Kiyla beriringan bersama Taufiq di salah sebuah butik pengantin yang terkemuka yang ditempah oleh datin rose untuk mereka.
Taufiq yang masih lagi dengan baju kameja serta slack kerana mereka berjumpa setelah tamat waktu kerja masing-masing.
Kiyla memerhati Taufiq yang melihat pelbagai barangan untuk bakal pengantin yang terdapat dibutik itu.
Taufiq tampak tenang dan tiada apa yang berlaku dengan wajahnya yang selamba.
tetapi itu hanya dipandangan mata yang melihat.tapi Kiyla tahu ada sesuatu yang disembunyikan dari Taufiq.
sejak dua hari lalu setelah Taufiq membuat pengumuman mengejut ingin menikahinya.
pelbagai persoalan timbul pada benaknya.
dan yang paling utama.
apa hubungan Taufiq dan bakal kakak iparnya itu.
"err...Fiq Kiyla ada benda nak tanya Fiq"kata Kiyla berdiri disisi bakal suaminya.
Taufiq bertentangan mata dengannya.
"apa dia?"
"tapi...bukan dekat sini,maybe tempat lain"kata Kiyla
"barang yang Kiyla cakap nak beli tu...dah jumpa? kena cari betul-betul esok kan dah majlis kita...nanti kecoh pulak"soal Taufiq dengan suara yang tenang.
"err...Kiyla rasa kalau benda tu takde pun its okay...majlis akan berjalan"kata Kiyla
"sure?"
Kiyla angguk kepalanya.
"so...kita nak ke mana?"soal Taufiq.
Kiyla melempar pandang pada luar butik itu.
"mana-mana"jawab Kiyla
"kita pergi Mcd?"soal Taufiq.
Kiyla angguk lagi.
mereka melangkah keluar menuju ke arah restourant Mcdonald yang tidak jauh dari butik itu.
setelah memberi order pada pelayan suasana kembali sunyi.
"so...apa yang Kiyla nak tanya?"soal Taufiq
wajah Kiyla sedikit berpeluh kerana soalan yang bakal ditanya pada Taufiq
dia dilihat teragak-agak mahu bertutur
"tapi...Fiq tak marah kan kalau Kiyla tanya?"soal Kiyla
Taufiq gelak perlahan
"soalan maut ke?"soal Taufiq
Kiyla tersenyum kemudian menggeleng
"okay...then just ask me"kata Taufiq
"kenapa Fiq nak kahwin dengan Kiyla?"soal Kiyla.
Taufiq pandang wajah Kiyla yang mahukan jawapan.
seorang pelayan datang menghidangkan dua biji burger dan dua gelas air coca cola.
pelayan itu berlalu ke dalam.
"maksud Kiyla?"
Kiyla tarik nafas perlahan
"Kiyla cuma tak nak Fiq terpaksa nikah dengan Kiyla atas arahan mak cik.
Kiyla dapat rasakan yang Fiq macam terpaksa..maafkan Kiyla"kata Kiyla serba salah.
Taufiq tersenyum
"Kiyla suka Fiq?"soal Taufiq.
membuntang mata Kiyla bila ditanya soalan itu.
semestinya dia suka! tapi takkan nak bagitahu
mukanya panas seketika.
Taufiq tersenyum.
"suka?"soal Taufiq lagi.
perlahan-lahan Kiyla angguk sekadar membuat Taufiq tahu.
Taufiq tersenyum lebar.
"so...salah ke kalau Fiq nak menikahi Kiyla?"soal Taufiq
"tapi...dari dulu lagi kita dah macam kawan,not to be husband and wife...sebab tu bila mak cik bagi cadangan macam tu..Kiyla rasa pelik,Kiyla dah pesan pada mak cik kalau Fiq tak suka dengan Kiyla its okay...Kiyla tak nak hubungan rapat kita selama ni hilang.betul kan Fiq terpaksa?"soal Kiyla lagi.
Taufiq mendekatkan badannya merapati meja.tangan Kiyla digenggamnya erat.
terkejut betul Kiyla waktu tu.mujur tak ramai pelanggan du restourant popular itu.
"Kiyla tak percayakan Fiq?"soal Taufiq
Kiyla menarik tangannya ke pangkuan semula
"bukan...Kiyla cuma tak nak kalau kita kahwin tapi...perasaan cinta ,kasih sayang takde pada diri kita..."kata Kiyla
"memang selama ni Fiq anggap Kiyla macam adik beradik Fiq...bukan lagi sepupu.dah anggap macam family.tapi...tak salah kan kalau Fiq cuba mencintai Kiyla? kita bercinta lepas nikah?"kata Taufiq
Kiyla pandang wajah Taufiq dengan pelbagai tanda tanya.
"cinta lepas nikah? ada lagi ke cinta yang macam tu?"soal Kiyla
"InsyaAllah...kita akan sama-sama lakukannya"
"atau Fiq kahwin dengan Kiyla sebab nak lupakan seseorang?"soal Kiyla
Taufiq mengerutkan keningnya.
mata mereka berpandangan.
"what do you mean?"soal Taufiq
"err...its okay....nothing with my question.,just forget it..jom makan"kata Kiyla terus mengigit burger ke dalam mulut.
dia pandang Taufiq yang masih lagi berfikir.
Kiyla makan dengan perasaan yang tidak tenteram.
"kenapa kau bodoh sangat Kiyla....this is not time lah kau nak soalan macam tu"kata hatinya.
"Kiyla rahsiakan sesuatu dari Fiq ke?"soal Taufiq.
terus terbantut gigitan Kiyla pada burger itu.
dia pandang wajah Taufiq yang memandangnya bagaikan singa yang melihat mangsanya untuk dibunuh.
Ara hanya ketawa bila Tajdi memeluk moskot patung beruang yang berwarna coklat.
Ara yang menjadi jurugambar hanya menahan ketawa apabila pelbagai aksi comel yang dilakukan Tajdi bersama moskot itu.
orang awam sesekali tersenyum memandang ke arah mereka.
"abang...sudahlah tu..dah penuh dalam handfhone gambar abang"kata Ara
Tajdi menundukkan badannya pada moskot itu sebelum kembali pada Ara
"alah...baru nak feeling-feeling masa zaman budak-budak"kata Tajdi
"ish...malulah orang tengok"kata Ara
"malu apa..diaorang senyum pada kita lagi adalah"kata Tajdi
"dah..dah jom,kita nak pergi mana pulak? dah satu mall ni kita pusing-pusing."kata Ara
"kita pergi kedai jual patung beruang"kata Tajdi
ternganga Ara mendengarnya.
"abang serius lah...."kata Ara tidak percaya
"seriuslah ni...."kata Tajdi
"abang jatuh cinta dengan moskot tadi ke? sebab tu nak cari patung beruang?"soal Ara bersuara merajuk
"entahlah...tiba-tiba rasa rindu dengan moskot tadi...mana dia erk?"kata Tajdi cuba mengenakan Ara sambil matanya tercari-cari gerangan moskot tadi.
Ara mencebir bibir.
"okay..fine,esok pengantin bertukar warna dan saiz..bye"kata Ara pantas berjalan meninggalkan Tajdi.
Tajdi ketawa kuat terus mengejar Ara.
tangan Ara dicapainya
"apa sayang ni...abang gurau je lah.lagipun he is a man.moskot tadi lelaki,sayang ingat abang ni dah gila nak kahwin sama sejenis"kata Tajdi dengan gelak tawanya.
Ara tersenyum.badannya dipusing pada wajah Tajdi
aduh! ini bukan sekadar perangainya yang membuatkan aku sayang,tetapi senyum dan ketawanya juga boleh buat aku lebur.dan pandai berlawak juga.aku betul-betul sayangkan dia!
"kenapa senyum pastu pandang abang?"soal Tajdi
"Ara pun gurau juga.jom pergi kedai jual patung bear tu...Ara pun dah lama tak beli"kata Ara pantas menarik tangan Tajdi.
Tajdi tersenyum apabila melihat perangai bakal isterinya itu.
mereka sama-sama memilih beberapa koleksi yang diminati oleh Ara yang terdapat di dalam kedai itu.
tiba-tiba mata Ara terpandang satu patung span berbentuk lipas yang besar.
Ara tergelak sendirian.matanya melihat Tajdi yang sedang memerhati koleksi-koleksi yang cantik di letak dalam cermin kaca yang jernih dan besar.
Ara mencapai patung itu disembunyikan dibelakang badannya.
dia melangkah menghampiri Tajdi
yang masih tidak tahu apa-apa
"sayang...yang ni comel macam abang kan?"soal Tajdi sambil tangannya memegang satu patung doraemon.
"tak...yang ni baru comel"kata Ara menunjukkan patung lipas dihadapan Tajdi.
Tajdi yang melihat terus terkejut
"lipas!!!!"jeritnya lalu berlari ke belakang Ara
Ara yang tidak dapat menahan tawanya mengejar Tajdi.
Tajdi sedaya upaya cuba menjauhkan dirinya pada Ara.
Ara pula menghampirinya.
"ehem..ehem"suara tuan kedai kepada mereka.
mereka serta merta berhenti.
Ara tersengih pada wajah masam Tajdi.
tuan kedai pula sudah memandang mereka dengan wajah keliru.
"sayang...letak balik"arah Tajdi
"tapi...Ara nak beli yang ni"kata Ara memeluk patung tersebut.
"no...abang cakap tak payah"kata Tajdi yang berdiri jauh dari Ara
"please...abang,Ara suka ni"kata Ara merayu
Tajdi melepas nafas berat
"but..i'am so scared"kata Tajdi
"ini span lah bang..not real"kata Ara
"warna dan bentuk dia sama kan?"kata Tajdi
"alah...bolehlah"rayu Ara dengan wajah merayu.
Tajdi menarik nafasnya.
"okay...tapi tolong jauhkan dari abang"kata Tajdi
Ara angguk dengan senyuman lebar.
dia menghampiri Tajdi
"nak kemana tu?"soal Tajdi takut-takut
Ara berhenti melangkah
"jom lah kita sama-sama bayar patung masing-masing,tu dekat tangan abang tu tak nak bayar ke?"soal Ara
"sa...sa..sayang pergi dulu"kata Tajdi
amboii sampai gagap!
Ara tersenyum terus berjalan ke kaunter membawa patung lipas itu.
usai membayar.
Ara memegang bungkusan patung yang sudah dibayar ke luar.
"bungkusan tu pegang tangan sana please"kata Tajdi di sebelah Ara.
Ara tergelak perlahan sambil mengubah posisi bungkusan di tangannya.
kemudian baru Tajdi berjalan di sebelah Ara.
"lepas ni nak ke mana?"soal Ara
"sekarang dah pukul lima petang.esok majlis kita akan bermula.so...sayang larat lagi ke nak berjalan?"soal Tajdi.
"tak larat dah....kita dah tengok wayang,makan,beli bear...so...kita balik je lah ye?"soal Ara.
"sayang nak balik?"soal Tajdi.
Ara angguk dengan wajah keletihan.
Tajdi tersenyum.
"jom"katanya.
Kiyla hairan apabila kereta yang dipandu oleh Taufiq berhenti di bahu jalan dalam perjalanan mereka mahu pulang.
Kiyla pandang Taufiq disisinya.
"kenapa Fiq berhenti?"soal Kiyla.
Taufiq memandang Kiyla disisinya.
"Kiyla rahsiakan sesuatu dari Fiq kan?"soal Taufiq.
Kiyla mengeluh.ingatkan dah lupa.
"mana ada"kata Kiyla
"habis kenapa Kiyla kata Fiq sengaja kahwin dengan Kiyla semata-mata nak melupakan seseorang"kata Taufiq
"betul kan?"soal Kiyla sebak.
dia berpandangan dengan Taufiq
"tak..Fiq ikhlas nak ambil Kiyla jadi isteri"kata Taufiq
"maafkan Kiyla sebab apa yang Kiyla nak cerita ni mungkin Fiq akan cakap Kiyla ni suka intip-intip Fiq"kata Kiyla
"apa?"
"beberapa minggu yang lalu...Kiyla tak ingat hari apa,tapi Kiyla keluar dengan kawan.tapi...tiba-tiba Kiyla ternampak Fiq dengan bakal isteri abang Taj"kata Kiyla dengan suara yang sebak
Taufiq pada awalnya terkejut terus mengeluh.
"Kiyla dengar apa yang kami bualkan?"soal Taufiq.
Kiyla angguk kepala.
"let me explain to you please...."kata Taufiq.
Kiyla pandang wajah Taufiq tanda dia bersedia mendengar.
Taufiq pun menceritakan segala-galanya pada Kiyla dari permulaan kisahnya dengan Ara sehingga sekarang.sesekali wajah Kiyla terkejut dengan keterangan itu.
namun akhirnya dia dapat menerima.
"bila Fiq jumpa Ara buat pertama kali lepas balik dari Australia?"soal Kiyla
"Fiq jejak je kaki di bumi Malaysia..takde siapa yang Fiq cari melainkan dia.Fiq tinggal semalam di rumah.esoknya Fiq bergegas balik kampung,semata-mata nak jumpa dengan dia"cerita Taufiq.
"you should make the first step the moment you met her"kata Kiyla
Taufiq tersenyum
"Fiq dapat tahu yang dia adalah tunang abang Taj"kata Taufiq
"apa lagi yang Fiq boleh buat selain hanya reda...tapi untuk pengetahuan Kiyla itu adalah pertemuan secara peribadi kami buat yang terakhir.Fiq dah buat keputusan untuk belajar lupakan dia,Fiq nak Kiyla bantu Fiq"kata Taufiq
"Fiq nak jadikan Kiyla objek untuk Fiq lupakan Ara?"soal Kiyla
Taufiq geleng kepalanya.
tangan Kiyla dicapai.
"bukan..Fiq langsung tak ada niat macam tu percayalah.tapi Fiq cuma nak mencintai orang lain.mencintai orang yang sayangkan Fiq.Fiq cuma nak belajar mencintai Kiyla setelah kita kahwin nanti"kata Taufiq.
"tapi Kiyla tak sempurna untuk Fiq belajar cintakan Kiyla"kata Kiyla.
"Fiq tak pernah cakap Kiyla sempurna,takde seorang pun dekat dunia ni sempurna.dan Fiq pun tak nak Kiyla jadi sempurna.cukup untuk Fiq kalau Kiyla jadi diri Kiyla yang sebenarnya,yang periang,ceria,suka usik Fiq macam dulu.itu lebih baik dari Kiyla buat-buat baik semata-mata nak bagi Fiq nampak Kiyla"kata Taufiq.
air mata Kiyla mula menuruni pipinya.
"tapi...Kiyla minta pada Fiq"kata Kiyla
"apa sayang?"soal Taufiq lembut.
mereka bertatapan.
"kalau Fiq betul-betul dah tak boleh hidup dengan Kiyla...tolong jangan sia-sia kan Kiyla,lepaskan Kiyla dengan cara yang baik please..."kata Kiyla
"tak...itu tak mungkin terjadi,you're mine..forever"kata Taufiq
Kiyla tersenyum lega.begitu juga Taufiq.
"bye...jaga diri tau"kata Ara didalam kereta milik Tajdi.ketika itu mereka sudah didepan rumah sewa Ara.
"sayang pun"kata Tajdi
"esok jangan tak datang pulak"kata Ara
mereka sama-sama ketawa
Ara ingin melangkah keluar dari kereta itu.
"abang ada satu perkara nak cakap dengan sayang"kata Tajdi.
Ara tidak jadi melangkah keluar.
dia kembali memandang Taufiq
"apa dia?"soal Ara
mereka bertatapan seketika.
Ara dapat melihat wajah tenang Tajdi
"abang dah tahu pasal sayang dengan Fiq"kata Tajdi
segala kebahagian yang dirasa hari ini bagaikan debu dibawa angin meninggalkan dirinya yang tinggal hanya rasa yang amat terkejut dan takut.
dia pandang wajah tenang Tajdi.
tiada guna dia selindung atau sembunyi.perkara sebegini dah terjadi.
marahkah Tajdi?
"mana abang tahu?"soal Ara
"mak dan ayah dah ceritakan semuanya pada abang"kata Tajdi masih lagi tenang
"abang marah?"soal Ara
"marah buat apa?benda dah jadi kan? Fiq pun dah jumpa bahagia dia,dan kita pun dah jumpa bahagia kita"kata Tajdi.
"Ara minta maaf sebab rahsiakan semua ni dari abang."kata Ara
"its okay sayang..abang faham,abang yang patut minta maaf pada Fiq dan Ara sebab merampas hubungan korang"kata Tajdi
"tak...abang tak rampas apa-apa dari Ara.Ara bahagia dengan abang,itu semua cerita lama...Fiq dan Ara takde apa-apa.
Ara hak abang,dan abang akan sampai bila-bila menjadi hak Ara.nobody else"kata Ara sebak.
Tajdi mengusap kepala Ara
"abang tahu...dah lah..abang tak suka sayang sedih macam ni,abang bukan nak mengungkit,abang cuma nak bagitahu sayang bahawa abang dah tahu semuanya.dan abang ikhlas terima sayang"kata Tajdi
mereka sama-sama berbalas senyum.
tok!!tok!!!
mereka pandang ke arah sisi Ara.
dari luar Zaiton sudah tersengih-sengih.
Ara membuka pintu.
"kenapa?"soal Ara sambil keluar dari kereta.
"mak kau panggil,tak elok duduk berdua-duaan katanya"kata Zaiton
Ara dan Tajdi tersengih sedar kesilapan masing-masing.
"sayang"panggil Tajdi dari dalam kereta.
tanpa menunggu banyak Tajdi mencapai kotak sederhana besar yang hampir terlupa untuk diberi pada Ara di tempat duduk belakang.
Tajdi melangkah keluar menghampiri Ara dan Zaiton.
"aku masuk dulu erk"kata Zaiton sambil mengenyitkan matanya.
Ara tersenyum
"ni untuk sayang"kata Tajdi
"apa ni?"soal Ara menyambut huluran itu.
"hadiah dari abang...ambillah,bukak nanti okay?"soal Tajdi
"thanks abang...love you"kata Ara
"love you more...abang balik dulu"kata Tajdi.
"okay...assalammualaikum"kata Ara
"waalaikumsalam"jawab Tajdi pantas masuk ke tempat memandu.
Ara tersenyum sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
Share this novel