mana mungkin hatinya kuat untuk lihat kekasih hati sedang bersanding dengan orang lain,hanya orang yang berhati batu sahaja sanggup lakukan semua tu.
Ara tekad,dia akan mengelak walau bagaimana cara sekalipun asalkan dia tidak akan melihat semua itu.
Ara memeluk bear beruang yang besar pemberian Taufiq.sewaktu mereka tingkatan empat.
air matanya gugur lagi.
hatinya kini amat sedih.siapa yang mampu untuk dua meluahkan rasa hati.
hanya kepada Allah sahaja dia memohon dan mengadu.
"assalammualaikum mama"
Taufiq memusing badannya menghadap gambar dia dan Ara didalam frame yang tergantung dibiliknya sewaktu mereka ambil keputusan SPM.
telefon dipegang kemas
"waalaikumsalam,hah Fiq...kenapa tak call risau mama ingatkan tak sampai-sampai,dah lah orang call dia tak diangkat"leter datin rose.
"Fiq nak buat majlis dekat kampung"kata Taufiq.
"hah..!!"terkejut datin rose dibuatnya.
"Fiq nak buat majlis di kampung"ulangnya sekali lagi.
"Fiq...Nina tu anak orang berada,uncle dan aunty mesti tak nak kalau majlis anak tunggal diaorang dibuat dekat kampung"kata datin rose
"kalau diaorang malu atau susah sangat nak buat kenduri cara kampung,cari menantu lain"kata Taufiq selamba
"Fiq..mama tak ajar tau anak mama kurang ajar"marah datin rose
"terserah,mama cakap dekat Kina kalau nak berlakikan Fiq,buat kenduri dekat sini,kalau tak sanggup jugak,bagitahu dia banyak lagi jantan yang dia boleh kutip"kata Taufiq.terus menamatkan talian tanpa menunggu kata dari datin rose.
"Fiq!!Fiq!!"
datin rose geram.dia mengeluh.
"kenapa terjerit ni?"soal dato tajuddin
"anak abang tu lah,semakin nak dekat tarikh nikah dia,semakin teruk perangai"
"apa Fiq nak?"
"dia nak buat majlis dekat kampung,ada ke patut,bang...kita nak berbesan dengan dato,datin...apa kata diaorang nanti?"Kina mesti tak suka"kata datin rose.
"ikut je lah apa yang dia nak...sudah-sudah lah awak nak mengongkong hidup dia"
dato tajuddin berlalu ke dapur.
datin rose menjeling geram.
Taufiq bangun duduk.rambutnya yang kusut ditarik-tarik.
wajah sungguh kusut ketika ini.
dia tidak peduli,ini yang Ara nak,dia akan lakukan sampai Ara puas hati.
akhirnya,dia bangun mencapai tuala mandi lalu keluar dari bilik.
Taufiq melipat sejadah yang digunakan
dia berbaring di atas sofa ruang tamu rumah tokwannya itu.
telefon disebelahnya berdering kuat.
"tak boleh nak tengok orang senang ke!!??keluh Taufiq.
dengan kasar dia menekan punat merah.
"hello sayang...."timbul suara manja Kina.
Taufiq mengeluh.
"ermm.."
"you dekat mana?"betul ke aunty cakap you nak buat majlis kahwin kita dekat kampung papa you?"soal Kina.
"kenapa?"Taufiq pula menyoal.
"you...please kita buat dekat hotel,I tak selesa lah sayang...you know dekat kampung panas,takde tempat cantik and people huh...mesti sesak..tempat sempit"kata Kina.
"sekarang you nak kahwin ke tak?"soal Taufiq geram
"mestilah I nak...but.."
"kalau nak banyak complain sangat,nak tema fairytale ke,tema princess ke,you pergi cari calon suami lain"kata Taufiq.
ternganga mulut Kina bila mendengar Taufiq berkata begitu padanya.
"what's wrong with you!!"yang you nak marah-marah I ni kenapa?"soal Kina mula menaikkan suara.
Taufiq senyum sinis.
"because of you"
"sebab I,you jadi macam ni?"you jangan nak putar belit cerita erk...ni mesti sebab perempuan kampung you tu kan?"you ingat I tak tahu?"kata Kina
"mulut tu jaga sikit,!!"marah Taufiq.
"betul apa I cakap,memang semua ni sebab perempuan gedik tu,baik I cari lelaki lain,memang tak hingin dengan you"kata Kina.
Taufiq gelak kuat
"I dah bagi peluang untuk you pilih lelaki lain kan?"yang terhegeh-hegeh cari dan ganggu hidup I kenapa?"apa,semua lelaki kat dunia ni dah tahu luar dalam you?"you ingat!! jangan sesekali nak kaitkan Ara dalam hal ni,memang dia yang paling utama dalam hati I..,not you,your family or anybody,so please copy what I say,I nak you putuskan pertunangan ni dekat mama I"kata Taufiq.
Kina yang ingin marah teringat pesanan mamanya.
"kalau Kina kahwin dengan Fiq,semua harta mesti akan dapat dekat Kina,datin rose dan dato Tajuddin memang sayangkan Fiq"
Kina berfikir.kemudian menarik nafas,dia tersenyum
"sorry Fiq...I tak tahu kenapa emosi I macam ni...I tahu memang perempuan tu takde kena-mengena dalam hal kita...I want to say sorry"kata Kina bersuara merayu.
Taufiq tersenyum sinis.
"kalau nak teruskan perkahwinan ni,follow my rules"kata Taufiq pantas menutup talian telefon.
"iieeeee....memang dasar lelaki kurang ajar"marah Kina.
Kini majlis perkahwinan antara Taufiq dan Kina sudah berjalan,akad nikah akan diadakan pada pukul sebelas pagi.
suasana penuh meriah,ramai orang kampung yang turun padang membantu apa-apa yang patut di rumah tokwan yang sememangnya orang yang mereka kenal dan segani.
Kina sudah dihias cantik duduk didalam bilik yang menempatkan mereka setelah tiba semalam,Taufiq pulak sengaja mahu tinggal di hotel berdekatan bila disoal katanya tak elok bakal pengantin duduk sebumbung,ya..memang betul tokwan juga setuju walaupun muka Kina sudah berkedut seribu kerana tidak mahu berpisah dengan bakal pengantinnya.
Kina memandang sekeliling,mana tahu tiba-tiba muncul lipas atau tikus.memang sah dia terjun tingkap itu.
"riuh betul orang kampung sini kan?"soal mak andam yang ditempah khas oleh Kina.
"yelah...sebab tu I tak suka buat majlis dekat kampung,dah lah busuk tak selesa pulak tu"kata Kina.
mereka sama-sama gelak
"bertuah you Kina..handsome bakal suami you tu...kalau I..memang tak renggang langsung"kata mak andam dengan gelak kuat.
"You ingat I nak lepaskan dia ke?"memang bertuah I...dah lah handsome,kaya pulak tu"jawab Kina seronok.
Ara tidur sambil memeluk bantalnya.dia memandang keluar tingkap.
harini adalah hari bersejarah Taufiq,kalau dulu mereka merancang bakal tiba hari bahagia untuk mereka ternyata perancangan Allah lebih lagi.
ternyata Allah mengizinkan Fiq untuk berkahwin tetapi pengantin perempuan bukan dirinya.
air matanya menitis kebantal lagi.lekas-lekas diseka.
pintu biliknya diketuk.
"Ara...mak nak pergi rumah tokwan,Ara nak ikut?"soal mak embon dari luar.
"Ara minta maaf mak,Ara tak sihat"kata Ara dari dalam.
mak embon mengeluh faham.
"yelah...mak pergi ye"mak embon terus berlalu
"maafkan Ara,Ara tak sekuat macam apa yang Ara cakap dua minggu lalu.Ara tak boleh,maafkan Ara sebab tak dapat datang"katanya perlahan.
Taufiq yang sudah berbaju melayu berwarna putih bersandar dalam kereta.dia kini berada dihadapan hotel penginapannya.
telefonnya tidak henti-henti berdering.
dia hanya termenung memandang kehadapan.
"Fiq tak sanggup nak tengok wajah Ara kejap lagi,sebab Fiq tahu Ara akan sedih,apa yang harus Fiq buat?"rintih hatinya.
dia melihat skrin telefon.sudah dua puluh missed call dari mama,tidak termasuk beberapa mesej.
Taufiq memandang jam ditangan.
pukul sebelas pagi.waktu dia dan Kina akan dinikahkan.mesti ramai sedang menunggu dirinya.pantas dia menghidupkan enjin kereta.lalu pedal minyak ditekan.kereta mula bergerak ke jalan raya.
Share this novel