bab 10

Romance Completed 13382

Ara menyapu halaman rumahnya.dia tersenyum apabila melihat emaknya sudah pulang dari kenduri.
tapi Ara pelik wajah emaknya seperti risau dan jalannya laju.
"Ara..."panggil mak embon tercungap-cungap.
"kenapa ni mak?"siapa kejar mak?"soal Ara.dia tercari-cari dibelakang,mana tahu ada binatang atau orang gila.
"Fiq..."kata mak embon.
terus Ara hairan.
yelah Fiq,kenapa dengan Fiq?memang hari ni majlis dia pun kan?memang patutlah dia ada,takkan mak tak tahu majlis siapa pulak,semalam bukan main bercakap dekat aku suruh bersabar dan terima ketentuan jodoh.
"Fiq..tak datang-datang,dia lari"kata mak embon.terus penyapu ditangan terlepas
"la..lari?"terkejut Ara dibuatnya.
"ye...kesian mak tengok tokwan,entah macam mana keadaan dia,pengantin perempuan lagilah meraung-raung,kenapa lah Fiq suka bagi orang susah hati"luah mak embon.
"Dah cuba call dia ke mak?"soal Ara
"Dah berpuluh kali,tapi langsung tak dijawabnya."cerita mak embon.
Ara melepas nafas berat.
"cuba Ara yang call dia"
Ara terkedu dengan permintaan emaknya.memang dia tak mahu mendengar suara itu lagi,sedaya upaya dia cuba melupakan Taufiq,manakan boleh di mahu bercakap dengan Taufiq lagi.
"tak nak lah mak"kata Ara
"cuba buang ego tu,kesiankan tokwan dan mak ayah Fiq,mana tahu kalau Ara yang call dia jawab"marah mak embon.
"dia tahulah jalan balik tu mak,kita tak payah lah nak sibuk hal orang"kata Ara.terus naik kerumah.
"apa lah nak jadi dengan budak-budak sekarang,buat keputusan langsung tak memikirkan orang yang bakal menanggungnya"keluh mak embon sendirian.

Ara termenung memandang sawah dari pangkin yang dia duduk sekarang.
telefon ditangan berkelip-kelip tanda ada satu pesanan ringkas masuk.
"please jawab bila Fiq call"sebaris ayat dari Taufiq.Ara serba-salah.
nak apa lagi ni Fiq?kalau mak tahu macam mana?nanti diaorang tuduh aku bersubahat dengan dia pulak.
telefonnya berdering.berat hatinya mahu menjawab.
dia memandang ke arah rumah,maknya diruang tamu,ayah pergi kebun.
akhirnya ditekan punat hijau.
"assalammualaikum Ara"terdengar suara serak ditalian.
"waalaikumsalam"
"Ara..maafkan Fiq"
"kenapa Fiq buat macam ni?"kesian dengan tokwan tahu tak?"apa perasaan diaorang kalau Fiq buat macam ni?"Fiq tak kesiankan bakal isteri Fiq ke...?"soal Ara
"Fiq tak boleh terima dia jadi isteri Fiq,Fiq minta maaf"
"kalau macam mana pun tak suka,dia seorang perempuan,dia tetap ada maruah,Ara tak sangka perangai Fiq macam ni"marah Ara,tetapi suaranya diperlahankan
"Fiq akan pergi jauh dari sini,Fiq cuma nak ucap selamat tinggal dekat Ara"kata Taufiq.
"Fiq..jangan buat kerja gila"terkejut Ara.
"Ara jangan risau,Fiq takkan buat benda yang tak baik,cuma..Fiq nak pergi dari sini.pasal keluarga Fiq,nanti Fiq akan bagitahu mereka dengan baik"kata Taufiq.
"kalau di mana pun Fiq nak pergi,tolong jaga diri,ingat Fiq masih ada keluarga"
"insyaAllah,"
"Fiq janji..kalau macam mana pun,Fiq akan jaga diri dan jaga agama"kata Taufiq.
"hati-hati"
"bye sayang..."
Ara terasa sebak didada,sudah lama panggilan itu tidak didengarinya.
dia memejam mata.
"bye..assalammualaikum"
"waalaikumsalam,Fiq sayangkan Ara"kata Taufiq diakhir ayatnya.
Ara tunduk.matanya terasa berat dengan air mata yang bakal tumpah bila-bila masa.
biarlah Fiq pergi mencari ketenangan,dan akan jumpa dengan penawar hatinya untuk selamanya,biarlah Ara melupakan kisah percintaan yang terkubur ini.

