bab 89

Romance Completed 13382

Ara kini duduk berdepan dengan Taufiq.masing-masing dari tadi hanya diam membisu.tiada idea untuk menuturkan kata.sengaja Taufiq mencari tempat duduk yang agak tersorok dari orang ramai yang mengunjungi restourant ini.memang awal-awal lagi dia bersedia untuk berjumpa Ara kerana dia tahu,dapat sahaja panggilan telefon dari Ara..memang sah-sah lah..hal peminangan itu akan dibincangkan.segala ayat sudah disusun cantik-cantik didalam kepala.tapi..bila sudah duduk bertentangan sebegini segala yang disimpan bagaikan di bawa angin.
Ara diam juga setelah lima minit berlalu.
"macam mana aku nak mulakan?"kata hatinya.
dia lihat sekeliling mereka.memang tak berapa ramai!
dia lihat Taufiq juga diam.
Ara mengeluh dalam hati.
"ini bukan perjumpaan hanya semata-mata untuk jadi bisu..Ara!!! kau boleh"kata hatinya bersemangat.
Ara mengeluarkan kotak yang berbentuk hati dari poket seluar jeansnya.
kotak itu diletak atas meja.
mata Taufiq terus terpaku pada kotak yang baru sahaja mendarat di atas meja itu.hatinya semakin kuat bergetar.
"apa semua ni Fiq?"soal Ara memulakan bicara.
Taufiq tundukkan wajah kemudian dia pandang Ara.
"Mama dan papa yang rancang"kata Taufiq
semakin terkejut Ara dibuatnya.maknanya bukan kemahuan Fiq sendiri? ini paksaan dari datin rose dan dato tajjuddin pada Fiq?maknanya Fiq langsung tak sukakan aku?maknanya Fiq tak terfikir langsung nak memperisterikan aku? semuanya nampak benar berbeza dengan tekaan Zaiton masa pertama kali dia memberitahu cerita ini pada Zaiton.
"rancangan mama,papa?"soal Ara
"mama dan papa dah lama simpan niat nak kahwinkan Ara dengan Fiq,sejak....Ara berada di Korea lagi,waktu tu arwah Kiyla dah setahun lebih tiada"kata Taufiq.
Ara terdiam.
"maknanya ini bukan rancangan Fiq?"soal Ara
Taufiq geleng kepala.
"Fiq dipaksa?"soal Ara lagi
"tak juga"jawab Taufiq.
Ara sudah keliru.apa yang Fiq cakap ni!
"maksud Fiq?"
"mama dan papa yang rancang untuk meminang Ara...dan Fiq tak bantah"kata Taufiq
Ara mengeluh.
"mana boleh macam ni Fiq....Fiq tak boleh sakitkan hati Fiq sendiri dengan cadangan mama dan papa.Ara tahu selama ni kita hanya berkawan"kata Ara
mendengar itu dari mulut Ara membuatkan hati Taufiq meruntun hiba.
kawan? maknanya Ara menolak peminangan mama dan papa? dah hilang ke semua rasa cinta Ara pada aku?walaupun perkara yang menyedihkan sudahpun berlalu?
"Fiq tak sakitkan hati Fiq...."kata Taufiq
Ara kerutkan kening.
"tapi....Fiq tak setuju kan dengan semua ni?"
"setuju"kata Taufiq selamba.
Ara ternganga.
"Fiq ni betul ke tak? kalau Fiq setuju sekalipun..itu bukan dengan hati Fiq yang ikhlas....Ara tak nak Fiq ikut cadangan mama dan papa semata-mata nak jaga hati mereka walaupun Fiq tahu..Fiq langsung tak sukakan Ara macam dulu lagi kan?"kata Ara
"kalau Fiq cakap...Fiq ikhlas dan masih sukakan Ara?"soal Taufiq.
kata-kata itu betul-betul membuat lidah Ara terpaku.
"Fiq terima cadangan mama dan papa sebab Fiq yakin dengan hati Fiq yang Fiq akan boleh membahagiakan Ara.Fiq yakin bahawa Ara mampu jadi ibu terbaik buat si kecil comel.sebab tu...Fiq harap sangat Ara terima peminangan ni"kata Taufiq jujur.
Ara diam seketika,ketawa sinis terletus dibibirnya.
"apa Fiq merepek ni? baru tadi je..Fiq cakap mama dan papa yang rancang semua ni,dan Fiq langsung tak terfikir nak buat semua ni kan?sekarang....lain pulak?"soal Ara
Taufiq memaku pandangan pada Ara didepan.
"Ara sayangkan si kecil comel?"soal
"memanglah Ara sayangkan dia.sekarang Fiq nak suruh Ara terima Fiq demi si kecil comel?"soal Ara
"bukan itu maksud Fiq...memang Fiq nak kahwin dengan Ara tapi...sekaligus si kecil comel juga akan dapat seorang mama"kata Taufiq
Ara tersenyum sinis.
"sekarang Ara nak tanya Fiq...Fiq betul-betul ikhlas ke terima cadangan mama dan papa,atau demi si kecil comel?"soal Ara
Taufiq membalas pandangan tajam Ara padanya.
"macam mana pula dengan Ara?adakah Ara akan terima pinangan ni seikhlas hati atau demi si kecil comel?"balas Taufiq.
sekarang masing-masing diam.
"Ara tanya Fiq!"
"Fiq pun tanya Ara!"balas Taufiq
"apa jawapan Fiq,cepat bagitahu Ara!"
"bagitahu jawapan Ara dulu"balas Taufiq.
Ara sudah menahan geram.
ada juga yang makan gelas kaca dekat restourant ni!!
Taufiq menahan senyumannya.
"Okaylah..Fiq bagi jawapan,sebenarnya Fiq memang menantikan seseorang yang berjaya menambat hati Fiq dan anak Fiq.Fiq dah lama mencari seseorang yang boleh memberi kasih sayang pada anak Fiq.Fiq hanya mahukan yang terbaik untuk seseorang yang mahu menggantikan tempat Kiyla...dan setelah jumpa dengan Ara semula,Fiq dapat rasakan yang Ara layak untuk menjadi seseorang itu,Fiq tahu kasih sayang Ara terhadap anak Fiq dari pandangan Ara padanya.pandangan kasih seorang wanita pada seorang kanak-kanak kecil yang kehilangan ibunya.Fiq juga memerlukan seorang isteri di sisi,untuk bersama Fiq sampai ke hari tua,untuk bersama-sama Fiq menjaga keluarga..mendidik anak-anak,Fiq harap sangat yang Ara sudi terima Fiq dan si kecil comel"kata Taufiq perlahan dan tenang sekali suaranya.
Ara sudah tidak terkata.apa yang mahu dibantah tadi seperti dipatahkan oleh kata-kata Taufiq
Taufiq menolak kotak cincin yang terbuka lalu terserlah satu bentuk cincin permata itu di hadapan Ara semula.
"please...terima Fiq,Fiq...janji kita akan bahagia,Fiq nak pupuk semula cinta kita yang dulu"kata Taufiq
Ara diam.
"mana Fiq tahu Ara boleh jadi ibu yang baik pada anak Fiq? Ara langsung tak tahu apa-apa pasal penjagaan kanak-kanak,Ara takut nanti jadi apa-apa pada dia"kata Ara
Taufiq tersenyum seketika.
"sebab tu..kena belajar menjaga si kecil comel lepas kita nikah nanti,lepas tu...barulah reti nak jaga baby seterusnya"kata Taufiq dengan senyuman.
terasa merah pipi Ara.panas!panas!panas!
Ara menyembunyikan senyuman.
"so...macam mana?"soal Taufiq
"Ara tanya mak ayah dulu..."kata Ara
"mak ayah dah setuju....Fiq dah jumpa mereka dah..."kata Taufiq
terkejut Ara tiba-tiba.
"bi..bi..bila?"soalnya gagap.
"Ara balik ke KL pagi...petang tu Fiq sampai ke kampung,Fiq minta restu dari mak ayah"kata Taufiq
Ara terdiam.
bila masa Fiq terjah rumah aku? mak dan ayah tak cakap apa-apa pun masa call semalam?
"tak payah fikir banyak...please terima lamaran dari Fiq"kata Taufiq dengan senyuman menggoda.
Ara pandang pada kotak merah hati didepannya.
tangannya teragak-agak untuk mencapai cincin itu.Akhirnya tangannya sudah memegang cincin itu.
tiba-tiba terdengar sorakan dan tepukan dari arah kaunter pembayaran.
Ara melihat ke arah mereka yang sedang tersenyum seramai sepuluh orang.malu besar Ara dibuatnya.dia pandang Taufiq yang juga sedang tersenyum lebar.
Ara juga tersenyum kepadanya.
"malulah..."kata Ara perlahan.beberapa pengunjung restourant itu tersenyum pada mereka.
"it's gonna be awesome.."kata Taufiq.
Ara menjelingnya.Taufiq terus tergelak apabila mendapat jelingan maut dari Ara itu.

setahun....tempoh pengenalan mereka semula.setelah segala yang berlaku,ada hikmah disebaliknya.
hari ini adalah hari yang paling bersejarah buat Ara.dia tak tahu nak menggambarkan bagaimana bahkan mahu menuturkan ayat.
hari ini adalah hari dimana dia bakal menerima seorang lelaki yang bakal bergelar suaminya dalam beberapa minit saja dari sekarang.
Ara merenung dirinya di dalam cermin.
dirinya dihias indah umpama seorang puteri yang bakal didatangi oleh seorang puteranya.
malam ini bagi acara pernikahan dia mengenakan baju kurung labuh berwarna putih.bermanik sana sini,
segala majlis diadakan hanya satu tempat.setelah mendapat persetujuan daripada semua orang.iaitu di rumah mama dan papa.
malam ini nikah,esok majlis resepsinya.
Ara membiarkan jurusolek yang ditempah oleh mama membetulkan lilitan tudungnya.
"you nampak cantik sangat malam ni..."kata si jurusolek yang bernama kak Ti itu.
Ara tersenyum.
"cantik sebab kerja kak Ti punya pasallah"kata Ara.
"alah...kak Ti cuma tambah-tambah je...yang sebenarnya you memang cantik asal"kata kak Ti.
Ara tergelak perlahan.
"amacam? berdebar tak?"soal Kak Ti
"kak Ti tanya lagi...mestilah berdebar"kata Ara
"alah..macam mana tak berdebar,dapat suami tampan macam tu..kalau kak Ti,dah buat majlis kesyukuran sebulan tau.."kata kak Ti.
Ara tergelak lagi.
"apalah kak ti ni...."kata Ara.
"alah...akak gurau je..."
"akak doakan kau orang berdua bahagia sampai ke jannah,lagi satu...semoga kekal selama-lamanya...and lastly..jangan lupa tambah anak banyak-banyak,yelah...rumah ni besar sangat..!!buat apa penghuninya sikit-sikit je..."kata kak Ti.
Ara tergelak lagi.kak ti memang dari permulaan perkenalan mereka dia sudah ramah macam bertahun dah kenal.walaupun percakapannya agak lancar tapi hatinya baik.
"terima kasih kak ti..."kata Ara pada wanita yang sudah berusia tiga puluh tiga tahun itu.
pintu bilik diketuk dari luar,dan dibuka.
terjengul wajah Zaiton yang tersengih-sengih.
"jom..turun bawah,majlis dah nak mula"kata Zaiton.
Ara diam.hanya anggukan mampu dia berikan.betapa hebatnya degupan jantungnya ketika ini.
dia bangun dari tempat duduk.diberi sentuhan terakhir oleh kak ti...barulah dia melangkah keluar bersama Zaiton.
dia pandang ruang bawah.nampak ramai sekali saudara-mara dari belah datin rose,dato tajjuddin serta tetamu undangan yang lain.
Ara berpimpin tangan dengan Zaiton.dia melangkah dengan penuh berhati-hati.
dia dapat rasakan semua mata melihat ke arahnya.rasa malu tak usah cakaplah...rasa macam nak ambil dulang besar tutup muka.
Ara duduk bersimpuh ditengah-tengah antara datin rose dan mak embon.
Ara menundukkan wajahnya.
dia pandang ke depan.tiba-tiba pandang matanya bertembung dengan Taufiq.
cair hatinya saat melihat bakal suaminya itu.
Taufiq tampak segak dengan baju melayu bersampin dan songkok.hanya simple tapi....malam ini sungguh lain auranya.
mereka berbalas senyum.
di sebelah Taufiq terduduknya si kecil comel dengan tertib.
Ara menyembunyikan rasa geli hatinya.
majlis dimulakan dengan beberapa ucapan dari imam.
Ara menarik nafas dalam-dalam.
kini tangan Taufiq dan pak mad sudah bertaut.
Ara menundukkan wajahnya.matanya dipejam rapat.
"ya Allah,permudahkanlah urusan jodohku ini.sesungguhnya andai dia yang telah engkau tetapkan,maka permudahkanlah dan lancarkanlah lafaz itu"doa Ara didalam hatinya.
saat ini air mata mulai menitis apabila sahutan 'sah' didepan sana bergema.rasa tenang menyusup ke dalam seluruh denyut nadi.
tangan mak embon diciumnya.lalu dipeluk tubuh itu.
dia kembali mencium tangan milik ibu mertuanya yang sah.
Ara dapat melihat Taufiq melangkah ke arahnya dengan penuh tertib.badannya dibongkokkan apabila melalui beberapa kenalan papa.
Ara tersenyum menyambut kedatangan Taufiq ke arahnya.
datin rose dan mak embon menjarakkan diri mereka dari Ara untuk memberi ruang pada Taufiq.
sampai sahaja Taufiq didepan Ara hatinya sudah bergetar hebat.
tetamu yang datang pula sibuk menala camera telefon masing-masing.termasuklah juga jurugambar yang ditempah oleh dato tajjuddin juga untuk memotret foto pada majlis malam itu.
Ara dan Taufiq berpandangan.mereka kini saling duduk berdepan.
Ara melempar senyuman manisnya.Taufiq pula tersenyum.mata kanannya dikerdip pada Ara.
bunyi siulan kawan-kawan Taufiq dapat didengar.Ara tergelak perlahan.
Ara hulurkan tangannya.
Taufiq pula menyarungkan cincin pernikahan buat isterinya kini.
usai itu Ara mencium tangan milik Taufiq.
mata mereka bersatu lagi.Taufiq menghampiri wajahnya pada wajah Ara.
Ara sudah terkejut besar.
matanya lihat sekeliling.
Ara semakin menjauhkan wajahnya kebelakang apabila wajah Taufiq menghampiri wajahnya.
tapi..sudah terlambat,dahinya menjadi sasaran Taufiq.
Ara melepas nafas lega.terdengar ditelinganya Taufiq tergelak perlahan.
perli la tu!!
Ara tersenyum apabila jurugambar ingin memotretkan foto mereka.
kini selesai sudah acara pembatalan air sembahyang.
giliran ahli keluarga dan teman-teman rapat Taufiq pula memotret foto bersama mereka.
majlis berakhir setelah jarum jam merangkak ke angka 11 malam.itupun masih juga ada tetamu-tetamu yang sedang bersembang dengan papa dan ayah.
kawan-kawan Taufiq lagilah.sempat Ara berkenalan dengan mereka.ramai sangat...tapi kata Taufiq paling special adalah Hero dan ustaz katanya.tergelak Ara apabila nama panggilan mereka disebut Taufiq.
Ara tersenyum apabila matanya melihat bulan yang memancar cahayanya yang cerah,bintang-bintang bagaikan memberi perhiasan di dada langit yang gelap dan kosong.
tangannya pula sibuk mencuci pinggan-pinggan kotor yang digunakan oleh tetamu istimewa.
bajunya sudah bertukar dari pakaian pengantin ke blaus labuh dan skirt labuh tudung pula dia hanya mengenakan bawal tiada corak.
pinggan itu digosoknya bagi menghilangkan kesan kotoran.
"ehhemm!!!"
terlepas pinggan dari tangan Ara ke dalam sinki semula apabila mendengar seseorang berdehem di belakangnya.
dia menarik nafas lega apabila pinggan yang terjatuh itu hanya pinggan plastik.tapi...yang tak leganya adalah Taufiq! bukan ke tadi dia tengah bersembang?
"Fiq nak apa?"soal Ara jujur.sambil memusingkan badannya menghadap Taufiq.
dia mengeringkan tangannya lalu berhadapan dengan Taufiq yang nampak sungguh kacak dimata Ara tapi tak mahulah ditunjuk dari riak muka.
"Fiq ada hal nak bincang dengan Ara"Taufiq sambil tangannya disilang ke dadanya yang bidang.
Ara terdiam.kemudian mengangguk.
"cakaplah"kata Ara
"tapi bukan dekat sini..."kata Taufiq
"dekat mana lagi? dekat dapur ni kan hanya kita dua je..."kata Ara
"dekat bilik"kata Taufiq
terkejut Ara tiba-tiba.
"bi..bi...bilik?"soal Ara.gagap mula menguasai diri.
"yes...jom"kata Taufiq dengan senyuman.
"bilik Ara ke..bilik ab......
Taufiq tergelak apabila ayat tak habis Ara didengarnya.
"abang...."kata Taufiq
"bilik Ara ke bilik a...bang?"soal Ara dengan sengihan.masih lagi kelu untuk bercakap abang.
"bilik Ara dengan bilik abang...sama je lah..jomm!!"kata Taufiq lalu tangan kanan Ara ditariknya.
hah!! sama? jangan cakap malam ni aku dah kena tidur satu bilik dengan Taufiq? sekurang-kurangnya tunggulah esok!
Ara mengikut langkah dengan terpaksa.Ara lihat sekekliling.
dia mengikut langkah Taufiq yang menarik tangannya menuju ke tingkat atas.

pintu bilik ditutup Taufiq.lalu dikunci.
Ara dibelakangnya sudah menelan liur.
wajahnya jelas pucat.
Taufiq memusingkan badannya menghadap Ara dengan senyuman menggoda.
Ara melangkah ke belakang supaya dirinya berjauhan dengan Taufiq.
"kenapa ni?"soal Taufiq
"err...ab..abang nak bincang apa?"soal Ara takut-takut.
Taufiq tersenyum.
"pasal kitalah...."kata Taufiq.terus melangkah lalu duduk di birai katil.
Ara masih lagi berdiri agak jauh dari Taufiq.
Taufiq mengibas tempat disebelahnya dengan tangan.
"duduk sini..."kata Taufiq
Ara tersenyum menyembunyikan getar.
"tak apalah...Ara duduk dekat sini je...cakaplah"kata Ara
"lah....tak kan nak berdiri je?"soal Taufiq
"err..."matanya meliar sekeliling.matanya terpaku pada sofa.pantas Ara duduk disitu dengan sengihan.
Taufiq tersenyum.tahu sangat!
"ada hal apa?"soal Ara
"macam ni...abang cuma nak bagitahu Ara..pasal plan kita lusa"kata Taufiq
"lusa? plan apa?"
"abang dah beli sebuah rumah untuk kita tinggal"kata Taufiq
"rumah? maknanya kita kena pindah?"soal Ara
Taufiq angguk kepala
"kenapa? kesian mama nanti..."kata Ara
"rumah tu dah lama abang beli...jadi takkan nak biarkan je..?"kata Taufiq
"apa kata mama dan papa nanti...."kata Ara
"abang dah minta izin mama dan papa...awalnya memang diaorang bantah tapi....akhirnya diaorang ikut abang.mana yang terbaik"kata Taufiq
Ara diam.
"dekat mana?"soal Ara
"dekat juga dengan sini.so...bila-bila masa je Ara boleh datang sini..."kata Taufiq
Ara angguk kepala.
"sayang setuju?"soal Taufiq
kepala Ara terus tertegak.
sayang!!?
Taufiq tersenyum.tahu Ara terkejut dengan panggilannya itu.
"Apa?"soal Ara
"sayang setuju tak?"soal Taufiq.
Ara hanya mengangguk.
Taufiq tersenyum.
"kalau macam tu...abang keluar sekejap nak ambil angin...sayang tidur dulu erk"kata Taufiq
Ara diam.
"err...Ara tidur mana?"soal Ara
"sinilah..."kata Taufiq.
langkahnya yang menuju ke pintu terhenti kerana pertanyaan Ara.
"abang?"soal Ara
Taufiq tergelak perlahan.
"this is our room"kata Taufiq terus melangkah keluar.
tertutup saja pintu Ara merebahkan diri pada sofa yang dia sedang duduk itu.
wajahnya diraup dengan tangan.
"Ara....kenapa dengan kau? itukan cuma Fiq..bukannya raksaksa pun....yang kau gabra lain macam ni kenapa? dan satu lagi....kau jangan nak mengada-ngada,dia tu dah jadi laki kau!!so...tak payah nak pelik kenapa kau kena tidur sebilik dengan dia"kata Ara sendirian.menyedarkan hakikat dirinya.
Ara mengeluh.matanya ditala ke siling atas.
pintu bilik dibuka dari luar secara tiba-tiba.
Ara lekas-lekas bangun lalu duduk tegak.
muncul satu tubuh kecil di balik pintu itu.
Ara tersenyum apabila melihat si kecil comel yang sudah berbaju tidur menggosok matanya lalu menghampiri Ara.
"ka...kak"
Ara tersenyum.tubuh kecil itu dipeluknya.
"mama lah sayang...si kecil comel kena panggil kakak mama"kata Ara
"be..tul ke?"
"ye..betul,mulai hari ini...mama akan cuba jadi mama yang terbaik untuk si kecil comel mama"kata Ara mencuit pipi gebu itu.
si kecil comel tersenyum.
"mama?"soalnya
"ye..."jawab Ara.
tergelak perlahan si kecil comel apabila panggilan mamanya kini disahut.
"Taj nak ti...dur dengan mama"katanya
"boleh....kita tidur sini dulu erk.."kata Ara
si kecil comel mengangguk.
Ara merebahkan tubuh si kecil comel di atas sofa.
Ara juga merebahkan dirinya bersebelahan si kecil comel.mujur sofa itu agak luas.
tubuh si kecil comel ditepuk-tepuk perlahan.
si kecil comel pula memeluknya.
mereka sama-sama terlena diulit mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience