macam dulu,mata macam dulu,muka macam dulu....yang lainnya Ara bertudung"kata Ara.
bahu emaknya dipeluk erat.kepalanya dilentuk ke bahu emaknya.
"lain maksud mak...Ara tu,nampak lebih matang,nampak macam dah betul-betul besar"kata mak embon.
"okay....mak nak kata sebelum ni Ara macam budak-budak?"soal Ara.
mak embon tergelak perlahan.
"tak lah.....cuma Ara nampak serius sikit,dan mak dapat nampak cahaya muka Ara tu lain"kata mak embon.
"apa-apa je lah mak...."kata Ara dengan senyuman.
"ermm....mak,Ara nak tanya sikit boleh?"soal Ara
"tanyalah"kata mak embon.
"Fiq dan Kiyla mesti dah dapat baby kan? masa Ara nak ke sana,Kiyla baru lagi...tapi ni dah dua tahun,mesti comel kan anak diaorang? lelaki ke perempuan mak?"soal Ara teruja.
tak sabar dia mahu berjumpa dengan Kiyla dan Taufiq,nak ucap tahniah sekaligus nak tengok si kecil yang comel.
wajah mak embon sedikit lain.Ara dapat lihat wajah emaknya berubah.
"kenapa mak?"soal Ara
mak embon tersenyum sedikit.dia tunduk kemudian pandang ke wajah Ara semula.
"Fiq dan Kiyla dapat anak yang comel sangat Ara..."kata mak embon.
tersenyum lebar Ara.
"betul ke mak? kan Ara dah kata...lelaki ke perempuan?"soal Ara
mak embon tunduk lagi,wajah serba salah.
"er...lelaki"kata mak embon.
"mesti comel sangat kan mak?"kata Ara
mak embon tersenyum senget sambil mengangguk.
"err....Ara"
"ye mak?"soal Ara.dia pandang wajah serba salah emaknya.Ara menanti dengan sabar.matanya dan mata mak embon bertentangan.
"err...ermm..sebenarnya.......
krinnnggg!!!!krriiinnggg!!!
Ara mencapai telefon bimbitnya.terhenti seketika percakapan mak embon.
Ara tersenyum melihat nama si pemanggil.
"err....Ara jawab call dulu ye mak"kata Ara.
mak embon tersenyum dan angguk kepala.
Ara bangun agar menjauh sedikit dari kedudukan emaknya.
"hello fifi!!"kata Ara dengan ceria.
mak embon tersenyum melihat wajah ceria anaknya.
dia bangun lalu keluar dari bilik Ara.
mulutnya berat untuk mengungkapkan.tapi...anaknya wajib tahu.
mak embon melihat ke arah Ara lagi.tiba-tiba tanggannya disentuh dia memusingkan wajah ke arah pak mad yang berdiri di sebelahnya.
wajah serius pak mad dilihatnya.pak mad menggelenglan kepala.
mak embon mengerti.lalu dia mengangguk faham.
pak mad berlalu pergi ke arah ruang tamu di depan,meninggalkan mak embon.
"mak...mak nak cakap apa tadi?"soal Ara yang muncul dari biliknya.
mak embon memaniskan wajah.dia tersenyum.
"takde apa...ni,petang nanti mak dan ayah nak ke dusun,Ara nak ikut?"soal mak embon.
"ada buah ke mak?"soal Ara
"ini kan musim buah-buahan....lupalah tu"kata mak embon.
Ara tersengih-sengih.
"okay....Ara nak ikutlah"kata Ara.
"kalau macam tu....mak pergi sediakan bekal untuk kita"
"okay...nanti Ara habiskan semua ni,Ara tolong mak"kata Ara.
mak embon mengangguk.
Ara masuk semula ke dalam biliknya.
membuntang mata Ara apabila melihat pelbagai jenis buah-buahan yang menjadi pada tahun ni.selalunya setiap tahun ada saja pokok yang kurang berbuah,tapi...tahun ni menjadi-jadi betul,mungkin nak sambut kepulang Ara balik.
Ara tersengih sendiri.
tangannya mencapi rambutan yang tergantung didepan mata.tak susah..hanya petik je,macam buah strawberry.
Ara mengunyah buah rambutan yang ranum dan manis itu dengan berselera.
"ish...makan tu duduk"tegur mak embon.
Ara tersengih lagi.
"tak sabarlah mak....banyak betul jadi kan?"kata Ara
"tu lah...tahun ni banyak pula buahnya,dah...jom kita pergi duduk dekat pangkin,nanti ayah bawak durian pulak"kata mak embon.
Ara angguk kepala.sementara itu dia mencapai seranting buah rambutan yang berwarna merah terang untuk dibawa ke pangkin yang dibuat di tengah-tengah dusun.
Ara duduk bersila di depan emaknya.pak mad pula sudah lama menghilang kerana mencari buah-buah durian yang jatuh ke tanah.
"sekarang takde musim orang curi buah ke mak?"soal Ara
"ada juga...tapi polis selalu buat rondaan untuk tangkap penagih dadah yang dok curi barang-barang orang kampung ni..."jawab mak embon.
Ara terangguk-angguk.
"tapi kan mak...budak-budak yang kena tahan tu..bila keluar je pusat serenti diaorang buat balik perangai lama...macam tak menjadi je"kata Ara
"tak tahulah Ara...sesetengah je kalau jadi macam tu pun..."
Ara diam.suasana sepi seketika.Ara menikmati bunyi burung di atas pokok.aishh...baru dua tahun dekat korea dah rindu habis,macam manalah orang lain yang sambung belajar ke luar negara?
"Ara....dekat sana selalu jalan-jalan?"soal mak embon
Ara mengalih pandangan pada emaknya.
"kadang-kadang je mak....itupun bila fifi tu free,kalau nak harap Ara jalan sorang-sorang tak tahu arah tuju jalan nak kemana"kata Ara dengan gelaknya
mak embon tersenyum.
"mestilah dia sibuk...dia kan ada butik"kata mak embon.
"tu lah...tapi tempat-tempat yang fifi bawa Ara pergi tu memang best...Ara rasa kalau bawa mak ke sana,mesti mak nak tinggal sana terus"kata Ara
"patutlah tak ingat mak dengan ayah dekat Malaysia ni"kata mak embon.
Ara tergelak besar.
"tak lah mak....mestilah ingat"kata Ara.
"fifi tak balik sini ke?"soal mak embon.
"tak rasanya....sebab mummy dan daddy dia ada dekat Amerika sekarang,dia pulak sibuk dengan butik,tapi dia cakap...kalau Ara atau Ton yang kahwin dia akan jadi orang pertama yang terpacak berdiri di depan pintu rumah"kata Ara terus dia ketawa terbahak-bahak.apa punya fifi!
mak embon juga tergelak perlahan.
"kalau macam tu tak lambat dah la...."kata kata mak embon.
mendengar itu terus ketawa Ara mati tiba-tiba.
"tak lambat? Ton nak kahwin ke mak?"soal Ara.
mak embon tersenyum simpul.
"Ara lah...."katanya.
Ara tergelak perlahan.
"apa mak ni...? calon pun takde lagi,kahwin apanya"kata Ara.
"sebab takde lah kena cari...sampai bila nak duduk sendiri?"kata mak embon.
"belum sampai seru lah mak..."kata Ara
"habis bila nak sampainya? umur awak tu...dah 25 tahu?"
Ara tersenyum.
"nantilah mak....belum sampai masa"kata Ara
"cari dulu...kenal hati budi,lepastu baru buat keputusan...ini tak,cari pun belum"kata mak embon.
"nantilah mak...bukan senang nak cari yang betul-betul ikhlas"
"mak tak apa.....cuma Ara tu,tak kan dah tak nak fikir masa depan..nanti mak dah tutup mata,sekurang-kurangnya ada juga yang jaga Ara"kata mak embon.
Ara memandang emaknya.
"apa mak cakap macam tu....."kata Ara
"betullah"
"yelah...yelah...mak betul,nanti Ara cari ye mak...."kata Ara dengan senyuman.
mak embon tergelak perlahan.
"banyak buah ni luruh"suara pak mad tiba-tiba mencelah.dia membawa kereta sorong yang terisi dengan selonggok buah durian.
"wahh...banyaknya ayah"kata Ara teruja.
"rezeki kita tahun ni....selalunya tak banyak macam ni"kata pak mad.
mak embon dan Ara cepat-cepat membantu mengalih buah-buah itu ke atas pangkin.pak mad mula membuka kulit salah satu durian yang ada,bau yang semerbak dari durian menjadikan perut Ara semakin berbunyi dengan kuat,apatah lagi melihat warna kuning isi raja buah itu yang menggebu.pergghh!!! memang terancam bagi penggemar durian macam Ara.
Share this novel