Pagi-pagi lagi Ara sudah terjaga dari tidur.Ara mengeliat seketika.terasa lengannya kebas kerana ditindih sesuatu.Ara buka mata.dia melihat si kecil comel masih lagi dibuai mimpi disisinya.
Ara tersenyum.
rambutnya diperbetulkan.
tiba-tiba dia tersedar sesuatu.Ara lihat sekeliling dan tempat pembaringannya.
"atas katil? bukan semalam aku tertidur dengan si kecil comel atas sofa?"soal hati Ara.
dia lihat di mana tempat sedang duduk kini.
ye! di atas katil.
Ara lihat keseluruhan bilik luas itu.tiada susuk tubuh Taufiq di mana-mana.Ara sedikit lega.
Ara lihat jam di atas meja kecil bersebelahan katil.
tepat pukul lima setengah pagi.
Ara meraup wajahnya seketika.
suara azan berkumandang dari masjid berdekatan.
Ara turun dari katil.sebelum itu dia meletak bantal disekeliling si kecil comel.tak mahu anak kecil itu tergolek jatuh dari katil.bahaya!
Ara menuju ke bilik mandi.
usai mengambil wuduk.dia menunaikan solat subuh.
si kecil comel masih nyenyak tidur.
Ara melipat sajadah setelah selesai mengaminkan doa.
telekung masih lagi terlekat dikepalanya.
pintu bilik tiba-tiba terbuka dari luar.
Ara bertentangan dengan pandangan Taufiq yang muncul dibalik pintu itu.
wajah Taufiq tampak mengantuk.
"Ara dah solat?"soal Taufiq
teragak-agak Ara mrngangguk
"ye...abang belum solat lagi?"soal Ara pula
Taufiq tersenyum senget sekadar membalas pertanyaan isteri yang baru dinikahinya.
Taufiq melangkah masuk ke dalam bilik itu terus menuju ke bilik mandi untuk berwuduk.
Ara memakai selendang lalu dililit dengan sederhana.
dia mengenakan baju muslimah yang labuhnya paras lutut,bersama dengan seluar jeans.
memandangkan si kecil comel masih lagi di alam mimpi Ara tak tahu nak buat apa.
sementara Taufiq masih di dalam bilik mandi setelah selesai solat subuh.
tapi...macam mana kalau Taufiq keluar dari situ nanti?tak kan nak duduk diam dua-dua orang?jadi demi kebaikan kedua pihak Ara membuat keputusan untuk turun ke tingkat bawah membantu apa-apa yang patut untuk majlis yang bakal bermula tengah hari nanti.
jurusolek akan datang pukul sembilan pagi nanti.so...sempat kot kalau Ara menyibukkan diri di mana-mana tempat yang memerlukan pertolongannya.
Ara menjeling melihat pintu bilik mandi yang masih lagi tertutup kemas sebelum melangkah keluar dari bilik itu.
dari tingkat atas dah dengar riuh-rendah ahli keluarga mereka sedang membuat beberapa persiapan yang masih lagi bersisa.
"awalnya diaorang buat kerja? entah-entah tak tidur"kata Ara sendiri.dia mengendap ke tingkat bawah.
keadaan seperti tak terkawal apabila datin rose dan adik beradiknya berjalan ke sana ke sini,tak kurang juga mak embon join sekaki.
pening Ara melihat.
"apa lagi yang tak cukup tu?"soal Ara pelik.
"mama dengan mak lang memang macam tu"
automatik badan Ara terpusing ke belakang.bukan main terkejut dia apabila tiba-tiba ada satu suara garau dekat tepi telinganya.
dia mengurut dada apabila melihat Taufiq yang sudah bersiap dengan jeans dan tshirt berkolar jenama polo di dada kirinya.
Taufiq tersenyum.
"maaflah..abang ingat Ara dah tahu abang dekat sini"kata Taufiq serba salah.
Ara memalingkan wajah ke arah bawah sana.tak mahu bertentangan dengan Taufiq
"takpe..."
"Ara buat apa kat sini?"soal Taufiq
"err...ingat nak turun bawah,tapi..keadaan di bawah tu macam kena serang dengan zombie"kata Ara dengan wajah selamba.
timbuk gelak ketawa dari Taufiq dengan kata-kata Ara.
"itu bukan diserang zombie itu diserang chombie pulau pinang,mak lang tu kalau Ara nak tahu...dia memang suka tolong-tolong kalau ada majlis apa-apa.tapi...tolong dia tu sekali dengan mulut.pot pet pot pet"kata Taufiq dengan gayanya.
Ara juga tergelak.
"amboii.. pengantin kita tengah bercinta dekat sini ye...?"soal dato Tajjuddin tiba-tiba muncul dari arah biliknya.mungkin juga mahu bertemu tetamu-tetamu yang datang menghulurkan bantuan.
ketawa Ara dan Taufiq berhenti serta-merta.
"papa nak turun ke?"soal Taufiq
"ye...nak turun tolong apa-apa yang patut"
"papa....ramai sangat ke dekat bawah tu?"soal Ara
dato Tajjuddin mengalih pandangan pada menantu barunya.
"biasalah bila adik beradik bergabung.kenapa? Ara nak turun juga ke?"
"ingat nak tolong apa-apa"
"tak payahlah...diaorang semua dah ramai,baik Ara tunggu di atas sini,nanti jurusolek datang pula."kata dato tajjuddin.
"betul tu...rehat je dalam bilik ni,"kata Taufiq pula
"takpe papa...nanti apa pula kata mereka,lagipun Ara tolong sikit-sikit je"kata Ara
"yelah..tapi jangan buat kerja banyak-banyak"kata dato tajjuddin.
Ara memgangguk.
dato tajjuddin melangkah turun ke bawah.
suasana jadi janggal lagi.
Ara mengambil langkah untuk ke bawah.
"nanti dulu,abang ada benda nak cakap"kata Taufiq menahannya.
Ara berhenti melangkah.terus memusing semula ke arah Taufiq
"apa?"
"abang dah tak boleh jumpa Ara lepas ni"kata Taufiq
terkejut besar Ara dibuatnya.
"kenapa??"soalnya cepat-cepat
Taufiq tersenyum menahan ketawa
"senyum pulak,jawablah kenapa?"soal Ara geram.
"tak...abang tak boleh jumpa Ara selagi majlis kita ni tak selesai"terang Taufiq
Ara malu sendiri.
"ohh..."katanya perlahan.
Taufiq menahan senyum
"so...abang akan ke rumah hero dengan si kecil comel"kata Taufiq
"kenapa nak bawak si kecil comel?biarlah dia dekat sini temankan Ara"
"takpe lah..abang tak nak dia kacau apa-apa,nanti siapa nak tengokkan dia?lagipun.abang bagi si hero dan ustaz tolong tengok-tengokkan dia...nanti dia akan datang bersama abang dekat sini"kata Taufiq
Ara angguk.terpaksa patuh.
"tapi...dia kan masih tidur"kata Ara
"takpe....abang boleh angkat dia"
"sure ke yang kawan-kawan abang boleh jaga dia?"soal Ara.risau juga,mana tahu si hero dan ustaz terleka.
Taufiq tersenyum.
"boleh....si kecil comel dah biasa dengan mereka.lagipun sekejap je.."kata Taufiq
Ara angguk kepala.
"Ara turun dulu"
Taufiq angguk sambil menghulur tangan kanannya.
Ara diam.tak faham dengan riaksi Taufiq
"tak nak salam abang ke?"soal Taufiq
terlupa pula Ara yang mereka kini sudah sah!!
Ara tersengih senget.tangan Taufiq dicapainya lalu dicium penuh lembut.
tiba-tiba bahunya dipeluk dan dahinya dicium.
mengeletar seluruh tubuh Ara dengan aksi itu.
Taufiq tersenyum serasa melepaskan pautannya pada Ara.
"abang pergi ambik si kecil comel"kata Taufiq terus berlalu meninggalkan Ara yang masih lagi dalam takat beku!!
majlis hari itu berjalan dengan lancar lagi.Alhamdulillah,berkali-kali Ara dan Taufiq mengucapkan syukur kerana semuanya berjalan seperti yang dirancang.satu majlis yang sederhana tapi meriah dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang datang meraikan mereka.
cuaca juga begitu baik hari itu.walaupun dua hari sebelum ini hujan turun dengan lebatnya.datin rose dan dato tajjuddin apa lagi,risau bagaikan majlis bakal dibatalkan.tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.
tepat pukul 5 petang tetamu sudah beransur pulang.cuma yang tinggal hanya kenalan-kenalan rapat mereka,tapi...selebihnya kenalan dari Taufiq sendiri.nak harapkan Ara ada teman seramai teman-teman Taufiq memang tak lah..yang dia ada hanya Zaiton dan Fifi.
erm...sebut pasal fifi ni..katanya nak balik!!batang hidung pun tak nampak.
Ara melihat ke arah pagar rumah yang masih terbuka luas.
"kau cari siapa?"soal Zaiton muncul di sebelahnya secara tiba-tiba.
"si fifi ni...bukan dia balik Malaysia semalam ke?apesal tak nampak muka lagi ni..? aci merajuk setahun aku macam ni!!"kata Ara geram.suaranya dinada kecewakan.
"ye lah...aku dah call dia..tapi katanya kejap lagi-kejap lagi..."kata Zaiton.
Ara melepas nafas lelah.
Zaiton perasan perubahan rakannya itu.
"alah..kau janganlah monyok macam ni...pakai lawa-lawa jadi raja sehari pulak tu...kejap lagi sampailah tu.."pujuk Zaiton
"tahulah...tapi dia kan dah janji nak datang,"kata Ara
"alah...relaks ark..nanti aku call dia lagi"kata Zaiton.
Ara angguk.
Dari jauh Taufiq dapat melihat riak wajah kecewa yang terpapar di wajah Ara.hatinya mula gundah memikirkan apa yang membuat isterinya itu bermuram saja.
dia memberi pandangan pada dato tajjuddin lalu memberi bahasa isyarat meminta izin ingin berlalu dari kumpulan rakan-rakan papanya itu.
Taufiq memulakan langkahnya.
Zaiton yang perasan kedatangan Taufiq tersengih-sengih terus berlalu mengundurkan diri ke belakang tanpa memberitahu Ara terlebih dahulu.tempatnya digantikan dengan tubuh tinggi dan tegak Taufiq.
Ara masih lagi tunduk melihat tanah.
"aku risaulah Ton..."kata Ara tanpa melihat di sebelahnya.
"risau pasal apa?"
dengan pantas juga Ara melihat ke sisinya.
alangkah terkejutnya dia apabila melihat Taufiq yang berdiri disebelah.
dia melihat sekeliling Zaiton sudahpun bersembang dengan rakan sepejabat mereka dahulu dengan gembira sekali.
bertuah punya kawan!!!
"risau pasal apa?"ulang Taufiq
"hah?"
Taufiq mengeluh melihat wajah Ara yang serba tak kena.
"abang tanya...Ara risau pasal apa?"
Ara mengerti.dia kembali memusingkan badannya ke depan.
"tunggu kawan..janji nak datang majlis harini tapi...sampai ke petang muka pun tak nampak lagi"kata Ara
Taufiq menala pandangan pada pintu pagar.
"lelaki ke perempuan?"soal Taufiq.
"perempuanlah..."balas Ara mendatar
"ohh...kejap lagi sampailah tu.si hero ni pun tak datang lagi"kata Taufiq
Ara pandang Taufiq
"iye ke..?"
"ye...dah banyak kali call tanya"
"erm...."keluh Ara
"kalau Ara penat pergilah rehat dulu,nanti kalau kawan Ara tu datang...abang panggil"
Ara lihat sekeliling.para tetamu dah tak ramai.memang dia teramat letih melayan tetamu-tetamu hari ini,dari pagi sampai sekarang dia belum lagi berehat.
"pergilah...si kecil comel ada dalam bilik,kejap lagi abang datang"
terpaku sekejap Ara.
"kejap lagi abang datang?"soal hati Ara.
Taufiq baru tersedar ayatnya seperti ada banyak maksud.
"err..maksud abang kalau kawan Ara datang nanti abang pergi panggil"jelas Taufiq.
Ara angguk.
"terima kasih abang..Ara naik dulu"kata Ara.
Taufiq tersenyum lalu mengangguk.
Ara melangkah menuju ke dalam rumah.mujurlah dia tidak memakai pakaian pengantin yang berkain panjang sampai ke negeri sebelah,yang memerlukan beberapa orang untuk tolong memegangnya.tapi..dia hanya memakai baju kurung biasa tapi ditambah sedikit kemodenan di situ.
Ara menapak masuk ke dalam bilik mereka yang dihias cantik dan indah.semuanya kerja mama dan mak.mereka mengabungkan idea tradisional dan moden mereka sendiri.kata mak dan mama memang mereka suka buat sendiri,tapi cuma ada beberapa aleman tambahan yang diambil dari juruhias.
Ara melangkah menuju ke arah katil.sebujur tubuh kecil sedang nyenyak tidur keletihan.
niat dia hati mahu menukar pakaian tapi..apabila ternampak bantal dan tilam yang empuk rasanya semakin berat kedua-dua matanya.
Ara mengambil tempat disebelah si kecil comel.
rambut yang lebat dan lurus cantik itu dibelainya.lalu dicium ubun-ubun itu.
Ara memejamkan mata setelah tangannya menjadi alas buat kepala.tidak mahu menggunakan bantal,takut nanti tidurnya akan terlalu nyenyak.
Taufiq bersembang dengan Amri a.k.a ustaz.mereka duduk berdua di atas pangkin kayu berhampiran kolam ikan.
tiba-tiba mata Taufiq menala ke arah sepasang pasangan yang tersengih-sengih malu menuju ke arah khemah yang diduduki oleh papa dan mamanya serta mak dan ayah mertuanya.
"tu...kau nampak si hero tu?"soal Taufiq.
amri terus melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Taufiq
"tu si hero kan?"
"betullah tu"
"dengan siapa pulak dia datang tu?"soal amri
"mana aku tahu..."jawab Taufiq
"bertuah punya kawan,majlis kawan sendiri datang pukul lima"kutuk amri.
Taufiq tergelak.tahu rakannya itu sekadar bergurau.
"dia sibuk kot"kata Taufiq.
amri angkat bahu.mereka sama-sama tersenyum apabila melihat hero dan bersama seorang gadis menuju ke arah mereka.
"assalammualaikum Fiq...sorry bro,aku lewat,bukan sikit tapi banyak"kata Hero
"waalaikumsalam...alah takpe"jawab Taufiq.
usai tangan mereka berjabat.mereka berpelukan seketika.
"siapa si peneman kau tu?"soal amri dengan senyuman penuh makna.
hero tersenyum malu-malu
"ini girlfriend aku..nama dia fifi"kata hero
"ohh..hai"kata Taufiq dan amri serentak
"hai..erm..mana Ara?"soal fifi
Taufiq dan hero berpandangan.
"kenal dengan isteri saya?"soal Taufiq
"Ara tu kawan saya..."kata fifi
"bro..kalau kau nak tahu,dekat korea dulu Ara tinggal dengan awek akulah..."kata hero
membulat mulut Taufiq dan amri.sekarang baru mereka faham.
"tak sangka kan..."kata amri
"tu lah...saya dengan Ara lagi tak sangka,"kata fifi.
memang dia terkejut beruk saat diberitahu yang Ara bakal berkahwin.tak sampai setahun balik ke Malaysia dah ada yang masuk meminang?pelik betul,sampailah dia diberitahu nama bakal suami Ara.barulah dia tahu yang rupa-rupanya bakal suami Ara itu adalah kawan baik boyfriendnya.mereka sama-sama terkejut.
"Ara dekat dalam..jom lah kita sembang-sembang dekat dalam,nanti aku suruh mereka hidangkan makanan"kata Taufiq.
mereka bersetuju dengan cadangan Taufiq.sama-sama melangkah ke dalam rumah.
Taufiq mengetuk pintu dua kali.tapi tiada sahutan.dia membuat keputusan membuka sahaja pintu itu.
dia menala pandangan keseluruhan bilik.tiada kelibat isterinya disitu.
sehinglah dia melihat di atas katil.
"dekat sini rupanya"bisik hatinya.dia tersenyum.dia menghampiri ke arah di mana Ara tertidur.
wajah tenang yang sedang memeluk si kecil comel itu ditatapnya.
sungguh terpesona hatinya saat melihat wajah itu.wajah yang sungguh lain daripada dulu.wajah yang nampak lebih matang.matang disebabkan ujian-ujian yang menimpa dirinya.
Taufiq memegang bahu itu.
"Ara...Ara"panggil Taufiq
mata Ara terbuka sedikit demi sedikit.
dan akhirnya Ara terkejut lalu terus bangun duduk.
"ab..ab..abang nak apa?"soal Ara gagap.
Taufiq tersenyum.lucu melihat wajah kalut Ara.
"kawan Ara dah sampai.."kata Taufiq
Ara melepas nafas lega.
"ohh..ermm kejap lagi Ara turun"kata Ara
"kita turun sama-sama lah..."
"Ara ke bilik mandi dulu..."kata Ara.
Taufiq angguk.
"abang tunggu sini"
lekas-lekas Ara meninggalkan Taufiq untuk ke bilik mandi.mahu melihat wajahnya setelah bangun dari tidur.mana tahu make-up pada wajahnya dah comot.
Taufiq pula mencium ubun-ubun si kecil comel.
lima minit kemudian Ara keluar.
"jom.."kata Ara yang dah bersedia.
dia ingin melangkah menuju ke pintu.tiba-tiba tangannya dipegang.hampir terjatuh Ara dibuatnya.dia melihat ke arah Taufiq yang selamba menarik tangannya.
"apa?"soal Ara
"kenapa tak cakap kawan Ara tu girlfriend si hero?"soal Taufiq.
Ara tersenyum lebar.
"suprise.!!"kata Ara.terus berlalu pergi.
Taufiq tersenyum dengan jawapan Ara.
kadang-kadang Ara nampak kalut dan takut,kadang-kadang pulak nakal dan comel.erm...tak tahu nak discribe yang mana satu.yang penting hatinya benar-benar jatuh cinta.moga pekahwinan mereka sampai ke syurga Allah yang abadi.ameen....
Share this novel