5 bulan kemudian.....

Ara memakai tudung yang berwarna putih menutupi wajahnya yang dimakeup tipis.baju kebaya yang baru dibelinya juga berwarna putih turut tersarung dibadannya.dia tersenyum melihat dirinya dihadapan cermin.bajunya yang bersulam labuci dan batu ditilik.
dia menarik nafas dalam lalu dihembus.
"Ara jom cepat...Tini panggil sebab pengantin lelaki dah sampai"kata kak mona dari luar bilik.
"oh..ye ke..okay-okay"kata Ara.pantas dia berjalan keluar bilik.dia melangkah kearah sekumpulan wanita yang berkumpul dalam rumah.diluar riuh-rendah suara orang ramai menghadiri majlis perkahwinan ini.
"Ara..cantiknya kau"puji Tini
"kau lah ni,aku seganlah pakai macam ni..dah macam pengantin pulak"kata Ara
"kau kan pengapit aku...apa salahnya"kata Tini.
"yelah...tapi tak over ke?"sepatutnya kau sorang je pakai baju cantik-cantik sebab kau pengantinnya.bukan aku"kata Ara tersenyum.
"apa salahnya,tu kau nampak pengapit lelaki kan pakai baju warna putih jugak,mana tahu jodoh kau dengan dia pulak lepas ni"kata Tini.
Ara tidak pandang sangat kearahnsi pengapit lelaki.sekadar menjeling hujung mata.
"kau memang..selalu nak merancang jodoh aku"kata Ara.mereka ketawa.
"jom cepat...diri sebelah aku,ingat kita turun sama-sama,pergi ambil pengantin lelaki terus ke meja makan beradab"
"yes..bos"tabik Ara.kini dia berdiri di sebelah Tini.

semua mata kini terpaku ke arah pengantin yang cantik bagai pinang dibelah dua.Ara juga turut memainkan peranan seperti yang diajar Tini.
"kau kena maintain senyum"
maka jadilah dia si Ara yang tersengih tak berhenti.
Ara sedar sewaktu melangkah ke arah pengantin lelaki tadi,mata si pengapitnya asyik memandang ke arahnya.walaupun Ara rasa tak selesa tapi apa boleh buat,dah si Tini ni dah tempah dia untuk jadi pengapitnya.
biarlah mata helang itu.dia hanya memandang apa salahnya,

selesai acara makan baradab,kini masa untuk bergambar.
"pengantin duduk berdua di atas,pasangan pengapit pulak duduk berdua didepan pengantin,baru ada gaya masa bergambar"arah jurufoto.
Ara tidak puas hati.
ada ke patut pengapit pulak disuruhnya duduk berdua didepan,bukan sepatutnya pengapit disisi pengantin ke?
Ara dapat melihat senyuman lebar dibibir pengapit lelaki tatkala gambar diambil.
Ara menahan panas wajahnya tatkala jurufoto tak habis-habis menyuruh pengapit supaya duduk sama-sama,pengantin di hadapan pulak.
ni siapa pengantin,siapa pengapit sebenarnya?
sekali lagi arahan sama diulang
"err...Tini kau bergambar dengan keluarga pulak,aku ada hal nak buat"kata Ara berbisik di telinga Tini.
"okay-okay,tapi kau jangan balik lagi"kata Tini.
lega hati Ara.terus dia berlalu ke arah rakan-rakan mereka yang lain.sebenarnya dia cuma mahu larikan diri,bukannya ada kerja sangat,semua kerja orang kampung dah uruskan.
tiba-tiba dia melihat si pengapit kelaki sudah duduk dimeja dihadapan mereka.ternganga mulutnya.
"dah kenapa mamat ni,macam follow aku je...kalau nak ikut pun,ikut je lah tak payah pandang-pandang"geram hati Ara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience