Ara tersenyum melihat Tajdi mencium tangan mak embon dan pak mat setelah selesai memasukkan beg ke dalam keretanya.
inchi bos akan balik ke KL hari ini,
Ara bersyukur sangat kerana dia masih diberi cuti sehari lagi bersama Zaiton.jadi esok baru perjalanan mereka pulak.
Tajdi berjalan ke arahnya.
"esok jangan lupa balik KL pulak,saya bagi peluang dekat awak sehari je"kata Tajdi
Ara tergelak
"yes bos...jangan risau,saya kan pekerja bos yang selalu tepati janji"kata Ara.
"bagus"kata Tajdi.
Ara melempar senyuman.
"bos hati-hati erk?"pesan Ara
"baik"kata Tajdi
"seronok tak duduk kampung saya yang tak seberapa ni?"soal Ara
Tajdi pandang sawah padi yang terbentang luas.
"very much,saya suka tempat setenang ni,dan saya tak akan lupa kenangan dekat waterfall kelmarin...kan best kalau kampung ni jadi kampung saya jugak"kata Tajdi dengan senyuman penuh makna.
"bos anggap je kampung saya ni kampung bos jugak...saya tak kisah berkongsi kampung"kata Ara
"tapi kalau saya nak anggap kampung ni kampung saya jugak...saya kenalah berkongsi hati dengan orang kampung ni"kata Tajdi.
Ara terdiam.kini baru dia faham maksud Tajdi.
Tajdi tersenyum ke arah Ara.dia memandang tepat ke anak mata Ara
"ingat Ara...I'am still waiting for your answer and I never give up to ask you my only question"kata Tajdi perlahan umpama berbisik.
Ara rasa sesak sekejap dadanya.
jantungnya berdegup kencang saat ini,kalau dia membuat pemeriksaan tekanan darah sudah tentu dia disabitkan dengan penyakit darah tinggi.
peluh merinik di mukanya.
"assalammualaikum sayang"kata Tajdi pantas berlalu ke keretanya.meninggalkan Ara yang terkesima.
"waalaikumsalam"jawab Ara.terasa mukanya panas saat ini.
'sayang!'
perkataan yang betul-betul mencairkan hatinya.
"tersenyum-senyum,macam orang dah mabuk bercinta je..."kata mak embon sewaktu melihat Ara mencuci pinggan makan tengah hari mereka sebentar tadi.
"ish...apa mak ni"kata Ara malu pula bila ditegur oleh emak.
mak embon berdiri disebelah Ara.
"betul apa mak cakap"kata mak Embon.
"mak...salah ke Ara nak senyum?nanti kalau Ara nangis mak jugak yang risau"kata Ara.
mak Embon gelak perlahan.
"tau lah...memang kalau boleh mak tak nak langsung anak mak ni keluarkan air mata,Ara senyum macam ni senang hati mak tengok,tapi....kena tahu jugak senyum sebab apa,nanti kalau saja-saja senyum bahaya tu,tak pasal-pasal kena pindah alamat ke tanjung rambutan"kata Mak Embon.
"Mak!!"geram Ara.
mak Embon tergelak melihat wajah masam anaknya.
"dah..jangan buat muka macam tu,cepat sikit cuci pinggan tu..."kata Mak Embon terus meninggalkan Ara sendirian.
Ara meneruskan cuciannya.
Ara mencari-cari rembah ratus yang dikirim emak sebelum dia ke kedai pak ayob hujung kampung itu.
kata emak dia nak masak makan malam yang istimewa.
itu sebablah dia dikerah ke kedai,kalau tidak jangan harap dia nak keluar rumah dengan cuaca panas petang macam berada di tengah-tengah sawah ini.
di hujung kedai Nita sudah tersenyum mengejek pada Ara yang tidak menyedari kehadirannya.
dia melangkah selamba.
Ara memerhati perencah kari ikan.
"erm...mak nak ikan ke ayam erk?ayam kot..ambil yang ni lah"kata Ara seorang diri.
"oh mak kau kari!!!"latah Ara apabila tanpa diduga bahunya dilanggar seseorang dari belakang.
dia melihat Nita dengan selambanya berjalan tanpa meminta maaf.
"hello cik kak oi,langgar orang tak reti nak minta maaf ke?"tegur Ara selamba.
Nita berhenti lalu memusingkan badannya.
"eh...kau ke yang aku langgar ingatkan tunggul kayu mana"kata Nita tanpa memandang Ara.
sungguh angkuh gayanya.
"kalau tunggul kayu pun,kau langgar sesuka hati,terkoyak pulak isi kau nanti kira untung jugak lah kau langgar aku kan?cuma adap tak ada"kata Ara.
"eh eh..mana lah aku tahu itu engkau,yelah...sejak putus cintan dengan si Fiq lah kan..menghilangkan diri kononnya nak menyejukkan hati yang sedih padahal nak cari orang kaya baru pulak....lega aku rasa si Fiq tu tak jadi dengan kau,mesti dia dah tahu kau siapakan?"
Nita berkata sebelum ketawa kuat.
"sekarang bukan main kau kan,bawa pulak orang kaya mana entah,kesian betul dia tu kan,mesti dia tak tahu perangai sebenar kau...kau kan mata duitan tak mainlah kerja biasa-biasa ni"sambung Nita.
Ara ketap gigi.
"eh Nita,kau apasal hah yang suka sangat cari gaduh dengan aku,aku perhati je kau dari dulu memang tak puas hati dengan aku,salah ke kalau aku bercinta bahkan berkahwin sekalipun dengan orang kaya?kau ada masalah ke?ke nak sponser aku?"kata Ara sinis.
Nita senyum mengejek.
"aku cuma risaukan pasal diri kau..mana tahu kahwin-kahwin je dia tahu perangai kau dengan mak engkau yang suka ambil kesempatan tu erm....jadi mak jendazzz lah engkau"Nita gelak kuat.
"eh Nita...kau kalau marahkan aku jangan kaitkan emak aku!! kau ingat kau siapa yang nak kutuk-kutuk emak aku?jangan kata nak cakap pasal dia kau nak masuk dalam kampung aku pun langkah mayat aku dulu,"marah Ara kuat.dia berada betul-betul didepan Nita.
Nita sudah kecut perut.
"kalau kau ingat kau dan mak kau nak mengata aku,kata mak aku,korang ingat aku hanya duduk diam?kau dan mak kau tu langsung tak layak nak cakap tentang keluarga aku lah,datang entah dari mana tahu nak mengutuk orang je kan mulut korang?kau ingat kau tu baik,suci sangat?kau dengar sini Nita,sekali lagi aku dengar kau dan emak engkau kata mak aku lagi..aku tahu apa aku nak buat,dan masa tu kau kena ingat aku tak akan fikir samaada kau tu orang yang aku kenal lagi atau tak,aku akan buat apa yang patut aku buat"kata Ara terus berlalu ke kaunter dengan hati yang panas.
bukannya dia mahu mengugut tapi ini darurat biar rasa sama si Nita tu,biarlah kalau lepas ni orang nak gelarkan dia kurang ajar sekalipun!
Nita kecut perut mendengar ugutan itu.
dia pantas berlari keluar dari kedai.
Share this novel