bab 51

Romance Completed 13382

usai membantu apa-apa yang patut di rumahnya.Ara duduk bersandar pada sofa bagi membuang rasa penat mengemas rumah.
majlisnya sudah lama selesai,keluarga Tajdi juga sudah pulang ke KL atas urusan kerja.
walaupun beberapa kali ditegah oleh mak embon dan pak mad untuk membantu mereka mengemas tapi Ara tetap tidak mahu ikut.
memang dasar keras kepala!
Ara kembali melihat cincin di jarinya.dia mengukir senyum bahagia.
"Alhamdulillah terima kasih Ya Allah,engkau permudahkan segalanya dengan lancar."syukur hatinya.
"now...aku dah dicop oleh bos sendiri"kata hatinya.
"apa aku nak panggil dia erk?takkan nak panggil bos kot....mesti panggil panggilan yang sedap didengar...tapi,dia baru tunang aku? memang lah....tapi kena panggil panggilan yang lembut.nak panggil apa?panggil....abang?"soal hati dan fikirannya.
dia tergelak sendiri.
"abang"katanya perlahan.rasa geli hatinya.
matanya terlihat pak mat yang sedang terkial-kial membawa banyak barang ditangannya.
dengan pantas Ara bangun mengejar langkah ayahnya.
"ayah...biar Ara tolong"katanya.
"takpe...sikit je ni"kata Pak mat.
"sikit apanya ayah....banyak tu,bagilah Ara bawak sikit"kata Ara geram.
kesian dia lihat ayahnya.
"tak apa...Ara jangan risau,ayah masuk dulu"kata pak mat.terus meninggalkan Ara.
Ara mengeluh.
"nak tolong pun susah"keluhnya.
dia membawa langkahnya ke arah pangkin di belakang rumah.
angin kuat dari arah sawah depan membuai rambutnya yang dilepas bebas.
dia duduk atas pangkin itu sambil merasai angin yang menyapa nyaman.
"Ara!!!!"panggil mak embon dari rumah.
terkejut Ara bila mendengar suara emaknya.
"apalah mak ni...silap hari bulan aku bermastautin dalam wad hospital"kata Ara.
"Ara!!!"panggil mak embon lagi apabila tiada balasan dari anaknya.
"ye....."jawab Ara terus turun dari pangkin.
dia memusingkan badannya mahu datang pada emaknya yang melaung dari pintu hadapan rumah kampung itu.
"hai sayang"sapa Tajdi di belakangnya.hampir tersungkur dia dibuatnya kerana disergah sebegitu dari belakang.
cepat-cepat Ara cover badannya dari betul-betul jatuh ke tanah.
tak mahulah terlalu tunjuk kelemahan.
Ara menahan ketawa dalam hati.
"hai..."balas Ara teragak-agak.
Tajdi menghampiri Ara lalu duduk di sebelah bakal isterinya itu.
Ara kembali duduk ke posisi asal.
Ara pandang penampilan Tajdi petang itu,sungguh mencairkan hatinya.
Tajdi memakai baju Tshirt berlengan panjang serta seluar jeans lusuh,memang lain dari gaya hidupnya selama ini yang selalu formal.
suasana sunyi,masing-masing bungkam untuk menutur kata.
"ingatkan abang dah balik KL"kata Ara perlahan.
malu kalau perkataan 'abang' yang disebutnya mengundang ketawa Tajdi.
Tajdi tersenyum senang.
dipegang dadanya kirinya sambil memejam mata.
"ke...ke..kenapa ni?"soal Ara kalut,mana tahu sakit pulak ke.
Tajdi buka mata
"sejuk rasa hati bila dengar sayang panggil abang"kata Tajdi dengan senyuman.
"ish...ingatkan dah kenapa,yang panggil abang tu tak salah sebab memang abang lagi tua dari Ara kan?tapi....yang panggil sayang tu...lain macam je,seram pulak bila dengar"kata Ara memeluk tubuhnya.
Tajdi gelak perlahan.
"biarlah nak seram ke...terkejut ke...asalkan sayang tu abang dah cop dulu tau"kata Tajdi.
Ara tersenyum malu.
"seganlah saya macam ni bos...."kata Ara
"aik...dah hilang panggilan abang tadi"soal Tajdi.
Ara tersengih.
"kenapa tak ikut mama balik?"soal Ara.
"saja...inilah peluang yang abang ada untuk dekat dengan sayang"kata Tajdi penuh menggoda.
Ara tersenyum plastik.
"dekat-dekat juga,mak dan ayah ada tu...nanti kena parang dengan ayah sebab kacau anak dara dia"kata Ara.
Tajdi gelak lagi.
"gelak pula...Ara cakap betul lah"kata Ara.
"tak kisah...yang penting abang dah dapat lampu hijau untuk jumpa sayang petang ni"balas Tajdi.
"sebenarnya abang ada benda nak tunjuk dekat sayang"kata Tajdi lagi.
Ara pandang wajah tunangnya yang ceria semacam.
dia sedia menanti.dia melihat Tajdi mengeluarkan satu keping gambar dari poket seluar jeansnya.
"sayang tahu tak pasal gambar ni?"soal Tajdi.
Ara mengambil gambar itu dari tangan Tajdi
"mana abang dapat ni?"soal Ara.
alangkah terkejutnya bila dia melihat gambar dia sewaktu di majlis perkahwinan kawan sekampungnya empat bulan lalu.
waktu itu dia disamping pengapit lelaki.
dapat dilihat wajah tidak selesa Ara apabila bergambar di sebelah pengapit lelaki yang berambut panjang dan tidak dikenali itu.
semuanya atas arahan si jurugambar.
Tajdi senyum lebar.
"cuba teka"kata Tajdi.
"mana Ara tahu...abang nak main teka-teki pulak"kata Ara.
"okaylah...sayang kenal tak dengan pengapit lelaki tu?"soal Tajdi.
Ara menggeleng.
"mana Ara tahu,dah lah suka pandang-pandang,asyik senyum je memanjang,dimana Ara ada disitulah ada dia,benci betul"luah Ara.
"betul benci?bukan sayang?"soal Tajdi.
Ara tergelak perlahan.
"apa abang cakapkan ni?Ara kan dah bertunang dengan abang nak sayang orang lain buat apa?"soal Ara.
"tapi kenapa sayang bencikan abang?abang pandang sayang tanda abang dah jatuh cinta dengan sayang,abang ikut sayang sebab abang nak kenal lebih dengan sayang"kata Tajdi.
Ara keliru seketika.
"apa abang cakap ni?"soal Ara.
dia pandang Tajdi yang bersahaja.
Tajdi pula membuat isyarat gambar itu.
Ara pandang gambar itu kemudian wajah Tajdi.
selama tiga kali dia berbuat begitu.
baru dia mengerti.
membuntang matanya.
tak terkeluar satu perkataan pun pada mulutnya kerana terlalu terkejut.
Tajdi sudah tergelak sendiri melihat wajah terkejut tunangnya.
"in...in...ini abang?"soal Ara tergagap lidahnya.
Tajdi angguk.
"macam mana boleh....?"soalannya tergantung.
"itulah...dinamakan jodoh,abang dah sukakan sayang masa first kita jumpa tapi sayang macam tak sukakan abang,dua tiga hari lepas habis kenduri ni abang kembali semula ke kampung ni atas urusan kerja,hinggalah kita berjumpa dekat warung mak...saat tu hanya Allah je yang tahu macam mana gembiranya hati abang,tapi lepas pertemuan tu kita dah tak berjumpa dah....abang cuma dapat tahu nama sayang je,tiba-tiba suatu hari abang buka iklan jawatan kosong dekat office sebagai PA abang,terus Zaiton offer kawan dia,abang setuju je la...lagi pun abang percayakan orang atas untuk interview sayang sebagai PA abang,so....sejak tu abang nak pikat sayang balik,dah tolak tepi semua malu ke..segan ke...abang tak kira,yang penting abang dapat sayang"cerita Tajdi.
terharu rasa hati Ara mendengar luahan hati Tajdi.
"sampai macam tu?"soal Ara.
Tajdi angguk
"kalau Ara tahu semua ni mesti dari dulu Ara terima lamaran abang,Ara baru tahu tulusnya cinta abang"kata Ara.
"dah...jangan sedih kita lupakan yang lama,kita mulakan hidup baru"kata Tajdi.
Ara angguk dengan senyuman.
Di pandang semula gambar di tangannya.
"kenapa abang potong rambut panjang ni?"soal Ara
"rimas..memang dah lama abang simpan,tapi bila fikirkan apa yang papa cakap terus potong"kata Tajdi.
"papa cakap apa?"
"dia cakap kalau abang berambut panjang,mesti akan ada rasa was-was dalam hati syarikat lain untuk bekerjasama dengan syarikat abang,dengan rambut panjang,entah bekas gangster ke tak..kita mana tahu hati orang,kalau nak berjaya kena ada keyakinan diri dan orang yakin dengan kita"kata Tajdi.
Ara angguk.
"betul cakap papa tu,lagipun Ara tak suka suami yang rambut panjang"kata Ara.
"I know that"balas Tajdi bersahaja.
mereka sama-sama tertawa.
"by the way...mana abang dapat gambar ni?"soal Ara.
"dekat jurugambar tu lah"jawab Tajdi.
"so...maknanya abang yang suruh jurugambar tu arahkan kita duduk macam pengantin ni?"soal Ara geram.
Tajdi tersengih.
"ish...patutlah lain macam je gayanya,macam tak pernah dibuat orang"geram Ara.
Tajdi ketawa perlahan.
Ara yang melihat wajah Tajdi menahan tawa terus meletus ketawanya.
riuh satu pangkin dengan gelak mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience