selama seminggu mak embon dan pak mad tinggal di rumah itu.itupun atas paksaan datin rose dan dato Tajjuddin.kalau ikutkan hati mak embon sepatutnya dua hari saja mereka tinggalkan kampung,maklumlah segala ayam dan itik yang dijaga mak embon dan pak mad harus dijaga.warung juga sudah seminggu bertutup.
hari ini memang tiada sesiapa lagi yang boleh bantah cakap mak embon. dari semalam lagi mak embon mengkhabarkan berita yang dia akan pulang ke kampung pagi ini.apa yang boleh Ara katakan.belum puas nak bermanja-manja dengan mak.mak pula dah nak balik ke kampung semula.
tepat pukul sembilan pagi kereta proton wira milik pak mad meluncur keluar dari perkarangan rumah mewah itu.
Ara melambai ke arah mak embon dan pak mad yang semakin menghilang.
"janganlah sedih..."bisik suara di tepi telinganya.
Ara melihat gerangan Taufiq di sebelah.Ara tersenyum.
"sedihlah..tak puas nak manja-manja dengan mak ayah.."kata Ara.
Taufiq tergelak perlahan.
waktu itu datin rose dan dato tajjuddin sudah masuk ke dalam rumah,menyertai si kecil comel di ruang tamu.
Ara meninggalkan Taufiq yang tersenyum-senyum menuju ke pangkin berdekatan kolam ikan.
Taufiq yang melihat terhenti gelaknya.
dia menghampiri langkah Ara lalu duduk di sebelah isterinya itu.
"merajuk erk?"soal Taufiq
Ara diam.malas mahu layan.orang tengah layan perasaan dia boleh gelak-gelak.ingat lucu ke?
"merajuk ke...?"soal Taufiq lagi kali ini dipanjangkan ayatnya.
Ara menjeling ke arahnya kemudian memandang ke depan semula.melihat ikan-ikan yang berenang bebas.
tiba-tiba terasa dagunya dipegang.
Ara melirik ke arah Taufiq.keningnya dinaikkan tanda kenapa?
"tak baik tau..suami tanya isteri tak jawab"kata Taufiq.tangannya sudah dijatuhkan dari dagu Ara.
"dan...tak baik juga seseorang tu ketawakan seseorang yang tengah bersedih"kata Ara
Taufiq tersenyum.
"sedih kenapa? abang kan ada...? i'am your's now!! all of me is just for you"kata Taufiq perlahan penuh makna.
wajah Ara terasa panas tiba-tiba.bila teringat kembali kejadian malam itu membuatkan dia rasa tak mahu lagi berdepan dengan Taufiq.malu!!!
"dengar tak? tunduk pulak dia..."kata Taufiq
"dah lah lama tak jumpa mak...mak pulak sekejap je datang sini..."kata Ara cuba mengusir malu di dada.
Taufiq tersenyum.
"nanti kita balik kampung"
wajah Ara terus bersinar.
"betul ke abang?"soalnya teruja.
"dengar je balik kampung..terus bersemangat kan?"kata Taufiq
Ara tersengih.
"dah hilang rasa malu yang tadi?"soal Taufiq.
Ara tunduk malu.ish!! encik suami kenapa nak ungkit kisah tu lagi!!!?
"tapi..abang tak janji sekarang"kata Taufiq
wajah Ara sedikit hampa.
"habistu bila?"soal Ara
"abang nak siapkan semua kerja dekat pejabat dulu..lepastu kita balik kampung"kata Taufiq
"lama lagi tak?"soal Ara sebijik gaya budak-budak
"next week"kata Taufiq
"yeahhh!!!"
Ara pantas menutup mulutnya.malu kalau-kalau papa dan mama dengar.
Taufiq tergelak lagi.
"seronoknya...kenapa perangai macam budak-budak ni?"soal Taufiq
Ara diam.dia tersenyum pada Taufiq
"mana adalah..."
"adalah tu..."
"bila?"soal Ara tak puas hati
"now!!"
"ini bukan budak-budak"kata Ara
"habis tu apa? mak budak?"soal Taufiq
Ara dan Taufiq sama-sama tergelak.
apa punya perangai ni? betul ke aku macam budak-budak? ishh,tak kot...aku rasa normal je!!
"petang ni kita balik rumah kita ye?"soal Taufiq
Ara hanya menganguk patuh.dia tak kisah di mana-mana pun,.
"jom..."
Ara pandang wajah Taufiq dengan pelik.
"pergi mana?"soal Ara
"jalan-jalan"kata Taufiq
Ara seperti mahu jerit lagi.jalan-jalan?dah lama tak dengar ayat tu.
"dekat mana?"
"mana-mana,harini abang belanja sayang dengan si kecil comel.abangkan dah lama tak bawak sayang dan si kecil comel jalan-jalan.last kita pergi bulan lepas..sorry abang sibuk,sekarang abang nak tebus balik"kata Taufiq
"bukan bulan lepaslah...dua minggu lepas"kata Ara
"ye ke?"soal Taufiq
"ye lah..."
"tapi dua minggu lepas masih bertarikh untuk bulan lepas kan?so...kita anggap itu bukan lepas"kata Taufiq.
Ara tergelak.
"cepat pergi siap.."
"sekarang?"soal Ara
Taufiq angguk kepala.
Ara tersenyum.
"lima belas minit"katanya terus mengatur langkah menuju ke pintu utama.
Taufiq tersenyum syukur.dipandang langit yang membiru.
"terima kasih ya Allah,engkau telah berikan aku peluang untuk menjadi seorang suami buat kali kedua.aku bersyukur akhirnya anakku merasa kasih sayang dari seorang ibu yang selama ini dia impikan"katanya dalam hati.
Ara beriringan dengan Taufiq,si kecil comel pula ditengah-tengah mereka.mereka berjalan menyusuri keseluruhan pusat membeli-belah yang popular itu.
Ara hanya memandang barang jualan yang dipamerkan.takde hati nak beli.dia pun pelik selalunya inilah tempat yang paling para wanita suka datang.tambah-tambah lagi bila dengar ada orang nak belanja bagai.tapi tak bagi Ara.setiap barang yang dipamerkan disini langsung tak menarik minatnya.itu dan ini ditunjuk oleh Taufiq,dia pula hanya menggeleng.sampailah lebih kurang setengah jam mereka di sini,satu barang pun tak beli lagi.
akhirnya Taufiq membuat keputusan berhenti di sebuah butik yang menjual pelbagai barang mainan untuk kanak-kanak.dari usia setahun sampailah bertahun-tahun seterusnya semua ada.
"papa...Taj boleh beli mainan banyak-banyak?"soal si kecil comel sambil mendongak ke atas melihat wajah papanya.
Ara di sebelah tergelak melihat riaksi comel itu.
"boleh...tapi jangan lama-lama,mama dan papa tunggu dekat kaunter ni...Taj boleh ambik apa yang Taj suka"kata Taufiq
"okay..papa"balas si kecil comel dengan senyum lebar.dengar je mainan terus lupa segalanya.
Ara melihat si kecil comel berlari menuju ke setiap lorong yang memuatkan pelbagai mainan itu.
dia mengikut langkah Taufiq menuju ke rak-rak yang terdapat pelbagai jenis patung dari animasi,binatang,watak kartoon dan macam-macam lagi.
"sayang tak nak beli apa-apa ke?"soal Taufiq
Ara menaka pandang ke patung-patung kecil dan besar itu.
"entah...."
"entah? sebab apa? tak minat?"soal Taufiq
"Ara memang tak suka shopping,semua barang dekat sini tak menarik hati"kata Ara
"abang tahulah...abang sorang je yang pandai tarik hati sayang kan..?"kata Taufiq
tawa Ara meletus.Taufiq pulak tersenyum.
"cia..cia..cia.."kata Ara
"ini bukan cia..cia..cia..tau,ini betul-betul"kata Taufiq
Ara tersenyum lagi.
"kalau macam tu..nanti kita pergi tempat lain? mungkin barang-barang dekat sana kena dengan citarasa sayang?"soal Taufiq
Ara geleng kepala.
"tak payah....Ara memang macam ni,jenis yang tak minat untuk bershopping,Ara lebih suka beli yang dekat pasar malam...lagi cantik"kata Ara.
"habis...tak kan tak nak beli apa-apa dekat sini? kecik hati abang.baru semangat nak belanja"kata Taufiq dengan muka merajuk.
Ara tergelak lagi.
"apalah...tua-tua merajuk,si kecil comel pun tak merajuk"kata Ara
"kalau dah tahu merajuk..pujuklah"kata Taufiq
"kalau tak nak pujuk jugak?"soal Ara dengan senyuman nakal.
"balik naik teksi"kata Taufiq.
Ternganga Ara dibuatnya.sampai hati!!benci..benci..benci!! sanggup nak suruh bini balik naik teksi? ada ke suami suruh isteri dia balik naik teksi?
melihat wajah cemberut Ara,Taufiq melepaskan tawanya.perut kempisnya ditekan-tekan.
lawak betul bila tengok muka Ara yang berubah sekelip mata.
"okay....siapalah kita kan..? okay juga balik naik teksi,senang-senang nanti suruh drebar teksi tu bawak pergi jalan-jalan,boleh cari suami baru"kata Ara dengan wajah geram.
semakin kuat tawa Taufiq.pengunjung yang mengunjungi butik itu sesekali menala pandangan pada mereka.ada yang tersenyum.
"abang gurau je lah.."kata Taufiq setelah tawanya reda.
Ara diam.tangan dipeluk tubuh.
"dengar tak ni?"bisik Taufiq betul-betul di tepi telingan Ara.sampai boleh rasa hembusan nafas di pipi.
Ara menampar perlahan bahu milik Taufiq yang masih lagi dengan sisa tawanya.
kemudian Ara juga tersenyum.
"betul nak suruh Ara balik naik teksi?"soal Ara
Taufiq tersenyum.
"tak..mana boleh,nanti sayang pergi cari suami baru,susah lah abang..."kata Taufiq
Ara tergelak perlahan.
tiba-tiba matanya terarah pada seorang kanak-kanak yang memegang pelbagai jenis mainan di tangannya.betapa banyaknya mainan itu sampai menutupi wajahnya.kanak-kanak itu berjalan lambat-lambat mesti takut mainan yang dipeganganya jatuh berselerakan.
Ara meneliti kanak-kanak itu.dari kasut,seluar,baju sampailah rambut.
Ara menutup mulutnya dengan ketawa yang ditahan agar tak didengar kuat.
"kenapa?"soal Taufiq yang masih tak tahu apa-apa.
Ara tak dapat menahan tawanya lagi. sampai meleleh-leleh air mata.
"rasanya kita semua kena balik naik teksi hari ni...abang tengok tu"kata Ara sambil menunjuk ke arah kanak-kanak itu.
Taufiq menala pandangan pada arah yang ditunjuk Ara.terbuntang matanya saat melihat si kecil comel yang tersengih-sengih di tepi kaunter.barang-barang mainan yang dipilihnya penuh di atas meja kaunter,macam mana si kecil comel sampai untuk letak mainan di atas meja itu?tak payah tanya...mesti dia minta tolong siapa-siapa dengan muka comel dia tu.
"alahai..ni memang betul-betul belanja sakan ni"kata Taufiq mengeluh.
Ara hanya ketawa.apatah lagi bila melihat wajah cemberut dari Taufiq,semakin galak tawanya.
mereka keluar dari butik itu dengan tiga beg plastik berisi barang mainan.
si kecil comel melompat-lompat kegembiraan.
"suka betullah tu..."kata Taufiq dengan senyuman.
"biarlah dia...dia kan budak lagi"kata Ara juga seronok melihat keterujaan si kecil comel.
mereka berjalan menuju ke restourant mcdonald yang berdekatan.
Ara memilih meja di tepi dinding kaca yang menampakkan pengunjung-pengunjung di luar.
Ara memesan burger special begitu juga Taufiq.
si kecil comel pula makan bubur kegemarannya setiap kali mengunjungi restourant itu.
Ara menyuap bubur kepada si kecil comel yang duduk di sebelahnya.
memang manja betul si kecil comel ni.
"comotnya sayang mama makan..."kata Ara sambil menyapu bibir si kecil comel dengan tisu.
"kalau makan comot-comot..lain kali papa tak nak beli mainan lagilah"kata Taufiq sengaja mahu mengusik.
terus wajah si kecil comel berubah menjadi monyok.bibirnya dimuncungkan.
Ara tergelak.
"dah-dah lah abang...kesian dia,asyik mengusik je..."kata Ara.simpati dia pada si kecil comel.
"sorry papa..."kata anak kecil itu.
Ara tersenyum.
Taufiq pula pura-pura buat tak layan.
"mama...papa marah Taj ke?"soal si kecil comel dengan nada seperti mahu mengangis.
Ara memeluk kanak-kanak itu.
"tak sayang...papa tu saja mengada-ngada,takpe...malam ni kita suruh dia tidur luar,Taj..tidur dengan mama ye?"kata Ara.
giliran si kecil comel pula tersenyum senang.
Taufiq pula menahan senyum.
"papa gurau je lah..."kata Taufiq dengan senyuman.tubuh montel itu dipeluknya.
"tahu takut..."kata si kecil comel.
Ara tergelak perlahan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut si kecil comel.
"siapa cakap papa takut?"soal Taufiq
"Taj cakap..."kata si kecil comel.
Ara pula sudah terkekek-kekek ketawa.
bapa dengan anak sama je..!!
"okaylah... papa kalah"kata Taufiq
si kecil comel tersenyum.
"sekarang...Taj makan dulu,nanti bubur ni sejuk tak sedap"kata Ara.
si kecil comel mula menyuap makanan ke mulutnya semula dengan sendiri.
Ara tersenyum senang.dia melihat ke arah Taufiq.Taufiq juga membalas senyumannya.terbit rasa bahagia di hati masing-masing.
sudah dekat lapan bulan usia perkahwinan mereka.banyak yang Ara pelajari sepanjang dirinya bergelar seorang isteri,dia sekarang mampu untuk menjadi isteri yang baik buat Taufiq,dan yang paling penting dia berjaya menjadi mama kepada si kecil comel.Ara bersyukur sangat-sangat.
malam itu Ara terjaga dari tidurnya.dia melihat jam di meja sebelah kanannya.pukul lima pagi.
Ara mengeliat bagi membetulkan segala urat-uratnya.
dia melihat ke sebelah.Taufiq masih lagi nyenyak dalam tidur.
Ara bangun duduk.rambut panjangannya yang terurai di sanggul tinggi.
"abang..abang..."panggil Ara sambil menggoncang-goncang tubuh Taufiq.
"abang..bangun dah dekat subuh"panggil Ara.
Taufiq bergerak sedikit.dia hanya angguk kepalanya.
Ara turun dari katil.tiba-tiba perutnya terasa sebu.terasa seperti mahu sendawa yang kuat.tapi....ini bukan sendawa.
Ara menutup mulutnya pantas berlari ke bilik mandi.
di sana Ara memuntahkan segala isi perut ke dalam sinki kecil dalam bilik mandi itu.
tekaknya betul-betul terasa lendir-lendir yang datangnya dari perut.dia muntah lagi.perut kempisnya ditekan-tekan menahan sakit.
"sayang...? ya Allah kenapa ni?"soal Taufiq muncul tiba-tiba di belakang Ara.tangannya menggosok belakang tubuh Ara.
Ara tak mampu menjawab.dia hanya mempu menggeleng kepala.
"kita pergi hospital"kata Taufiq risau.
Ara menggeleng.dia mencuci mulutnya dan terus berdiri.nafas yang semput ditarik perlahan-lahan.
Taufiq memegang bahu Ara.
"siap sekarang kita ke hospital"arah Taufiq.
Ara geleng.
"kita solat dulu"kata Ara.
"sayang tak apa-apa ke?"soal Taufiq
Ara angguk kepala.
"abang keluar dulu...Ara nak mandi,lepastu kita solat sama-sama.
Taufiq seperti berat mahu meninggalkan isterinya sendirian.tapi...Ara menolak tubuhnya dengan perlahan,membuatkan kakinya terpaksa keluar dari bilik mandi itu.
usai solat subuh tangan Taufiq diciumnya.
dahinya pula dicium Taufiq.
mereka berbalas senyuman.
"abang.."panggil Ara
kepanya disandar ke dada Taufiq.
"ye.."
"terima kasih tau"kata Ara perlahan.
"kenapa pulak?"
"sebab sudi terima Ara dalam dunia abang dan si kecil comel,Ara rasa kalau tanpa abang dan si kecil comel,pasti Ara tak akan pernah rasa bahagia macam sekarang,dan...Ara harap abang takde apa-apa rahsia dari Ara,kita dah jadi suami isteri,segala sakit,gembira,susah,senang kita ada bersama ye abang?"kata Ara
Taufiq tersenyum.
"abang yang patut ucap terima kasih,sebab Ara sudi jadi mama pada Taj,jadi mama yang terbaik untuk dia.bagi abang....sayang dah sempurna segala-galanya.abang dah tekad dalam hati,akan jadi seorang suami yang disayangi,dicintai oleh isteri abang..dan juga bakal anak-anak kita nanti"kata Taufiq
"abang..."
"erm..?"
"kalau kita ditakdirkan ada anak,Ara minta sangat..jangan kita sisihkan si kecil comel,Ara tak nak macam tu.siang malam Ara fikirkan hal tu...Ara takut kasih abang akan beruabah.si kecil comel tetap anak sulung kita kan abang?"
Taufiq tersenyum senang.
"dia semestinya akan jadi anak sulung kita,anak pertama yang menceriakan hidup kita"kata Taufiq
"semalam Ara mimpikan arwah Kiyla.dia cakap dekat Ara supaya Ara jaga si kecil comel dan abang untuk dia.dan Ara juga janji dengan dia..akan cuba jadi yang terbaik walaupun sampai bila-bila Ara tak kan mampu gantikan tempat dia"kata Ara.
air mata Ara yang menitis diseka oleh Taufiq.
"i love you"bisik Taufiq.
Ara merebahkan dirinya didalam dakapan Taufiq.
"love you too?"balas Ara.
Share this novel