Ara berlari anak menuju ke arah ruangan yang menempatkan lif-lif untuk ke tingkat-tingkat dalam bangunan tinggi itu.
dari jauh dia dapat melihat Tajdi berdiri sambil menyilang tangan ke dada tanda tidak puas hati.
"maaf bos....lambat,saya jumpa Zaiton kejap tadi"kata Ara melepaskan lelah dihadapan Tajdi.
nafasnya tercungap-cungap.
"kenapa jumpa Zaiton?"soal Tajdi serius
"dia ada hal nak cakap dekat saya"kata Ara
"tak boleh cakap dekat rumah ke?bukan awak dengan dia duduk sekali?"soal Tajdi
Ara tersengih.
ni semua Zaiton punya pasal.boleh pulak dia pura-pura sakit.bila Ara sampai sebenarnya nak cerita pasal si Ilham.
huh!!geram betul!
"maaf bos"kata Ara lagi.
"dah jom"kata Tajdi terus melangkah meninggalkan Ara dibelakang
"kita nak kemana bos?"soal Ara mengikut.
"kita makan dekat restourant depan tu"kata Tajdi tanpa berpaling pada Ara
"ingatkan nak pergi gerai yang ada lipas haritu?"kata Ara perlahan.dia mengekek ketawa.
"apa?"soal Tajdi.
terus Ara jadi kaku bila Tajdi berdiri tegak memandangnya.
"er...err...saya ingatkan bos nak makan nasi ayam haritu"dalih Ara.
"dekat restourant tu pun ada"kata Tajdi.terus melangkah.
"ohh..."jawab Ara lega.
dia berjalan laju mengejar Tajdi.
tiba-tiba Tajdi berhenti mengejut dengan tidak semena-mena Ara terlanggar tubuh Tajdi.
terus tubuh kecilnya jatuh ke lantai.
"aduii...apalah bos ni...kalau nak berhenti bagilah signal dulu..."rungut Ara sambil menggosok sikunya.
Tajdi tersenyum.
"maaf..saya cuma teringat sesuatu"kata Tajdi.
belum sempat dia mahu membantu.Ara sudah berdiri semula.
"bos teringat apa?"soal Ara.
Tajdi merenung ke dalam mata Ara.
dalam beberapa saat mereka masih begitu.
Tajdi mencapai kedua tangan milik Ara.
di angkat sehingga paras bibirnya.
dia memerhati jari-jari runcing milik Ara.
"tiada satu bentuk cincin pun!"jerit hatinya.
hatinya mula panas.
"apa semua ni?pakcik cakap dia dah terima aku dan sudah mengaku cintakan aku juga,tapi kemana cincin yang aku bagi?"soal hatinya.
Ara pelik melihat bosnya yang seperti berperang dengan perasaan.
tangan Ara dilepaskan.
dia melangkah meninggalkan Ara dengan perasaan marah dan kecewa.
Ara tercengang.dia pandang pada jari-jarinya.
kemudian Ara tersenyum.dengan pantas dia berlari mengejar Tajdi.
langkah Tajdi yang laju berjaya dilepasinya.
"bos..nanti dulu"kata Ara.
lengan Tajdi dipegang.
Tajdi berhenti melangkah.dia berpusing menghadap Ara dengan wajah marah.
"awak nak apa lagi?nak kecewakan saya lagi ke apa?"soal Tajdi serius.
"bos nak marah saya ni kenapa?"soal Ara pura-pura tidak tahu.
"apa-apa saja lah Ara,yang penting saya dah cukup kecewa"kata Tajdi.
"apa yang bos cari dekat jari saya tadi?"soal Ara.
Tajdi diam.
"saya dah lapar"kata Tajdi pantas memusing badannya ingin berjalan.
"bos"panggil Ara.
Tajdi berhenti.nafas berat dilepaskan.
Ara mengukir senyuman.dia mengeluarkan satu bentuk cincin dari dalam tas tangannya.
Tajdi diam sambil memandang ke arah lain.dia membelakangkan Ara.
"apa lagi?"soal Tajdi tanpa memandang Ara.
"bos marah saya?"soal Ara sambil melangkah berdiri di hadapan Tajdi.
"kalau saya kata saya marah?"Tajdi bersuara.
"bos tak takut saya merajuk?"soal Ara dengan manja.
Tajdi pelik.sejak bila pembantu peribadinya ini pandai beraksi manja?selalunya kayu saja.
"kalau awak merajuk pun..saya bukannya pandai pujuk"kata Tajdi.
tangan Ara disilang kebelakang kerana memegang cincin.
"kalau macam tu...siapa yang pandai pujuk?"soal Ara
"kekasih awak kot"kata Tajdi.
Ara gelak perlahan.Tajdi masih serius.
"bos marah-marah saya macam ni...tawaran tu masih terbuka ke?soal Ara malu-malu.
kali ini biar aku pulak yang melamar dia!
"tawaran apa?"soal Tajdi.
"tawaran untuk jadi isteri bos"jawab Ara
terkejut Tajdi dibuatnya.
"ap...a..apa maksud awak?"soal Tajdi tergagap lidahnya mahu bertutur.
Ara memegang cincin itu dihadapan muka Tajdi.
ternganga Tajdi kerana tak percaya.
"bos...sebenarnya,saya malu nak pakai cincin ni depan bos dan depan semua orang,bos kan tahu nanti mesti timbul gosip yang saya ni dah kahwin,tapi...itu bukan bermakna saya tak terima lamaran bos"kata Ara menyarung cincin pada jari manisnya.
Tajdi masih lagi diam.matanya seakan tidak percaya melihat keseronokan di wajah Ara.
Tajdi melangkah meninggalkan Ara.
terkejut Ara bila tidak diendah.
rasa sedih menyelubungi dirinya.
"bos...adakah bos dah tak cintakan saya?tapi....kalau betul saya okay..saya akan pulangkan cincin ni sekarang juga.maafkan saya sebab selama ni curi-curi sukakan bos tanpa izin"kata Ara perlahan.wajahnya jelas kekecewaan.
Tajdi berhenti melangkah.tidak dipusing badannya menghadap Ara.
"saya tahu...saya ni buat bos tertunggu lama,saya tak kisah kalau saya terpaksa hilangkan cinta saya pada bos kalau bos dah jumpa seseorang,saya sedar diri saya,saya hanya cintakan bos,selama ni saya terlalu sayangkan bos...tapi saya takut bos menyesal kemudian hari sebab memilih saya,tapi...sekarang saya berani nyatakan cinta sebab saya yakin dengan hati saya.saya cuma nak tahu adakah bos masih cintakan saya atau bos dah jumpa seseorang?"kata Ara.
cincin ditanggal dari jarinya.
rupanya dia silap,dia bersetuju menerima lamaran itu setelah bosnya menemui seseorang.malunya aku!
Tajdi meraup wajahnya.
dia tersenyum.
dengan tidak semena-mena dia melangkah ke arah Ara.
Ara menundukkan pandangan.
Ara menghulur cincin itu pada Tajdi.
Tajdi menarik dagu runcing milik Ara supaya memandangnya.
Ara mengikut.tapi Ara pelik.
"kenapa bos senyum?"soal Ara.
Tajdi menggengam tangan Ara.
"jom kita kahwin,dah lama saya nantikan saat ini,tadi saya cuma terlalu terperanjat dan seronok,rasa macam nak terjun bangunan tinggi ni pun ada"kata Tajdi perlahan.
Ara mengukir senyuman bahagia.
mereka bertatapan seketika.
"ehemm"suara seseorang dari belakang mereka.
cepat-cepat Ara dan Tajdi meleraikan genggaman tangan.
Zaiton sudah tersenyum-senyum.
Ara pula menahan rasa malu yang menguasai diri,terasa panas satu muka.
Tajdi pula pura-pura menaip sesuatu pada telefon.
Zaiton menghilang ke dalam lif .sebelum lif tertutup sempat lagi Zaiton mengenyit matanya pada Ara.
"kena dengan aku dekat rumah nanti"kata Zaiton sendiri.
Ara dan Tajdi berpandangan setelah kelibat Zaiton menghilang.
mereka sama-sama tertawa memikirkan apa yang ditatap oleh Zaiton.
malu!
Share this novel