bab 69

Romance Completed 13382

malam itu suasana riuh rendah dengan suara-suara orang yang menghuni di rumah sewa milik Ara dan Zaiton.
walaupun hanya menambah dua orang ahli iaitu mak embon dan pak mat.tapi umpama berpuluh orang datang ke rumah itu.semuanya gara-gara Ara dengan selambanya keluar ke kedai berhampiran taman itu seorang diri tanpa memberitahu sesiapa.
puas telinganya menjadi pendengar untuk hujah-hujan mak embon.
Zaiton disebelahnya turut terkena tempias.
"siapa suruh duduk sebelah aku.kan aku dah cakap masuk bilik kalau tak nak terbabit?"kata Ara perlahan pada Zaiton
"sekali-sekala telinga aku dengar benda macam ni..best jugak"jawab Zaiton.
"bisik apa tu? Ara dengar tak mak cakap apa?bahaya tau tak keluar malam-malam macam ni...dah lah Ara tu esok nak jadi pengantin.dia boleh pula keluar ke kedai"bebel mak embon
"sebelum ni Ara keluar le kedai tu lah mak...mana ada apa pun"kata Ara
"itu sebelum ni...sekarang Ara dah nak jadi isteri orang,cuba jaga sikit diri tu"kata mak embon
"Ara nak beli benda penting mak"kata Ara
"penting apanya? apa benda penting tu?bagitau mak sekarang"kata mak embon
"hundred plus"kata Ara takut-takut
"air hundred plus saja? ya Allah budak ni,apa susah sangat kalau esok je beli?"kata mak embon.
dia berjalan ke kiri dan ke kanan Ara dan Zaiton.
"air tu kan...kegemaran Ara"kata Ara
"esok dah habis stok ke? satu Malaysia habis stok?soal mak embon
Ara mengeluh.tiada guna dia menjawab.
"sudah-sudah lah tu...dari tadi abang dengat suara awak"kata pak mad yang turun tangga dari tingkat atas
"Ara ni kena bagitau sikit bang"kata mak embon.
"dah..Ara telefon bunyi dalam bilik"kata pak mad.
Ara lekas-lekas berjalan ke arah tangga.
"thanks ayah"katanya
Zaiton tersengih pada mak embon dan pak mad
"Ton masuk bilik dulu...esok nak bangun awal kan?"kata Zaiton
terus bangun ke atas.

Ara menjawab panggilan dari Tajdi dengan wajah yang bercahaya.
"dah makan ke?"soal Tajdi
"dah...abang pula?"soal Ara
Tajdi tersenyum sambil berjalan ke arah kolam renang di belakang rumahnya.
disebabkan semua saudara-mara dari pihak papa dan mamanya datang untuk menghadiri majlis dia dan Fiq.
"dah...makan ramai-ramai,best sangat kalau sayang ada lagi best"kata Tajdi
"ramai?"soal Ara
"oh...lupa nak bagitahu,semua saudara abang datang petang tadi,for our wedding"kata Tajdi
"lah...ye ke"kata Ara
"ye lah..tak percaya ke?"soal Tajdi dengan gelaknya perlahan
"pernah ke Ara tak percayakan abang?"soal Ara perlahan.
terdengar suara Tajdi yang ketawa
"sayang"panggil Tajdi sepatah
"ermm..."
"thanks tau"kata Tajdi
"kenapa pulak?"soal Ara
"sebab sudi terima abang"kata Tajdi
"sepatutnya Ara yang kena ucap banyak-banyak terima kasih dekat abang.yelah...abang kan kegilaan ramai wanita..last-last abang sudi kahwin dengan Ara yang tak ada apa-apa keistimewaan ni"kata Ara
"kita sama-sama tak ada keistimewaan lah sayang"kata Tajdi.
"habis tu...kenapa abang cakap terima kasih dekat Ara?"soal Ara
"takde...abang cuma rasa gembira sangat.pertemuan kita tadi yang paling abang tak boleh nak lupakan"kata Tajdi
"kenapa dengan pertemuan kita tadi? abang jangan cakap rindukan moskot tadi"kata Ara
mereka sama-sama ketawa
"abang pun tak tahu kenapa,tapi...abang nak sayang tahu yang abang betul-betul cintakan sayang"kata Tajdi perlahan sahaja suaranya.
Ara tersenyum
"Ara lagi berganda cintakan abang,kalau dari dulu Ara tahu indahnya cinta bersama abang..dari dulu lagi Ara tackle abang"kata Ara.
Tajdi gelak perlahan
"abang tak sabar nak jadi suami sayang"kata Tajdi
"Ara pun..teruja betul untuk jadi isteri abang,kita doa sama-sama agar hubungan kita kekal dan bahagia sampai akhirat ye abang?"kata Ara
"InsyaAllah sayang"kata Tajdi
"hadiah yang abang bagi tadi cantik sangat"kata Ara
"suka?"soal Tajdi
"mestilah suka..masa mana abang sempat beli patung bear yang besar tu? comel sangat"kata Ara
"masa sayang tunggu abang di luar kedai tu"kata Tajdi
"oo...patutlah lama bukan main"kata Ara
Tajdi gelak perlahan.
"sayang"
"ye abang..."
"abang nak minta maaf kalau-kalau selama ni abang ada buat sayang terasa hati ke,abang suruh sayang buat kerja banyak dekat office ke..atau apa-apa saja"kata Tajdi
"abang kenapa ni...?"
"sajalah.."jawab Tajdi
"pelik betul abang,minta maaf dekat Ara.abang mana ada salah lah dengan Ara,selama Ara dengan abang..abang jaga Ara betul-betul"kata Ara
"abang rindu nak berkhemah dekat air terjun macam haritu"kata Tajdi
Ara tersenyum
"betul ke ni?"soal Ara
"ye..."
"kalau macam tu...nanti kita pergi lagi okay?kita pergi sebagai suami isteri"kata Ara
"okay"
"tapi tak nak jadi mamat korea macam haritu"kata Ara.
terletus tawa Tajdi bila mengingati memori waktu itu.
"sebab abang nak sayang sukakan abang,sebab tu abang ubah macam mamat korea apa nama dia...? ermm...jungkook?"soal Tajdi
Ara berhenti ketawa
"abang....Ara sekadar minat sajalah,Ara tak suka abang ubah-ubah diri abang,jungkook tu orang korea..dah macam tu fesyen diaorang,tapi abang orang asia,orang Malaysia,memang cara kita macam ni.lagipun orang asia lagi nampak handsome gaya diaorang"kata Ara jujur.
"betul ni?"soal Tajdi
"betullah...."kata Ara
mereka ketawa lagi.
"okaylah..esok kita jumpa ye"kata Tajdi
"okay...selamat malam abang,mimpikan sayang ye?"kata Ara
"ye...sayang pun, i love you"kata Tajdi
"i love you to"
"assalammualaikum"
"waalaikumsalam"usai menjawab salam itu Ara mematikan talian.

Tajdi tersenyum sendirian usai talian tamat.
"kekasih telefonlah tu"kata Taufiq dibelakangnya.
pantas Tajdi memusingkan badannya menghadap Taufiq.
Tajdi gelak perlahan.mereka sama-sama duduk di kerusi yang disediakan.
"ready untuk esok?"soal Tajdi pada Taufiq
Taufiq tersenyum
"ada jugalah rasa debar dalam dada"kata Taufiq.
"biasalah...first time"kata Tajdi dengan gelak perlahan.
"abang cakap macam ada pengalaman je?"gurau Taufiq
mereka gelak sama-sama
"abang memang macam ni..sentiasa tenang,Fiq je yang tak tahu"kata Tajdi
"Fiq tahu...abang dari dulu lagi selalu bersikap tenang"kata Taufiq.
Tajdi tersengih
"Fiq...abang sebenarnya nak cakap sikit"kata Tajdi
"apa dia bang?"soal Taufiq memberi fokus pada wajah mendung abangnya yang tiba-tiba ada itu.
"abang nak minta maaf sangat-sangat kalau abang ada buat salah apa-apa pada Fiq dari kita kecil dulu..abang tahu abang selalu buli Fiq,abang tak protect Fiq bila kena kacau dengan samseng-samseng waktu balik dari mengaji malam"kata Tajdi
Taufiq ketawa perlahan
"abang....semua tu adalah kenangn terindah kita tau,bagi Fiq abang dah jadi abang terbaik buat Fiq"kata Taufiq tenang
"dan...abang juga nak minta maaf kalau Fiq marahkan abang sebab abang rampas Ara dari Fiq"kata Tajdi.
kata-katanya itu mengundang kejutan buat Taufiq.
"Fiq jangan terkejut,mak dan ayah Ara dah ceritakan semuanya pada abang,sebab tu abang nak minta maaf pada Fiq"kata Tajdi
Taufiq memeluk bahu Tajdi
"itu cerita lama abang..Fiq pun dah lupakan,dia bakal jadi kakak ipar Fiq,abang tak payah lah nak minta maaf bagai"kata Taufiq dengan tenang berserta senyuman.
Tajdi tersenyum lebar
"Abang ada satu lagi nak bagitahu Fiq"kata Tajdi
Taufiq sedia mendengar
"kalau apa-apa jadi di masa hadapan,Fiq tolong jagakan semua orang yang abang sayang ye?"kata Tajdi.
Taufiq sudah terkesima mendengar ungkapan abangnya itu.
"apa abang cakap ni,kita kan membesar sama-sama.so...kita akan bersama jaga mereka semua"kata Taufiq
"abang cakap je..."
"InsyaAllah"kata Taufiq
tiba-tiba telefon Taufiq didalam poketnya berdering.
bahu Tajdi dilepaskan.
"Fiq jawab call dulu"kata Taufiq
Tajdi angguk kepalanya.
Taufiq berlalu ke arah pintu masuk rumah.
dia melihat Tajdi dari jauh yang tampak termenung.
"kenapa dengan abang Taj?"soal hatinya.
tanpa banyak fikir dia menjawab telefon yang berdering.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience