bab 29

Romance Completed 13382

semenjak kejadian lamarannya ditolak dan diminta waktu oleh Ara dia cuba mendekatkan dirinya pada si empunya hati.
disangkakan Ara akan menjauhkan diri darinya.tapi tak disangka Ara masih beriaksi seperti tiada apa-apa berlaku antara mereka.
sungguh dia kagum dengan Ara.
kalau wanita lain,mesti semakin melarikan diri jika sudah tidak mahu.tapi Ara masih bergurau senda dengannya.
jangan-jangan Ara juga sukakannya.
Aishh...Tajdi,jangan perasan sangat lah.
dia menyimpul senyum sendirian.
jauh dirinya mengelamun tentang cinta yang indah.
walaupun sudah seminggu masih tiada kata putus dari Ara.
dia masih menunggu.tetap menunggu.
walau apa pun jadi,dia mesti dengar sebarang kata-kata keputusan dari Ara.
debar hati dah macam nak tunggu kelutusan periksa pulak.
harap-harap markahnya nanti A++++ lah..
seperti keputusan periksanya yang selalu mengkagumkan keluarga.
"dah...lama mama tak nampak Taj senyum macam ni"kata Datin rose muncul bersama Dato Tajjuddin dari dapur.
mereka duduk disofa bertentangan dengan Tajdi.
Tajdi tergelak perlahan.
Datin rose dan Dato Tajjuddin berpandangan dengan senyuman misteri.
"apa ni...kalau ada berita gembira,share lah...sharing is caring right?"kata Dato Tajjuddin.
"tak ada lah pa...saja je"jawab Tajdi.
"mana ada takdenya...ni mesti ada,cakap lah"Datin rose.pula memain peranan.
"Taj...senyum sebab Taj dah berjaya,berjaya membantu papa dalam menguruskan syarikat,rasa bangga pada diri sendiri"kata Tajdi mengelak dari jawapan sebenarnya bocor.
"betul ke ni?"soal Datin rose.
Dato Tajjuddin tergelak.
"betullah ma..pa..,habis Taj nak gelak sebab apa pulak?"soal Tajdi
"bukan sebab Ara?"soal Dato Tajjuddin.
kali ini Tajdi pasti.dirinya bakal dijadikan bahan usikan.
dia tersenyum malu.
"ermm...mama dah syak"
"takde lah mama..."
"kenapa nak sembunyikan benda baik?papa tengok korang agak rapat jugak,kadang-kadang tu sampai tergelak-gelak"kata dato Tajjuddin.
"kami tak serapat mana pun papa...sekadar pekerja dan majikan lagipun..."kata-katanya tergantung.
"lagipun apa?"soal datin rose.
Tajdi tersenyum.
"takde apa lah ma...ermm..Taj naik dulu"katanya cuba untuk mengelak.
pantas dia berjalan ketangga.
datin rose mengeluh apabila melihat anaknya merahsiakan sesuatu darinya.
Dato Tajjuddin hanya menjungkit bahu.
No komen!

Ara duduk termenung kegelapan malam di tingkap rumah yang disewa.
jalan tar kecil yang menghubungkan beberapa buah rumah lain di taman itu sentiasa sunyi bila tiba pukul sepuluh malam.
"kau tenung sapa dalam gelap tu....dari kau tenung jalan yang tak ada apa tu...baik datang sini layan train to busan dengan aku ni ha...boleh jugak usha mamat korea ni,kau kan suka mamat-mamat korea ni...apa kau kata,ermm...jejaka paling comel di dunia"kata Zaiton menjeling memandang sahabatnya seketika sebelum meneruskan tontonan.
Ara mengeluh.dia bingkas bangun lalu duduk disebelah Zaiton.
fizikalnya memang dia menonton TV tapi mentalnya..menerawang kepada Tajdi.
si inchi bos yang secara tiba-tiba,jangankan angin,ribut pun tak ada tau-tau melamarnya untuk dijadikan isteri.
isteri?kalau jadi cleaner ke..tukang cuci baju dia ke..boleh aku jawab terus.
ini soalan dah macam soalan bawa bala.
rasa hatinya berbelah bahagi.memang dia sudah mula sukakan bosnya itu...seorang yang ambil berat.dan rasa selesa bila ada dekat dengan bos.adakah itu cinta jugak?macam mana dengan Fiq?Fiq masih tunggu dirinya lagi?atau sudah berkeluarga?langsung tak ada khabar berita.
dia mengeluh lagi.
kali ini Zaiton mula mengambil serius masalah kawannya itu.
"kau ada masalah ke?"soal Zaiton.
Ara memandang Zaiton.
sudah seminggu lamaran dari bos berlalau macam tu saja.dia malu nak bagitahu pada rakannya seorang ini.nanti dijadikan bahan usikan.
Ara geleng kepala.
"alah...nak rahsia konon,kau tak percaya dekat aku ke?"soal Zaiton.agak kecewa.
"ini masalah lainlah Ton..."jawabnya perlahan.
"kau ni...kau macam kenal aku semalam je kan?sampai hati...aku ni dari dulu lagi,time main pondok-pondok dengan kau,aku lah jadi pendengar setia kau tahu tak?"kata Zaiton.
Ara memandang sahabatnya yang seakan merajuk.
"aku...aku..."
"Cepatlah..aku..aku..sampai bila nak aku je..."gesa Zaiton.
"aku dilamar"jawab Ara.
ternganga mulut Zaiton dilihatnya.teruja atau marah atau terkejut?
"kau serius beb?"soalnya.
Ara angguk perlahan.tiada masa untuk merasa teruja seperti Zaiton.
tapi setengah hatinya seakan sedang dilamun cinta dan bahagia.
apa rasa tu?
"dengan siapa?setahu aku dekat office kau takde mesra dengan mana-mana lelaki,bila masa kau bercinta ni?sampai hati tak cakap"kata Zaiton.
"aku memang tak rapat dengan mana-mana lelaki dekat office tu,kenal pun tak,aku masih baru lagi"kata Ara
"betul jugak...kau rapat pun dengan bos je..itupun sebab kau PA dia"kata Zaiton.
dengan gaya berfikir.matanya dinaikkan keatas.
Ara diam,malas mahu menerangkan.
"arghhh!!!!"jerit Zaiton tiba-tiba.
Ara pantas terlentang kebelakang akibat terkejut dengan jeritan nyaring tiba-tiba Zaiton.dia mengurut dadanya yang berombak.benar-benar tidak disangka Zaiton akan menjerit sebegitu.
"kau apasal...jiran-jiran nak tidur lah!!"marah Ara.
dia kembali duduk tegak.
Zaiton pulak tersyok sendiri.
dah macam tengah tunggu bola nak masuk ke jaring gol pulak gayanya.
"kkkau..jjangan cakap bos yang llamar kau?"kata Zaiton.
"sejak bila kau gagap ni?"soal Ara.
"cepat Ara"gesa Zaiton.
Ara diam.perlahan-lahan,dia angguk.
makin berseri wajah Zaiton.
"bila?dimana?masa mana?aku tak tahu pun...dah lama ke?macam mana dia lamar kau?"soal Zaiton bertubi-tubi.
"banyaknya soalan kau..."
"cepatlah Ara..cerita dekat aku"
"dah seminggu..."
"what!!"terkejut Zaiton.
Ara menutup telinganya takut dia sesak nafas lagi.
"dah seminggu...tapi kau rahsiakan dari aku?inilah kawan...."kata Zaiton memeluk tubuh.dia memaling wajah ke TV tanda protes.
"Ton...."panggil Ara mendatar.
tangan Zaiton ditarik namun Zaiton tetap keras disitu.
"Ton...sorrylah..aku tengah serabut ni,kau pulak nak merajuk,tolonglah aku,dari kau merajuk langsung tak comel"kata Ara memujuk.
Zaiton menjeling pandang Ara yang merayu.
dia mengeluh lalu kembali menghadap Ara.
"masalah apa?"soalnya.
"aku nak tanya kau..patut ke aku terima bos?"
"kalau ikut aku memang aku dari dulu lagi dah setuju sangat kalau dapat kawin dengan bos,tapi ini dia lamar kau,kau kenalah tanya hati sendiri"kata Zaiton.sememangnya terbaik dalam memberi kata-kata dan nasihat.
"aku tak tahu Ton...aku memang senang dengan sikap bos,tapi dalam masa yang sama aku...."
"kau masih nak tunggu si Fiq tu?"
Ara diam bila diterjah soalan Zaiton.
"kau ni...aku pun tak faham dengan kau,Fiq tu dah lama tinggalkan kau,kau nak harapkan dia lagi kenapa?kalau betul dia masih cintakan kau macam dulu,dah lama dia datang dekat kau,tapi dah dekat dua tahun kau tahu tak..satu khabar berita pun takde,so apa maknanya...?"soal Zaiton.
"memang aku dah semakin nak lupakan Fiq,tapi dalam masa yang sama,aku selalu teringatkan dia,aku takut kalau aku terima bos,bukan sebab aku cintakan dia tapi kerana simpati"
"sekarang aku nak tanya kau,kau sukakan bos sebenarnya kan?"soal Zaiton.
"aku...tak pasti dengan rasa hati aku sendiri,aku suka cara bos,suka bila tengok dia senyum,tapi bila aku duduk dalam keadaan sunyi,akal aku mula fikirkan Fiq"
Zaiton mengeluh.
"dah dua tahun kau cuba untuk lupakan dia,tapi takkan tak lupa jugak?"
"aku tak boleh lupa setiap moment antara dia dan aku"
"okay..aku faham,ini semua sebab moment-moment 'ter'romantik korang tu kan?aku cuma nak cakap dekat kau satu je"kata Zaiton.
Ara menunggu.
"jatuh cintalah dengan orang mencintai kita,bukan dengan orang yang kita cintai"
Ara garu kulit kepala.
Zaiton menepuk dahi.
"macam ni,aku bukan nak kecewakan hati kau,tapi aku rasa Fiq tu..dah tinggalkan kau,memang aku akui dulu korang selalu bersama,pasangan couple of the years la kononnya.tiba-tiba dia lesap macam tu,kau tak rasa ke dia ada perempuan lain?dia senang-senang hidup dekat sana dengan perempuan tu,kau dekat sini,meranalah...merataplah...merindulah,menuggu bulan jatuh ke riba,sampai bila tak jatuh beb!! cubalah kau bukak hati kau,bukak mata kau luas-luas cari kehidupan kau pulak,terima seorang lelaki yang ikhlas sayangkan kau,aku sebagai kawan tak nak lah tengok kau kecewa,tunggu orang yang memang tak muncul-muncul dari dua tahun lalu"'kata Zaiton.
"tak baiklah kau cakap macam tu,mana kau tahu Fiq dah ada kehidupan sendiri?"
Zaiton mengeluh
"cubalah kau fikir,dari dulu lagi dia ajak kau kahwin kan?maknanya dia dah tak sabar nak kahwin.kau rasa orang lelaki ni boleh bersabar ke kalau dia nak sesuatu?aku tak cakap semua lelaki macam tu,tapi si Fiq ni memang macam tu!"tegas kata-katanya.
Ara diam.
"kau kena tahu,kumbang bukan seekor,dah elok-elok kumbang tampan datang nak hinggap dekat kau,kau tolak dia,jangan sampai datang kumbang yang jenis mafia je..."kata Zaiton.
"Ton...kau ni menakutkan aku lah.."kata Ara
"satu je aku nak cakap...kau terimalah encik Tajdi a.k.a bos kita tu,tapi kau kena terima kerana yakin yang kau jugak sayangkan dia,kau buatlah solat istiqarah"kata Zaiton.
masing-masing diam.
Ara mentafsir apa yang dikatakan oleh Zaiton.
Zaiton pulak puas bila berceramah pada rakannya yang terlalu 'slow' dalam membuat pilihan hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience