Ara mengikut langkah pasangan dihadapannya ini.
naik menyampah bila melihat telatah mengada-ngada si miss katerine itu.
Ara berhenti di sebuah butik kasut yang berjenama di hadapannya apabila Tajdi dan katerine berhenti.
dia melepas nafas lelah.
Tajdi menjeling melihat wajah bosan Ara.
bibirnya terukir senyuman.
"you think this blue colours or red colours?"soal katerine kepada Tajdi.
dikedua tangannya ada kasut bertumit yang amat tinggi.
"i dont know your favaurite colours.."kata Tajdi dengan senyuman.
"no...i mean if you want to buy this shoes,whats colour you want?"soal katerine
Tajdi tergelak.
"i like red colours because my future wife like it"kata Tajdi.
matanya bertentangngan dengan Ara.
pantas Ara melarikan wajahnya.pura-pura memilih kasut jugak,padahal,demam seminggu pun...belum tentu seleranya akan memakai kasut setinggi ini.
Tajdi tersenyum.
"so...i want this red colours"kata katerine.
mereka berdua masuk ke butik itu meninggalkan Ara sendiri.
nafas dalam dilepas.
mereka keluar dengan menjinjing beg kertas.
"Ara..tak nak beli apa-apa ke?harini saya belanja jangan risau"kata Tajdi.
Ara tersenyum sambil menggeleng.
"why?? come on, this shoes very beautiful."kata katerine juga memujuk.
tangannya masih memeluk erat lengan sasa Tajdi.
"its okay..."balasnya mendatar.
"awak sakit ke Ara?"soal Tajdi
"eh..tak lah bos"jawabnya.
wajahnya masih berduka.tak tahu kenapa moodnya tiba-tiba berubah macam ini.
"sure?"soal Tajdi lagi.
Ara angguk.
"ermm....Taj i want to go toilet,please wait a minute"kata Katerina.pantas menyerah beg kertas pada Tajdi.
dia berlari ke arah tandas.
Ara diam.hanya tinggal mereka berdua.
Ara membuat keputusan duduk di bangku berdekatan.
Tiba-tiba hatinya gusar bila Tajdi mengikut duduk di sebelahnya.
otaknya baru teringat sesuatu.
dia duduk tegak.
"err...bos..."panggil Ara.
Tajdi memandangnya.pantas jantungnya mengepam darah laju.
"ssaya nak minta ccuti boleh?"soal Ara.
isshh...gagap pulak.
"kenapa?"
"mak saya sakit,saya ambik cuti tanpa gaji"kata Ara.
"rumah awak dekat johor kan?"soal Tajdi.
Ara angguk laju.
"berapa hari?"
"kalau ikut saya,sehari pun dah cukup"kata Ara.
"minggu ni jadual saya padat atau tak?"soal Tajdi.
"dalam minggu ni,masa bos free lagi,tapi minggu depan dah start projek baru"jawab Ara.
Tajdi.berfikir.
"bboleh bos?"soal Ara.
"boleh"kata Tajdi.
Ara tersenyum lebar.
"tapi saya ikut"
mendengar kata itu.terus melenyapkan senyuman Ara.
"bos ikut saya?"
"kenapa?salah?"
"bukan..tapi saya takut bos tak selesa,rumah saya bukan macam rumah bos,lagipun...nanti orang office cakap apa pulak"kata Ara.
please...jangan ikut aku!!!
"saya bagi awak cuti dengan syarat saya ikut,kita akan cuti seminggu,gaji.tetap jalan"kata Tajdi.
ternganga Ara.
Tajdi bangun.berdiri bila melihat katerina keluar dari tandas.
"kalau tak nak saya ikut,no holiday!!"kata Tajdi.pantas meninggalkan Ara.
Ara mengetap bibir.
"suka hatilah nak ikut pun..mintak-mintak nyamuk gigit dia sampai jadi bekas,biar padan muka"kata hatinya.
dengan terpaksa dia melangkah ke arah mereka.
Ara melambai tangan pada katerina yang sedang tersenyum ke arah mereka.
"bye...see you again,"kata Ara agak kuat kerana dia di dalam kereta.apahal entah orang di sebelahnya ini,tak sempat nak peluk cium katerina diarahnya masuk dalam kereta cepat-cepat,balasannya kalau lambat kena tinggal.dah lah parking kereta jauh kemain.ermm....bergaduh dengan katerina ke?
tapi si katerina ni selamba happy je...?
"you too...by the way, I'am not your bos girlfriend" kata katerina memberi duduk pangkal cerita sebenarnya.
Tajdi menepuk dahi,takut terkantoi.
Ara tidak berapa dengar kerana Tajdi sudah menghidupkan enjin kereta.
kini dia di tempat sebelah pemandu kacak itu.
baru sahaja katerina mahu mengulangi ayatnya,
Tajdi pantas menggerakkan kereta.
katerina pulak tanpa perasaan hanya melambai girang.
dia masuk ke rumahnya bersama beberapa beg kertas berisi pakaian yang baru diborongnya tadi.
"bos...saya tak habis cakap lagi"kata Ara geram.
dia memandang Tajdi.yang tenang memandu.
"kita kan dah lewat"kata Tajdi.
"lewat?nak pergi mana?"soal Ara.
dia memandang jam di pergelangan tangan.
baru pukul satu petang!
"nak balik kampung awak lah...ke tak nak balik?"soal Tajdi.
"se..sekarang ke bos?"soal Ara terkejut.
"ye lah...ish tanya pulak,"kata Tajdi tergelak perlahan.
"saya mana bawak baju lagi,dekat Zaiton pun saya tak cakap lagi"
"takpe...nanti bagitahu lah"
"mana boleh...kita singgah rumah saya kejap"
"nanti baju kita beli je..."kata Tajdi
"ish...senang je bos cakap kan..?saya nak ambik barang-barang saya lah bos...bos lainlah lelaki,tak payah banyak-banyak barang"
Tajdi tersenyum memandang Ara.
"barang apa?"soalnya.
"adalah...yang pasti barang tu penting,tu lah...siapa suruh bos sukarela nak ikut saya dan jadi pemandu saya"
"ye lah....alamat?"
Ara tersenyum.
kereta yang dipandu Tajdi memasuki laman rumah kampung yang indah itu.
Ara terjaga bila terasa badannya bergegar kerana kereta bergerak dijalan yang berbatu.
dia melihat sekeliling.
alamak!! Ara kenapa kau boleh tidur ni?
"bos...maaf saya terlelap"rasa bersalah dihatinya kian bermukim.
"its okay,saya tak kisah pun...sekejap je,kita dah sampai ni"kata Tajdi.
"hah?dah sampai?"
baru Ara perasan bahawa kereta itu sudah terparking kemas dihadapan rumahnya.
"macam mana bos tahu alamat rumah saya?"soal Ara. pelik.
Tajdi tersenyum.
"mak awak dah tunggu tu"kata Tajdi melangkah keluar.
Terkebil-kebil Ara melihat.dia keluar dari kereta itu cepat-cepat.
dia menjeling melihat inchi bos mencium tangan emaknya dengan sopan.
emak siap bergelak sakan lagi.
"assalammualaikum mak,mak dah sihat ke?kenapa tak rehat dalam bilik je?"soal Ara.mencium tangan emaknya.
Tajdi dari tadi menayang gigi putihnya.
"memanglah tak sihat lagi,tambah batuk pulak,tapi...Ara cakap tetamu nak datang tak selesa pulak tak menjemput"kata mak embon.
"saya bukan tetamu VVIP pun makcik,baik rehat dari susahkan badan bangun"kata Tajdi.
"ayah mana mak?"soal Ara.
"ayah ke kebun,kejap lagi baliklah...,naiklah dulu,mesti encik ni penat memandu"kata mak embon.
"panggil saya Taj je makcik,tak payah nak formal sangat"kata Tajdi.
"Taj...terima kasihlah sudi bagi cuti pada Ara ni,siap bawakan dia balik lagi..."
"tak ada hal pun makcik,kebetulan Zaiton kawan dia tak boleh balik,saya yang temankan dia...makcik tak marah kan?"soal Tajdi.
Ara mencebik bibir ke arah Tajdi.
"eh...nak marah buat apa,lega makcik bila tahu bos Ara sebenarnya baik betul"kata Mak embon.
"dah lah jom naik,"
mak embon naik kerumah.
Tajdi menghulur kunci kereta dihadapan muka Ara.
"apa bos?"
"bawak keluar semua beg,saya nak bermanja dengan bakal mak mertua"kata Tajdi.keningnya terangkat sebelah,dengan senyuman sinisnya.
Ara mencebik.dia merampas kunci itu.
Tajdi naik ke atas rumah.
dengan susah payah Ara mengangkat dua buah beg itu.
"bos ni nak duduk seminggu ke bertahun?berat gila beg ni"sungut Ara geram.
"ke...bos bawak batu"katanya lagi.
"saya bawak kayu balak"kata satu suara dibelakangnya.
pantas dia berdiri tegak.
"ma....ma..maaf bos"kata Ara.
matanya dipejam rapat malu!!
Tajdi tergelak.
"its okay!saya lagi suka kalau ada orang kutuk-kutuk saya..memang saya fikir nak duduk bertahun dekat sini,sebab apa awak tahu?"soal Tajdi.
tangannya sepantas kilat membawa keluar dua beg itu dari kereta.
"sebab apa?"soal Ara
"sebab.....saya bakal menantu dalam rumah ni"kata Tajdi terus berlalu ke dalam.
Ara mencebik.
"menantulah sangat,habis si katerine tu..nak jadi apa?madu lebah aku?no!!!"jerit hatinya.
Share this novel