kereta honda city yang dipandu oleh Taufiq memasuki perkarangan sebuah rumah banglo dua tingkat.rumah yang berwarna merah hati itu tersergam indah dengan corak yang menceriakan suasana.
"tok masuk dulu,biar Fiq angkat beg"kata Taufiq.tokwan mengangguk lalu keluar berjalan ke arah pintu tersergam indah itu.
Taufiq membawa dua beg besar berisi baju.
"assalammualaikum"laung Taufiq.
"waalaikumsalam..dah sampai pun"kata datin rose.terus mencium tangan ibu mertuanya.Taufiq mencium tangan mama kesayangannya.
"eh...laju betul Fiq bawak kereta?"soal dato tajuddin.tangannya dicium Taufiq
"mana ada pa...Fiq bawak perlahan je lah...tak percaya tanya tok"kata Taufiq duduk bersandar di sofa empuk itu melepaskan lelah.
dia mendengar tawa mereka.
"betul lah..."kata Fiq lagi dengan senyuman.
susah betul hatinya apabila orang yang disayangi tidak mempercayai dirinya.tapi dia tahu mama dan papa memang suka mengusik dari kecil lagi sampailah sekarang.erm..nasib lah orang yang bernama Taufiq Anaqi ni...
"ye lah..percaya"kata datin rose.
"mak macam mana sihat?"soal dato tajuddin disebelah emaknya.
"alhamdulillah,sihat sikit,cuma lutut je biasa lah..orang tua"jawab tokwan.
"tokwan degil selalu berkebun dekat belakang rumah,sebab tu selalu sakit lutut"adu Taufiq.
terdengar gelak tokwan dan papanya
"betul cakap Fiq tu mak..kalau mak rasa tak sihat tak payah lah berkebun semua tu"kata datin rose.
"mak bosan..dari tanah belakang tu terbiar macam tu je...baik mak usahakan"kata tokwan.
"berkebun tu tak salah mak..tapi kena jaga kesihatan jugak" dato tajuddin mengambil peranan.
"jangan-jangan Fiq yang malas nak tolong tokwan tak?"teka datin rose memandang tajam anaknya.
"eh..mana ada,Fiq rajin kan tok"kata Taufiq pantas membela dirinya.
tokwan gelak sakan.
"Fiq rajin...bukannya malas,tapi suka tidur"kata.tokwan mengusik.
Taufiq tersengih-sengih.
datin rose terus mengecilkan matanya pada anak bongsunya.dato tajuddin sudah menahan tawa bersama tokwan.
"err...abang mana ma?"soal Taufiq.cuba mengubah topik,dia tahu mamanya pasti akan bagi dia ceramah khas sempena dia suka tidur.lebih baik dia cepat-cepat tukar arah perbualan.
"abang ada dekat bilik dia,solat"jawab datin rose.
"hah..tu panjang umur"kata datin rose,kini semua mata memandang ke arah tangga muncul seorang lelaki tinggi lampai,tersenyum manis,berbaju pagoda hitam dan berkain pelekat.
"maaf tokwan,Taj solat tadi,dah lama sampai?"soal Taj,atau nama penuhnya Tajdi Mikael bin Tajjuddin.berumur 28 tahun.
tangan tokwan diciumnya,lalu pipi tokwan juga dicium mesra.
"dah besar cucu tokwan yang sorang ni...kacak lagi"puji tokwan.Taj hanya tersenyum manis.
"amboii tok..cucu yang ini tak kacak ke?"soal Taufiq sambil membetulkan gaya rambutnya.
"adik kacak tapi kurang dari abang"kata Tajdi dengan gelak sinis.
"bila jumpa je..suka nak bertengkar dua orang ni"kata datin rose.tokwan tersenyum.
"alah..mana ada kitaorang gaduh ma..nampak ni kan kami baik"kata Tajdi merangkul kepala adiknya ke riba.Taufiq tergelak-gelak.
"betul tu ma..mana ada gaduh-gaduh,cuit-cuit manja orang kata"sambung Taufiq lagi.
"sudah...sekarang ni mama nak bincang pasal rancangan esok"kata datin rose.
tegas,mentang-mentang bekas guru besar garangnya sampai kerumah.Taufiq dan Tajdi diam menikus.
"esoklah kita bincang kan ada masa lagi...lagipun mak mesti penat"kata dato Tajjudin.
"ye ke mak...hehehe kalau macam tu besok kita bincang"kata datin rose dengan sengihan.
"takpe...mak okay lagi,belum mengantuk"kata tokwan.
"tapi..takpe besok pun sempat,mak nak rehat jom rose bawakkan"kata datin rose.
tokwan hanya mengikut,memang dirinya penat tapi jikalau anak dan menantunya mahu mengkhabarkan apa-apa berita dia sudi mendengar juga,.tapi dah begitu keputusan menantunya jadi esok sahaja mereka akan berbincang.
"abang"
Tajdi memandang adiknya.Taufiq pulak menaikkan kening dengan senyuman sinis.Tajdi tersenyum sinis.dengan pantas mereka berlari menaiki tangga seperti perlawanan lari seratus meter sekolah.
"kenapa tu?"soal tokwan terkejut.
"biasalah mak..."kata dato tajjudin dengan selamba.
Taufiq lekas-lekas menghidupkan tv berskrin besar.remote control digapainya lalu diserah pada abangnya satu.
"hari ini bermulanya perlawanan antara manchester city dan Liverpool"kata Taufiq.di skrin tv muncul gambar game kegemaran mereka yang sememangnya sedari dulu lagi mereka selalu bermain bersama-sama untuk menentukan kehebatan masing-masing ,siapa kalah akan belanja makan mengikut selera si pemenang.kadang-kadang sampaikan jam menginjak ke tiga pagi tapi mereka masih tekun bermain,telinga dipulas oleh mama? selalu sangat sampai dah tak terasa sakit.mereka tetap meneruskan hobi mereka.
Taufiq turun ke ruangan dapur yang jarang sekali dia dapat berada disitu kerana masanya lebih banyak di kampung.bau tumisan nasi goreng menusuk ke hidungnya.
"sedapnya bau...."dia berdiri.di sebelah mamanya yang sedang menggoreng.
"mestilah sedap...mama masak special pagi ni"kata datin rose.
Taufiq pelik.
Tajdi yang sedang meneguk air fresh orange kehemarannya tersenyum memandang adiknya.
"kenapa special?"sebab Fiq dan tokwan ada kan?"soal Taufiq.
"that's reason number one"kata datin rose
"number two?"
"kita ada tetamu khas untuk lunch nanti,"kata datin rose.
Taufiq gelak perlahan.
"makan waktu lunch..tapi mama masak time ni?"soal Taufiq
"alah..mama nak masak banyak..takut tak sempat pulak"kata datin rose.
"by the way...sapa tetamu istimewa tu?"soal Taufiq.
"Fiq ingat tak aunty Samsiah?"soal datin rose.
"apa pulak tak ingat,datin yang kepochi tu"kata Taufiq.
tangannya ditampar oleh mamanya perlahan.
"aunty tulah...dia datang dengan uncle Zul,and anak dia" datin rose teruja
"Kina"kata mamanya.
"Kina yang belajar sama dengan Fiq tu ke?"soal Taufiq
"yes..great"
"tapi...buat apa?"
"tunggu je lah..as long as you still remember them"kata datin rose.
Tajdi tersenyum melihat wajah adiknya yang risau.walaupun cerita kegemaran ditayangkan dia langsung tidak fokus.
"hey..come on,kenapa ni?"soalnya
"adik hairan kenapa mama ajak uncle dan aunty serta anak diaorang datang lunch rumah kita?"betul-betul confius ni"kata Taufiq.
"alah..just makan tengah hari kan?"apa yang nak dirisaukan sangat"kata Tajdi cuba mengembalikan ceria diwajah adiknya.
"kita baru jumpa dah buat muka masam,cuba ceria sikit muka tu,dah lah jarang balik sini"kata Tajdi.
Taufiq mulai senyum.dan berfikiran positif.yelah mungkin mama sekadar menjemput rakan lamanya.boleh jugak dia bersembang dengan bekas classmate yang tinggi bak galah itu.
dari jauh tokwan melihat Taufiq dengan wajah yang mendung.dia mendapat berita daripada anak dan menantunya pagi tadi tentang perancangan mereka.tokwan tidak mampu untuk menghalang,siapalah dia untuk memaksa keputusan mereka.rasa sedih meliputi hatinya.
"tok harap..Fiq akan tabah"bisik hatinya.
Ara tersenyum saat melihat ayam-ayam yang riuh berebut makanan yang diberinya.rasa kelakar pulak bila ada ayam yang hampir jatuh ke parit kecil dibelakang rumahnya itu.
"kau makan banyak-banyak ayam erk..cukup berat kau,aku buat gulai campur betik"kata Ara pada ayam-ayam itu.
Ara duduk berhampiran seekor ayam betina berwarna putih.diusap kepala ayam itu lembut
"ayam..aku rindukan Fiq,rindu sangat,macam mana aku nak buat bagi aku tak rindukan dia erk?"susah...sebab.dia selalu buat perkara yang aku selalu ingat dekat dia,dia buat apa sekarang ni erk?"
"Ara!!...cepat masuk makan,nanti nak pergi warung tak sempat pulak"panggil mak embon dari dalam rumah.
"ayam,kau tunggu aku luah perasaan aku dekat malam nanti pulak erk?"kalau kau lari aku cekik-cekik kau"kata Ara terus bangun masuk ke rumah.
Share this novel